Usianya  baru 18 tahun, namun seperti yang dinyatakan pada tajuk kiriman, gadis  dalam gambar di atas  dilaporkan sudah berkahwin sebanyak 11 kali dalam  tempoh 11 bulan, dengan 11 lelaki  Arab yang berbeza-beza dalam  satu-satu masa. Namun ketika ditanya sebab dia mempunyai rekod   sedemikian, remaja terbabit hanya akan menjawab beliau terdesak   berikutan masalah kemiskinan. 
Gadis yang dikenali Fitriasih  adalah salah seorang daripada wanita yang terbabit dalam  perkahwinan  kontrak. Lelaki Islam akan membayar sejumlah wang  untuk bernikah dengan  wanita tempatan dalam tempoh singkat sebelum  menceraikan mereka.  Perkahwinan itu yang dikenal juga sebagai nikah siri itu didakwa  diiktiraf di  bawah hukum Islam tetapi tidak di bawah undang-undang  negeri. Hal ini  bermakna si isteri tidak boleh membuat tuntutan  perundangan terhadap  kekayaan atau harta suaminya selepas mereka  mengakhiri perkahwinan  berkenaan. 
Perkahwinan yang tidak didaftarkan itu sering kali disalahgunakan oleh lelaki yang hanya mahu menjalinkan hubungan seks selain perkahwinan pertama mereka tetapi tidak mahu bertanggungjawab penuh sebagai seorang suami, kata pakar. Amalan berkenaan juga digunakan kebanyakan lelaki Indonesia yang mahu mengamalkan poligami tetapi gagal mendapatkan persetujuan isteri pertama, kata Maria Ulfa Anshori, ketua sayap wanita Nahdlatul Ulama, kumpulan Islam terbesar Indonesia kepada akhbar Indonesia, Jakarta Globe.

Sebelum beliau ditahan Rabu lalu  dalam satu serbuan pelacuran oleh  pihak berkuasa di Puncak, Fitriasih  meraih pendapatan lumayan dengan  berkahwin dan bercerai lelaki Asia  barat dengan mendapat bantuan seorang  orang tengah dipanggil Mami.   Perkahwinan terbabit biasanya bertahan antara seminggu hingga lima   minggu dan Fitriasih menerima sejumlah Rp 5 juta (RM1,772) seminggu bagi   ‘tugas isteri’ yang dipikulnya. Daripada jumlah itu, 20 peratus   diserahkan kepada Mami yang mengendalikan tawaran dan rundingan. 
“Saya mempunyai seorang ‘orang tengah’. Beliau memberikan tunjuk ajar kepada saya,” kata Fitriasih ketika ditahan di pejabat daerah Cisarua di Jawa Barat untuk soal siasat.
Tugasan terakhir Fitriasih katanya adalah menunggu seorang ‘unta’ - terma yang digunakan orang tengahnya bagi pelanggan Arab - di Tjokro Villas di kampung Ciburial berhampiran Bandung. Dia sepatutnya mengahwini seorang lelaki Arab dalam satu majlis diuruskan seorang guru agama dipilih oleh Mami.
“Saya sekadar mengulangi apa-apa yang dikatakan guru agama itu. Ia adalah ijab kabul,” kata Fitriasih. “Saya tidak tahu dari mana beliau berasal. Saya hanya tiba di tempat yang dijanjikan Mami. Majlis itu biasanya diadakan di sebuah villa atau di sebuah apartmen - tempat - tetamu Arab itu akan tinggal.
“Perkahwinan ini biasanya dilakukan di Jakarta. Sebaik saja berkahwin kami akan terus ke Puncak. Untuk berkomunikasi dengan mereka, saya boleh bercakap sedikit bahasa Arab dan Inggeris,” katanya.

P/s: Orang-orang inilah yang menconteng maruah dan martabat agama Islam

Tiada ulasan:
Catat Ulasan