Rabu, September 08, 2010

SELAMAT HARI RAYA


Selamat Hari Raya Aidilfitri khas kawan-kawan dan saudara mara yang mengenali saya. Terutama blogger aku saudara Mat Som, yang tak jemu-jemu mengajar aku.
Kepada pengunjung-pengunjung blog saya, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Semoga anda tidak bosan mengunjungi blog saya. Jika ada apa-apa yang tertulis ada yang tidak kena, saya mohon ampun dan maaf.

23 Perkara Jangan Dilakukan

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan, tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 23 perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabahkan diri kita sendiri.

1. JANGAN sengaja lewatkan SOLAT. perbuatan ini tidak disukai oleh Allah s.w.t.
2. JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3. JANGAN makan dan minum dalam bekas yang sumbing. Makruh kerana ianya membahayakan kita.
4. JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. makruh dan boleh mewarisi kepapaan. Oleh itu ajar anak kita membasuh pinggan nasi mereka sendiri supaya mereka tidak papa/miskin
5. JANGAN tidur selepas solat Subuh. Ditakuti rezeki tidak "masuk". Biasakan membuka tingkap dan pintu pada waktu pagi walaupun ditakuti nyamuk masuk ke dalam rumah.
6. JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan, kerana makanan yang tidak disertai Bismillah akan disertai oleh syaitan.
7. JANGAN keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Terutama semasa memandu, takut-takut mati dalam perjalanan.
8. JANGAN pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangannya. Takut-takut mewarisi kepapaan.
9. JANGAN biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. JANGAN bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. JANGAN menangguhkan TAUBAT bila berbuat dosa kerana MATI boleh datang bila-bila masa.
12. JANGAN ego untuk meminta maaf kepada kedua-dua ibubapa dan sesama manusia walaupun bukan kita yang bersalah.
13. JANGAN mengumpat sesama rakan taulan, nanti rosak silaturrahim.
14. JANGAN lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t. dalam setiap kerja kita. Nanti SOMBONG bila berjaya dan kecewa pula bila kita gagal.
15. JANGAN BAKHIL/KEDUKUT untuk bersedekah. sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16. JANGAN banyak ketawa takut nanti jiwa mati.
17. JANGAN biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik yang menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18. JANGAN menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan oleh ALLAH s.w.t.
19. JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. AKHIRAT itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20. JANGAN duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan
21. JANGAN lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk ke dalam rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama-sama kita ke dalam rumah.
22. JANGAN memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepada ALLAH s.w.t.
23. JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t. itu lebih mengetahui. Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t. dan yang buruk itu dari hamba-Nya.