Sabtu, Oktober 09, 2010

Pesan Nabi Sebelum Tidur - 3 minit ja

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur

sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meridloi kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas

tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaanirrohiim,

Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul

lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua

akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaanirrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa

Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum

wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka

seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"

Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha

illalloohu alloohu akbar (3 x )

Pak Tuan Sekian untuk ingatan kita bersama.

Bersabarlah Saudaraku

"Hidup yang beberapa tempoh lamanya ini tidak terlepas dari kita akan beberapa situasi yang menyukarkan kita. Tatkala ini berlaku, bermacam-macam perasaan datang, yang kadang-kadang boleh merosakkan diri dan iman kita.Renung dan perhatikanlah beberapa ayat al-Quran dan hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam berikut. Ia khusus untuk memperbaiki cara kita pandang dan fikir terhadap setiap masalah yang menimpa diri kita.

Mudah-mudahan kalam ALLAH Yang Maha Benar dan kalam Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam berikut bisa menenangkan jiwa kita. Semoga dengan membacanya makin bertambah kekuatan sabar dan redho di dalam diri kita semua tatkala berhadapan dengan masalah, musibah dan kesukaran, insyaALLAH:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا

Yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu” (Ali ‘Imran, 3:200)

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأمْوَالِ وَالأنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Yang bermaksud: “Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah, 2:155)

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Yang bermaksud: “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Az-Zumar, 39:10)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِين

Yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah, 2:153)

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ

Yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.” (Muhammad, 47:31)

Berikut pula beberapa hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam:

Dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Memang sangat menakjubkan keadaan orang mukmin itu; kerana segala urusannya sangat baik baginya dan itu tidak terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman, di mana apabila ia mendapat kesenangan ia bersyukur, maka demikian itu sangat baik baginya. Dan apabila ia ditimpa kesusahan, ia sabar, maka yang demikian itu sangat baik baginya.” (HR Muslim)

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, ALLAH Ta’ala berfirman: “Tidak ada pembalasan bagi seorang hambaKU yang mukmin yang telah AKU ambil kembali kekasihnya dan ahli dunia ini kemudian ia hanya mengharapkan pahala daripadaKU, kecuali pembalasan syurga.” (HR Bukhari)

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Saya mendengar Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya ALLAH Ta’ala berfirman: “Apabila AKU menguji salah seorang hambaKU dengan buta kedua matanya, kemudian ia sabar, maka AKU akan menggantikannya dengan syurga.” (HR Bukhari)

Dari ‘Atha’ bin Abi Rabah berkata: “Ibnu ‘Abbas radhiAllahu ‘anhuma berkata kepadaku: “Mahukah kamu saya tunjukkan seorang wanita yang termasuk ahli syurga?” Saya menjawab: “Ya, saya mahu”. Ia berkata: “Itu wanita hitam yang pernah datang kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang mana ketika itu dia berkata: “Sesungguhnya saya mempunyai ayah dan sesungguhnya saya mempunyai penyakit ayan, dan sesungguhnya pernah terbuka aurat saya kerananya (penyakit itu), oleh itu doakanlah kepada ALLAH Ta’ala agar penyakit saya sembuh.” Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila kamu mahu sabar maka kamu akan mendapatkan syurga, dan apabila kamu tetap meminta maka saya pun akan berdo’a kepada ALLAH agar DIA menyembuhkan penyakitmu itu.” Wanita itu berkata: “Saya akan bersabar”. Kemudian wanita itu berkata lagi: “Sesungguhnya kadang-kadang sampai terbuka aurat saya, maka do’akanlah kepada ALLAH agar aurat saya tidak terbuka.” Maka Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pun mendo’akan baginya. (HR Bukhari & Muslim)

Dari Abu Sa’id dan Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhuma, dari Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Seorang muslim yang tertimpa kecelakaan, kemelaratan, kegundahan, kesedihan, kesakitan mahupun kedukacitaan akibat tertusuk duri pun, nescaya ALLAH akan menebus dosanya dengan apa yang menimpanya itu.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata, Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang dikehendaki oleh ALLAH menjadi orang baik, maka ditimpakan musibah (ujian) kepadanya.” (HR Bukhari)

Dari Ibnu Mas’ud radhiAllahu ‘anhu berkata: “Saya masuk ke tempat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sedang beliau menderita sakit panas, kemudian saya berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya tuan benar-benar menderita sakit yang panas sekali.” Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Benar, sakit panas yang saya deritai ini dua kali ganda yang biasa dideritai oleh seseorang di antara kamu sekalian.” Saya berkata: “Kalau begitu, tuan mendapat pahala dua kali ganda.” Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Benar, memang demikianlah keadaannya. Seorang muslim yang tertimpa suatu kesakitan, baik itu berupa duri ataupun lebih dari itu nescaya ALLAH menutupi kesalahan-kesalahannya dan menghapus dosa-dosanya sebagaimana daun berguguran dari pohonnya.” (HR Bukhari & Muslim)

Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya ujian. Dan sesungguhnya apabila ALLAH Ta’ala mencintai sesuatu bangsa maka ALLAH menguji mereka; barangsiapa redho maka ALLAH akan meredhoinya. Dan barangsiapa yang marah, maka ALLAH akan memarahinya.” (HR at-Turmudzy)

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata, Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila ALLAH menghendaki hambaNYA itu menjadi orang baik maka DIA akan menyegerakan seksaannya di dunia ini, dan apabila ALLAH menghendaki hambaNYA itu menjadi orang jahat, maka DIA akan menangguhkan balasan dosanya sehingga akan dituntut nanti pada Hari Kiamat.”

Dari ‘Aisyah radhiAllahu ‘anha bahawasanya dia bertanya kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tentang wabak taun. Kemudian Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam memberitahu kepadanya bahawa wabak taun itu merupakan seksaan yang ditimpakan oleh ALLAH Ta’ala kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNYA. Akan tetapi ALLAH Ta’ala menjadikannya sebagai rahmat bagi orang-orang yang beriman. Seseorang yang tetap tinggal pada suatu daerah yang dijangkiti taun dan dia sabar, malah memohon kepada ALLAH serta sedar bahawa dia tidak akan tertimpa musibah itu kecuali apabila ALLAH telah mentaqdirkannya maka dia akan mendapat pahala seperti pahalanya orang yang mati syahid.“ (HR Bukhari)

Semoga hati kita lebih tenang dan redho setelah membaca kalam-kalam yang mulia di atas. Lantas menerbitkan kesabaran yang mantap dan iman yang padu dalam menempuh ranjau hidup yang penuh mencabar di hadapan sana. Mudah-mudahan ALLAH bersama-sama kita, amin…



WAllahu Ta’ala A’lam.

Rabu, Oktober 06, 2010

Lelaki Dakwa Dirogol 3 Wanita Bergilir-gilir! Hah!!!!!

HARARE - Seorang lelaki Zimbabwe mendakwa sekumpulan tiga wanita menculik, memberinya dadah sebelum merogolnya dalam kejadian serangan seks ke atas lelaki yang berlaku buat kali kelima dalam tempoh setahun, kata seorang jurucakap polis semalam.

Lelaki berumur 26 tahun itu memberitahu polis dia ditawarkan untuk menumpang kenderaan yang dinaiki wanita berkenaan di bandar Bulawayo selatan Zimbabwe.

Namun, lelaki itu kemudian tidak sedarkan diri apabila tubuhnya ditolak ke belakang manakala kepalanya ditutup dengan pakaian semasa berada di dalam kenderaan tersebut.

Dia mendakwa tidak sedarkan diri selepas diberikan sejenis bahan yang rasanya seperti alkohol.

"Selepas dia terjaga, lelaki itu berada dalam keadaan bogel dan wanita-wanita itu merogolnya bergilir-gilir dan menderanya," kata jurucakap polis itu, Wayne Bvudzijena.

Lelaki itu memberitahu polis, dia tidak sedarkan diri selepas serangan itu tetapi kumpulan wanita tersebut kemudian bertindak meninggalkannya.

