Sabtu, Julai 25, 2009
CONTOH KERTAS KERJA PROGRAM SMART SOLAT
UNTUK MURID-MURID TAHUN 6 2009
1. PENDAHULUAN
Dalam melahirkan murid-murid tahun 6 yang cemerlang di dunia dan di akhirat serta insan yang bertaqwa kepada Allah mestilah didedahkan kepada mereka tentang ciri-ciri anak soleh dan diterapkan pelbagai ilmu duniawi dan ukhrawi agar terserlah keperibadian yang terpuji mereka di kalanagan komuniti dan menjadi personaliti yang berwibawa dan matang. Di samping itu, sahsiah dan rohani mereka juga perlu dilengkapkan dengan iman, ilmu, taqwa dan amal ibadah serta berperibadi mulia. Oleh kerana demikian pihak penganjur mengadakan program Smart Solat agar dapat melahirkan insan yang cemerlang dan anak yang soleh dan solehah.
2. MOTO PROGRAM
Menjana rohani menjalin ukhuwwah sejati.
3. MATLAMAT
Program ini bermatlamat untuk melahirkan insan yang bertanggungjawab, berdisiplin, berilmu, beramal dan bertaqwa serta matang dalam menangani cabaran global dunia.
4. OBJEKTIF
Di antara objektif program ialah
4.1 Menyedarkan para peserta tentang kepentingan Solat dan Ibadah serta memupuk disiplin yang mantap.
4.2 Menanamkan sikap cinta pada ilmu serta menyayangi sesama insan.
4.3 Memantapkan rohani dan jasmani para peserta melalui aktiviti-aktiviti yang berkaitan ibadah.
4.4 Menyemai keimanan, keyakinan diri dan berfikiran positif apabila menghadapi kekangan dan dugaan dalam kehidupan.
4.5 Melatih para peserta agar bertanggungjawab, bersabar, dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah.
5. KUMPULAN SASARAN
Murid-murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kebun Pinang.
6. TARIKH DAN TEMPAT
Tarikh : 29 hingga 30 MEI 2009.
Hari : Jumaat dan Sabtu.
Tempat: SK Kebun Pinang.
7. METHODOLOGI
7.1 Mengenal potensi diri
7.2 Teori dan Praktikal Wudhu
7.3 Teori dan Praktikal Solat
7.4 Aktiviti dalam kumpulan
7.5 Qiamullail
7.6 Motivasi
7.7 Kuliah dan ceramah
7.8 Muhasabah diri
8. TENTATIF PROGRAM
HARI JUMAAT 29 MEI 2009
3.30 ptg = Pendaftaran peserta
Taklimat program
Pembahagian kumpulan
Ice breaking
4.30 ptg = Persiapan diri
Solat Asar
5.00 ptg = Minum petang
5.30 ptg = LDK 1 (Pengenalan Solat)
6.30 ptg = Persiapan diri
Makan malam
7.15 mlm = Zikir Munajat
Solat Maghrib
Bacaan Yassin
Solat Isyak
9.30 mlm = Ceramah Motivasi
Terpilih atau tersilih
11.00 mlm = Minum malam
11.30 mlm = lambaian Syahdu
HARI SABTU 30 MEI 2009
4.00 pagi = Persiapan diri
Qiamullail
6.00 pagi = Solat Subuh
Kuliah Subuh
7.30 pagi = Perhimpunan pagi
Senaman pagi
8.00 pagi = Sarapan pagi
8.30 pagi = LDK 2 (Teori & Praktikal Wudhu)
10,00 pagi = Minum pagi
10.30 pagi = LDK 2 (Teori & Praktikal Solat)
12.30 tghari = Persiapan diri
Makan tengahari
1.30 ptg = Solat Zohor
2.00 ptg = Ujian Prestasi
4.30 ptg = Solat Asar
5.00 ptg = Majlis Penutup dan penyampaian sijil
9. BELANJAWAN PROGRAM
Makan dan Minum peserta 100 orang murid X RM10.00 RM 1000.00
Kos Premier Training & Consultancy RM 850.00
BelanjaRuncit RM 150.00
Fail dan Photostat Bahan-bahan RM 200.00
JUMLAH RM 2200.00
10. AHLI JAWATANKUASA
PENGERUSI
Puan Hajjah Azizah binti Haji Hamid
TIMBALAN PENGERUSI
Tuan Syed mohamad khairizam bin Syed Shith Alhabshee
NAIB PENGERUSI 1
Encik Md Daud bin Md Nor
NAIB PENGERUSI 2
Puan Balilah binti Ahmad
SETIAUSAHA
Puan Hajjah Napishah binti Ibni Hajar
PENOLONG SETIAUSAHA 1
Puan Hayati bt Hamdi
PENOLONG SETIAUSAHA 2
Encik Mat Azam bin Abu Bakar
BANDAHARI
Yg. Bhg. Datin Sapiah binti Ali
AHLI JAWATANKUASA
Encik Abd Latiff bin Basri PJK
Encik Mohamad bin Abd Rahman
Encik Ishak bin Hashim
Puan Nasriyah binti Abd Rahman
Puan Fatimah binti Hassan
Puan Badrulasiyah binti Abu Kassim
Puan Murni bin Udzir
Puan Suriana bt Sayuti
Puan Nor Asmah binti Ahmad
11. PENUTUP
“Hendaklah engkau bertemankan orang-orang yang benar supaya engkau dapat menghayati kehidupan dalam lingkungan mereka”. Umar Al-Khattab
NOTA UNTUK SUAMI
2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya
4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.
