Selasa, Oktober 26, 2010

Bunuh Diri Satu Hal, Siapa Mahu Guna Motosikal-motosikal Itu Lagi?


GEORGETOWN: Akibat tekanan hidup, seorang ibu tunggal yang mempunyai dua anak ditemui mati selepas dipercayai terjun dari tingkat 12 Pangsapuri Taman Serena, Sungai Pinang di sini, kira-kira 12 tengah malam kelmarin.


Dalam kejadian itu, mangsa, Goh Choo Hwa, 36, yang menghadapi masalah mental ditemui di kawasan meletak motosikal di bawah pangsapuri berkenaan dalam keadaan berlumuran darah. Dia dikatakan terjatuh di atas motosikal diletakkan di situ.

Mangsa dipercayai terjun dari tingkat 12 pangsapuri itu selepas keluar rumah untuk membuang sampah. Sebelum itu, mangsa sempat menemui ibunya yang tinggal di tingkat empat pangsapuri sama.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata mangsa tinggal di tingkat 15 bersama dua anaknya berusia 12 dan 18 tahun selepas bercerai sejak 10 tahun lalu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa dilaporkan mengalami masalah mental dan menerima rawatan psikiatri dua tahun lalu.

Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan dan mayat mangsa sudah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat.

“Laporan bedah siasat mendapati kematian mangsa disebabkan cedera pada anggota badan akibat terjatuh dari tempat tinggi.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan kami minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Ibu Pejabat Polis Timur Laut (IPDTL) di talian 04-2181822 bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, polis masih lagi mencari seorang wanita berusia 49 tahun yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun dari Jambatan Pulau Pinang di sini, malam kelmarin.

Gan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu mangsa yang berasal dari Taman Selasih, Kulim, Kedah sempat meninggalkan nota yang tertera nombor telefon anak lelakinya dan kad pengenalannya sebelum dipercayai terjun dari jambatan itu.

Menurutnya, mangsa dipercayai menunggang motosikal dari rumah selepas bertengkar dengan suaminya sebelum meninggalkan motosikalnya di Kilometer 7.5 di atas jambatan.

Katanya, pasukan Pasukan Gerakan Marin Wilayah Satu dan Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) giat melakukan rondaan untuk mencari mangsa dan sehingga jam 6 petang semalam mangsa masih gagal ditemui.

'SYABAS' KERANA JADIKAN MALAYSIA PUSAT MAKSIAT TERHEBAT

26 October 2010 by BLOGMASTERS · Pentadbiran Perdana Menteri, Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Langkah ini sudah tentu akan menambahkan lagi pusat maksiat di negara kita.

Tidak cukupkah pusat maksiat yang ada dinegara kita sekarang.?

Tidak cukupkah masalah perzinaan dan gejala tidak bermoral berlaku di negara kita sekarang sehingga mengundang kerajaan ingin memperbanyakkan pusat-pusat maksiat yang sedia ada?

Media hari ini melaporkan bahawa Hub Hiburan ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabangsa ke negara ini.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan.

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mendangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Untuk mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direka bentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.
Sumber : Malaysiakini

Tragedi Oktober Berasmara Atas Bumbung

DAMANSARA DAMAI – Bimbang diri dicekup selepas kegiatan sumbang bersama tiga remaja lelaki dihidu penduduk, seorang budak perempuan berusia 12 tahun nekad bertindak ala Spiderman turun dari kawasan tangki Tingkat 7 sebuah apartmen untuk menyelamatkan diri.

Namun, usahanya sia-sia selepas maut terjatuh dipercayai tergelincir ketika menuruni bumbung balkoni untuk Tingkat 6 apartmen terbabit.

Mangsa yang cedera parah tidak sedarkan diri kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh sebelum meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian.

Dalam kejadian di Blok E, Apartmen Lestari di sini tengah hari semalam, mangsa dikatakan cuba melarikan apabila kegiatan sumbangnya bersama tiga remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dihidu penduduk.

