[HM] KUALA LUMPUR: Pada mulanya dia hanya suka-suka mencari kenalan baru menerusi laman sembang ketika melayari Internet sambil mengulang kaji pelajaran.
Tapi, hobi itu akhirnya menjadi racun apabila terjebak dengan lelaki miang yang rupa-rupanya mempunyai niat serong di sebalik perkenalan di alam maya.
Menceritakan kisah silamnya, Syafika berkata, pada mulanya dia menggunakan laman sosial hanya untuk mencari kenalan.
Namun, katanya selepas mempunyai ramai kenalan lelaki, ada antara mereka mengajak dia keluar malah tidak kurang juga sanggup membayar untuk 'tidur' bersamanya.
Pada awalnya dia agak keberatan untuk menerima pelawaan berkenaan, bagaimanapun, selepas dipujuk dan ditawarkan bayaran lumayan, akhirnya dia tewas dan terjebak dalam kancah kehidupan sosial terbabit.
“Sebelum ini, saya hanya melakukan hubungan seks dengan teman lelaki. Selepas kami berpisah, saya tidak berjumpa mana-mana lelaki dan akhirnya tidak dapat menahan nafsu sendiri.
“Sebab itu, saya menerima pelawaan seorang lelaki untuk menemaninya. Dia memberikan saya sejumlah wang tetapi dengan syarat saya perlu mengadakan hubungan seks dengannya.
“Kerana nafsu dan wang tunai yang ditawarkan, akhirnya saya merelakan diri dinodai. Sejak itu, saya aktif melakukan kegiatan ini meskipun masih belajar,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.
Bagi mendapatkan kemewahan dengan cara mudah selain melampiaskan nafsunya, Syafika mula menjerat kaum lelaki hidung belang.
“Sejak berjinak-jinak dengan kegiatan berkenaan, saya mula berasa kemewahan. Dengan merahsiakan segala kegiatan ini daripada pengetahuan keluarga, saya semakin aktif melayan lelaki yang dahagakan seks menerusi laman sosial.
“Kini, saya mengenakan bayaran RM80 kepada sesiapa yang menghubungi saya di laman sosial terbabit. Setidak-tidaknya, saya dapat mengumpul wang tambahan sebanyak RM500 sebulan,” katanya.
Bagi mengelak identitinya diketahui, Syafika bertindak memadamkan akaun laman sosialnya selepas mendapat mangsa yang dikehendaki kemudian membukanya semula atas nama berbeza.
“Saya meletakkan gambar sebenar dalam keadaan yang mengghairahkan. Selepas ada lelaki yang cuba berkenalan, saya memberitahu perkara sebenar dan kebanyakannya setuju untuk membayar.
“Kemudian, mereka memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun bank saya dan menjemput saya di tempat yang dijanjikan. Selepas itu, terpulang kepada mereka untuk membawa saya ke mana saja.
“Selepas selesai, saya akan memadam akaun laman sosial dan buka yang baru. Setidak-tidaknya, tidak ada yang dapat mencari saya kembali,” katanya. Menurut Syafika, setakat ini aktiviti nakalnya masih belum diketahui ibu bapanya kerana dia bijak menyembunyikan kegiatan berkenaan.
“Kadang-kadang, saya 'online' di rumah saja. Ibu dan ayah tidak menghalang saya menggunakan Internet lebih-lebih lagi atas alasan menyiapkan tugasan universiti.
“Lagipun, mereka tidak mengesyaki apa-apa memandangkan penggunaan laman sosial kini menjadi kepentingan ramai termasuk pelajar seperti saya. Begitupun, saya bukanlah pelacur tetapi lebih kepada golongan bohsia yang sukakan aktiviti sosial,” katanya.
Selain Syafika, Dira, 20, turut menggunakan laman sosial untuk mencari ‘teman’ bagi mendapatkan pendapatan sampingan.
Menurutnya, pekerjaan sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam membuatkan dia lebih aktif mencari teman selain mengumpul wang sampingan.
“Kebiasaannya, jika saya menerima pelanggan di dalam kelab malam, ‘mummy’ akan mengambil sedikit keuntungan daripada apa yang saya dapat. Sebab itu saya mencari kenalan baru atau pelanggan menerusi Internet. Setidak-tidaknya, saya memperoleh keuntungan bersih.
“Lagipun, kerja ini tidak susah. Jika ada yang memasukkan wang ke dalam bank, saya akan mengambil cuti daripada bekerja dan mengikut lelaki itu. Jika bekerja sekalipun, belum tentu saya mendapat pelanggan,” katanya.
Menurutnya, penggunaan laman sosial memudahkannya melakukan pekerjaan itu. Katanya, meskipun sekadar suka-suka atau demi mencari kemewahan, tiada sesiapa dapat mengesyaki apa yang dilakukannya.
“Mudah dan senang. Lagipun, saya tidak perlu bekerja keras kerana kebanyakan lelaki yang kemaruk seks suka menjadikan laman sosial sebagai tempat mencari pasangan.
“Lagipun, cara begini lebih praktikal daripada ‘menjaja badan’ di tepi jalan. Silap-silap nanti, terserempak dengan kaum keluarga ataupun ditahan pihak berkuasa,” katanya
Sabtu, Oktober 16, 2010
Rogol & Bunuh!
[HM] TELUK INTAN: Kebimbangan seorang bapa terjawab apabila anak gadisnya yang tidak pulang ke rumah sebaik ke sekolah pagi kelmarin ditemui mati dalam keadaan berbogel di dalam parit di sebuah ladang kelapa sawit, di sini, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, pihaknya tidak menemui sebarang senjata tajam di lokasi kejadian dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, bapa mangsa, K Murali, 43, yang juga pengawal keselamatan di ladang berkenaan membuat satu laporan polis kelmarin bagi memaklumkan kehilangan gadis terbabit.
“Mengikut laporan itu, mangsa keluar ke sekolah kira-kira jam 7.30 pagi semalam (kelmarin) sebelum ke kelas tambahan di pekan Teluk Intan dan tidak pulang ke rumah seperti biasa sehingga membimbangkan bapanya,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.
Katanya, bapa mangsa mendakwa melihat Divya memasuki ladang berkenaan selepas turun dari bas menuju ke rumah yang terletak kira-kira 500 meter dari pondok pengawal tempatnya bekerja.
Saksi kejadian memaklumkan menemui beg dan pakaian mangsa terlebih dalu sebelum menemui mayat mangsa dalam parit.
Katanya, beg mangsa ditemui kira-kira 10 meter dari tempat mayat mangsa ditemui, manakala sebahagian pakaiannya ditemui di tepi parit tidak jauh dari situ.
“Pihak Jabatan Forensik dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) turut dikerah ke tempat kejadian bagi mengesan sebarang bukti yang boleh mengaitkan kematian mangsa. Mayat sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Teluk Intan (HTI) untuk bedah siasat,” katanya.
Katanya, tiada sebarang tangkapan dibuat, namun seorang remaja yang juga rakan sekelas mangsa dipercayai bekas teman lelakinya dipanggil untuk membantu siasatan. - Ravale Savarinathan

Inilah Remaja Yang Didakwa Menikam Sosilawati dan 3 Yang Lain
Inilah remaja yang didakwa menikam sehingga mati kesemua mangsa dalam kes pembunuhan Sosilawati. Sekilas pandang, wajahnya tidaklah seganas perbuatan kejam yang dikatakan telah dilakukannya. Salah siapa dan apakah faktor yang menyebabkannya hilang pertimbangan sehingga sanggup menjadi pembunuh kejam?
Dua pekerja ladang, K.Sarawanan (kiri) dan U.Suresh dipenjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah atas tuduhan melupuskan bukti kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya di Mahkamah Majistret , Telok Datok, Banting di sini hari ini.
Petikan berita berkaitan:
[HM] ...Sarawanan didakwa menghilangkan bukti yang menjadi satu kesalahan serius dengan sengaja membakar mayat keempat-empat mangsa dengan niat untuk mengelakkan N Pathmanabhan, T Thilaiyalagan, R Matan dan R Kathavarayan daripada seksaan undang-undang.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, pada jam 9.45 malam hingga jam 12 tengah malam, 30 Ogos lalu.
Berdasarkan fakta kes, Sarawanan didakwa melihat keempat-empat mangsa dibunuh Thilaiyalagan. Dia diarahkan Thilaiyalagan dan Matan untuk mengambil petrol dan diesel yang diletakkan di hadapan sebuah rumah pekerja ladang.
Tertuduh kemudian membawa dua tong putih dan menyerahkan kepada Thilaiyalagan dan Matan sebelum ketiga-tiga mereka mengangkat mayat semua mangsa untuk diletakkan di atas longgokan kayu yang sudah disusun.
Ketiga-tiga mereka juga menyusun kayu di atas keempat-empat mangsa sebelum mencurahkan minyak. Tertuduh bersama Matan membakar semua mayat itu.
Suresh pula didakwa menghilangkan bukti berkaitan kesalahan tertuduh utama dengan sengaja membuang abu mayat keempat-empat mangsa ke dalam Sungai Panchau, Jalan Morib, Banting, pada masa dan tarikh sama, juga bagi mengelakkan Pathmanabhan, Thilaiyalagan, Matan, dan Kathavarayan daripada seksaan undang-undang.
Sumber gambar: Berita Harian/H Metro

Kenderaan yang digunakan untuk mengangkut abu mayat keempat-empat mangsa.
Kesemua suspek yang didakwa terlibat dalam kes pembunuhan Sosilawati dan 3 yang lain.
Petikan berita berkaitan:
[HM] ...Sarawanan didakwa menghilangkan bukti yang menjadi satu kesalahan serius dengan sengaja membakar mayat keempat-empat mangsa dengan niat untuk mengelakkan N Pathmanabhan, T Thilaiyalagan, R Matan dan R Kathavarayan daripada seksaan undang-undang.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, pada jam 9.45 malam hingga jam 12 tengah malam, 30 Ogos lalu.