"Wanita-wanita itu mengambil wang sebanyak AS$300 (RM929.25) dan telefon bimbit," kata jurucakap polis tersebut.

Kejadian yang berlaku pada Jumaat itu merupakan serangan kali yang kelima dilaporkan pernah berlaku di beberapa tempat di negara ini melibatkan sekumpulan wanita pelbagai saiz badan.

"Ia mungkin satu kumpulan atau lebih yang melakukan kejadian itu. Dalam semua kes, si mangsa tidak sedarkan diri dan mereka diberikan dadah supaya berasa pening," kata jurucakap tersebut.

Serangan seks yang dilakukan oleh sekumpulan wanita ke atas seorang lelaki dilaporkan buat kali pertama pada November tahun lalu.

Menurut akhbar Herald, dalam serangan itu, tiga wanita menculik seorang lelaki berumur 18 tahun.

Pada Februari lalu, empat wanita memaksa seorang lelaki berumur 25 tahun untuk melakukan hubungan seks dengan mereka.

Bulan lalu, seorang lelaki berumur 44 tahun yang dipaksa memakai kondom menjadi mangsa rogol dua wanita. Seramai tiga wanita turut merogol seorang lelaki berumur 30 tahun yang telah diberikan dadah.

Berdasarkan undang-undang Zimbabwe, dakwaan merogol hanya dikenakan terhadap lelaki. - AFP
 
Pak Tuan : Macam-macam ada, kah.... kah.....kahhhhh.

YANG SENANG BERTAMBAH KAYA YANG SUSAH KAKI AYAM SAJA


Kereta ini dicipta oleh anak tempatan Kuala Pontian

KUALA LUMPUR, 6 Okt ~ Proton Holdings Bhd berharap kerajaan menimbang melaksanakan dasar kenderaan tamat hayat (ELV) dalam Bajet 2011 bagi menampung industri automotif negara. Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata dasar ELV itu memberi impak segera terhadap keseluruhan ekosistem seperti yang dilaksanakan menerusi pakej rangsangan setahun yang lepas.

"Kami faham ia merupakan satu proses yang mahal, dan kami bersedia berbincang dengan kerajaan untuk mencari kaedah bagaimana peserta industri dan kerajaan boleh memainkan peranan," katanya kepada pemberita pada rumah terbuka Aidilfitri Proton, pada hari Rabu.

Syed Zainal berkata kenderaan lama perlu ditamatkan hayatnya apabila jumlah industri automotif mencapai peringkat ketepuan. Beliau berkata sudah sampai masanya untuk kerajaan menyediakan pakej dan insentif bagi memastikan kereta-kereta lama yang tidak selamat dan tidak mesra alam, tidak berada atas jalan.

"Ini boleh dilihat di negara lain seperti Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Indonesia,"katanya.

"ELV membabitkan kereta dan trak ringan yang dianggapkan sampah dan perlu dilupuskan.

Syed Zainal berkata kerajaan juga perlu menyediakan insentif untuk penggunaan teknologi hijau serta geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk mempromosi inovasi, sejajar dengan Model Baru Ekonomi.

Langkah itu kata beliau, akan menggalakkan aktiviti R&D dalam negara dengan harapan teknologi itu boleh dikomersilkan.

"Itu setidak-tidaknya sebagai pemangkin oleh kerajaan dalam memudahkan peserta automotif seperti Proton, serta pengguna, untuk mula peka terhadap kenderaan berteknologi hijau," katanya.

Pak Tuan : (ELV) ialah Tekanan yang terjadi dalam pancarongga ekzos dan sistem ekzos. Tekanan ini terjadi apabila sebarang bahagian ekzos terhalang dan aliran gas ekzos tidak dapat keluar dengan sempurna. Contoh halangan adalah penukar bermangkin tidak berfungsi atau tamat jangka hayat, paip yang kemek, timbunan serbuk karbon dari pembakaran yang tidak sempurna dan sebagainya. Kesan tekanan balikan yang lebih tinggi akan mengurangkan kecekapan isi padu. ( Rasanya kereta yang ada di Malaysia tidak sampai tahap itu lagi. Kalau agak lama tukar jalah bahagian ekzos yang terhalang aliran gas ekzos itu. Kenapa  perlu beli kereta baru. Harga kereta di Malaysia adalah yang paling mahal di dunia. Dan .... tidak ada ciri-ciri keselamatan juga. Apabila sesuatu malapetaka atau kemalangan yg menimpa, kecelakaan ~~ sejak akhir-akhir ini asyik terbakar ja apabila berlaku kemalangan. Jangan bandingkan dengan Singapura. )

Remaja Lari Dari Rumah Sudah Jadi Trend?

LARI.....LARIII ..........LARI.... 
SEKIRANYA remaja sampai ke tahap mengibaratkan rumah mereka seperti ‘neraka’ dan bukan lagi tempat paling selesa untuk didiami, tidak hairanlah tangan cepat mencapai dua-tiga helai baju lalu dimasukkan ke dalam beg lantas kaki pantas melangkah keluar dari rumah tanpa memikirkan musibah yang bakal mereka terima.

Menghadapi kemelut dengan ahli keluarga dan pada masa yang sama fikiran ‘diusik’ dek pengaruh luar atau rakan yang membayangkan nikmat kebebasan serta keriangan dunia luar menjadi penyebab kebanyakan remaja tidak teragak-agak meninggalkan keluarga.

Kenapa remaja melarikan diri?

Remaja melarikan diri dari rumah kerana pelbagai sebab. Antaranya ialah:
         • Keganasan rumah tangga. Contoh:
                  o Penderaan fizikal, emosi atau seksual
                  o Percanggahan pendapat dengan ibu bapa, contoh pilihan pasangan, kurang kebebasan
                  o Perselisihan dengan ibu bapa
                  o Diabaikan oleh ibu bapa
         • Tekanan rakan sebaya. Contoh:
                  o Tidak mampu memenuhi desakan rakan sebaya
                  o Dipinggirkan
                  o Dibuli
         • Masalah di sekolah. Contoh:
                  o Harapan yang terlalu tinggi daripada guru
                  o Prestasi pembelajaran yang rendah
                  o Dikenakan hukuman yang berat

Remaja lari dari rumah dikatakan berkait rapat dengan pengaruh rakan sebaya. Nasihat yang diberikan oleh rakan sebaya tidak matang dan rasional apabila remaja meluahkan masalah mereka. Keadaan ini berlaku kerana rakan sebaya itu sendiri belum cukup matang dan berpengalaman dalam menangani arus kehidupan yang penuh cabaran ini. Sesungguhnya, rakan sebaya yang memberikan nasihat yang tidak baik akan membawa remaja itu mengambil tindakan untuk melarikan diri.

Remaja lari dari rumah juga dianggap akibat unsur barat yang dipaparkan menerusi media massa terutama media elektronik. Remaja yang suka meniru akan melakukan perkara yang mereka tonton di televisyen tanpa sebarang keraguan lagi. Remaja tidak mampu membezakan lakonan dan realiti kehidupan yang jauh berbeza. Oleh itu, media massa menjadi faktor yang berupaya menimbulkan keinginan remaja untuk lari dari rumah mereka.

Kemelut ini turut dikaitkan dengan sahsiah remaja itu sendiri. Ramai remaja yang tidak mempunyai sikap yang tabah dan positif apabila menghadapi sesuatu kemelut yang melanda diri mereka. Remaja begitu mudah terasa atau berasa sensitif apabila ditegur oleh ibu bapa sehingga sanggup melarikan diri. Jelaslah, keadaan ini membuktikan bahawa masalah ini turut ditentukan oleh sikap remaja zaman ini yang harus lebih kukuh dan tabah.


Pak Tuan : Gejala remaja lari dari rumah ini memang harus ditangani dengan segera demi masa depan remaja kita yang semakin malap ditelan arus kemodenan dunia. Semua pihak terutama masyarakat harus memainan peranan tersendiri dalam menangani kemelut ini. Mungkin kita semua harus menyalahkan diri masing-masing sebelum kita menyalahkan remaja dalam hal ini.

