Sabtu, Oktober 08, 2011

SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAN DALAM BAJET 2012


Berita baik untuk para penjawat awam, semalam PM mengumumkan terdapat satu sistem saraan baru yang menggantikan Sistem saraan Malaysia ( SSM)yang lama , sisten itu dikenali sebagai Sistem saraan baru perkhidmatan awam atau ( SBPA) . SBPA bermatlamat untuk mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorentasikan prestasi.

SBPA memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja.

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam berteraskan merit untuk kakitangan kerajaan menggantikan sistem lama SSM. Sistem ini akan menaikkan gaji maksimum tiap gred.

Kenaikan gaji tahunan pula dijangka antara RM80 hingga RM300 mengikut gred.

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus. Mulai tahun depan, kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320

Fokus kepada profesion perguruan (pendek tempoh kenaikan gred):

Berdasarkan skim baru mengikut ‘time-based’, seseorang guru akan dinaikkan gred DG44 pada tahun ke 8 dan gred 48 pada tahun ke-16 selain guru bukan siswazah gred 29 kepada gred 32 dalam masa lapan tahun sahaja.

Di bawah SBPA juga, kenaikan gred 32 ke 34 turut mengguna pakai kaedah ‘time-based’ lapan tahun, berbanding bergantung kepada kekosongan yang diamalkan sekarang.

Jika dahulu kenaikan pangkat adalah berdasarkan jawatan, jadi peluang untuk mengisi tempat itu terhad. Bilangan orang ramai tetapi tempat sedikit.

Langkah itu juga membolehkan guru yang dinaikkan pangkat kekal berkhidmat di sekolah, berbanding sebelum ini ditukarkan ke Kementerian Pelajaran, katanya yang menyifatkan langkah tersebut baik untuk menjaga profesionalisme guru.

Umur Pesara dilanjutkan kepada 60 tahun:

Generasi muda dalam perkhidmatan awam tidak perlu bimbang dengan peluang kenaikan pangkat berikutan langkah kerajaan melanjutkan usia persaraan wajib penjawat awam daripada 58 tahun kepada 60 tahun.

Penjawat awam yang berumur antara 55 tahun hingga 60 tahun boleh menurunkan pengetahuan mereka kepada golongan muda khususnya yang baru menyertai perkhidmatan.

Kenaikan pencen pesara sebanyak 2 %

Keputusan kerajaan untuk menaikkan pencen pesara sebanyak 2 % setahun sebagai tanda prihatin kerajaan kepada sumbangan mereka yang pernah berkhidmat dalam sektor awam.

Jumaat, Oktober 07, 2011

BONUS SEBULAN GAJI

Penjawat Awam

Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

PENDIDIKAN PERCUMA



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2012, belanjawan yang kedua di bawah tempoh pelan pembangunan lima tahun Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

NONEBerpakaian baju Melayu serba merah hati, Najib yang juga Menteri Kewangan mula berucap pada pukul 4 petang di Dewan Rakyat dengan tema "Belanjawan Transformasi: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara".

Ucapan Perdana Menteri itu disiarkan secara langsung melalui stesen-stesen utama radio dan televisyen.

Belanjawan 2012 dilihat sebagai dokumen yang menggariskan strategi kerajaan dalam menjayakan agenda transformasi negara ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Setelah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan, Prorgam Transformasi Ekonomi dan langkah transformasi politik, pembentangan Belanjawan 2012 dianggap sebagai memenuhi keperluan menjayakan hasrat Gagasan 1Malaysia.

Dewan Rakyat dijadual mula membahaskan Belanjawan 2012 minggu depan.
INTIPATI BAJET 2012
Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion

  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap - antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi  2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada  2009 kepada 5.6 peratus pada  2010.
Peruntukan rancakkan pembangunanKerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.

Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolahKerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.

Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.

Felda
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.

Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.

RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen
600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Kakitangan awam

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320

Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tenteraRM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia

Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100 ribu isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Rabu, Oktober 05, 2011

Ingatkan budak sekolah ja.....




Hakim kanan Mahkamah Rayuan yang dituduh memplagiat penghakiman seorang hakim Singapura yang ironinya berbuat demikian dalam kes pelanggaran hak cipta. Ini didedahkan oleh peguam veteran Karpal Singh, yang semalam memfailkan notis kepada Dewan Rakyat untuk mengemukakan usul bagi merujuk hakim berkenaan ke tribunal kehakiman dengan sokongan hampir 60 ahli parlimen Pakatan Rakyat.