Berdasarkan fakta kes, Sarawanan didakwa melihat keempat-empat mangsa dibunuh Thilaiyalagan. Dia diarahkan Thilaiyalagan dan Matan untuk mengambil petrol dan diesel yang diletakkan di hadapan sebuah rumah pekerja ladang.
Tertuduh kemudian membawa dua tong putih dan menyerahkan kepada Thilaiyalagan dan Matan sebelum ketiga-tiga mereka mengangkat mayat semua mangsa untuk diletakkan di atas longgokan kayu yang sudah disusun.
Ketiga-tiga mereka juga menyusun kayu di atas keempat-empat mangsa sebelum mencurahkan minyak. Tertuduh bersama Matan membakar semua mayat itu.
Suresh pula didakwa menghilangkan bukti berkaitan kesalahan tertuduh utama dengan sengaja membuang abu mayat keempat-empat mangsa ke dalam Sungai Panchau, Jalan Morib, Banting, pada masa dan tarikh sama, juga bagi mengelakkan Pathmanabhan, Thilaiyalagan, Matan, dan Kathavarayan daripada seksaan undang-undang.
Sumber gambar: Berita Harian/H Metro
So, who was right, Anwar or I?...... RPK
Rahimi dan isterinya Febby
Pada Jun 2008, apabila isu Liwat 2 ini meletus, saya telah pergi ke Quality Hotel di Shah Alam untuk bertemu Anwar Ibrahim dan peguam-peguamnya. Lobi hotel penuh dengan wartawan-wartawan yang dianggarkan lebih kurang 50 atau lebih, pemberita ini boleh mengesahkan pertemuan ini.
Wartawan-wartawan mula meluru ke arah saya apabila mereka melihat saya dan isteri masuk ke dalam hotel. Dengan silauan flash kamera-kamera, perakam video dan mikrofon telah ditolak dihadapan muka saya. Mereka semua mahu tahu apa tujuan saya berada di situ dan adakah ia ada kaitan dengan isu liwat ini.
Saya hanya tersenyum dan tidak menjawab banyak soalan. Saya kemudiannya naik ke tingkat atas bertemu Anwar dan peguam-peguamnya. Peguam-peguam mereka memberi saya sebuah fail tebal dengan pelbagai dokumen dan testimoni-testimoni.
Lebih kurang satu jam kemudian saya turun ke bawah dan kumpulan pemberita yang ramai itu masih di sana. Bila mereka melihat saya dan isteri keluar daripada lif, wartawan-wartawan sekali lagi tergesa-gesa ke arah saya dan mengerumuni saya. Mereka semua mahu tahu apa yang sedang berlaku di tingkat atas.
Beberapa wartawan telah perasan fail tebal berikat dengan pita merah yang saya bawa dan mereka bertanyakan apa yang ada di tangan saya. Saya pura-pura tidak faham dan mereka kata ketika saya tiba saya tidak membawa sebarang fail jadi fail ini pastinya telah diberikan kepada saya. Mereka mahu tahu apa kandungan di dalam fail itu.
Saya hanya tersenyum dan kata 'no komen'. Saya kemudian berjalan keluar, dan telah menghampakan ramai wartawan yang telah berkhemah di lobi hotel itu sejak malam semalam dan sedang kelaparan berita.
Malam itu saya kembali semula ke hotel dengan kamera video saya. Masih terdapat beberapa wartawan yang terhendap-hendap di sekitar tempat tetapi saya berjaya mengelakkan mereka dan naik ke tingkat atas di mana saya bertemu Rahimi. Saya membuat rakaman video kenyataan Rahimi dan dia telah mendedahkan apa yang telah terjadi -- dia dan Saiful bertemu Najib Tun Razak, apa yang berlaku semasa pertemuan itu, dan sebagainya.
Saya sebenarnya pernah menulis tentang perkara ini dengan perincian yang hebat.
Selepas sesi rakaman saya membuat satu salinan video dan memberikannya kepada para peguam Anwar. Saya menyimpan pita asli di rumah. Saya kemudiannya meminta kebenaran Anwar untuk menerbitkan video itu di dalam Malaysia Today tetapi Anwar tidak membenarkannya. Ia kelihatan seperti peguam-peguamnya telah menasihatkan dia tidak membenarkannya. Mereka merasakan pendedahan ini patut disimpan sebagai bukti untuk perbicaraan.
Saya memberitahu Anwar saya tidak bersetuju dengan strategi ini. Saya merasakan video ini patut dihebahkan segera. Perbicaraan tidak penting, saya memberitahu Anwar, kerana mereka akan memastikannya bersalah walau apa pun bukti yang Anwar ada.
Saya dapat rasakan mereka akan sentiasa mencari pelbagai cara untuk membawanya ke penjara, dengan bukti yang dia ada sepatutnya digunakan untuk membersihkan namanya. Lantaran itu adalah lebih baik untuk menghalang setiap langkah yang mungkin mereka ambil dengan menghebahkan video itu ketika Rahimi masih lagi 'friendly party'. Wang boleh mengubah ramai orang dan jika orang-orang Najib berpeluang menghampiri Rahimi , dengan harga yang betul, dia boleh mengatakan bahawa video itu adalah tipu atau dia dipaksa untuk memberi keterangan palsu di dalam video, atau apa sahaja.
Rahimi bercakap dengan bebas dan terbuka. Saya atau isteri tidak menyeksanya atau memaksanya supaya membuat kenyataan seperti di dalam rakaman vidoe itu. Ia telah dibuat dengan relahati dan sukarela. Lagipun , saya seorang sahaja yang berada di dalam bilik itu dengannya dan tiada toughies atau pengawal-pengawal peribadi yang hadir. Dia mempunyai pilihan untuk tidak membuat sebarang kenyataan atau untuk membuat kenyataan yang berlawanan dengan apa yang dia perkatakan. Ia di atas persetujuannya sendiri untuk memberi keterangan bahawa dia dan Saiful telah pergi ke pejabat Najib untuk membincangkan bagaimana untuk mencipta dakwaan liwat ke atas Anwar.
Saya berpendapat kami memiliki sesuatu yang sangat mudah meletup dan ia seharusnya segera didedahkan kepada orang awam. Tetapi Anwar mendengar pendapat peguam-peguamnya dan saya gagal membuatnya mengubah fikiran. Saya malahan berkira-kira untuk melawan Anwar dengan meneruskan menghebahkan video itu. Lagipun , saya merasakan yang peguam-peguamnya telah salah bertindak dan keseluruhan episod ini akhirnya akan mengenai muka sendiri jika mereka tidak berhati-hati.
Bagaimanapun , saya mendengar kepada Anwar, walaupun dengan berat hati, dan tidak melakukannya. Tetapi saya ada berpesan kepada Anwar yang peguam-peguamnya harus melakukan apa arahannya dan bukan dia yang mengikut arahan peguam-peguamnya. Biar peguam-peguam fokus dalam persediaan untuk perbicaraan dan serahkan strategi-strategi politik kepada kami yang lebih arif, saya beritahu Anwar. Saya juga memberitahu perkara ini kepada Datuk Kamarul Bahrin Abbas, Ahli Parlimen TELUK KEMANG, yang turut serupa -- bersetuju dengan saya dan berfikir yang peguam-peguamnya telah bertindak salah.
Tiga bulan kemudian, pada September 2008, polis datang ke rumah saya untuk menahan saya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Mereka menghabiskan masa berjam-jam menggeledah rumah saya untuk mencari 'bukti'. Mereka akhirnya menjumpai koleksi video-video, VCD dan dokumen-dokumen lain.
“Ini apa?” mereka bertanya sambil memegang video.
“Ia pastinya bukan porno atau rakaman saya dan isteri sedang mengadakan hubungan seks,” jawab saya. (Saya menyembunyikan semuanya di tempat lain Boom, Rodi, Vic, MsMo and Chris boleh mengesahkannya). Ia adalah rakaman-rakaman peristiwa, saya beritahu polis.
Polis itu memaklumkan saya bahawa mereka perlu merampas semuanya. Saya membantah tetapi tidak berguna dan semua video-video saya, VCD dan dokumen-dokumen diangkut oleh pihak polis.
Dua bulan kemudian, pada November 2008, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan saya dibebaskan. Tetapi polis tidak mengembalikan semua barangan saya yang telah mereka ambil. Sehingga hari ini polis masih memiliki video-video saya, VCD dan dokumen-dokumen.
Bagaimanapun , salinan-salinan yang saya buat semasa pengakuan Rahimi / testimoni berada bersama kumpulan peguam Anwar. Jadi apa yang telah terjadi kepada mereka? Ini adalah sesuatu yang Anwar kena jawab.
Pada 1999, semasa perbicaraan Liwat 1, saya memberitahu Anwar yang saya mendapat makluman beberapa peguam-peguamnya telah dibayar oleh UMNO. Kerja mereka ialah untuk mengganggu perbicaraan supaya kerajaan boleh mensabitkan dakwaan terhadap Anwar.
Anwar, sudah tentu, tidak mempercayai saya. Dia berfikir yang semua peguam-peguamnya adalah jelmaan malaikat. Saya merasakan bahawa ada beberapa diantaranya adalah jelmaan syaitan.
Dan ianya benar, dua daripada para peguam Anwar telahpun keluar dan menyeberangi UMNO. Mungkin mereka tidak benar-benar menyeberang kepada UMNO. Mungkin mereka sebenarnya sudah lama bersama UMNO dan berjaya telah memasuki di dalam kumpulan peguam Anwar supaya mereka boleh menjejaskan pembelaannya.
Sekarang saya bertanyakan kepada Anwar: adakah dia amat yakin dia tidak mempunyai sebarang 'tahi lalat' UMNO di dalam kumpulan peguamnya yang sedang mengusahakan perbicaraan kes Liwat 2? Jika tidak, di mana perginya salinan-salinan rakaman video yang saya telah berikan kepada mereka? Adakah ia menghilang secara misteri? Kalau begitu , bagaimana boleh hilang?
Sekarang Rahimi mendakwa dia telah dipaksa supaya menandatangani Statutory Declaration (Akuan Bersumpah). Dan saya mempunyai satu rakaman video untuk membuktikan bahawa ia tidak begitu. Tetapi polis telah mengambil pita-pita induk dan ia kelihatannya seolah-olah para peguam Anwar juga telah kehilangan salinan-salinan rakaman itu. Tidakkah anda mengesyaki sesuatu?
Sebab tu lah! Bila saya mengkritik Anwar dia menjadi sangat marah dengan saya. Bila saya menuduh yang dia dikepung oleh 'tahi lalat', Trojan Horses, Judas dan Brutus, dia kata saya bersikap nakal dan berniat jahat dan ia adalah untuk kepentingan tertentu demi wujudkan perselisihan dalam PKR. Dia merasakan saya sebuah kilang yang bermotif untuk memusnahkan perpaduan parti.
Baiklah, jawab satu soalan ini: di mana rakaman video testimoni Rahimi, yang saya telah berikan kepada peguam-peguamnya?
Aiyah Datuk Kamarul! Cakap dengan Anwar lah! Saya dah bosan nak cakap. Dan saya tahu anda juga turut merasa perkara yang sama kerana anda sudah puas mengeluh terhadap perkara yang serupa. Tetapi nampaknya kita perlu untuk menyelamatkan Anwar dari dirinya -- atau sekurang-kurangnya dari orang di sekelilingnya.
Sepertimana yang saya telah beritahu Anwar minggu lalu apabila berlaku pertikaian antara kami apabila saya terlalu lantang bersuara: anda sepatutnya gembira kerana saya masih bersuara. Itu bererti saya masih mengambil berat. Bila saya berdiam diri kamu sepatutnya patut berasa bimbang. Itu bererti saya sudah tidak peduli lagi.
Terjemahan artikel : So, who was right, Anwar or I?
Gila Punya Negara..Mansuhkan Hukuman Bunuh Bagi Kesalahan Membunuh
Parlimen Guyana mansuhkan hukuman mati
GEORGETOWN (Guyana): Parlimen Guyana semalam memutuskan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori terhadap mereka yang didapati bersalah kerana membunuh, kecuali bagi kes membabitkan pasukan keselamatan dan kehakiman.
Serentak itu, peguam yang mewakili kira-kira 40 banduan hukuman mati merayu kerajaan turut melepaskan mereka selepas Parlimen mengundi bagi memansuhkan semua hukuman mati di negara Afrika itu.
"Kami meminta kerajaan sejajar dengan kelulusan undian di Parlimen agar turut mengetepikan hukuman mati yang diputuskan terhadap pesalah sebelum ini," kata seorang Ahli Parlimen pembangkang.
Semua 65 Ahli Parlimen bagaimanapun mengundi mengekalkan hukuman mati mandatori terhadap mereka yang didapati bersalah membunuh penguatkuasa undang-undang, pegawai penjara serta anggota kehakiman dan perundangan. - AFP
Lepas ni tengoklah statistik kes jenayah bunuh kat negara ini. Tentu akan berlipat ganda. Ye lah bunuh orang, hanya kena penjara je. .

Jumaat, Oktober 15, 2010
Lima Perkara Sebelum Lima Perkara
Hadis Nabi tentang "lima perkara sebelum lima perkara" itu maksudnya adalah supaya kita mempergunakan waktu dan kesempatan dengan sebaik-baiknya, sebelum hilangnya kesempatan tersebut. Hadis tersebut diriwayatkan Imam Hakim dalam kitab al-Mustadrak.
Lima perkara tersebut adalah sebagai berikut:
1. "Pergunakan masa mudamu sebelum datang masa tuamu". Masa muda hendaklah dipergunakan sebaik-baiknya untuk mencapai kebaikan, kesuksesan, dan keberhasilan, karena masa mudalah kita mempunyai ambisi, keinginan dan cita-cita yang ingin kita raih, bukan berarti masa tua mneghalangi kita untuk tetap berusaha mencapai keinginan kita, tapi tentulah usaha masa tua akan berbeda halnya dengan usaha saat kita masih muda. Maka dari itu masa muda hendaklah diisi dengan berbagai kegiatan yang bermanfaat hingga tidak menyesal di kemudian hari.
2. "Pergunakan masa luangmu sebelum datang masa sibukmu". Disini kita dianjurkan untuk menghargai waktu, agar bisa diisi dengan hal-hal yang bermanfaaat baik untuk diri sendiri maupun orang lain. Misalnya, menengok saudara ketika ada kesempatan sebelum kesibukan menghampiri kita, hingga tidak sempat lagi untuk sekedar mengunjungi kerabat.
3. "Pergunakan waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu". Hal ini juga anjuran agar kita senantiasa waspada pada segala kemungkinan yang sifatnya diluar prediksi manusia, seperti halnya sakit. Sakit disini bukan sebatas sakit jasmani, tapi juga sakit rohani. Maka ketika kita sehat jasmani-rohani, hendaknya kita senantiasa mempergukannya untuk hal-hal yang bermanfaat tanpa mengulur-ngulur waktu.
4. "Pergunakanlah waktu kayamu sebelum datang waktu miskinmu". Tidak terlalu jauh berbeda dari penjelasan di atas, ketika kekayaan ada pada kita, baik itu berupa materi atau lainnya, maka hendaknya kita memanfaatkannya sebaik-baiknya, jangan menghambur-hamburkan.
5. "Pergunakan hidupmu sebelum datang matimu". Yang terakhir ini merupakan cakupan dari empat hal diatas. Ketika kita diberi kehidupan maka hidup yang diberikan pada kita itu sebenarnya merupakan kesempatan yang tiada duanya. Karena kesempatan hidup tidak akan datang untuk kedua kalinya. Kehidupan harus dijalani sesuai tuntutan kemaslahatannya.
Pak Tuan : Belanjawan yang dibentangkan kurang stim betul..... tunggu punya tunggu.... habuk apa-apa pun tak ada. Cukai perkhidmatan juga yang naik. Aku tak tahu adakan cukai 5% ini betul-betul dikutip dan dapat hasil kepada kerajaan. Sebulan aku bayar cukai ini.... bil api, bil telefon, bil hp sampai RM30.00 banyak tu.....
............................ aku rindu betul pada zaman duhulu... sebelum kes anal....
petang ini potong stim aku sungguh. Nak pi sembahyang n .......... tidur kut. Esok pukul 4 pagi bangun... siapkan kerja aku.... sebelum aku pi kuliah..... Sesiapa yang menduduki PTK esok (sabtu 16.10.2010) selamat maju jaya kerana esok PTK yang terakhir.

Aku Rindu
Aku merindui zaman kanak-kanakku.. Dimana ketika dulu..kami tidak mengenal apa itu FB,Twitter,My Space..Aku merindui zaman kanak-kanakku..Dimana ketika itu..kami hanya tahu bermain ceria tanpa perlu risau apa-apa..
Aku merindui zaman kanak-kanakku..
Dimana ketika itu..permainan polis sentri dan galah panjang saban hari akmi mainkan..
Aku merindui zaman kanak-kanakku..
Dimana ketika itu..ibubapaku tidak perlu risau akan adanya penculik di kampungku. Kami bebas bermain hingga lewat senja dan kemudian pulang basah lencun..
Kini ku lihat kanak-kanak tidak bebas bermain di laman, mereka hanya terperuk di rumah. Samada berFB,Twitter atau sekadar bermain online games..
Aku merindui zaman kanak-kanakku..
Dimana ketika itu setelah senja melabuh diri..Ibuku akan memaksa kami solat berjemaah
dan kemudian mengaji juzuk-juzuk perlu diingati dan dihafal..
Kini ku lihat anak-anak kini lebih suka menonton doraemon,shinketshu di waktu maghrib..
Aku merindui zaman kanak-kanakku..
Dimana ketika itu tiada langsung ibubapaku bercerita tentang orang membuang bayi merata-rata..
Kini anakku yang kecik seusia 11 tahun tertanya-tanya..mengapa mereka buang baby sekecil itu..tidak kesiankah mereka?
Aku merindui zaman kanak-kanakku..
Aku merindui Malaysia yang dulu..tiada pertelingkahan politik yang haru biru seperti kini..
Aku merindui zaman kanak-kanakku..
Ketika mana kami amat menghormati guru-guru..biar garang bagaimanapun..
kami tetap menjadi manusia seperti hari ini..
Oh..Malaysiaku..
AKU MERINDUI MALAYSIA LAMA................ AMAN, DAMAI DAN SEJAHTERA..

Intipati ringkas kandungan budget malaysia 2011
Budget negara Malaysia bagi tahun 2011 baru sahaja selesai dibentangkan sebentar tadi oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun razak. Berikut serba sedikit intipati ringkas belanjawan bagi tahun 2011. Belanjawan (bajet) 2011 bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" dengan empat strategi utama.
Berikut petikan penting ucapannya:
i. Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh
ii. Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010
iii. Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011
iv. Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
v. Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
vi. Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.
vii. Warisan Merdeka - Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020
viii. Pembinaan projek pembangunan bercampur termasukkediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.
ix. Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
x. Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
xi. Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
xii. Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.
xiii. Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.
xiv Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah
xv. Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri
xvi. Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel(Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka
xvii Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
xviii RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
xix. RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
xx. Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
xxi. RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
xxii. Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011
xxiii. Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.
xxiv Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah
xxv. Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus
vvvi. Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan kepada RM800 sebulan
xxv. RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar
xxvi. RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia
xxvii Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam.
xxviii RM500 Untuk Kakitangan Awam dan pesara dan bantuan urus jenazah daripada RM1000 kepada RM3000 termasuk pesara juga.