8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.
11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu. 14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya ‘Saya kasihan awak tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.
16. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
17. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
18. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
19. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
20. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
21. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
22. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
23. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
24. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
25. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya’. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
26. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan ‘Aku cinta padamu’.
27. Katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari.
28. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
29. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
30. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.
31. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
32. Basuhkan kereta yang dipakainya.
33. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima’ jika itu yang dia suka.
34. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
35. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya.
36. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima’.
37. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
38. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
39. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
40. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
41. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
42. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
43. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.
44. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.
45. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
46. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.
47. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
48. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.
49. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
50. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
51. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
52. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
53. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti ‘Awak nampaknya gembira hari ini’ atau ‘Awak nampak letih’ dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
54. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.
55. Solat bersama dan berdoa bersama.
56. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
57. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.
58. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.
59. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
60. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.
61. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.
62. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.
63. Bila dia memasak, pujilah masakannya.
64. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan ‘Betul kata awak’. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.
65. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
66. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.
67. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.
68. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
69. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
70. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
71. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
72. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.
73. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
74. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.
75. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.
76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan."
Jumaat, Julai 24, 2009
BARU BELAJAR
=============================================
Senangnya dalam hati dah ada blog sendiri. Selalunya aku suka baca blog orang ja tapi hari ini walaupun sibuk juga dengan aktiviti Kem Bestari Solat Fasa 4 khas untuk murid-murid tahun 5 di sekolah aku, jadi aku cuba-cuba curi masa untuk menulis sesuatu yang terlintas di hatiku. Terima kasih banyak-banyak kepada sahabatku yang sukar aku lupainya Mat Som yang banyak memberi semangat dan harapan yang tidak putus-putus supaya aku menulis sesuatu.
Semasa aku di maktab perguruan dulu, aku seorang pengarang untuk majalah maktab. Tetapi sejak dah kerja dan ada tanggungjawab yang besar, aku mulai malas untuk menulis. Walau bagaimanapun, jika ada mesyuarat PIBG atau Hari Anugerah Cemerlang, aku diminta oleh GB untuk menulis teks ucapannya. begitu juga dengan YDP, sama ada untuk mesyuarat atau hari anugerah akulah yang tulis teks ucapannya. Kadang-kadang aku rasa macam aku yang berucap dan bukannya mereka. Tapi, aku tanya juga apa-apa isi penting yang mereka hendak cakapkan. Sekurang-kurangnya isi-isi itu berguna juga untuk aku. Tidaklah teruk sangat untuk perah otak untuk menulis untuk majlis tersebut. Kadang-kadang jika aku tak dan, aku ambil dari internet ja, contoh-contoh ucapan dan aku ubah sesuai ja.
Semalam aku pergi ke satu majlis ramah mesra bual bicara dengan seorang yang ada kedudukan juga dalam politik tanah air. Dari ucapannya, aku dapati beliau tidak banyak membaca dan tidak pandai ambil peluang. Tetamu yang datang agak ramai juga. Lebih daripada 100 orang. (Dah kira bagus kerana bukan senang nak jemput orang kampung untuk hadir ke majlis politik) Kadang-kadang terfikir juga adakah ini sajakah taraf pendidikan bakal ketua kami. Aku balik ke rumah dah jam 12 tengah malam. Kadang-kadang rasa macam rugi masa ja tapi untuk bantu kawan-kawan dan meramaikan majlis kawan, aku korbankan juga masa aku. Walaupun isteri aku baru sampai balik dari Melaka. (Beliau pergi mesyuarat di sana.) Apa-apa pun aku senang dan gembira kerana dapat gembirakan hati kawan aku. Dua isi yang aku bagi kat beliau untuk berucap dalam majlis itu, beliau ucapkan. Gaya ucapan beliau aku rasa beliau layak jadi YB jika dibandingkan dengan ketua (tetamu) pada malam itu.
Semalam 24.07.2009 bersamaan hari Jumaat aku pergi ke majlis yang dihadiri oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. Aku dapati tidak ramai yang hadir ke majlis itu. Mungkin hari Jumaat kut. (Hari Jumaat cuti umum di Kedah). Rasa terkilan yang amat sangat. 2 minggu untuk persiapan itu tapi YAB Menteri pelajaran berucap tidak sampai 1 jam pun. Beliau macam tergesa-gesa untuk ke tempat lain yang lebih penting kut.