BETUL..betul ke Penyokong Fanatik Anwar


Seorang penyokong fanatik Anwar Ibrahim menjerit dan meminta supaya bekas pembantu Anwar Ibrahim, Muhammad Rahimi Osman berhenti daripada mengadakan sidang media dan keluar dari sebuah restoran di sini hari ini. - fotoBERNAMA


Pak Tuan : Ingat, melarikan diri bukan penyelesaian kepada masalah! Malah mungkin akan menambah lebih banyak masalah kepada anda.

Sekolah Harapan Sambut Kelahiran Bayi Pertama


JASIN: Sekolah Harapan yang menempatkan remaja hamil di sini menyambut kelahiran bayi pertama - lelaki seberat 3.6 kilogram.

Bayi itu dilahirkan pada pukul 8 pagi, Isnin lepas di Hospital Jasin, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencetuskan idea penubuhan sekolah itu.

"Saya difahamkan bayi tersebut akan diambil oleh keluarga kepada remaja perempuan itu," katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd Ali berkata, di samping memberi perlindungan kepada remaja hamil, penubuhan sekolah itu juga dapat mengelakkan kes pembuangan bayi.

Sekolah itu mula dibuka pada 17 September lepas, kini menempatkan sembilan lagi remaja yang sedang hamil.

Sekolah berasrama itu dikendalikan Majlis Agama Islam Melaka. - BERNAMA

Pak Tuan :

Bekas Pengacara TV3 Bercerai Talak Satu

Saat bahagia Nadia dan suaminya, Sulaiman @ Mohd Helmi kini hanya tinggal kenangan.

KUALA LUMPUR: Bekas pengacara Wanita Hari Ini (WHI) di TV3, Nadia Shahrul Anuar sah bercerai talak satu dengan suaminya, Sulaiman @ Mohd Helmi Mohd Ilyasdi Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Rabu.

Perceraian secara baik itu dilafazkan di hadapan Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain selepas peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memberitahu anak guamnya, Sulaiman bersetuju untulk melafazkan cerai.

Menurut Mohd Zaidi, persetujuan dicapai selepas Sulaiman, 29, selaku plaintif dan Nadia, 26, yang dinamakan sebagai defendan berpuas hati dengan perjanjian penyelesaian yang ditandatangani pada 25 Ogos lalu. Antara perkara yang dipersetujui ialah hak penjagaan kekal anak tunggal pasangan itu, Mohamed Aaron Erwin, tiga tahun, diserahkan kepada Sulaiman.

Nadia pula dibenarkan untuk mengambil anaknya pada hujung minggu dan pada waktu-waktu kecemasan dan dibenarkan untuk membawa kanak-kanak itu ke tempat yang selamat dalam jagaannya.

Bagaimanapun, demi keselamatan anak itu, dia haruslah diiringi dengan pengawal keselamatan yang disediakan.

Perjanjian itu juga melibatkan persetujuan Nadia untuk mengugurkan tuntutan edah, nafkah tertunggak, mutaah dan harta sepencarian manakala Sulaiman yang merupakan pengarah jualan VW Cars Sdn Bhd akan menarik semula permohonan nusyuz yang difailnya.

Nadia hadir bersendirian di mahkamah dan diwakili peguam syarie Wan Akram Zainal Abidin manakala Sulaiman hadir bersama ayahnya dan dikawal oleh enam pengawal peribadi.

Pada 28 Disember 2008, Nadia memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di mahkamah rendah syariah atas dakwaan tiada persefahaman, campur tangan pihak ketiga dan berlaku penganiayaan tubuh badan.

Bagaimanapun, Sulaiman menafikan dakwaan mengasari tubuh badan bekas isterinya menerusi kenyataan akhbar yang dibuatnya dan mendakwa dirinya kesal dengan tindakan Nadia yang meninggalkan keluarga selepas menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

Pak Tuan :        Terbang berkasih burung di awan,
                             Telur menetas induknya mati;
                        Bercerai kasih muda bangsawan,
                             Bercerai hidup baik mati.

JABATAN KEBAJIKAN TIADA KUASA SENARAI HITAM PEMILIK TASKA YANG CUAI !!!

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak mempunyai kuasa untuk menyenarai hitam pemilik Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) yang didapati cuai sehingga menyebabkan kematian terhadap kanak-kanak di bawah jagaan taman asuhan tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Meme Zainal Rashid, berkata peruntukan di bawah Seksyen 20A (1) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 hanya memberi kuasa kepada Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai untuk mengambil tindakan menutup atau menghentikan khidmat pengasuhan kanak-kanak.

Meme berkata, JKM juga tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pemilik yang sudah diarah tutup untuk membuka Taska di tempat lain kerana pemberian lesen adalah di bawah kuasa Pihak Berkuasa Tempatan.

Pak Tuan : Sabar jalah.

Bayi Mati Diserang Monyet Liar


Seorang bayi perempuan berusia empat hari mati diserang seekor monyet liar di rumahnya berhampiran Happy Garden, Rasah di Seremban, petang ini. Bayi yang belum diberi nama itu cedera parah di kepala, telinga, leher dan muka akibat dicakar dan digigit haiwan itu pada 1.15 petang tadi.

Datuk bayi itu, A Valayutham, 75, berkata cucunya diserang ketika bayi itu berada di ruang tamu rumahnya.

Katanya sewaktu kejadian beliau berada di dapur manakala menantunya B Revathy, 28, iaitu ibu bayi itu berada dalam bilik air.

"Pada mulanya saya berada di ruang tamu bersama cucu saya itu. Saya kemudian ke dapur untuk minum, namun apabila menantu saya keluar dari bilik air dia dapati bayinya tiada dan terdapat kesan darah.

"Menantu saya cemas dan meluru keluar rumah dan mendapati cucu saya berada di luar rumah dengan kesan darah di kepala dan badan. Jiran saya kemudian kejarkan cucu saya ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban namun didapati cucu saya telah meninggal dunia," kata Valayutham.

Beliau berkata monyet liar itu dipercayai memasuki rumahnya melalui pintu depan sebelum ke ruang tamu dan menyerang cucunya.

Pegawai operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Khairuddin Mohamad berkata sebaik anggota bomba sampai di tempat kejadian, mereka dapati dua ekor monyet berada di atas pokok di kawasan belukar di situ.

"Kita kemudian menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara negeri untuk menghantar petugas ke kawasan kejadian untuk tindakan lanjut," katanya.

Anggota Perhilitan kemudian menembak mati seekor daripada monyet itu.
- Bernama.
Som aku 'copy' gambar hang

Pak Tuan : Takziah kepada keluarga yang terlibat. Masalah haiwan liar mengeluyur kadang-kadang merisaukan. Nak tembak atau bunuh ja ..... khuatir ada bertuan atau tiada perasaan empati (bermaksud daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain) pula. Serba salah dibuatnya.  

Panas: Siapa Rahimi? Ikuti Pendedahan Din Binjai/Sharpshooter & Laporan Polis Rahimi

....TV3 menyiarkan kekecohan berlaku hingga sidang media terpaksa dibatalkan.

TheMalaysianinsider melaporkan Rahimi mendakwa beliau telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah oleh Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan juga beberapa anggota parti di Quality Hotel akhir Jun 2008.

“Saya dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008 mengenai Anwar dan Saiful.

“Deklarasi itu tidak benar kerana bukan saya yang menulis.

“Saya dipaksa untuk menandatangani, kerana saya bimbang dengan keselamatan saya... ketika itu ada beratus penyokong Anwar dan orang-orang kanannya di sekitar Quality Hotel,” kata Rahimi. Malah menurut pembantu itu beliau juga dipaksa tinggal di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menandatangani akuan bersumpah.