RM500 Untuk Kakitangan Awam
Kerajaan mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan.
Ia akan dibayar pada bulan Disember bagi meringankan beban perbelanjaan persiapan persekolahan.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan bajet 2011 di Dewan Rakyat petang ini.
Selain itu, kerajaan juga menaikkan kadar bantuan mengurus jenazah kepada RM3,000 berbanding RM1,000 sekarng, selaras dengan kenaikan kos pengurusan jenazah. "Bantuan ini juga akan dipanjangkan kepada pesara kerajaan," tambah beliau.
Kerajaan juga, katanya, perkhidmatan pegawai khidmat singkat akan tamat pada 31 Disember 2010, akan disambung setahun lagi. Oleh itu, kementerian dan agensi tidak dibenarkan untuk menambah bilangan pegawai khidmat singkat baru.

Khamis, Oktober 14, 2010
Cikgu Lahanat.Ugut Sebarkan Gambar Aksi Tidak Senonoh Kekasihnya (Bekas Pelajar Sendiri)!
Yang saya pelik, berdasarkan laporan akhbar di bawah ini, kes tersebut hanya disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang hukuman maksimumnya penjara 2 tahun. Walhal cikgu sial ini telah melakukan hubungan seks haram dengan mangsa sejak mangsa berusia 16 tahun.
Mengapa cikgu ini tidak didakwa bersama-sama dengan Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh menyabitkannya dengan kesalahan merogol gadis di bawah umur? Kesalahan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
[BH] BETONG: Seorang guru sukan sekolah menengah di Spaoh dekat sini, ditahan polis petang kelmarin, selepas didakwa cuba menyebarkan gambar bogel teman wanitanya yang kini sedang menuntut di Tingkatan Enam di sekolah tempat suspek bertugas.
Suspek yang pernah menjadi guru kepada mangsa dipercayai menjalin hubungan cinta dengan anak muridnya itu sejak 2008 dan mengugut menyebarkan gambar yang dirakam setiap kali mereka mengadakan hubungan seks selepas mangsa mahu memutuskan hubungan.
Menurut sumber, suspek, 34, menghantar SMS ugutan kepada mangsa berusia 18 tahun, sama ada membatalkan niat memutuskan hubungan mereka atau gambar bogelnya akan disiarkan dalam laman sosial, Facebook.
“Suspek ditahan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Betong selepas mangsa membuat laporan polis petang Isnin lalu akibat tidak tahan diugut.
“Hubungan seks antara suspek dan mangsa mungkin berlaku atas dasar suka sama suka, namun perbuatan suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia sebulan, mengugut mahu menyebarkan gambar bogelnya menyebabkan mangsa ketakutan.
“Suspek dikatakan merakam aksi mereka mengadakan hubungan seks setiap kali bertemu dengan mangsa di rumahnya. Mangsa turut mendakwa diugut sekiranya enggan mengadakan hubungan seks dengan suspek,” katanya.
Difahamkan, selain mangsa, guru lelaki yang berasal dari negeri ini, turut mempunyai hubungan dengan beberapa wanita lain berdasarkan beberapa gambar bogel wanita lain dikesan dalam telefon bimbit dan komputer ribanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai yang dihubungi Berita Harian, mengesahkan suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan selepas menerima laporan dari seorang pelajar.
Kes itu difahamkan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun.

Buang Bayi Menjadi-jadi. Janin Ditemui Di Flat
Kuala Pilah – Penduduk Flat Wisma Sentosa di Kuala Pilah gempar apabila menjumpai janin di tingkat satu flat berkenaan, jam 2.30 petang, semalam.
Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Arif, 34, berkata, dia terbau busuk di tingkat itu dan mencari daripada mana arah bau itu.
“Apabila saya melalui tingkat terbabit, tiba-tiba bau tidak menyenangkan menusuk ke dalam hidung. Pada mulanya saya biarkan sahaja tetapi lama-kelamaan rasa tidak sedap hati.
“Saya cuba cari dan terkejut kerana ternampak janin yang mempunyai kaki bersaiz kecil. Keadaan janin masih berdarah, seolah-olah cukup sifat dan rasanya baru sahaja dibuang,” katanya.
Menurutnya, selepas penemuan itu, dia segera menghubungi pihak polis dan mereka tiba kira-kira jam 3 petang.
Arif berkata, dia kesal dengan kejadian itu kerana secara tidak langsung mencemarkan nama baik flat berkenaan. -SH
Harga Kereta Mahal.. bukan salah Kerajaan..
Jawapan bodoh seorang Timbalan Menteri..
Dia kata pengurangan atau pembasmian duti import tidak semestinya menyebabkan harga kenderaan menurun kerana harganya ditentukan oleh pengeluar dan syarikat berdasarkan kuasa pasaran..
Dari apa yang aku tahu, memang harga kereta ditentukan oleh pengeluar dan harga yang ditentukan adalah hampir sama bagi setiap negara cuma yang membezakan harganya ialah spesifikasi tambahan yang dipasang pada kenderaan tetapi kerana cukai yang dikenakan oleh kerajaan adalah tinggi maka harga kenderaan itu juga tinggi.. mana ada pengeluar atau pengedar yang mahu menyerap cukai yang dikenakan kerajaan itu??
Harga kenderaan mahal…..jangan salahkan kerajaan?
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak seharusnya dipersalahkan mengenai kadar tarif yang tinggi berhubung kenderaan yang diimport kerana banyak faktor lain yang mempengaruhi harga.
Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Jacob Dungau Sagam berkata demikian di sidang Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen DAP-Bandar Kuching Chong Chieng Jen.
Beliau menjelaskan bahawa pengurangan atau penghapusan kadar tarif tidak menjamin harga kereta menjadi lebih murah.
"Kadar tetap dan duti eksais untuk semua jenis kenderaan buat masa ini dikekalkan supaya hasil negara tidak terjejas.
"Di samping itu, pengurangan atau pembasmian duti import tidak semestinya menyebabkan harga kenderaan menurun kerana harganya ditentukan oleh pengeluar dan syarikat berdasarkan kuasa pasaran," jelas beliau.
Chong, yang tidak yakin dengan jawapan itu, berkata kereta-kereta import yang dijual di negara-negara jiran seperti Thailand dan China adalah jauh lebih rendah berbanding di Malaysia.
"Sebagai contoh, kita banding kereta Toyota Vios dijual di Malaysia di antara RM70,000 hingga RM90,000.
Di Thailand, kereta itu dijual dengan harga di antara RM50,000 hingga RM70,000. Di negeri China, ia dijual dengan harga di antara RM45,000 hingga RM60,000.
Begitu juga dengan kereta Honda City, di Malaysia, dijual dengan harga kira-kira RM90,000 tapi di China dijual dengan harga RM50,000," katanya.
Beliau juga menekankan bahawa kereta buatan tempatan dijual dengan harga yang lebih mahal di pasaran tempatan.
Di China, kereta berkuasa kuda 1,000 cc seperti Cherry (buatan tempatan) dijual dengan hanya RM19,000 hingga RM30,000. Tetapi di Malaysia, Perodua Viva dijual dengan harga RM38,000," katanya.
Dasar perlindungan
Chong menuduh kerana kerajaan melaksanakan "dasar-dasar perlindungan" untuk melindungi syarikat seperti Proton dan Perodua.
Ujar beliau, "syarikat-syarikat ini amat merbahaya dan menindas rakyat. Matlamat syarikat-syarikat ini ditubuhkan bukan untuk membawa keuntungan kepada kerajaan tetapi "untuk kepentingan kroni Barisan Nasional (BN) di Proton dan Perodua."
"Akhirnya, rakyat merana. Soalan saya, adakah adil untuk rakyat Malaysia membayar harga kereta yang mahal apabila kroni BN di Proton dan Perodua membuat untung yang banyak? Apa yang kerajaan buat?" soal beliau.
Bagaimanapun, Sagam tetap dengan pendiriannya bahawa sebarang pengurangan duti tidak akan menjamin harga kenderaan yang lebih murah kerana harganya bergantung kepada faktor-faktor lain.
Faktor-faktor ini termasuk harga komponen, import separuh atau sepenuhnya, kadar pertukaran mata wang, kos pengangkutan, insuran dan kos pinjaman bank," katanya.
Bagaimanapun, liberalisasi industri automatif, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak sebelum ini, sedang dalam peringkat pelaksanaan.
Beberapa siri perjanjian perdagangan termasuk mengurang dan membasmi duti import akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.
Perjanjian-perjanjian ini kata Sagam, melibatkan perkongsian dengan Jepun, Korea Selatan, China, Australia dan New Zealand.
Rabu, Oktober 13, 2010
Guru meradang maklumat peribadi didedah
Beratus-ratus guru di Selangor meradang apabila maklumat peribadi dan sulit mereka didedahkan kepada umum oleh Jabatan Pendidikan.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mewakili guru berkenaan, bimbang dengan perkembangan itu kerana ia adalah tidak beretika dan jelas sekali melanggar kod profesion perguruan.
Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng memberitahu Bernama beliau berharap Kementerian Pendidikan akan menghentikan tindakan itu secepat mungkin.
Beliau menjelaskan masalah itu timbul selepas Pejabat Pendidikan Negeri Selangor mengedarkan pekeliling pada 25 Mei, mengarahkan semua sekolah mengutip yuran dari guru untuk Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP).
Surat ingatan kedua dikeluarkan pada 21 Julai, kata Lok.
Beliau berkata apa yang menjengkelkan guru tersebut apabila salah sebuah daerah di Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana telah bertindak keterlaluan apabila mengumpulkan senarai guru yang mempunyai tunggakan.
