
Oleh Majdan Dagang
Kenaikan harga minyak RON95 daripada RM1.85 ke RM1.90 seliter baru-baru ini tidak mendatangkan protes besar-besaran daripada pembangkang dan NGO seperti sebelumnya.
Jika sebelum ini rakyat turun ke jalan-jalan membantah kenaikan harga tersebut, namun kenaikan harga minyak yang diserangkaikan dengan kenaikan diesel, gas asli cecair (LPG) dan gula pada kali ini seolah-olah tidak menjejaskan rakyat.
Secara terperinci harga petrol RON95 dinaikkan sebanyak 0.05 sen kepada RM1.90 seliter, diesel dari RM1.75 kepada RM1.80 seliter, harga gas asli cecair (LPG) dinaikkan RM0.05 sen kepada RM1.90 manakala harga gula dinaikkan sebanyak RM0.20 menjadikan RM2.10 sekilo.
Nah! Benarkah rakyat menerima pernyataan daripada sang penguasa bahawa kenaikan tersebut masih rendah berbanding negara jiran dan kenaikan tersebut tidak menjejaskan rakyat?
Tidak semudah itu rakyat yang cerdik menerima alasan yang sama setiap kali berlaku kenaikan harga keperluan asas.
Rakyat juga sepatutnya tidak lupa akan janji yang pernah dinyatakan oleh kerajaan sebelum ini bahawa harga RON95 tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini? Datuk Ismail Sabri, Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan perkara tersebut pada awal November lalu.
Namun, kira-kira sebulan selepas jaminan tersebut, harga RON95 dinaikkan lagi 5 sen. Dalam hal ini cakap siapakah lagi yang boleh dipercayai? Adakah janji tersebut hanya bertujuan meredakan kemarahan rakyat? Walhal, kerajaan memang berhajat menaikkannya.
Jika dalam hal yang sedemikian pun kerajaan boleh memberi harapan palsu kepada rakyat, apatah lagi dalam hal lain. Bagaimana dengan janji untuk menghapuskan rasuah, menangani masalah sosial, mengurangkan kadar kemiskinan dan bermacam lagi.
Nilai 5 sen mungkin kecil bagi seorang menteri, tetapi bagi golongan berpendapatan rendah yang menjadi majoriti rakyat Malaysia, nilai itu amat besar apatah lagi kenaikan minyak dan gula ini akan mengakibatkan rantaian kesan kepada barangan lain juga.
Cuma, dalam kenaikan kali ini. Isu kenaikan minyak dan gula ini tidak memberikan tindak balas besar-besaran daripada rakyat.
Ada dua kemungkinan mengapa isu kenaikan ini sekadar menjadi suam-suam kuku. Yang pertama, terlalu banyak isu besar yang sedang berlaku sekarang ini, seperti isu air yang melanda Selangor dan isu ketuanan Melayu.
Dari satu sudut, kerajaan telah menjadikan isu-isu lain sebagai besar dan diperdebatkan oleh rakyat umum agar mereka teralih perhatian daripada maslahat yang sebenar. Dalam hal ini kerajaan melalui media-media utama yang dikuasainya berjaya mengalih perhatian rakyat.
Tetapi jangan lupa, media-media alternatif terutama media dalam talian telah berjaya menyeimbangkan permainan media-media utama. Isu kenaikan harga minyak ini tidak terlepas daripada perhatian mereka.
Kemungkinan kedua, rakyat sudah menyimpan tekad di dalam hati masing-masing bahawa tiada cara lain untuk menghentikan segala kenaikan yang tidak munasabah ini melainkan melalui undi pilihan raya.
Kemungkinan kedua ini lebih membimbangkan kerajaan kerana tindakan untuk mengatasinya sukar dilakukan. Secara umum kerajaan melihat alasan yang diberikan seolah-olah diterima rakyat dan tiada tanda-tanda bantahan. Maka kerajaan boleh tidur lena! Tetapi ibarat api dalam sekam, kemarahan rakyat bakal diluahkan apabila sampai masanya.
Dalam hal ini masing-masing memasang perangkap – kerajaan dan rakyat. Kerajaan beranggapan isu-isu besar lain telah berjaya menenggelamkan isu kenaikan harga, sementara rakyat memasangkap perangkap bahawa mereka tidak marah harga naik, tetapi menyimpan kemarahan itu dalam PRU-13 nanti!

Bermula Isnin ini, sebuah jawatankuasa disipilin bebas yang  ditubuhkan oleh Majlis Peguam akan bersidang dan menyiasat aduan yang  dibuat ke atas Lingam (bertali leher merah).
Lingam juga difahamkan akan diberi peluang  mempertahankan dirinya pada jawatankuasa disiplin dan juga lembaga  berkenaan.
Justeru, beliau  berkata, rakyat Malaysia tidak perlu menggadai masa depan negara kepada  pembangkang yang dilihat hanya bijak menabur janji-janji manis. 
Katanya, kepimpinan  BN selama ini telah berusaha gigih menunaikan segala janji yang  diungkapkan dan diterjemahkan demi kepentingan rakyat dan negara.
