Berita penuh klik dibawah.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kes-liwat-bekas-pembantu-anwar-dakwa-dipaksa-tandatangan-akuan-sumpah-kaitkan-pm-rosmah/

Malaysiakini juga melaporkan seperti di bawah.
http://www.malaysiakini.com/news/144569

Manakala Chegubard dalam blognya menganggap bahawa ini adalah permulaan kempen Galas. Antara petikannya melaporkan - Mungkin sharpshooter a.k.a Din Binjai dan Zulkifli Ibrahim (Nibong Tebal) boleh berkongsi lebih banyak cerita kerana dialah yang bersama Rahimi ke banyak tempat 'berfoya' ketika mereka menemani Rahimi.
Dipaksa ? Gila...... langsung tak wujud paksaan, malah dia sendiri yang cerita itu dan ini termasuk mengaitkan Ezam. Berita lanjut di sini.

Jawapan Sharpshooter - Ya memang benar kata Chegubard, sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim (Exco AMK Malaysia) yang diamanahkan menjaga Rahimi selama 5 hari 4 malam. Manakala 2 orang amk dari N9 diamanahkan pula menjaga Rashid. Siapa Rashid? Mengapa Rahid? Sharpshooter akan dedahkan kemudian.

Memang lucu, lawak & pelik, mengapa Rahimi membuat pengakuan setelah lebih daripada 3 tahun. Rahimi mungkin terlupa bahawa Sharpshooter waktu tu bersama Zulkifli Ibrahim (gambar kiri) yang waktu itu telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan Rahimi kerana waktu itu beliau cukup tidak yakin dan takut Najib yang waktu itu masih lagi Timbalan Perdana Menteri

Untuk makluman semua, Rahimi dijaga dengan baik, beliau dibenarkan berjumpa dengan sesiapa sahaja, menelefon siapa sahaja bahkan beliau pernah memperkenalkan kepada ibu dan bapa beliau bahawa 'inilah 2 orang abang (sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim) yang jaga keselamatan beliau sepanjang di sini'

Malah pernah pada satu malam, Rahimi berkata dia nak tengok Euro final 2008? Kami bawa Rahimi ke Sri Pentas TV3 dalam ribuan manusia.

Sharpshooter melihat dengan mata dan kepala sendiri pengakuan Rahimi yang divideokan tanpa paksaan dan dengan kerelaannya sendiri. Latifah Koyah sebagai peguam bertanya beberapa soalan kepada Rahimi dan beliau menjawab tanpa skrip yang diberi dalam erti kata lain, Rahimi sendiri yang menceritakan dengan kerelaannya.

Rahimi menceritakan bahawa Saiful adalah kawan sekolahnya dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Rahimi bertemu semula dengan Saiful ketika dalam siri roadshow Ceramah Anwar semasa kempen PRU12.

Rahimi terkejut bertemu Saiful semasa ceramah Anwar kerana Rahimi tahu Saiful merupakan penyokong kuat UMNO. Belum tiba masanya nak citer semua pengakuan Rahimi.

Cuma rumusan pada hari ini, Sharpshooter ingin menegaskan bahawa jika Rahimi mengatakan beliau dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah adalah satu pembohongan yang besar.

Laporan polis Rahimi.


Dakwaan Rahimi: Mengapa Selepas Tiga Tahun?

Saya petik: Mengapa mengadu tiga tahun kemudian?

[Malaysia Kini] Ketika dihubungi, peguam Anwar - N Sankara - menafikan dakwaan bahawa akuan bersumpah itu dibuat secara paksaan.

Pada awalnya, tegas beliau, Rahimi disenaraikan sebagai salah seorang saksi pembelaan Anwar dan dia (Rahimi) membuat akuan bersumpah itu secara sukarela.

Sankara menegaskan bahawa Rahimi tidak dipaksa untuk menandatangani akuan bersumpah itu, tetapi sebaliknya membuatnya secara sukarela. Lagi pula, tegasnya, mengapa Rahimi menafikannya sekarang selepas kira-kira tiga tahun berlalu.

Menarik untuk difikirkan. Mengapa sekarang? Selepas tiga tahun berlalu, selepas pengumuman tarikh pilihan raya DUN Galas, ketika perbicaraan Drama Liwat 2 sedang dipentaskan...!

Selasa, Oktober 05, 2010

Pilihan raya Galas

Pilihan raya kecil Galas ditetapkan 4 November ini

Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Gua Musang, Kelantan ditetapkan pada 4 November ini.Pada sidang media di Putrajaya, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga mengumumkan tarikh penamaan calon akan diadakan pada hari Selasa, 26 Oktober ini.

Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat, pagi ini.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 48, akibat barah usus, 27 September lalu.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Chek Hashim mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari Barisan Nasional (BN), Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) dengan majoriti 646 undi.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh.

Ketahui Cara Beri Bantuan Kecemasan

KES kematian akibat menyusu ketika tidur bukan sesuatu yang baru. Hampir setiap bulan, kemalangan disebabkan tersedak susu atau tercekik makanan dilaporkan media yang kebanyakannya berlaku di pusat penjagaan kanak-kanak.

Ia sesuatu yang cukup malang apabila bayi yang baru saja mengenal dunia tidak dapat meneruskan kehidupan dek kelalaian ibu bapa atau penjaganya sendiri. Belum lagi dengan emosi si ibu dan bapa yang tidak dapat menerima hakikat kehilangan anak tersayang disebabkan kecuaian.

Menurut Pakar Kanak-Kanak, Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi, Dr Nik Rosenorleyaney Nik Ibrahim, kes kematian akibat menyusu ketika tidur atau sedar berpunca daripada bayi yang ditinggalkan menyusu bersendirian tanpa pengawasan.

Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.

"Dalam tubuh manusia, terdapat dua saluran iaitu pernafasan pada bahagian hadapan manakala saluran makanan pada bahagian belakang. Apabila bayi minum dalam keadaan tergesa-gesa atau mungkin lubang puting botol yang terlalu besar, susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.

"Sudah tentu bayi tidak mempunyai daya untuk menarik botol itu sendiri menyebabkan susu memasuki saluran pernafasan, seterusnya ke dalam paru-paru. Apabila ini berlaku, biasanya bayi akan tersedak atau batuk iaitu tindakan refleks yang menunjukkan bayi memerlukan pertolongan atau perlindungan.

"Namun, bagi bayi yang ditinggalkan berseorangan, sudah tentu tidak mendapat maklum balas menyebabkan bayi lemas kerana tidak dapat bernafas. Walaupun bayi tersedak susu dalam jumlah yang amat sedikit, ini sudah cukup untuk melemaskan mereka.

"Dalam masa beberapa saat saja jika tidak diberi bantuan kecemasan segera, bayi akan terus meninggal dunia," jelasnya mengulas beberapa kejadian yang berlaku, baru-baru ini.

Tambahnya, sebagai penjaga sama ada pengasuh atau ibu bapa, amalan meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu kemudian mereka meninggalkan bayi minum sendirian tidak sepatutnya berlaku.

Ini kerana, ia boleh meningkatkan risiko bayi lemas. Sepatutnya, ibu bapa dan pengasuh menyusukan bayi mereka dengan cara yang betul.

"Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

"Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

"Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan. Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur," katanya.

Selain bayi, kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas juga boleh mengalami sesak nafas disebabkan tercekik makanan seperti kacang atau gula-gula. Ini disebabkan mereka makan sambil bermain dan akhirnya makanan itu masuk ke dalam saluran pernafasan, seterusnya ke bahagian paru-paru.

Sama seperti kes tersedak susu, jika tidak diberi rawatan segera, mangsa akan terus meninggal dunia.

Menurut Dr Nik Rosenorleyaney, bagi mengelak bayi meninggal dunia akibat tersedak susu atau tercekik makanan, ibu bapa dan penjaga perlu mempunyai pengalaman melakukan rawatan kecemasan di rumah.

"Sekiranya bayi tersedak susu atau tercekik makanan, segera angkat bayi, kemudian tepuk belakang mereka beberapa kali dengan cara membiarkan muka ke bawah atau meniarapkan bayi di atas lutut kemudian tepuk belakang bayi sehingga makanan atau cecair keluar dari mulut bayi dan bayi menangis seperti biasa.

"Ini menandakan mereka sudah boleh bernafas. Bagi bayi yang tercekik makanan, sekiranya makanan yang ada dalam mulut kanak-kanak tidak keluar, korek sehingga mereka terbatuk atau memuntahkan makanan itu.

"Tindakan ini perlu dilakukan segera dalam satu minit pertama sebelum mangsa dibawa ke hospital. Dikhuatiri kelewatan melakukan bantuan kecemasan ini akan menyebabkan anda kehilangan orang yang tersayang," katanya.

Selain tersedak susu dan tercekik makanan, kebanyakan kematian mengejut membabitkan bayi dan kanak-kanak berpunca daripada sindrom goyangan bayi, tidur meniarap dan kecederaan bilik mandi.

Ramai ibu bapa tidak tahu hayunan di dalam buaian boleh menyebabkan gegaran pada otak bayi. Ini kerana di dalam otak bayi masih mempunyai ruang di antara tengkorak dan otak. Gegaran yang kuat akan menyebabkan berlakunya pendarahan, seterusnya menyebabkan kematian.

"Kebanyakan ibu bekerja menggunakan buaian untuk memudahkan kerja. Namun ada yang menggoyang terlalu kuat mengikut irama suara anak, semakin kuat anak menangis, hayunan lebih kuat. Sebaiknya ajar anak tidak menggunakan buai atau membiarkan buai tidak bergerak.

"Ini termasuk sama ada buaian biasa atau elektrik yang turut memberi risiko sama," katanya yang mengakui biasanya kes yang dirujuk di hospital menunjukkan bayi tidak mengalami demam atau sawan tetapi meninggal secara tiba-tiba. Daripada imbasan dijalankan, didapati berlaku pendarahan otak yang sukar diselamatkan.

Tambahnya, ada juga kes bayi yang meninggal ketika tidur yang boleh dikategorikan sebagai sindrom kematian mengejut. Ini berlaku bagi bayi yang tidur meniarap.

"Menidurkan bayi secara meniarap boleh menyebabkan bayi lemas dan akhirnya meninggal dunia secara tiba-tiba. Ini berlaku bagi bayi yang masih belum berupaya mengangkat dan memusingkan kepala sendiri. Biarkan bayi tidur terlentang bagi mengelak lemas.

"Pastikan alas digunakan lembut dan tidak tenggelam. Elakkan penggunaan selimut kerana turut memberi risiko sekiranya kain itu menutupi muka bayi," katanya.

Perkara yang jarang diambil perhatian ialah keselamatan di bilik mandi. Sekiranya anak sudah pandai merangkak dan berjalan, sentiasa pastikan pintu bilik air tertutup dan tiada baldi atau besen berisi air. Walaupun air di dalamnya hanya berisi enam inci, ia sudah cukup melemaskan bayi sekiranya muka bayi termasuk di dalamnya dan seterusnya menyekat saluran pernafasan.

Ibu bapa bekerja yang menghantar anak ke pusat penjagaan kanak-kanak harus memastikan pusat penjagaan itu mempunyai sijil yang sah juga pengasuh berpengalaman yang mempunyai pengetahuan mengenai bantuan kecemasan.

Di samping itu, tinjau kawasan sekitar seperti tandas, dapur, tempat tidur dan tempat bermain yang selamat untuk anak mereka.

Panduan keselamatan ketika di pusat penjagaan kanak-kanak:

1. Pastikan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menggunakan buai.

2. Setiap bayi tidur di dalam katil masing-masing dan diasingkan mengikut usia bagi mengelak bayi terlanggar atau terpijak.

3. Menggunakan peralatan tidur yang selamat misalnya tilam yang tegang dan rata supaya bayi senang bergerak.

4. Mempunyai peralatan untuk mensterilkan susu sama ada untuk susu formula atau ibu bagi mengelak keracunan makanan.

5. Orang yang menyediakan susu adalah orang yang sama. Ini bagi mengelak tertukar susu terutama bagi bayi yang alah dengan susu lembu.

6. Pemberian susu botol harus diberikan secara orang perseorangan mengikut posisi menyusu badan. Elakkan memberi susu ketika bayi berbaring.

7. Tempat menguruskan bayi harus diasingkan daripada dapur atau memasak makanan di tempat lain kemudian dibawa ke pusat penjagaan kanak-kanak. Ini bagi memastikan kebersihan serta mengelak kanak-kanak bermain dengan peralatan berbahaya di dapur.

8. Elakkan penggunaan cerek, sebaiknya gunakan termos yang boleh dikunci.

9. Pastikan mainan yang tidak berbucu atau bersegi yang boleh menyebabkan kanak-kanak menggunakannya untuk mengetuk kepala kanak-kanak lain.

10. Hanya menggunakan barang permainan yang tidak mempunyai pewarna berbahaya.

11. Anak patung haruslah yang mudah dibasuh serta tidak menyebabkan alahan terutama penyakit asma.

Isteri Kedua

KUALA LUMPUR: Wanita dikehendaki, Jesyntha Clarene Isreal, 27, yang dipercayai mampu menyelesaikan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosila wati dan tiga individu lain dikatakan sedang menyembunyikan diri daripada dikesan pihak berkuasa.


Dia yang juga isteri kedua kepada seorang suspek kes pembunuhan kejam itu dikatakan mengetahui perancangan dan kejadian pembunuhan berkenaan.

Sumber polis berkata, wanita terbabit adalah individu yang mengetahui mengenai perancangan dan kejadian pembunuhan kejam itu.

“Dia (Jesyntha) yang mengetahui dirinya sedang diburu pihak berkuasa meninggalkan rumahnya di Banting dan bersembunyi di lokasi yang masih belum diketahui,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan selepas 36 hari siasatan, kes kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, memasuki episod baru apabila seorang wanita kini amat dikehendaki polis kerana mampu membantu memberi maklumat yang boleh menyelesaikan kes berprofil tinggi itu.

Melalui laman web facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), wajah dan maklumat wanita dikenali sebagai Jesyntha Clarene Isreal itu didedahkan kepada umum dan kerjasama orang ramai amat diperlukan untuk mengesannya.

"Mana ada hantu

"Mana ada hantu, saya pergi siang dan malam tak ada apapun, semua itu hanya untuk mensensasikan cerita aja," kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

Beliau diminta mengulas dakwaan kononnya ada anggota polis yang menyiasat kes pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya diganggu makhluk halus. Ketika ditanya pemberita di Majlis Rumah Terbuka Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam hari ini, Khalid lantas menafikan laporan itu.

Terdapat cakap-cakap kononnya ada anggota polis diganggu makhluk halus ketika bertugas di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.
Ladang itu dipercayai lokasi pembunuhan itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata semua siasatan berkaitan kes pembunuhan termasuk membabitkan hartawan dari India Allal Kanthan Muthuraja, 34, serta beberapa kes lain termasuk laporan Sabtu lalu mengenai kehilangan seorang lagi ahli perniagaan, masih dijalankan.

Katanya, perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

- Bernama

Isnin, Oktober 04, 2010

MANPAD

Ketika ditanyakan oleh Larry King menerusi satu wawancara di CNN baru-baru ini, Presiden Ahmadinejad memberitahu, "Sejak kami mengusir Amerika 30tahun yang lalu dari bumi Iran, negara kami, Iran telah menjadi sebuah negeri yang berdikari dan maju. Kami tak perlu mengharapkan sesiapa lagi."

Betapa benar. Kalau ada negara yang terhegeh-hegeh mencari Amerika dan pipi bukan main tersorong-sorong, negara itulah yang akan menjadi hamba Amerika kemudiannya. Untuk pemimpin umat Islam yang memuja Obama, kita katakan: Surah Al-Furqan ayat 52 yang disepakati oleh ulama turun di Makkah, ada berbunyi: Maka jangan kamu taati orang-orang kafir, dan berjihadlah melawan mereka menggunakan Al-Quran dengan jihad yang besar.










Foto-foto di atas adalah manpad terbaru ciptaan Republik Islam Iran. Allah SWT berfirman, “Dan persiapkanlah untuk menghadapi mereka (orang-orang kafir) kekuatan apa saja yang kamu mampu dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedang Allah mengetahuinya” [surah al-Anfal (8):60].

Memang, tak banyak negara umat Islam yang boleh diharap. Sebagai orang Islam, dapat tumpang kehebatan Iran pun jadilah.

Kes Bunuh Sosilawati : Wanita ini dikehendaki Polis!

Pihak Polis meminta bantuan orang awam untuk membantu mengesan
wanita ini bagi membantu polis menyelesaikan kes bunuh Sosilawati:-
Nama : JESYNTHA CLARENE A/P ISREAL
IC NO: 830630-10-6030
Alamat : LOT 55, BATU 1/2 JLN JUGRA, BANTING.

KUALA LUMPUR: Selepas 36 hari siasatan, kes kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, memasuki episod baru apabila seorang wanita kini amat dikehendaki polis dan disifatkan amat penting kerana mampu membantu memberi maklumat yang boleh menyelesaikan kes berprofil tinggi itu.
Melalui laman web facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), wajah dan maklumat wanita dikenali sebagai Jesyntha Clarene Isreal itu didedahkan kepada umum dan kerjasama orang ramai amat diperlukan untuk mengesannya.

Jesyntha berusia 27 tahun dan memegang MyKad bernombor 830630-10-6030. Alamat terakhirnya ialah di Lot 55, Batu 1/2 Jalan Jugra, Banting, Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin yang dihubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan wanita itu terutama mengenai hubungannya dengan suspek yang ditahan, bagaimanapun enggan memberi ulasan lebih lanjut.

“Saya tidak boleh dedahkan apa-apa maklumat kerana bimbang ia boleh menjejaskan siasatan polis. Lebih penting, saya amat berharap orang ramai yang mengetahui di mana wanita itu berada supaya segera memaklumkan kepada polis,” katanya.

Mengikut laman facebook PDRM, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Jesyntha diminta menghubungi Deputi Superintendan Khoo Leng Huat melalui talian 010-4203791.

Selain itu, mereka yang inginkan keterangan lanjut mengenai wanita terbabit boleh melawat laman sosial rasmi PDRM di www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia.

Sementara itu, semalam polis membawa dua suspek yang terbabit kes pembunuhan Sosilawati ke Ladang Gadong, Tanjung Sepat di Banting.

Kedua-dua suspek yang diiringi beberapa anggota polis berpakaian preman memasuki ladang berkenaan kira-kira jam 3 petang sebelum meninggalkan kawasan itu dua jam kemudian.

Bagaimanapun, kenderaan Unit Forensik tidak dilihat memasuki kawasan itu dan hanya sebuah kenderaan Volvo dipercayai membawa pegawai penyiasat mengekori kenderaan membawa suspek bagi mendapatkan seberapa banyak bukti kejadian itu.

Ia dipercayai ada kaitan dengan kes terbaru membabitkan kehilangan ahli perniagaan dari Teluk Bunut, Banting, S Anpalagan yang mempunyai modus operandi sama dengan kes pembunuhan Sosilawati.

Selain itu, kes itu hampir sama dengan kejadian kehilangan saudagar batu permata dari Chennai, India, Allal Kathan Muthuraja pada Januari lalu.

Sosilawati 47, bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, untuk urusan pembelian tanah.

Polis mengesahkan keempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong.

Hasil siasatan, Unit Forensik menemui beberapa objek termasuk serpihan tulang dan sampel rambut dipercayai milik beberapa mangsa. Bahan bukti kes pembunuhan itu diserahkan kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Sehingga ini, polis menahan lapan suspek, termasuk dua peguam adik-beradik bagi membantu siasatan.

Tiga daripada mereka ditahan reman sehingga 7 Oktober dan lima yang lain sehingga 8 Oktober bagi membantu siasatan.

Di Bukit Aman pula, isteri S Anpalagan, S Jayanty menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara (KPN) bagi meminta mempercepatkan siasatan kehilangan suaminya pada Ogos tahun lalu.

Wanita itu berkata, memorandum yang diserahkan mengandungi kronologi kehilangan suaminya dan butir pemilikan harta sebelum dilaporkan hilang.

myMetro





20 Tentang Israel

"Berikut 20 fakta Israel yang belum banyak kita ketahui :

1. Selain bangsa yahudi, bangsa lain dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel.

2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu diusir ke luar Palestin.

3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan non yahudi.

4. Israel membahagikan 85% air bersih hanya untuk bangsa yahudi dan membahagikan 15% lebihannya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel memberikan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya dibahagikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.

5. Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 1.8 billion US$ setiap tahun. Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika.

6. Pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. Khasnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

7. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, sudah memiliki industri pengembangan senjata nuklear.

8. Panglima Tinggi Perang Israel mengakui secara terang-terangan bahwa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestina tanpa proses pengadilan.

9. Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967. Walaupun serangan itu telah mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

10. Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel telah 69 kali. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

11. Sejak tahun 1988, semua industri dan pejabat di Israel hanya boleh menampalkan iklan jawatan kosong dengan perkataan: “kerja kosong hanya untuk bangsa yahudi”, “dicari seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi”.

12. Kementerian Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk menunjukkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

13. Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel.

14. Paderi besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk menghabiskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah (Israel) yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel:

“Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabisinya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerena itu dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak rifel dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerena mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk”……

15. Pelarian Palestin adalah terbesar di dunia.

16. Penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Islam Palestin untuk melawan penjajah yahudi?

17. Walaupun Israel terus mengganggu proses belajar dan mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor. Apabila dilihat dari jumlah peratus penduduknya.

18. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

19. Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela pernah mengatakan bahawa Israel adalah negara rasis dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum dia memimpin?

20. Orang Yahudi berjalan bebas di kawasan Palestin tanpa rasa takut sedangkan orang Palestin diawasi dengan ketat oleh tentera Israel.

Amaran Paling .............. nak dengar @ x nak

"Mantan perdana menteri Tun Mahathir yang paling lama memerintah Malaysia menerusi UMNO-BN sejak kebelakangan ini banyak memberikan pandangan dan peringatan yang berbentuk perkauman khususnya orang Melayu bahawa kuasa mereka akan musnah jika PR memerintah negara.

Amaran tersebut ditujukan khas buat orang Melayu dengan tujuan menakut-nakutkan mereka bagi terus menyokong UMNO-BN.

Amaran tersebut boleh dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh mengundang ketidakstabilan dari segi persefahaman antara kaum dan agama. Amaran tersebut sebenarnya bukan demi kepentingan orang Melayu dan Islam tetapi lebih kepada menjaga kepentingan politik UMNO untuk terus berkuasa dan memerintah Malaysia selama mana yang mereka mahu. Oleh itu demi menjaga survival kepentingan dan kekayaan para pemimpin UMNO-BN yang kaya raya serta para kroni mereka maka suasana ketakutan perlu diwujudkan supaya orang Melayu terus bersama UMNO.

UMNO mula menjadi juara dan jaguh berkenaan isu kepentingan orang Melayu dan Islam sejak PRU-12 apabila UMNO-BN dilanda tsunami politik dengan kekalahan teruk iaitu gagal mendapat majoriti 2/3 kerusi parlimen serta kehilangan 5 buah negeri. Sejak dari itulah UMNO terus mengacaubilaukan pakatan pembangkang PAS-PKR dan DAP yang kini Pakatan Rakyat(PR) dengan isu-isu sensitif iaitu isu kaum dan agama. Ia menjadi modal terakhir UMNO-BN dalam meraih sokongan simpati dari rakyat khususnya orang Melayu.

Orang Melayu telah diakianati oleh UMNO sejak sekian lama akibat berlakunya ketidaktelusan dalam menjalankan amanah untuk menjaga kepentingan Melayu dan Islam. Selama ini UMNO hanya menjaga kepentingan pemimpin atasan parti dan kerajaan sahaja serta setiap ketua-ketua UMNO bahagian. Golongan-golongan inilah yang nasib mereka berubah iaitu menjadi kaya-raya dan memperolehi projek-projek parti dan kerajaan.Nasib ahli UMNO bawahan tetap begitu dulu kini selamanya. Mungkin mereka diberi imbuhan yang tak seberapa apabila setiap kali musim pemilihan parti diadakan. Iaitu 3 atau 4 tahun sekali. Yang berganda-ganda dapat imbuhan dalam ketua-ketua UMNO bahagian yang menang.

Selama UMNO memerintah negara apakah mampu dibanggakan sangat tentang pencapaian orang Melayu? Adakah orang Melayu hanya bangga dengan 2,3 kerat Melayu sahaja yang berjaya dan kaya raya itupun kerana mungkin kroni atau sebagainya. Sedangkan beratus ribu Melayu bahawahan berada dalam kehidupan yang miskin serba kekurangan. Dalam tempoh 50 tahun UMNO gagal mengangkat orang Melayu berada dalam satu kedudukan yang membanggakan dalam sektor ekonomi,pendidikan dan sosial. Ekuiti 30% juga telah gagal sebaliknya mahu dikurangkan atau dihapuskan pula. Begitu juga dengan DEB adalah ia berjaya? Jawapannya ada pada orang Melayu sendiri.Setiap dasar yang diperkenalkan oleh beberapa PM sebelum dan selepas pada hakikatnya tidak menguntungkan orang Melayu bawahan tetapi menguntungan segelintir Melayu atasan sahaja. Mungkin itulah ketuanan Melayu yang dimaksudkan oleh UMNO.

Kita tidak perlu menyalahkan kaum bukan Melayu dan parti politik seperti DAP,MCA dan Gerakan atas kelemahan dan kekurangan orang Melayu kerana UMNO yang menjadi peneraju kerajaan dalam tempoh 53 tahun ini. Orang Melayu sebaliknya perlu menyalahkan UMNO 100% dan bukan PAS atau PKR. Yang membuat dasar kerajaan dan keputusan dalam isu-isu kepentingan Bumiputera dan Islam adalah UMNO. Namun adakah perlaksanaannya telus dan sampai pada golongan Melayu yang memerlukan. Sedangkan majoriti orang Melayu masih tiada rumah tetap dan terpaksa menyewa kerana harga rumah yang terlalu tinggi yang tidak sesuai dengan kemampuan orang Melayu. Akhirnya peluang tersebut terpaksa dibuka kepada orang bukan Melayu. Adakah pimpinan UMNO bersuara lantang dalam isu ini? Dalam sektor ekonomi orang Melayu masih berniaga mengikut expo dan musim-musim perayaan sahaja.Kerajaan masih gagal menyediakan tempat tetap dan jika ada ia telah diboloti oleh para kroni dan keluarga selain masalah kos sewa yang tinggi

Oleh itu orang Melayu khususnya generasi baru yang kebanyakkan sudah berpelajaran perlu berani berubah dalam menentukan hala tuju masa depan bangsa dan agama. Perkara tersebut telah termaktub dalam perlembagaan negara dan buka di tangan UMNO. Kerajaan manapun yang memerintah perlu menjalankan dasar pemerintahan yang selari mengikut kehendak perlembagaan. Oleh itu orang Melayu tidak perlu bimbang da terus diperbodohkan dengan isu-isu berkaitan dengan kepentingan orang Melayu. Yang DiPertuan Agong dan Raja-raja Melayu masih berperanan sepenuhnya dalam pemerintahan negara oleh sebab itu orang Melayu tidak perlu takut untuk menolak UMNO. '

Hari ini UMNO sedang menakut-nakutkan orang Melayu dan Islam bahawa akan musnah kuasa Melayu/Islamn jika PR memerintah tetapi yang sepatutnya orang Melayu perlu menakut-nakutkan UMNO supaya menjaga kepentingan agama dan bangsa dengar jujur dan amanah jika mahu terus diterima oleh rakyat khususnya orang Melayu. Namun adakah orang Melayu masih ingin memberi peluang atas kegagalan UMNO selama memerintah selama 50 tahun ini.Terpulang. Ingatlah sepotong ayat hebat iaitu Islam yang menghebatkan Melayu."

Oleh: anak_muar

Motivasi Untuk Lelaki

Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki dan sedikit ttg wanita

Syukurlah walau siapa dan apapun Dia jadikan kita... lelaki atau perempuan.. masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.. yang penting pandai menggunakan kelebihan dan kekurangan tersebut demi untuk kepentingan bersama.... Bukan untuk diri sendiri sahaja... kerana kita hidup bukan bersendirian...
Banyak untung kalau kenal lelaki oleh Dr. HM Tuah

sekadar renungan bersama... semoga saling memahami antara satu sama lain..

Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja.

Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas.

Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan. Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tidak pernah putus asa
7) Lelaki yang bijak menangani segala permasalahan

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah: -
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

"MENGUSAHAKAN SESUATU ADALAH JAUH LEBIH BAIK DARIPADA TIDAK MELAKUKAN APA-APA, WALAUPUN ADAKALANYA YG DIUSAHAKAN ITU GAGAL."

Dua Perkara Yang Berbeza?

DUA SAHABAT DI HUKUM GANTUNG EDAR HEROIN, MORFIN – berita hairan

Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas dua sahabat kerana mengedar dadah jenis heroin seberat 50.3 gram dan morfin seberat 7.4 gram, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Nurmala Salim membuat keputusan itu selepas mendapati P Pathmanathan, 28, dan Bernard Louga Edward, 29, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Pathmanathan, seorang pengimpal dan Louga, seorang penternak kambing, didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan rehat Juru pada 11.30 malam, 26 Februari 2007.

Mereka dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.

PEMANDU LORI BEBAS TUDUHAN MILIKI DADAH BERNILAI RM270 JUTA - sinar

Penantian pemandu lori, Lee Yong Toe, berakhir dengan kegembiraan apabila Mahkamah Tinggi Kuantan semalam melepas dan membebaskannya tuduhan memiliki dadah bernilai RM270 juta.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Akhtar Tahir memutuskan itu selepas mendengar hujah pendakwaraya dan peguambela.

Yong Toe, 48 tahun, dari Taman Iskandar, Johor Baru, didakwa mengedar 753,359 gram methamphetamine bersama seorang lagi lelaki yang masih bebas di Jalan Cenderawasih di Rompin, Mei 2008.

Akhtar, dalam hujah akhirnya berkata, pendakwaraya gagal membuktikan kesalahan tertuduh, selain beberapa hujah tidak relevan dan gagal membantu pendakwaan.

Wasiat Imam Syafie

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

1: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada
ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala,
bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

11 jenis Manusia didoa Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman . Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar.

Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagai mana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di man a pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah.

Polis stress kerja, 3 juta rakyat malaysia sakit mental

Berita Harian 4 Oktober 2010
Stres kerjaya polis perlu rawatan segera
Khidmat kaunselor, ganjaran lebih sesuai diharap pulihkan imej pasukan

TEKANAN atau stres di kalangan anggota polis bukanlah sesuatu yang asing. Banyak kajian membuktikan kerjaya polis terdedah kepada elemen yang menyumbang kepada stres. Di Malaysia, isu stres kurang diambil berat, sedangkan ia penyumbang utama kepada segala masalah dalam profesyen kepolisan.

Tugas polis sejak dulu lagi begitu luas dan pelbagai, daripada mendaftar kelahiran (satu ketika dulu pendaftaran surat beranak dilakukan oleh polis) sehinggalah merekodkan kematian. Pendek kata dalam bahasa mudah –‘dari surat beranak sampai surat mati’ - semuanya diuruskan polis. Hans Selye, seorang penyelidik terkemuka dunia mengenai stres berkata; “Tugas polis adalah tugas yang paling memberi tekanan di Amerika Syarikat (AS), melangkaui tekanan kerja yang dialami pengawal lalu lintas udara.”

Pakar kriminologi membahagikan stres membabitkan anggota penguat kuasa kepada tiga; fizikal, fisiologikal dan psikologikal. Stres fizikal disebabkan faktor luaran seperti mengangkat barang berat, bekerja di bawah panas terik, menyelam mencari bahan bukti dalam air berlumpur, kotor, bernajis dan sebagainya.

Jenis stres kedua pula disebabkan perubahan fisiologikal akibat kecederaan, tekanan, penyakit serta dahaga atau lapar, manakala Stres psikologikal diakibatkan tindak balas terhadap ancaman, kejian dan tekanan masyarakat, harga diri, banyak hutang dan sebagainya.

Kerjaya kepolisan termasuk dalam kategori ‘Psychological Distress and Extra - Role Performance’, iaitu bekerja tidak tentu masa di mana kesannya mengganggu kesihatan dan kehidupan seharian.

Contohnya, pegawai penyiasat akan menghadapi stres jika berdepan ‘role conflict’ apabila orang yang disiasat atau ditangkap itu adalah mereka yang berpengaruh, ahli keluarga atau kawan rapat. Kadangkala jemu bertugas kerana sering dikehendaki melaksanakan tugas luar jangka atau dirujuk sebagai ‘sudden alertness and energy’.

Tekanan dihadapi apabila menerima arahan orang berpengaruh di luar pasukan yang mengatasi etika kerja atau peraturan sehingga menyebabkan suspek terpaksa dilepaskan, siasatan dihentikan atau tiada pendakwaan. Tanggungjawab menjaga nyawa orang lain membahayakan diri sendiri serta keluarga juga menyebabkan polis tertekan.

Anggota polis stres menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan dalam situasi ini, senjata adalah alat berbahaya apatah lagi jika perlu membawanya pulang selepas selesai bertugas. Kejadian rakan sekerja membunuh diri juga meningkatkan stres ejen penguat kuasa.

Polis juga banyak mengalami masalah keluarga yang menyebabkan mereka menghadapi stres berpanjangan. Di AS, hasil kajian beberapa universiti mendapati 60 hingga 70 peratus kadar perceraian di sana membabitkan polis kerana stres dalam kerjaya.

Ada juga ‘post traumatic stress disorder’ apabila rakan sekerja mati ditembak, termasuk dalam keadaan menyayat hati seperti dibunuh dengan kejam. Ia boleh menyebabkan mereka mengalami trauma psikologikal selepas kejadian berlaku, kadangkala menyebabkan stres sehingga terpaksa berhenti kerja.

Berdasarkan ‘strain theory’, iaitu teori sosiologikal terkini yang dipelopori Robert Agnew pada 1992, kadangkala mereka yang ketegangan atau stres, menjadi putus asa sehingga terbabit dalam perbuatan tidak beretika, melanggar undang-undang dan melakukan jenayah, semata-mata untuk mengurangkan atau lari daripada stres.

Desakan pihak tertentu supaya siasatan kes disiapkan cepat boleh menyebabkan penyiasat menghadapi stres yang boleh mengganggu dan menjejaskan kualiti kertas siasatan. Tugas penyiasatan memerlukan masa, ketekunan dan bukan semudah seperti ditonjolkan dalam drama di televisyen.

Stres dalam kerjaya kepolisan juga boleh berlaku kerana sering dilabel perasuah. Setiap kali menahan seseorang di tepi jalan untuk pemeriksaan, ada saja prasangka buruk, sedangkan mereka menjalankan tugas. Tidak wajar menuduh seluruh pasukan korup, sedangkan perlakuan negatif hanya membabitkan segelintir.

Tugas polis bukan sekadar menyiasat tetapi juga memberikan keterangan di mahkamah. Penangguhan perbicaraan sesuatu kes akan meningkatkan stres bukan saja kerana menunggu giliran untuk memberi keterangan, malah juga ‘seksa’ apabila berdepan peguam bela yang berpengalaman dan digeruni.

Di Malaysia, masyarakat jarang memuji polis, sedangkan mereka menjaga ketenteraman dan keselamatan sehingga kita selesa untuk bergerak di mana-mana dan pada bila-bila masa. Saya pernah tinggal di Detroit, bandar paling tinggi kadar jenayah di AS dan sepanjang dua tahun di sana, tidak berani bebas berjalan kerana takut disamun.

Polis juga diharap berjaya dalam pendakwaan kes, sedangkan sebenarnya wujud pengasingan kuasa. Tugas polis hanyalah menjalankan siasatan, mengumpul data atau maklumat, manakala pendakwaan dilakukan Pejabat Peguam Negara. Namun, tanggungjawab polis hanya berakhir selepas kes habis dibicarakan di mahkamah.

Ketika saya masih bertugas di Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia – SPRM), pihak Peguam Negara menetapkan supaya bukti yang dikumpul perlu mencapai 90 peratus, barulah ‘diizinkan’ untuk proses pendakwaan dan ia meningkatkan stres untuk mencari bukti yang kukuh supaya tidak timbul masalah ketika perbicaraan.

Jika tertuduh orang kaya, berpengaruh dan mampu melantik peguam bela yang handal sehingga menang perbicaraan atau jika kes dibuang kerana saksi berpaling tadah atau bersembunyi, polis atau ejen penguat kuasa seperti SPRM akan stres dan kecewa disebabkan usaha keras mengumpul bukti yang memakan masa dan kos tinggi, berakhir dengan sia-sia.

Kadangkala kurangnya pengalaman pegawai atasan menyebabkan arahan diberi kepada pegawai bawahan tidak relevan dan kurang tepat. Kesannya akan merugikan masa dan meningkatkan lagi stres pegawai bawahan berkenaan, tetapi dalam mana-mana agensi, pegawai atasan sentiasa betul atau 'the boss is always right’.

Ada juga ejen penguat kuasa menjadi mangsa pilih kasih, kurang mendapat sokongan pihak atasan walaupun bekerja bertungkus lumus dan cemerlang. Kadangkala polis juga menghadapi masalah untuk berkembang disebabkan kerenah birokrasi atau ‘red tape’, tiada autono-mi atau dalam sesetengah kes apabila orang tertentu mencampuri siasatan.

Stres juga dihadapi polis kerana kekurangan anggota sedangkan penduduk semakin ramai, masalah dan kes semakin bertambah, gaji yang diterima pula rendah. Ini mungkin antara faktor menyebabkan mereka stres dan mungkin terjerumus ke dalam gejala rasuah atau jenayah lain seperti mencuri atau merompak.

Kelengkapan tidak mencukupi, tidak terkini dan tiada peruntukan menyelenggara dan membaiki peralatan termasuk kenderaan juga menjejaskan tugasan polis, sekali gus meningkatkan stres kerana tidak dapat menyempurnakan tugas dalam tempoh ditetapkan dan memenuhi jangkaan masyarakat yang mahu kes disiapkan dalam tempoh singkat.

Kurang yakin dengan kemampuan diri juga punca stres di kalangan anggota polis, selain menghadapi suspek yang lebih cerdik serta boleh mengancam keselamatan diri dan keluarga pegawai penyiasat. Jika OKT dibebaskan oleh mahkamah, akan timbul rasa kecewa dan takut kerana khuatir disaman oleh pihak yang tidak puas hati.

Bagi mengatasi stres dalam kalangan ejen penguat kuasa, perlu ada khidmat kaunseling dan kaunselor pula hendaklah betul-betul layak dan pakar. Pihak pengurusan harus melebihkan sokongan moral dan berlaku adil kepada anggota bawahan. Kenaikan pangkat harus berdasarkan merit dan kurangkan kerenah birokrasi.

Beri peluang kepada anggota bawahan bukan saja berbincang mengenai hal kerja malah juga keperluan peribadi. Hidupkan kembali tradisi lama bersukan di kalangan anggota, bukan sekadar golf yang hanya disertai pegawai atasan dan yang berkemampuan.

Bagi kerajaan pula, pertimbangkan insentif lain contohnya keutamaan atau diskaun membeli rumah serta lain-lain kemudahan seperti dilaksanakan di Singapura dan Hong Kong sebagai penghargaan kepada agensi penguat kuasa yang banyak berkorban kepada negara.

Penulis ialah pakar kriminologi serta Ketua Pegawai Eksekutif Akhbar & Associates merangkap Pengarah Institute Crime & Criminology HELP University dan Pemeriksa Poligraf Bertauliah.