Khamis, Februari 23, 2012

SEMAKAN TERKINI GAJI SBPA. Pengumuman Penting PM


Semakan Gaji SBPA : Pengumuman Penting PM 12 Mac 2012??


Kakitangan awam yang terus setia menanti dengan sabar keputusan semakan gaji SBPA 2012, tetapi belum ada kata putus yang dicapai pada masa itu. Masing-masing baik JPA mahupun Cuepacs terus melontarkan pendapat, cadangan dan hujah masing-masing, akhirnya perbincangan berakhir tidak seperti yang diharapkan. Sehinggalah……
Sehinggalah Cuepacs berjumpa sendiri dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selama 2 jam di pejabat Perdana Menteri bagi membincangan isu semakan gaji SBPA 2012 ini. Yang ada pertemuan pada masa itu, semestinya :
Akhirnya, Datuk Najib memutuskan untuk mengumumkan “sesuatu” pada 12 Mac 2012. Ingat sekali lagi 12 Mac 2012 yang jatuh pada hari Isnin. Katanya, pengumuman yang bakal dibuatnya berkaitan Skim Saraan Malaysia dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan lebih adil dan saksama.
Dijangka pengumuman semakan gaji SBPA 2012 itu akan dibuat di Stadium Bukit Jalil bersama-sama 15,000 kakitangan awam yang lain. Dan dengan pengumuman ini nanti, sekurang-kurangnya “bebanan kerajaan akan dapat dikurangkan” menjelang berlangsungnya Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama sahaja lagi.
semakan gaji sbpa 2012 Semakan Gaji SBPA : Pengumuman Penting PM 12 Mac 2012??
Bagaimana adil dan saksamanya semakan gaji SBPA 2012 ini? Sama-sama nantikan pengumuman “emas” daripada Datuk Najib.

SBPA TERKINI, GAJI N17 RM820 JADI RM1800


Kakitangan awam jangan seronok dan jangan terkejut dengan tajuk di atas. Itulah permintaan terkini Cuepacs.

Bernama melaporkan Cuepacs hari ini menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54 yang sepatutnya dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu. Ia ditangguhkan kerana pasukan petugas khas selesai menjalankan semakan.

Kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia-SSM sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi SBPA, kata Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

Di antara tuntutan Cuepacs ialah;
  • Gred 1 hingga 16 kenaikan-RM700
  • Gred 17 hingga Gred 26 kenaikan-RM1,000
  • Gred 27 hingga Gred 40 kenaikan -RM1,500
  • Gred 41 hingga Gred 48 kenaikan -RM1,800
  • Gred 52 hingga Gred 54 kenaikan -RM2,500
Contoh pengiraan :Mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800. Wow!!
  • Pekerja Gaji maksimum atau berada pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.
Contoh pengiraan :Mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500.
  • Mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.
Amacam!! Kalau menjadi kenyataan kakitangan awam tentu seronok sakan, kakitangan swasta tentu ‘jeles!!’
Tentang kenaikan gaji yang dituntut Cuepacs dirasakan tidak munasabah dan terlampau tinggi serta amat sukar untuk diterima pihak kerajaan. Banyak implikasi inflasi akan timbul!! Kenaikan mendadak harga rumah contohnya.
Namun begitu sekiranya mengambil kira SBPA sebelum ini, kenaikan gaji pegawai peringkat tertinggi yang mendapat kenaikan 100 peratus. Mereka yang bergaji RM30 000 menjadi RM60 000, munasabah pula permintaan Cuepacs itu.
Terima kasih Omar Osman dan Cuepacs kerana begitu tekun dengan tuntutan ini untuk kepentingan pekerja.
Seorang kawan ada berkata, “Omar Osman tu kakitangan sokongan, itulah sebab dia pulun untuk kakitangan sokongan!!” [Pssst -bukan untuk merendah-rendahkan beliau, penting untuk orang seperti beliau menjadi Presiden Cuepacs, mantop!!]

