KERTAS KERJA PROGRAM SMART SOLAT
UNTUK MURID-MURID TAHUN 6 2009
1.       PENDAHULUAN
Dalam melahirkan murid-murid tahun 6 yang cemerlang di dunia dan di akhirat serta insan yang bertaqwa kepada Allah mestilah didedahkan kepada mereka tentang ciri-ciri anak soleh dan diterapkan pelbagai ilmu duniawi dan ukhrawi agar terserlah keperibadian yang terpuji mereka di kalanagan komuniti dan menjadi personaliti yang berwibawa dan matang. Di samping itu, sahsiah dan rohani mereka juga perlu dilengkapkan dengan iman, ilmu, taqwa dan amal ibadah serta berperibadi mulia. Oleh kerana demikian pihak penganjur mengadakan program Smart Solat agar dapat melahirkan insan yang cemerlang dan anak yang soleh dan solehah.
2.       MOTO PROGRAM
Menjana rohani menjalin ukhuwwah sejati.
3.       MATLAMAT
Program ini bermatlamat untuk melahirkan insan yang bertanggungjawab, berdisiplin, berilmu, beramal dan bertaqwa serta matang dalam menangani cabaran global dunia.
4.       OBJEKTIF
Di antara objektif program ialah
4.1    Menyedarkan para peserta tentang kepentingan Solat dan Ibadah serta memupuk disiplin yang mantap.
4.2    Menanamkan sikap cinta pada ilmu serta menyayangi sesama insan.
4.3    Memantapkan rohani dan jasmani para peserta melalui aktiviti-aktiviti yang berkaitan ibadah.
4.4    Menyemai keimanan, keyakinan diri dan berfikiran positif apabila menghadapi kekangan dan dugaan dalam kehidupan.
4.5    Melatih para peserta agar bertanggungjawab, bersabar, dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah.
5.       KUMPULAN SASARAN
Murid-murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kebun Pinang.
6.       TARIKH DAN TEMPAT
             Tarikh   : 29 hingga 30 MEI 2009.
             Hari     : Jumaat dan Sabtu.
             Tempat: SK Kebun Pinang.
7.       METHODOLOGI
             7.1   Mengenal potensi diri
             7.2   Teori dan Praktikal Wudhu
             7.3   Teori dan Praktikal Solat
             7.4   Aktiviti dalam kumpulan
             7.5   Qiamullail
             7.6   Motivasi
             7.7   Kuliah dan ceramah
             7.8   Muhasabah diri
8.       TENTATIF PROGRAM
HARI JUMAAT   29 MEI 2009
3.30 ptg               = Pendaftaran peserta
                          Taklimat program
                          Pembahagian kumpulan
                          Ice breaking
4.30 ptg               = Persiapan diri
                          Solat Asar
5.00 ptg               = Minum petang
5.30 ptg               = LDK 1 (Pengenalan Solat)
6.30 ptg               = Persiapan diri
                          Makan malam
7.15 mlm               = Zikir Munajat
                          Solat Maghrib
                          Bacaan Yassin
                          Solat Isyak
9.30 mlm               = Ceramah Motivasi
                          Terpilih atau tersilih
11.00 mlm              = Minum malam
11.30 mlm              = lambaian Syahdu
HARI SABTU  30 MEI 2009
4.00 pagi              = Persiapan diri
                          Qiamullail
6.00 pagi              = Solat Subuh
                          Kuliah Subuh
7.30 pagi              = Perhimpunan pagi
                          Senaman pagi
8.00 pagi              = Sarapan pagi
8.30 pagi              = LDK 2 (Teori & Praktikal Wudhu)
10,00 pagi             = Minum pagi
10.30 pagi             = LDK 2 (Teori & Praktikal Solat)
12.30 tghari           = Persiapan diri
                          Makan tengahari
1.30 ptg               = Solat Zohor
2.00 ptg               = Ujian Prestasi
4.30 ptg               = Solat Asar
5.00 ptg               = Majlis Penutup dan penyampaian sijil
9.       BELANJAWAN PROGRAM
Makan dan Minum peserta 100 orang murid X RM10.00     RM 1000.00
Kos Premier Training & Consultancy                RM  850.00
BelanjaRuncit                                         RM  150.00
Fail dan Photostat Bahan-bahan                        RM  200.00
                                                                              JUMLAH                                                RM 2200.00
10.   AHLI JAWATANKUASA
PENGERUSI
Puan Hajjah Azizah binti Haji Hamid
TIMBALAN PENGERUSI
Tuan Syed mohamad khairizam bin Syed Shith Alhabshee
NAIB PENGERUSI 1
Encik Md Daud bin Md Nor
NAIB PENGERUSI 2
Puan Balilah binti Ahmad
SETIAUSAHA
Puan Hajjah Napishah binti Ibni Hajar
PENOLONG SETIAUSAHA 1
Puan Hayati bt Hamdi
PENOLONG SETIAUSAHA 2
Encik Mat Azam bin Abu Bakar
BANDAHARI
Yg. Bhg. Datin Sapiah binti Ali
AHLI JAWATANKUASA
Encik Abd Latiff bin Basri PJK
Encik Mohamad bin Abd Rahman
Encik Ishak bin Hashim
Puan Nasriyah binti Abd Rahman
Puan Fatimah binti Hassan
Puan Badrulasiyah binti Abu Kassim
Puan Murni bin Udzir
Puan Suriana bt Sayuti
Puan Nor Asmah binti Ahmad
11.   PENUTUP
“Hendaklah engkau bertemankan orang-orang yang benar supaya engkau dapat menghayati kehidupan dalam lingkungan mereka”. Umar Al-Khattab
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan