Isnin, Jun 13, 2011

PESAN RASULULLAH KETIKA JIMAK

“Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :
1. “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera da! ri penyakit gila, sawan (gila b**i) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :
1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam”
Saidina Ali r.a bertanya :
“Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?”
Baginda menjawab :
“Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.”
Saidina Ali r.a bertanya :
“Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) .”
Baginda menjawab :
“Apabila ia minum cuka! semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran.
Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.”
2. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila b**i dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.”
3. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”
4. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.”
5. “Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjima’, (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta – iaitu anak.”
6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”
7. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.”
8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ de! ngan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”
9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.”
10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat.”
11. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”
12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ deng! an isterimu pada malam ‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”
13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati.”
14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,”
15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesun! gguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.”
16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”
17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”
18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta. “
19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya ! (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.”
20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”
21. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”
22. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bil! a Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”
23. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.”


ANJURAN BERJIMA’
24. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu bacalah : “Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani.” Maka yang demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya. “
25. “Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik d! an buruk Qada’ dan Qadar Allah).”
26. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Selasa, Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid sesudah syahadah : ‘Anla ilahaillallah wa anna Muhammada ar-Rasulullah’ dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya) bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba.“
27. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu malam Khamis, maka Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim.”
28. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu matahari di tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.”
29. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah.”
30. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada hari Jumaat, selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.”
31. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang abdal (terkemuka),

HARGA IKAN NAIK ..... BUKAN SALAH KERAJAAN?

 
Nelayan mogok: Harga ikan didakwa naik 30 peratus

Harga ikan dan makanan laut naik kira-kira 30 peratus sejak nelayan laut dalam dan pengusaha bot pukat tunda C2 mogok dua hari lalu, dakwa ahli parlimen DAP Nga Kor Ming, yang juga membidas kerajaan kerana gagal menyelesaikan isu berkenaan.

Nga (DAP-Taiping) berkata kerajaan sepatutnya membantu pihak yang terjejas itu dan bukannya mengeluarkan amaran dan ancaman terhadap mereka yang mogok itu.

Kira-kira 500 nelayan dan pengusaha bot tunda engan turun ke laut dan berkumpul di kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kuantan bagi menuntut kerajaan mengembalikan sunsidi super yang dinikmati mereka sebelum ini.

Nga tidak ada sebab bagi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengugut untuk menarik balik lesen nelayan di zon A, B dan C berkenaan.

“Pendirian Pakatan adalah jumpa dan bincang segera dengan nelayan kelas C2 berhubung mogok itu,” kata Nga.

“Sejak mogok bermula, terdapat pengurangan kira-kira 30 peratus bekalan ikan dan tambahan 30 peartus harga ikan,” dakwanya.

Pemegang lesen C2 adalah mereka yang dibenarkan menangkap ikan di kawasan 30 batu nautika dari pantai manakala bagi pemegang lesen B dan C merupakan nelayan yang hanya dibenarkan menangkap ikan dalam lingkungan 20 batu nautika dari pantai.

Hanya pengusaha bot pukat tunda terbabit dengan keputusan pemotongan subsidi.

Kerajaan telah memansuhkan pemberian diesel subsidi super kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuatkuasa 1 Jun lalu

RAHSIA REJIM MUBARAK DAN KELUARGA

KAHERAH - Seorang Brigadir Jenderal Mahmud Shafiq Ali al-Banaa, yang sejak tahun 2000 telah menjadi kepala keamanan istana presiden Mubarak, mengungkapkan beberapa rahasia rezim “Fir’aun Kairo”, yang tersembunyi di balik dinding istana, lapor agen berita Almoslim. Sebagai contoh, ia menceritakan tentang fakta bahwa salah satu putra mantan presiden Mesir, Alaa Mubarak, terus menjalankan sholat, sementara putranya yang lain, Gamal Mubarak, bukan hanya tidak mendirikan sholat, tetapi bahkan tidak mengakui keberadaan Nabi Muhammad SAW. 
Dia mengejek dan bertanya, “dan siapa yang dapat membuktikan bahwa Muhammad pernah ada?”Shafiq al-Banna juga bercerita bahwa selama pemakaman ibu presiden, Mubarak tidak memimpin prosesi. Duduk di dalam mobil, ia mengatakan kepadanya ketika semua telah selesai dia akan membaca sebuah doa yang sesuai.
Mubarak memiliki kakak, yang mengunjungi dia hanya dua kali-sekali ketika Alaa menikah dan waktu kedua setelah pecobaan pembunuhan presiden Mesir di Addis Ababa.
Mubarak juga memiliki seorang paman, yang datang untuk mengunjunginya. Namun ia berdiri selama dua jam di pintu, ia kembali ke rumah tanpa menunggu keponakannya yang tidak ingin melihatnya.

Pada saat yang sama, Shafiq membantah rumor tentang istri kedua Mubarak. Ia mengatakan hanya punya satu istri bernama Susanna.

Perlu diingat bahwa Mubarak terpaksa mengundurkan diri pada 11 Februari 2011 sebagai akibat dari protes massa yang dimulai sejak 25 Januari.

Setelah beberapa saat, ia dan anak-anaknya ditangkap. Beberapa anggota rezim Mubarak juga ditahan. Pengadilan Mesir di hari pertama memanggil Mubarak dan dua anaknya, Alaa dan Gamal serta teman dan mitra usaha Mubarak, Hussein Salim.

Perlu diingat bahwa menurut situs Lebanon, elhashra.com, Hosni Mubarak sebagai presiden Mesir telah mempersiapkan makam yang nyaman untuk dirinya sendiri dengan gaya “ala Fir’aun”, dilengkapi dengan teknologi baru.

Bukan kamar batu untuk sarkofagus di pusat piramida, makam masa depan Mubarak termasuk tiga sofa mewah terbuat dari kulit buatan Amerika, sebuah aula, dirancang dalam gaya era Muhammad Ali, sebuah kamar mandi porselen dengan sambungan panggilan telepon internasional.

Biaya “suite room” di mana Mubarak akan beristirahat dalam “kedamaian abadi” lebih dari 15 juta pound Mesir. Masya Allah……/arrahmah.com

Artis jelita dicabul Live

May Daily melalui laman sesawang Sohu melaporkan aktres seksi jelita China, Meng Qian dicabul oleh seorang peminat yang gagal menahan berahi dalam satu rancangan TV yang disiarkan secara langsung.

Digelar sebagai Dewi Payudara No. 1 China, aktres berusia 27 tahun kelahiran Beijing itu mengecap populariti selepas menjadi pengacara jemputan dalam rancangan bual bicara "Lady Guagua" di Star TV.

Dalam siaran terbaru rancangan bual bicara itu, seorang peminat fanatik meminta autograf Meng dan sewaktu menuju ke arah aktres itu, dia menghulurkan tangannya seolah-olah mahu bersalam. Namun apabila peminat itu berada di hadapan Meng, dia tiba-tiba meramas payudara aktres tersebut yang pada ketika itu memakai baju yang mendedahkan bahagian dadanya.

Walaupun terlewat, namun tindakan peminat gila berahi itu kemudiannya dihalang oleh pengawal peribadi Meng. Yang menariknya, rata-rata pengguna internet memberikan komen dengan menyatakan bahawa peminat gila seks itu "seorang lelaki yang bertuah" dan bukan mencemuhnya kerana berbuat demikian.

.

16 wanita belasah kaum sejenis mereka

[HM] AMPANG: Enam belas wanita layak digelar samseng apabila sanggup memukul seorang wanita berusia 26 tahun dengan kayu hingga mangsa cedera dalam kejadian di Jalan Pandan Indah, di sini, kelmarin
Kejadian kira-kira jam 2 pagi itu berlaku di tangga ketika mangsa naik ke rumahnya sebelum didatangi 16 wanita yang tiba-tiba memukulnya tanpa sebarang sebab.

Akibat serangan itu, mangsa cedera di badan dan bengkak di lengan selepas terkena pukulan kayu serta menerima rawatan pesakit luar di klinik berdekatan.

Sumber polis berkata, mangsa yang baru pulang dari bekerja tiba-tiba didatangi suspek dan tanpa berbicara, mereka bertalu-talu memukulnya walaupun mangsa cuba mempertahankan diri dan bertanya kesalahannya.

“Tanpa menghiraukan pertanyaan mangsa, mereka tetap berkeras dan memukul mangsa hingga mencederakannya dan akan memukul lebih teruk sekiranya melawan.

“Mangsa yang pelik dengan kejadian itu cuba mempertahankan diri namun terus dipukul tanpa belas kasihan,” katanya di sini, semalam.

Sumber itu berkata, tidak tahan dengan pukulan itu, mangsa menjerit minta tolong dan beberapa penduduk datang membantu sebelum kesemua wanita itu lari menaiki motosikal.

“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah sejurus kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Ahad, Jun 12, 2011

BARU 18 TAHUN, DAH NIKAH 11 LELAKI ARAB


Usianya baru 18 tahun, namun seperti yang dinyatakan pada tajuk kiriman, gadis dalam gambar di atas  dilaporkan sudah berkahwin sebanyak 11 kali dalam tempoh 11 bulan, dengan 11 lelaki Arab yang berbeza-beza dalam satu-satu masa. Namun ketika ditanya sebab dia mempunyai rekod sedemikian, remaja terbabit hanya akan menjawab beliau terdesak berikutan masalah kemiskinan. 

Gadis yang dikenali Fitriasih adalah salah seorang daripada wanita yang terbabit dalam perkahwinan kontrak. Lelaki Islam akan membayar sejumlah wang untuk bernikah dengan wanita tempatan dalam tempoh singkat sebelum menceraikan mereka. Perkahwinan itu yang dikenal juga sebagai nikah siri itu didakwa diiktiraf di bawah hukum Islam tetapi tidak di bawah undang-undang negeri. Hal ini bermakna si isteri tidak boleh membuat tuntutan perundangan terhadap kekayaan atau harta suaminya selepas mereka mengakhiri perkahwinan berkenaan.

Perkahwinan yang tidak didaftarkan itu sering kali disalahgunakan oleh lelaki yang hanya mahu menjalinkan hubungan seks selain perkahwinan pertama mereka tetapi tidak mahu bertanggungjawab penuh sebagai seorang suami, kata pakar.  Amalan berkenaan juga digunakan kebanyakan lelaki Indonesia yang mahu mengamalkan poligami tetapi gagal mendapatkan persetujuan isteri pertama, kata Maria Ulfa Anshori, ketua sayap wanita Nahdlatul Ulama, kumpulan Islam terbesar Indonesia kepada akhbar Indonesia, Jakarta Globe.
Sebelum beliau ditahan Rabu lalu dalam satu serbuan pelacuran oleh pihak berkuasa di Puncak, Fitriasih meraih pendapatan lumayan dengan berkahwin dan bercerai lelaki Asia barat dengan mendapat bantuan seorang orang tengah dipanggil Mami.  Perkahwinan terbabit biasanya bertahan antara seminggu hingga lima minggu dan Fitriasih menerima sejumlah Rp 5 juta (RM1,772) seminggu bagi ‘tugas isteri’ yang dipikulnya. Daripada jumlah itu, 20 peratus diserahkan kepada Mami yang mengendalikan tawaran dan rundingan.

“Saya mempunyai seorang ‘orang tengah’. Beliau memberikan tunjuk ajar kepada saya,” kata Fitriasih ketika ditahan di pejabat daerah Cisarua di Jawa Barat untuk soal siasat.

Tugasan terakhir Fitriasih katanya adalah menunggu seorang ‘unta’ - terma yang digunakan orang tengahnya bagi pelanggan Arab - di Tjokro Villas di kampung Ciburial berhampiran Bandung. Dia sepatutnya mengahwini seorang lelaki Arab dalam satu majlis diuruskan seorang guru agama dipilih oleh Mami.

“Saya sekadar mengulangi apa-apa yang dikatakan guru agama itu. Ia adalah ijab kabul,” kata Fitriasih. “Saya tidak tahu dari mana beliau berasal. Saya hanya tiba di tempat yang dijanjikan Mami. Majlis itu biasanya diadakan di sebuah villa atau di sebuah apartmen - tempat - tetamu Arab itu akan tinggal.

“Perkahwinan ini biasanya dilakukan di Jakarta. Sebaik saja berkahwin kami akan terus ke Puncak. Untuk berkomunikasi dengan mereka, saya boleh bercakap sedikit bahasa Arab dan Inggeris,” katanya. 


P/s: Orang-orang inilah yang menconteng maruah dan martabat agama Islam

Lapangan terbang paling bahaya di dunia

Lapangan terbang merupakan fasiliti yang penting dalam perhubungan antarabangsa. Terdapatnya lapangan terbang yang diciptakan dengan keadaan yang bahaya. Berikut antara lapangan terbang yang bahaya :

1. Lukla di Nepal

Lapangan terbang dengan hujung lintasannya ditutupi gunung yang berketinggian 2900 meter. Sehingga pesawat mungkin saja merempuh .


Lukla Airport adalah airport kecil di Kota Lukla di Nepal timur. Pada bulan Januari 2008, kerajaan Nepal mengumumkan bahawa lapangan akan diganti untuk menghormati Sir Edmund Hillary, orang pertama yang menakluk puncak Gunung Everest, yang meninggal pada 11 Januari 2008.

Lapangan terbang ini cukup popular sebagai Lukla adalah tempat di mana kebanyakan orang memulakan perjalanan mereka untuk mendaki Gunung Everest.

2. Madeira Airport Portugal

Madeira Airport atau disebut Funchal Airport dan Santa Catarina Airport, adalah sebuah bandar udara antarabangsa yang terletak dekat Funchal, Madeira. Lapangan terbang ini mengawal jalur keluar masuk domestik dan non domestik.

Lapangan ini pernah terkenal kerana landasannya yang pendek, dikelilingi oleh pergunungan tinggi dan laut, menjadikannya sebuah pendaratan sukar malah untuk yang paling berpengalaman pilot.

Landasan yang asli hanya 1.400 meter panjang, tapi diperpanjang oleh 400 meter setelah insiden Air Penerbangan 425 TAP Portugal tahun 1977 dan kemudian dibina kembali pada tahun 2003, hampir dua kali ganda ukuran landasan, bangunan itu di atas lautan.

Landasan ini menggunakan TPA, landasan itu dibina di atas serangkaian 180 kolom, masing-masing sekitar 70m tinggi.

Untuk pembesaran landasan baru lapangan terbang Funchal telah memenangi Anugerah Struktur Posisi, diberikan oleh Asosiasi Internasional untuk Jambatan dan Rekaan Struktural (IABSE). Anugerah Struktur Posisi ini dianggap sebagai "Oscar" untuk struktur rekaan di Portugal.


3. Lapangan terbang Internasional Barra

Barra Airport adalah lapangan terbang satunya di dunia di mana landasan pesawat di pantai. BRR terletak di di pantai luas Traigh Mhor, di Pulau Barra, di Hebrides Luar, Scotland. Jika anda ingin terbang di sini secara komersial anda perlu terbang ke Barra dari Glasgow dan Benbecula.



Lapangan terbang terhakis oleh gelombang ombak sekali sehari, dan jika anda tiba dengan penerbangannya , anda mungkin melihat beberapa kereta di tempat parkir dengan lampu yang menyediakan beberapa pilot visibiliti bagi menambahkan kerana lapangan terbang ini menyala.

Perlu dinyatakan anda mungkin tidak ingin hang out di pantai Bandar Udara Barra, kecuali anda adalah seorang peminat penerbangan, dalam perkara ini Bandar Udara Barra mempunyai sistem nampak bodoh, seperti tanda yang berbunyi: "Jauhkan dari pantai. Ketika windsock yang terbang dan lapangan terbang aktif. "

4.Gustaf III Airport

Gustaf III Airport dikenali juga sebagai Saint Barthélemy Airport adalah airport umum yang terletak di kampung St Jean di Pulau Caribian Saint Barthélemy. Lapangan terbang dan bandar utama pulau ini dinamakan Gustavia sempena nama Raja Gustav III dari Sweden. Terletak di bawah Sweden yang menerima pulau itu dari Perancis pada 1785 (dijual kembali kepada Perancis pada tahun 1878).

Bandar udara ini dilayani oleh pesawat komersial kecil regional dan charter. Kebanyakan mengunjungi pesawat membawa kurang dari dua puluh penumpang, seperti Twin Otter, pemandangan umum di sekitar Saint Barth dan di seluruh Hindia Barat bagian utara. Pesawat datang dengan kecuraman yang tinggi.

5. Courchevel Perancis

Courchevel adalah nama sebuah daerah ski yang terletak di pergunungan Alpen Perancis, daerah ski terbesar di dunia berkaitan. Lapangan terbangnya mempunyai tahap tertentu keburukan di industri penerbangan kerana rumah untuk landasan yang relatif pendek, dengan panjang 525 m (1722 ft) dan gradien sebesar 18,5%.

Sangat pendek yang anda harus mendarat di sebuah strip cenderung untuk memperlambatkan supaya tidak terlepas landasan pada penurunan dengan menggunakan kelajuan yang cukup.

6. Lapangan terbang Juancho E. Yrausquin(Saba)

Juancho E. Yrausquin Airport adalah lapangan terbang yang hanya terdapat di pulau Caribia Saba, di Antilles Belanda. Boleh dilihat sendiri bahawa lapangan terbang tersebut diapit oleh laut dan terdapat tebing pula. Hanya pilot yang handal yang boleh mendarat di sana.

7. Bandara Princess Juliana International (Saint Martin)

Princess Juliana International Airport melayani Saint Maarten, bahagian Belanda dari pulau Saint Martin. Ini adalah lapangan terbang kedua tersibuk di Caribian Timur.

Lapangan terbang ini terkenal dengan landasan pendek - hanya 2.180 meter / 7152 ft, yang hampir tidak cukup untuk jet berat. Pesawat-pesawat mendekati pulau dan terbang sangat rendah, tepat di atas Maho Beach.