Ahad, Februari 19, 2012

Keldai dan babi dadah



SEPANG - Seorang wanita Melayu dan kekasihnya seorang lelaki Nigeria ditahan di ibu negara pada 14 Februari lalu kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan menyeludup dadah yang dianggarkan seberat 75 kg dan bernilai RM18.7 juta ke dalam negara. Mereka merupakan dalang kepada sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah yang kegiatan mereka berjaya dipatahkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman. Dua keldai dadah yang merupakan lelaki Melayu turut ditahan. Timbalan Pengarah JKDM Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Siti Baya Berahan berkata, wanita Melayu itu berumur 43 tahun sementara warga Nigeria berkenaan berumur 28 tahun, manakala kedua-dua keldai dadah tersebut berusia 25 dan 27 tahun.
Beliau juga berkata, wanita tempatan itu dipercayai merupakan pemilik sebuah agensi perjalanan di ibu negara sementara kekasihnya itu sedang mengikuti pengajian dalam bidang komputer di sebuah kolej swasta sejak dua tahun lalu. Pasangan itu ditahan di sebuah rumah di Kepong manakala kedua-dua lelaki berkenaan ditahan di lokasi berasingan ketika melakukan penyerahan bagasi. Siti Baya berkata, hasil siasatan mendapati keldai dadah berumur 27 tahun itu pulang dari Phnom Penh, Kemboja pada 13 Februari lalu dengan membawa sebuah bagasi yang mengandungi Syabu seberat 3.3 kilogram bernilai RM825,000. "Sindiket ini berjaya membawa masuk dadah jenis Syabu dianggarkan seberat 75 kilogram ke negara ini sejak empat bulan lalu dengan merekrut seramai 6 orang keldai dadah tempatan sebagai pekerja travel agensi, iaitu lima orang lelaki dan seorang wanita, kesemuanya berusia 20-an," katanya.
Beliau berkata, mereka direman selama 14 hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman mati mandatori. "Ini merupakan kali pertama mastermind sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah ditangkap sejak tahun lalu. "Sepanjang tempoh itu, enam orang keldai dadah itu telah pergi ke luar negara sebanyak 25 kali. Ini bermakna seorang keldai dadah akan ke luar negara sebanyak empat atau lima kali dan setiap kali mereka pulang ke Malaysia, dipercayai mereka membawa tidak kurang 3 kilogram dadah yang disorok dalam bagasi," katanya. Siti Baya berkata, sepanjang tempoh empat bulan tersebut keldai dadah pernah melawati beberapa negara dan bandar raya antaranya Phnom Penh, Johannesburg, Bangladesh, Siap Reap, Manila, Cape Town, Mozambique dan Singapura.

Siapa bakal menteri besar Johor


Bakal MB Umno
Bakal MB Pakatan Rakyat
Serangan Pakatan Rakyat ke atas Johor tampaknya sudah memberi kesan menakutkan pihak UBN negeri berkenaan. Tidak sia-sia kalau Anwar Ibrahim, Salahuddin Ayub dan Chua Jui Meng malam siang menggempur Johor demi meruntuhkan kubu Umno di negeri itu.

Ketakutan UBN kini mulai terasa apabila parti itu seakan sudah kehilangan arah dan mencari-cari siapakah untuk dinobat menjadi MB sekiranya Umno masih mengekalkan kekuasan di Johor selepas PRU 13 nanti. Desas desus itu menunujukkan bahawa Abdul Ghani Othman sudah tidak diperlukan lagi di Johor.
Keupayaan bekas pensyarah Universiti Malaysia itu sudah pun diperah untuk menguatkan Umno Johor selepas mengambil alih daripada Udin anak Yassin yang terpaksa di bawa ke Pusat kerana beberapa masalah yang berlaku di Johor. Salah satu sebab Udin anak Yassin dipindah dulu ialah kerana beliau dikatakan memperkenalkan dasar membolehkan rakyat Singapura memililki hartanah di Johor. Udin anak Yassin di Johor Baharu terkenal dengan jolokkan pedagang buluh kasap yang menjual tanahair dan pasir ke Temasik?

Antara Dua Cina Nie.. Agak-Agak Mana Yang Lebih Baik..