Senarai itu mengandungi nama, kad pengenalan, gaji, nombor telefon dan tunggakan bagi setiap guru, telah disebar secara meluas di semua sekolah.
"Ini jelas telah melanggar etika profesion perguruan dan kita menuntut Kementerian Pendidikan menjalankan siasatan berhubung tindakan tersebut," tambahnya.
Yuran PSKPP adalah RM3 setahun bagi guru yang berpendapatan kurang dari RM1,000 sebulan dan RM5 setahun bagi guru yang berpendapatan lebih daripada RM1,000 sebulan, katanya.
Lok berkata sepanjang pengetahuan kesatuan itu, keanggotaan PSKPP tidak diwajibkan.
"Tetapi tindakan yang dilakukan oleh jabatan pendidikan untuk mengumpulkan yuran itu menunjukkan ia adalah wajib bagi semua guru menjadi ahli," katanya.
Ini menunjukkan sekali lagi bertentangan dengan prinsip keadilan, tambahnya.
- Bernama
Pak Tuan . Sebagai guru yang baik kita jangan belayar bertentangan dgn arah arus. Yuran PSKPP merupakan duri dalam daging kepada guru-guru yang "berkira". Yuran PSKPP tak ada bezanya dengan peraturan yg dibuat oleh sesuatu kekuasaan , adat yang dianggap mesti dipatuhi, oleh semua guru dan kaki tangan pelajaran.

Lantai Sekolah Runtuh, 10 Murid Cedera
Gambar: Beberapa petugas media cuba mendapatkan cerita saat-saat cemas lantai bangunan sekolah Sekolah Kebangsaan Sri Gunong runtuh, pagi tadi dari Filza Nadhira Idris,10, (berkerusi roda) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, hari ini. - Foto Bernama
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 pagi itu membabitkan 30 murid yang sedang mengikuti kelas Pendidikan Islam. Lantai dikatakan runtuh secara tiba-tiba dan murid yang berada di dalam kelas itu terjatuh ke dalam lubang sedalam satu meter dan selebar dua meter persegi.
Lima murid lelaki dan lima murid perempuan itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini bagi mendapatkan rawatan, oleh pihak sekolah dan ibu bapa yang kebetulan berada di situ.
Salah seorang murid berkenaan, Mohd Aliff Hakim Abu Bakar berkata, ketika kejadian, secara tiba-tiba lantai kelasnya reput (patah) menyebabkan dia terjatuh ke dalam lubang runtuhan itu.
"Saya merangkak keluar dan ustazah tarik saya keluar. Saya terkejut. Saya cedera kaki kanan," katanya ketika ditemui di HSB.
Filza Nadhirah Idris yang juga cedera di kaki kanan berkata sewaktu kejadian dia merasakan kelas itu bergoyang-goyang sebelum dia terjatuh ke bawah.
"Saya jatuh tertiarap. Lutut kanan saya cedera. Saya kemudian menangis.
Cikgu angkat saya," katanya yang kelihatan trauma dengan kejadian itu.
Seorang saksi kejadian, Ali Mohammad, 49, berkata keseluruhan bangunan termasuk lantai yang dibina sekitar tahun 1970-an itu dipercayai pada asalnya diperbuat daripada kayu dan diubah suai oleh pihak sekolah lapan tahun lalu dan digantikan dengan lantai simen tanpa mempunyai konkrit yang kukuh.
"Mungkin kayu yang diletakkan simen di atasnya tanpa konkrit yang kuat tidak mampu menanggung pelbagai bebanan seperti meja, kerusi dan peralatan tambahan kelas menyebabkan berlaku runtuhan berkenaan," katanya.
Pemangku Pegawai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Alor Setar, Md Noor Daud berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak sekolah mengenai kejadian itu kira-kira jam 11.22 pagi dan mengejarkan 17 anggota dari balai Alor Setar dan Jalan Raja ke tempat kejadian.
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah Zuraidi Rahim yang melawat murid-murid di HSB berkata, beliau dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa lapan pelajar menerima rawatan pesakit luar, manakala dua lagi agak serius kerana kaki mereka dihempap batu dan almari.
"Dua pelajar ini mungkin terpaksa ditahan di hospital untuk rawatan lanjut. Saya harap ada siasatan segera terhadap kejadian ini kerana ada yang tidak kena dengan lantai bangunan sekolah," katanya. -Bernama
Pak Tuan : Hari-hari terakhir tuan Pengarah Pelajaran negeri Kedah yang akan bersara pada 17 Oktober 2010. Tindakan pihak sekolah mengubah suai bangunan sekolah tanpa merujuk kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat inilah akibatnya. Bangunan lama yang tidak dijaga dengan baik. Guru Besar perlu pandai dan sentiasa peka dengan keadaan sekolah mereka.
Selasa, Oktober 12, 2010
KEMALANGAN 10.10.10 Angin LINTANG mungkin puncanya????
Saya melihat ada mayat tanpa kepala dan ada yang putus tangan sebaik turun dari bas selepas kemalangan. Keadaan begitu tragis kerana banyak mayat bergelimpangan,” kata Bohari Saikon, 48, saksi kemalangan ngeri menyebabkan 12 kematian membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Pedas, petang semalam.
Ketika kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, Bohari dan 43 rakannya yang juga bekas tentera menaiki bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis perhimpunan raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia di Bukit Jalil, jam 2.30 petang.
Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah bas ekspres dari Melaka tiba-tiba terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelum merempuh tiga kereta, sebuah van dari arah bertentangan termasuk bas dinaikinya.
“Bas ekspres itu terbalik merentangi jalan. Pemandu bas yang saya naiki juga parah akibat rempuhan bas terbabit yang mengenai bahagian pemandu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Katanya, sebaik kejadian, dia dan rakannya turun dari bas untuk membantu menyelamatkan penumpang yang selamat.
“Keadaan begitu menyayat hati apabila saya lihat banyak mayat bergelimpangan. Saya tidak dapat pastikan mangsa yang terbunuh itu menaiki kenderaan apa kerana keadaan bas ekspres, tiga kereta dan van itu remuk. -hmetro
Mangsa terkulai di tingkap van
Sebaik keluar dari kereta, saya terlihat mayat pemandu van putih terjuntai dari pintu tingkap, manakala bas Delima Ekspress pula melintang di tengah-tengah lebuh raya sehingga menutupi ketiga-tiga lorong laluan menuju ke Alor Gajah.
“Selepas itu, saya berlari ke arah bas berkenaan dan terlihat pemandu kenderaan itu mengadu kesakitan akibat tangannya tersepit di stereng. Saya cuba membantu tapi tak berjaya,” kata Md Razel Sarmin, 38, pemandu Honda City yang terselamat dalam kejadian itu.
Ketika ditemui di tempat kejadian, Md Razel berkata sejurus sebelum insiden yang meragut 12 nyawa itu, dia bersama tujuh ahli keluarganya yang lain sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Pontian, Johor, apabila bas Delima Ekspress itu tiba-tiba ‘terbang’ dari arah sebelah.
“Saya sempat melihat bas itu merempuh Toyota Hiace, sebelum van itu berpusing beberapa kali. Saya berjaya mengelak dari terkena bas itu, namun tetap tergesel dengan van berkenaan.
“Sejurus selepas itu, saya terus menghentikan kereta dan meminta semua tujuh ahli keluarga lain keluar. Selepas itu, baru saya perasaan terdapat banyak mayat bergelimpangan di atas permukaan jalan,” katanya.
Seorang lagi saksi kejadian, Abdul Hamid Hassan, 55, pesara tentera dari Taman Rambai Jaya, dekat sini, yang turut terselamat dalam kejadian itu berkata, sejurus sebelum kemalangan itu, dia sedang tidur.
Abdul Hamid yang duduk di bahagian depan bas berkata, dia hanya tersedar apabila bas berkenaan berhenti secara mengejut.
“Sebaik membuka mata, saya terperanjat apabila melihat sebuah bas sedang melintang di tengah jalan dan ketika itu juga pemandu bas kami cuba mengelak. Bagaimanapun, bas tetap terlanggar bahagian belakang kenderaan itu.
“Saya dimaklumkan tiga rakan kami termasuk seorang wanita yang sedang mengandung cedera dan terpaksa dikejarkan ke hospital,” katanya sambil mengakui turut melihat dua mayat terbaring di atas jalan termasuk satu tanpa kepala.-BH
Lokasi : Kawasan Angin Lintang, sebelum Restoran Jejantas (jika ke Selatan).
Punca : Sebuah bas berwarna merah. (Ekspress Delima)
1. Bas tersebut ke utara, di lorong laju
2. Lorong ke utara penuh dengan kenderaan
3. Depan, belakang dan tepi bas ada kenderaan
4. Saksi kata dia nampak bas terhoyong-hayang. Saksi melajukan kenderaan kerana memang mengagak sesuatu yang buruk berlaku.
5. Kecuali Honda Accord di belakang saksi, semua kenderaan sarat dengan keluarga
6. Ketika saksi dan bas tersebut berselisih, bas tersebut sudah miring (tilted) ke kiri.
7. Bas tersebut merempuh masuk (dalam keadaan sudah miring 90 darjah) ke lorong ke selatan dan terus melintang jalan.
8. Dari cermin pandang belakang kelihatan asap memenuhi jalan. Apa-apa yang di belakang (immediately beyond) bas tersebut tidak kelihatan (not visible)
9. Saksi sempat terlihat objek berwarna hitam terpelanting akibat dirempuh muncung bas. Mungkin kereta (mungkin!).
Rais Yatim buat laporan polis terhadap blogger
KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semalam membuat laporan polis terhadap penulis blog, Rocky's Bru kerana membuat tuduhan palsu terhadap anak lelakinya seperti yang disiarkan dalam blog berkenaan.
