Selasa, September 03, 2013

Warga Bosnia saman kekasih kerana hanya mahu seks

Seorang ahli perniagaan yang berasal dari Bosnia telah mengemukakan saman bernilai RM600,000 terhadap teman wanitanya, seorang warga Malaysia kerana dakwanya hanya mahukan seks dan genetik Eropah untuk mendapatkan anak, dan bukannya atas dasar cinta.
Ervin Ahbabovic, 41, penduduk tetap yang telah menetap di negara ini selama 18 tahun memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Dalam kenyataan tuntutannya, Ahbabovic berkata beliau jatuh cinta dengan wanita Malaysia, Chung Shun Yee, 29, pada 2008.
Plaintif mendakwa, beliau percaya mereka akan mendirikan rumah tangga, namun mengakui beliau tersilap.
Menurut dokumen mahkamah, hubungan mereka retak selepas kelahiran anak lelaki mereka, ekoran defendan kerap mencari kesalahannya.
Pada masa sama, beliau mendakwa kehendak seksual defendan melebihi norma biasa.
Beliau berkata defendan mengkehendakinya untuk mengadakan enam kali hubungan seks enam kali sehari dengan setiap sesi berlangsung sehingga sejam.
Ahbabovic bagaimanapun yakin kehendak seksual wanita tersebut berdasarkan cinta sebenar namun defendan menjadi cemburu dan tidak yakin dengannya.
Beliau mendakwa kehendak seksual defendan menjadi rutin yang terpaksa dipenuhinya.
Malah plaintif turut mendakwa defendan pernah mengugut membunuh diri jika kehendak seksualnya tidak dipenuhi atau cuba meninggalkannya.
Tanpa pilihan lain, beliau tetap dengan wanita berkenaan dengan harapan akan bersetuju untuk mendirikan rumah tangga dengannya bagi memastikan mereka menikmati kehidupan berkeluarga yang normal.
Ahbabovic mendakwa beliau mengalami tekanan perasaan dan penderaan emosi disebabkan penderaan rutin seksual setiap hari, dan pada September tahun lalu, defendan dakwanya telah menikam dirinya di bahagian lengan kiri.
Tidak tahan dengan apa yang berlaku, plaintif kemudiannya menyuarakan tindakan defendan namun defendan kemudiannya menghina, memukul, dan memarahinya.
Malah, beliau juga didakwa telah dihalau dari rumah dan menafikan haknya untuk mendapatkan simpanan dan menguruskan perniagaan bersama mereka.
Ahbahovic berkata Chung terus bertindak di luar batasan termasuk dalam perniagaan dan tidak pernah membayarnya walaupun menerima beberapa ratus ribu daripada sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur. .
Beliau turut rasa dimalukan, stress dan trauma, ekoran bukan sahaja dihalau dari rumah, tetapi juga dilarang berjumpa anaknya.
Cubaan beliau menghubungi Chung juga tidak berjaya, sebaliknya wanita berkenaan berkata hanya menggunakannya untuk "memuaskan nafsu seksnya selain mendapatkan sperma lelaki berkenaan atas alasan DNA sperma Eropah tiada tolok bandingnya dan lebih berkualiti berbanding lelaki tempatan."
Ahbabovic berkata beliau rasa terhina dengan kenyataan Chung yang menganggap dirinya dipergunaan sebagai penderma sperma.
Beliau turut mendakwa mengalami penderitaan psikologi ekoran status bapa kepada anaknya tidak diperakui.
Beliau menuntut mahkamah memberikan pengesahan terhadap statusnya sebagai bapa kepada anak mereka dan mengesahkan kehadirannya sebagai bapa dalam tiga akhbar utama di negara ini selain tuntutan kewangan.
Beliau juga cuba mendapatkan arahan menjadi bapa kepada anaknya dalam surat beranak, termasuk penghargaan defendan berkenaan kewujudannya sebagai bapa terhadap anak mereka.
Selain itu beliau turut menuntut kos lain yang ditetapkan mahkamah.
Ahbabovic diwakili peguam Nasir Yusoff dan Mohamad Fauzi. Beliau berkata pengurusan kes ditetapkan pada 1 Oktober.
"Salinan writ telah disahkan dan diserahkan kepada defendan, kemungkinan esok," kata Nasir.
Ahbabovic, yang hadir mahkamah hari ini berkata beliau tidak melihat anaknya sejak beberapa bulan lalu.
"Saya mengalami trauma dan sedang berjumpa psikiatris sekrang," katanya.
"Saya kehilangan segala-galanya sejak empat tahun lalu. Saya serahkan segalanya dan mahukan keluarga yang normal, namun dia gunakan saya semata-mata hanya mahukan sperma saya," katanya. -

Isnin, September 02, 2013

 Petrol dan Diesel Naik 20 Sen Mulai Tengah Malam Ini kerana Nak Naikkan BR1M

Minyak RON95 & Diesel Naik 20 Sen Tengah Malam Ini
[Bernama] PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.
Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini, Isnin.Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.
Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.
Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejasberikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.
Najib terdahulu mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa dasar fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali. 
 

Mana ada? Siapa kata harga minyak naik


KUALA LUMPUR - Dakwaan mengenai kenaikan harga minyak petrol RON95 sebanyak 20 sen tengah malam ini hanya khabar angin, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek Hasan berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai kenaikan harga minyak tersebut.

“Saya tidak tahu, kita tengoklah dahulu macam mana. Siapa yang bercakap?”

“Kita jangan galakkan rakyat dengan khabar angin. Jika tidak ada fakta, jangan buat andaian yang bukan-bukan. Kalau sampai masanya, saya akan berikan penjelasan,” katanya.

Hasan berkata, orang ramai dinasihatkan tidak mendengar khabar angin mengenai kenaikan harga minyak RON95.

SILA AMBIL PERHATIAN...KENYATAAN MENTERI BERKENAAN DALAM BEBERAPA AKHBAR PERDANA TELAH DITARIK BALIK SECEPAT KILAT