Blog tersebut mendakwa anak lelakinya mempunyai kepentingan dalam kementerian terbabit dengan memperoleh geran RM1 bilion bagi menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara.
Difahamkan, Rais turut membuat laporan sama terhadap blog Taikors and Taikuns (TnT) dan Bigdogdotcom di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira pukul 11 pagi semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
"Siasatan akan dilanjutkan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya ketika dihubungi semalam. -Kosmo

Wahai Lelaki, Jom Makan PISANG! Mengapa? Baca...
Menurut pakar urologi, pisang dapat meningkatkan kesuburan lelaki jika buah itu dimakan setiap tiga hari. Pakar tersebut berpendapat, buah pisang yang mengandungi magnesium dapat menghasilkan sel sperma yang berkualiti. Selain pisang, pengambilan makanan seperti spaghetti, makanan laut, kentang, dan biji gajus juga mendatangkan kesan yang sama terhadap sperma.
Jika pisang menyuburkan sperma, arak, rokok, perbuatan mandi panas atau menghabiskan masa yang lama di sauna pula dikatakan boleh menjejaskan pengeluaran sperma.
Jadi, bagi pembaca yang sukar memperoleh zuriat atau kepingin untuk memperoleh zuriat, makanlah pisang atau makanan yang dinyatakan oleh pakar tersebut. Hindarilah makanan atau perbuatan yang dapat menjejaskan sperma. Semoga dengan izin Allah SWT, hajat anda termakbul.
Jangan Makan Coklat Crispy...!!!
Salam,
Coklat jenama Crispy di dapati mengandungi Emulsifier (E476) iaitu kod untuk Lemak Babi.
Yang jelas....ianya Haram dimakan oleh Umat Islam.
Sila lihat gambar di bawah.
Coklat jenama Crispy di dapati mengandungi Emulsifier (E476) iaitu kod untuk Lemak Babi.
Yang jelas....ianya Haram dimakan oleh Umat Islam.
Sila lihat gambar di bawah.
Siap ada logo halal lagi
Nampak tak kod E476
Kalau tak berapa jelas, boleh belek sendiri di pasaraya-pasaraya dan kedai-kedai runcit.
Di bawah ini saya sertakan code-code makanan yang mengandungi lemak babi. Kalau boleh ”print lah” dan simpan ke dalam dompet. Sangattt bermanfat di zaman kita ini. Apabila membeli barang-barang makanan, boleh segera rujuk kepada code-code ini jika datang keraguan. Ini yang saya lakukan ketika keluar membeli barang keperluan harian dan snek untuk anak-anak.
Kematian Aminul: 17 kelongsong peluru dijumpai
Mahkamah Sesyen Shah Alam yang mendengar perbicaraan seorang koperal yang didakwa menembak mati remaja berusia 15 rahun, Aminulrasyid Amzah, yang bermula hari ini diberitahu 17 kelongsong peluru dijumpai di lokasi kejadian. Pasukan forensik polis juga menjumpai dua butir peluru hidup daripada jalan di mana adengan mengejar itu berlaku.
Jenain Subi, 48, dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid tanpa niat di Jalan Tarian 11/2 , Seksyen 11, antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Saksi pertama dalam perbicaraan ini adalah lans koperal Mohd Sabri Salleh.
Katanya, ketika kejadian pada 26 April lalu, beliau ditugaskan di Bahagian Gerakan di Shah Alam antara tengah malam hingga jam 8 pagi.
Katanya, kereta peronda berkenaan memohon bantuan bagi menghentikan kereta tersebut.
“Setelah beberapa minit kemudian, Saya menerima panggilan dari kereta peronda SL614 memaklumkan mereka sedang mengejar kereta Iswara dari Hotel Concorde Hotel ke Bulatan Kayangan dan kemudiannya menghala balik."
"Saya panggil anggota di SL614, Koperal Jenain (tertuduh) melalui telefon bimbitnya. Dia memaklumkan bahawa kereta Iswara itu telah hilang kawalan dan pemandunya cedera di Jalan Makyong 11/2."
Mohd Sabri berkata Jenain kemudiannya meminta beliau memanggil ambulans kerana pemandu Iswara itu cedera. Saksi kedua, detektif lans koperal Ahmad Zamzani Abd Wahab, 25, memberitahu mahkamah bahawa dia merakamkan 41 keping gambar di lokasi kejadian.
"Saya ambil gambar di jalan, pokok yang dilanggar, kelongsong peluru, juga gambar di dalam kereta dan mangsa,” katanya. Menurut timbalan pendakwa raya persekutuan, DPP Mohd Dusuki Mokhtar, sejumlah lima saksi akan dipanggil sepanjang tempoh perbicaraan yang dijadualkan selama 11 minggu.
Jenain diwakili oleh peguambela Salim Bashir (bawah, kanan) manakala peguam veteran, Karpal Singh bertindak sebagai peguam pemerhati untuk keluarga Aminulrasyid.
Pada 10 Mei lalu, Jenain, dihadapkan ke mahkamah dan membuat pengakuan tidak bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid.
Kematian mengejut remaja itu menimbulkan kemarahan orang ramai berhubung dakwaan polis yang melepaskan tembakan secara membabi-buta dan memaksa Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) berhubung penggunaan senjata api.
Sebuah panel yang dipengerusikan oleh Timbalan Menterinya, Datuk Abu Seman Yusop ditubuhkan bagi mengkaji IGSO dan juga menyiasat kejadiaan berkenaan.
Selepas memotong sebuah kereta polis, mereka dikejar dan beberapa das tembakan dilepaskan.
Kereta yang mereka naiki akhirnya berhenti di bahu jalan, di mana Aminulrasyid dijumpai mati di kerusi pemandu.
Jenain Subi, 48, dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid tanpa niat di Jalan Tarian 11/2 , Seksyen 11, antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Saksi pertama dalam perbicaraan ini adalah lans koperal Mohd Sabri Salleh.
Katanya, ketika kejadian pada 26 April lalu, beliau ditugaskan di Bahagian Gerakan di Shah Alam antara tengah malam hingga jam 8 pagi.
Pada sekitar 1.45 pagi Mohd Sabri berkata beliau menerima panggilan dari kereta peronda SL589 memaklumkan bahawa sebuah kereta Proton Iswara putih sedang memecut dan enggan berhenti.
“Setelah beberapa minit kemudian, Saya menerima panggilan dari kereta peronda SL614 memaklumkan mereka sedang mengejar kereta Iswara dari Hotel Concorde Hotel ke Bulatan Kayangan dan kemudiannya menghala balik."
"Saya panggil anggota di SL614, Koperal Jenain (tertuduh) melalui telefon bimbitnya. Dia memaklumkan bahawa kereta Iswara itu telah hilang kawalan dan pemandunya cedera di Jalan Makyong 11/2."
Mohd Sabri berkata Jenain kemudiannya meminta beliau memanggil ambulans kerana pemandu Iswara itu cedera. Saksi kedua, detektif lans koperal Ahmad Zamzani Abd Wahab, 25, memberitahu mahkamah bahawa dia merakamkan 41 keping gambar di lokasi kejadian.
"Saya ambil gambar di jalan, pokok yang dilanggar, kelongsong peluru, juga gambar di dalam kereta dan mangsa,” katanya. Menurut timbalan pendakwa raya persekutuan, DPP Mohd Dusuki Mokhtar, sejumlah lima saksi akan dipanggil sepanjang tempoh perbicaraan yang dijadualkan selama 11 minggu.
Jenain diwakili oleh peguambela Salim Bashir (bawah, kanan) manakala peguam veteran, Karpal Singh bertindak sebagai peguam pemerhati untuk keluarga Aminulrasyid.
Pada 10 Mei lalu, Jenain, dihadapkan ke mahkamah dan membuat pengakuan tidak bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid.
Kematian mengejut remaja itu menimbulkan kemarahan orang ramai berhubung dakwaan polis yang melepaskan tembakan secara membabi-buta dan memaksa Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) berhubung penggunaan senjata api.
Sebuah panel yang dipengerusikan oleh Timbalan Menterinya, Datuk Abu Seman Yusop ditubuhkan bagi mengkaji IGSO dan juga menyiasat kejadiaan berkenaan.
Adalah dilaporkan Aminulrasyid dan rakannya , Azamuddin Omar, juga berusia 15 tahun sedang dalam perjalanan pulang dari sebuah restoran di Seksyen 7, Shah Alam pada malam kejadian itu.
Kereta yang mereka naiki akhirnya berhenti di bahu jalan, di mana Aminulrasyid dijumpai mati di kerusi pemandu.
Isnin, Oktober 11, 2010
Satu dubur tentukan masa depan Malaysia
Saya tidak menganggap rakyat Malaysia memerlukan drama politik sebegini, sama ada sebagai hiburan untuk meredakan tekanan hidup harian, mahupun sebagai rancangan realiti untuk meningkatkan pengetahuan seks masyarakat umum merentasi sempadan umur.
Saya tidak pasti apakah kesudahannya, malah saya lebih mencurigai apakah ia mempunyai kesudahan. Saya tidak tahu sama ada benar atau mampu Anwar Ibrahim melakukannya, saya juga tidak berminat sama ada Saiful Bukhari Azlan mencuci duburnya, bahkan saya tidak pasti versi akuan bersumpah (SD) Rahimi Osman (gambar kiri, kedua dari kiri) manakah yang ditandatanganinya tanpa paksaan.
Apa yang pasti, dubur Saiful Bukhari Azlan akan terus dijadikan tumpuan satu Malaysia, malah satu dunia. Ruang dada akhbar akan sarat dengan berita pendedahan demi pendedahan untuk menghakis dan menggoyah keyakinan rakyat terhadap Anwar Ibrahim; bekas rakan seperjuangannya akan tampil seorang demi seorang untuk membongkar "wajah sebenar" Anwar, dan ruang rencana akan menyiarkan artikel demi artikel untuk mengupas, menganalisa, malah meramalkan masa depan Anwar Ibrahim, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) - yang sudah tentu akan hancur dan ranap dalam masa terdekat, kononnya.
Jelas, ini kes politik
Saya menghormati proses perbicaraan mahkamah yang sedang berlangsung, malah untuk mendukung prinsip keadilan saya terpaksa menghormati juga mereka yang berhempas-pulas menegakkan keadilan, kononnya, untuk Saiful Bukhari Azlan. Namun demikian, segala-gala ini gagal mengubah hakikat bahawa Kes Sodomi II ini merupakan kes politik.
Dari segi undang-undang, Anwar Ibrahim didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan - kesalahan melakukan hubungan seks di luar tabii yang melibatkan dua pihak secara sukarela. Dengan kata lain, Saiful Bukhari Azlan perlu tampil sebagai tertuduh bersama Anwar, dan bukannya pengadu yang memberi keterangan - seandainya mengikut Seksyen 377B.
Namun demikian, Saiful mendakwa dirinya diliwat tanpa kerelaan sejak awal lagi. Jadi, Anwar seharusnya didakwa di bawah Seksyen 377C, iaitu hubungan seks di luar tabii secara paksaan - barulah Saiful boleh tampil ke mahkamah sebagai "pengadu". Apa yang berlaku kini memperlihatkan kontradiksi yang ketara antara pertuduhan dengan keterangan pengadu.
Justeru itu, sukar untuk kerajaan Najib Abdul Razak meyakinkan rakyat bahawa sistem kehakiman profesional dan bebas ketika membicarakan Kes Sodomi II ini. Malah, tidak mungkin ia sekadar "kes jenayah" biasa, seandainya dilihat kepada pendekatan lidah UMNO, Utusan Malaysia membuat liputan berita ini.
Liputan luas diberikan kepada kandungan soal-jawab dalam perbicaraan mahkamah. Malah, perbincangan isu ini dilanjutkan dengan wawancara bersama bekas pemimpin PKR, yang menyindir agar "Anwar tidak perlu takut", sambil mempertikaikan "Kenapa mahu tangguh perbicaraan kalau tidak bersalah?" Kemudian bekas orang kanan tampil memohon maaf, "Kerana membela Anwar Ibrahim dalam kes liwat pertamanya". Sumpah-seranahnya bagaikan ludah ke langit, dan jatuh bagaikan hujan kebetulan ketika menjelang pilihan raya kecil...
Buktikan liwat tanpa tusukan? Saya tidak nampak bahawa ulasan, kupasan, atau analisa yang terpampang di depan mata ketika kita menyelak akhbar ini memberi makna. Laporan pemeriksaan doktor telah menyatakan bahawa tiada kesan tusukan ditemui, namun perbicaraan tetap berjalan. Jadi, segala-gala ini seolah-olah cubaan untuk membuktikan kepada satu Malaysia, malah seluruh umat manusia di dunia ini bahawa air mani Anwar boleh sampai ke dalam dubur Saiful tanpa tusukan.
Persoalannya, jikapun dibuktikan keajaiban ini berlaku di tanahair yang tercinta ini, apakah kehebatan ini bakal mengundang pelabur asing untuk menyuntik dana ke Malaysia? Padahal, belumpun paip ekzos Saiful terbocor, seramai 304,358 orang bakat buatan Malaysia telah mengalir ke luar negeri, antara Mac 2008 hingga Ogos 2009, apatah lagi kemerosotan 81% dalam pelaburan asing langsung di Malaysia, dari US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada tahun 2008, kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada tahun 2009?
Apakah makna yang tersirat di sebalik segala-gala ini? Ertinya, sementara kerajaan Malaysia bertungkus-lumus dalam usahanya untuk "menghilangkan keyakinan" rakyat terhadap Anwar Ibrahim, rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung akibatnya - kehilangan keyakinan daripada pelabur asing dan anak watan yang berbakat.
Jelas, Anwar Ibrahim (gambar kiri) diletakkan pada kedudukan sedemikian bukan kerana beliau Ketua Umum PKR, atau kedudukannya sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat. Bahkan, adalah kurang tepat jikalau beliau sekadar Ketua Pembangkang dalam parlimen. Kita tidak perlu menjadi Profesor Sains Politik untuk memahami hakikat Anwar Ibrahim berpotensi menjadi Perdana Menteri, dan kita tidak perlu membaca Sun Tze untuk memahami percaturan politik yang berlangsung di depan mata.
Teorinya mudah - musnahnya Anwar, maka terselamatlah Barisan Nasional.
Politik menabur dendam
Untuk tidak dilihat naif dalam politik, saya menerima babak ini sebagai sebahagian daripada pergelutan kuasa antara pemerintah dengan pembangkang, atau dalam realitinya, antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat. Dalam konteks Malaysia, serangan politik yang menyentuh keperibadian kadang-kala tidak dapat dielakkan, meskipun pendekatan ini amat dipertikaikan. Kita masih jauh dari persaingan politik yang sihat - perdebatan politik yang diangkat martabatnya untuk membicarakan soal struktur dan sistem.
Berbalik kepada persoalan, apakah keperluannya untuk mengaibkan musuh politik dan keluarganya dengan cara sebegitu rupa? Untuk ramai warga Malaysia yang prihatin terhadap politik, babak perebutan kuasa yang paling dahsyat dalam sejarah Malaysia melabuh tirai pada 2 September 2004 - apabila Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara. Ianya bukan soal sama ada benar Anwar Ibrahim terlibat dalam kelakuan sodomi, tetapi pengaiban dan penghinaan secara terbuka yang melampaui batas.
Pengaiban secara terbuka terhadap Anwar dan keluarganya telah menyemai benih dendam di kalangan penyokongnya. Ia amat berbeza dengan persaingan politik "siapa lebih Islam atau siapa lebih Melayu", antara UMNO dengan PAS, atau Semangat 46 pada zaman 1990-an. Penghinaan secara terbuka untuk mengaibkan seorang isteri bernama Wan Azizah Ismail, tanpa mempertimbangkan perasaan anak-anaknya - dengan aksi-aksi lucah, gambar-gambar yang diubahsuai, kata-kata yang kasar lagi kesat seperti "kaki buntut" dan sebagainya ketika berkempen, terlalu biadap namanya.
Usaha Abdullah Ahmad Badawi untuk membubuh noktah kepada babak politik yang menabur dendam ini disia-siakan begitu sahaja apabila UMNO-BN semakin terdesak di ambang hilang kuasa. Kita tidak lupa bagaimana doktor Hospital Pusrawi, Mohamed Osman Abdul Hamid membuat akuan bersumpah untuk mempertahankan laporannya (berbunyi Saiful tidak diliwat) selepas memeriksa dubur Saiful, dan kemudian menghilangkan diri kerana tidak tahan dengan gangguan dan tekanan daripada pihak berkuasa.
Dan drama ini dipentaskan semula, selepas satu dekad. Anak-cucu yang melanggan Utusan Malaysia atau Berita Harian kerana sisipan DIDIK, SKOR dan sebagainya, pada masa yang sama ditayangkan adegan bagaimana kelakuan liwat boleh berlaku - dalam bentuk bertulis... Satu generasi membesar dalam suasana media yang sarat dengan istilah "liwat", "sodomi" - imaginasi masyarakat awam digarap dengan tilam yang naik turun di mahkamah pada akhir tahun 1990-an; kini kita pula menyaksikan satu generasi lagi yang membesar dalam suasana media yang tidak banyak berbeza, mungkin cuma tilam digantikan dengan KY jelly untuk mencungkil imaginasi...
Bebas dari politik dubur
Untuk hampir dua dekad sejak tahun 1981, satu Malaysia berfikir menggunakan otak Mahathir. Atau dengan kata lain, otak Mahathir yang menentukan Malaysia dalam jangka kira-kira dua puluh tahun ini. Dan ia hanya berubah mulai tahun 1998, apabila seluruh warga Malaysia diajak untuk berfikir menggunakan dubur.
Bukankah Sasterawan Negara tahun 1982, Shahnon Ahmad memberi gambaran yang paling tepat, melalui bukunya yang berjudul Shit @ PukiMak @ PM, apabila menyifatkan ahli politik yang rasuah, menyalahgunakan kuasa bagaikan najis yang saling menghimpit dalam usus besar?
Dan bukankah inilah senario yang sedang berulang dan berlaku, apabila politikus saling membaling najis, untuk membusukkan dan dibusukkan? Dan kita wajib tanya, sampai bilakah rakyat Malaysia perlu bergelut dalam najis, sebelum terkeluar dari politik dubur yang busuk lagi membusukkan?
Sebagai warga Malaysia muda yang mendahagakan perubahan, saya sedia akur seandainya kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) tumbang kerana gagal mengota janjinya terhadap rakyat; bahkan saya sedia tunduk kepada realiti, jikalau terbukti PR kurang mantap dan belum bersedia untuk mengambil-alih kuasa pentadbiran daripada BN.
Malah, saya sedia akur jikalau PR terlepas peluang kerana gagal meyakinkan kaum Melayu yang termakan dengan propaganda UMNO-BN; saya sudi menunggu, sama ada satu penggal, satu dekad mahupun berdekad-dekad lagi untuk pertukaran kuasa kerajaan persekutuan, jikalau kita gagal melakukannya pada detik saat PRU ke-13 yang akan datang.
Namun demikian, saya tidak rela sama sekali jikalau perubahan digagalkan hanya dengan satu dubur milikan Saiful Bukhari Azlan. Saya tidak rela sama sekali untuk melihat bagaimana penceramah politik berbuih-buih meyakinkan pakcik-makcik FELDA bahawa Saiful boleh diliwat tanpa dubur terkoyak.
Saya tidak sampai hati melihat seorang wanita bernama Wan Azizah Ismail diperlakukan untuk tampil mempertahankan suaminya di depan khalayak ramai. Saya tidak sampai hati melihat anak-anak Anwar diperlakukan untuk hadir di mahkamah dan dibacakan tuduhan bagaimana ayahnya memasukkan zakar ke dalam dubur bekas pembantunya.
Sememangnya, politik adalah permainan jatuh-menjatuhkan politikus dari jawatan dan kedudukannya, tetapi bukan untuk memijak maruah musuh politik sebagai seorang manusia. Betapa terdesak sekalipun, garis ini haram dilangkaui - bukan sahaja sebagai kayu ukur demokrasi (bagaimana musuh politik dilayan), tetapi juga sebagai benteng ketamadunan.
Dan yang paling penting, sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia membebaskan diri daripada politik dubur. Rakyat Malaysia harus membebaskan diri - untuk berfikir menggunakan otak sendiri, dan bukannya otak Mahathir Mohamad mahupun dubur Saiful Bukhari Azlan. Malaysia wajib keluar dari dubur Saiful Bukhari Azlan. Saya doakan agar ia masih belum terlewat, sebelum satu Malaysia terhumban ke dalam jamban dan dijirus arus globalisasi.
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu
Pak Tuan : Sabar jalahhhhhhhhhhh.
Polis tak mahu terburu-buru: Bakri
KUALA LUMPUR: Kertas siasatan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara apabila segala fakta dan bukti yang dikumpul sepanjang proses siasatan termasuk penyiasatan kes lain yang dikaitkan dengan suspek, dilengkapkan sepenuhnya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, sehubungan itu meminta semua pihak bersabar dan memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan terperinci kes itu bagi memastikan mereka yang didapati terbabit dihadapkan ke muka pengadilan.
Beliau berkata, polis tidak terburu-buru dalam melengkapkan kertas siasatan kerana proses penyiasatan yang dijalankan perlu dilakukan secara terperinci termasuk mengemukakan bukti dan fakta bagi membantu mengukuhkan proses pendakwaan.
“Kita tidak boleh terburu-buru (menyiapkan kertas siasatan) bagi kami ruang dan jangan ‘push’ kami untuk siapkan siasatan dengan segera kerana kita tidak mahu ada perkara yang mungkin menjejaskan penyiasatan.
“Apabila siap semua siasatan (termasuk kes lain yang terbabit), kita akan serahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Selepas itu terpulang kepada mereka untuk menilainya dan membuat keputusan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
Sebelum ini, polis dilapor menubuhkan dua pasukan petugas khas iaitu satu untuk menyiasat kes pembunuhan Sosilawati, manakala satu lagi bagi menyiasat laporan orang hilang yang di-kaitkan dengan suspek.
Sosilawati, 47, yang juga pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages, dibunuh bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan perunding kewangannya, Noorhi-sham Mohammad, 38, di sebuah ladang persendirian di Tanjung Sepat, Morib pada 30 Ogos lalu.
Susulan itu, polis menahan reman lapan suspek termasuk dua peguam adik beradik bagi membantu siasatan. Sebaik tempoh reman 14 hari tamat, mereka ditangkap semula bagi membantu siasatan kes bunuh ahli perniagaan India, Muthuraja Allal Kanthan.
Semua suspek ketika ini sedang direman bagi membantu siasatan kes kehilangan kontraktor dari Sungai Petani, Kedah, Shafik Abdullah, 37, bersama rakannya yang dilaporkan hilang sejak lima bulan lalu.
Jabatan Peguam Negara sebelum ini mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan Sosilawati kepada polis pada 21 September lalu untuk diperincikan lagi.
Mengulas lanjut, Mohd Bakri memberi jaminan, akan ada satu keputusan yang diperoleh pada akhir siasatan kes pembunuhan kejam itu.
“Akhirnya nanti akan ada individu didakwa... tetapi tunggulah sehingga kita menyelesaikan sepenuhnya siasatan,” katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya sama ada kertas siasatan yang akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara nanti membabitkan tiga kes berasingan atau disatukan semua kes yang disiasat pihaknya.
Tiga Suspek Kes Sosilawati Mohon Perintah Lanjutan Penahanan Mereka Disemak Semula
KUALA LUMPUR: Peguam dua beradik dan seorang suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya pada Isnin memfailkan permohonan supaya perintah lanjutan tahanan reman terhadap mereka yang diperoleh pihak polis, disemak semula.
Permohonan itu difailkan peguam Ravi Nekoo pagi tadi di pejabat pendaftaran jenayah Mahkamah Tinggi di sini melalui firma guaman Hakem Arabi & Associates.
Dalam permohonan itu, Ravi menyatakan bahawa berbuat demikian selepas mendapat arahan anak guamnya dan isteri suspek ketiga berhubung perintah yang dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Kuala Lumpur Ahmad Shakib Ismail pada 8 Okt bagi membenarkan tahanan mereka dilanjutkan.
Beliau meminta Mahkamah Tinggi menyemak perkara itu mengikut Seksyen 323 Kanun Prosedur Jenayah.
Ketiga-tiga suspek berkata mereka telah ditahan pada 11 Sept di alamat No.109, Jalan cempaka, Taman Seri Teluk Datuk, Banting dan ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan polis berhubung laporan kehilangan Sosilawati dan tiga individu lain.
Bagaimanapun, Ahmad Shakib membenarkan permohonan polis dan memerintahkan tahanan reman ketiga-tiga suspek dilanjutkan sehingga 13 Okt.
Dalam permohonan untuk semakan, Ravi meminta Mahkamah Tinggi meneliti beberapa isu termasuk kegagalan majistret berkenaan menimbangkan permohonan bagi perintah tahanan reman secara individu berbanding "omnibus".
Ravi mendakwa majistret berkenaan telah terkhilaf dalam mengeluarkan perintah lanjutan tahanan reman tersebut, sementara alasan yang diberikan polis adalah tidak relevan.
Sementara itu, ketika dihubungi, Ravi berkata mahkamah belum menetapkan sebarang tarikh untuk mendengar permohonan itu.
Selain Sosilawati, 47, turut menjadi mangsa pembunuhan kejam ialah pemandu peribadi Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawanagn Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32, yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas mereka dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.
Pada 13 Sept, polis mengesahkan keempat-empatnya dipukul sehingga mati, mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Banting, Selangor. - BERNAMA
Sukar uji tulang
PETALING JAYA: Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti identiti jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain masih belum selesai berikutan terlalu banyak tulang yang perlu dianalisis.
Ini memerlukan masa yang panjang untuk membuat ujian berkenaan.
Difahamkan, serpihan tulang yang dipercayai milik individu yang dibunuh di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, di sini pada 30 Ogos lalu agak sukar diuji berikutan keadaan tulang yang dibakar selain berada terlalu lama dalam air.
Ketua Pengarah Jabatan Kimia, N Hithaya Jeevan berkata, pihaknya masih menjalankan ujian terhadap kes pembunuhan berprofil tinggi itu dan meminta masyarakat bersabar. “Siasatan kes ini tidak mungkin siap dalam masa terdekat. Masih banyak yang perlu dilakukan. Beri ruang kepada kami (Jabatan Kimia) untuk melakukan tugas supaya hasil diperolehi tepat. “Dakwaan ujian DNA kes pembunuhan itu dapat disiapkan dalam tempoh terdekat tidak tepat. Saya sendiri belum mengetahui tarikh sebenar ia akan dilengkapkan berikutan banyak lagi bukti masih dikumpul polis,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Persaraannya di Jabatan Kimia, Petaling Jaya, di sini, semalam.
Difahamkan, kes pembunuhan kejam membabitkan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, adalah kes paling sukar yang pernah dikendalikan Jabatan Kimia.
Menurutnya, kes itu memerlukan penelitian yang tinggi selain memerlukan jangka masa yang panjang berbanding kes biasa yang mengambil masa tujuh hingga 14 hari bagi mendapatkan keputusan ujian DNA.
Ketika ditanya berhubung proses menjalankan ujian DNA itu, beliau yakin pihaknya akan memperolehi keputusan ujian memandangkan kepakaran dan peralatan yang digunakan jabatannya setanding dengan makmal di luar negara.
“Tidak timbul sebarang masalah berhubung kes ini kerana walaupun serpihan tulang yang ditemui itu terbakar tetapi ujian masih boleh dijalankan bergantung kepada suhu tulang yang dianalisis. “Kami menjalankan analisis mengikut prosedur dan protokol biasa. Apabila semuanya sudah selesai kami akan maklumkan kepada polis,” katanya.
Beliau turut menafikan laporan sebuah akhbar bahawa pihaknya sudah dapat mengenal pasti identiti tiga mangsa pembunuhan kejam terbabit melalui ujian dijalankan terhadap beberapa sampel yang ditemui di lokasi kejadian termasuk serpihan tulang.
Hithaya Jeevan mengharapkan tiada lagi individu yang cuba menimbulkan sebarang spekulasi walaupun beliau sedia maklum semua ternanti-nanti keputusan ujian DNA kes pembunuhan kejam yang akan merungkai seribu satu persoalan mengenai misteri cebisan tulang yang ditemui. -hmetro
Pak Tuan : 10.10.2010... ada macam-macam tragédi peristiwa yg menyedihkan. sandiwara, lakonan dan mengenai peristiwa-peristiwa sedih. Gembiranya ada, tapi..... sebagai insan kecil kita hanya mampu berdoa "Ya Allah, Engkaulah yang mula dan yang tidak suatu sebelum Engkau dan Engkaulah yang akhir, tidak ada suatu selepas Engkau, aku pohon perlindungan dengan-Mu daripada kejahatan setiap binatang yang Engkau pegang dan aku berlindung dengan-Mu daripada yang berdosa dan yang merugikan"

Langgan:
Catatan (Atom)