Terdahulu mangsa dikatakan sanggup ponteng kelas tuisyen dan naik ke tangki air yang terletak di Tingkat 7 bersama tiga remaja lain.

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun berjaya ditahan manakala dua yang lain sempat melarikan diri.

Sinar Harian difahamkan, remaja lelaki tersebut pernah ditahan polis sebanyak empat kali atas pelbagai kesalahan dan dibuang sekolah kerana masalah disiplin

Ketua Blok E, Arbiishah Basir berkata, kumpulan remaja berkenaan sering menjadikan kawasan tangki air di blok berkenaan sebagai tempat melampiaskan nafsu.

Menurutnya sebaik menerima maklumat mengenai kegiatan remaja berkenaan, dia bersama ahli jawatankuasa blok bergegas ke lokasi.

”Jalan masuk ke tangki air itu berkunci jadi kami gegarkan pintu utamanya , jadi mereka panik terus lari dan cuba turun melalui balkoni,” katanya.

Sementara itu tinjauan Sinar Harian ke kawasan tangki air tersebut menemui kondom, coli dan seluar dalam membuktikan kawasan tersebut sememangnya menjadi lokasi maksiat.

Pengurus Bangunan, Maznah Mohamad berkata, kawasan tangki air itu sememangnya lokasi popular melakukan maksiat.

”Kita memang kunci pintu laluan utama ke tangki, tapi mereka masuk melalui melalui celah tangga,” katanya

Ahad, Oktober 24, 2010

Mangsa Rompak..Gigitan Cinta Sebagai Kenangan

KUALA LUMPUR: Seorang gadis bukan saja dirompak dan diculik dua lelaki, malah seorang daripadanya sengaja meninggalkan beberapa kesan gigitan cinta di lehernya sebagai tanda kenangan sebelum dia dibebaskan.

Penjenayah berusia lewat 20-an meraba dan menggomol tubuh mangsa dalam kereta selepas mengugut menggunakan pisau Rambo.

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 11 malam kelmarin, mangsa yang bekerja sebagai eksekutif dikatakan baru habis bertugas dan berjalan ke keretanya yang diletakkan di belakang Hospital Sentosa, Jalan Chemor.

“Mangsa berasal dari Gombak terkejut apabila kereta Proton Wira Aeroback kelabu berhenti berhampirannya.

“Pada masa sama, dua lelaki tempatan keluar dari kereta dengan seorang daripadanya mengacukan pisau Rambo ke arah mangsa yang tergamam ketakutan,” katanya.

Menurutnya, suspek mengugut mangsa supaya masuk ke dalam kereta mereka sebelum meninggalkan lokasi kejadian.

“Ketika berada dalam kereta, seorang suspek yang duduk bersama mangsa di tempat duduk belakang merampas wang yang dianggarkan RM300 selain telefon bimbit.

“Mungkin tidak berpuas hati dengan jumlah rompakan diperoleh, selain mendapati mangsa mempunyai fizikal menarik, suspek cuba menjadikan mangsa sasaran pemuas nafsunya,” katanya.

Menurutnya, suspek yang mula ghairah terhadap mangsa bertindak meraba seluruh tubuh mangsa walaupun mangsa berulang kali cuba menghalang.

“Pada masa sama, suspek mengugut mangsa supaya akur dan merelakan dirinya dicabul selepas diugut akan ditetak sekiranya melawan.

“Difahamkan mangsa yang ketakutan terpaksa membiarkan suspek mencium dan menggigit lehernya berulang kali, tanpa mampu berbuat apa-apa,” katanya.

Menurutnya, tidak cukup dengan itu, suspek mengeluarkan arahan dan memaksa mangsa melakukan seks oral, namun permintaan itu tidak dilayan mangsa yang berkeras mempertahankan dirinya daripada dicabul.

“Selepas beberapa jam dilarikan ke kawasan Chow Kit, di sini, kedua-dua suspek membawa mangsa semula ke kawasan dia diculik berhampiran Jalan Chemor sebelum dibebaskan.

“Mangsa mengalami trauma akibat diculik, dirompak dan dicabul segera pergi ke balai polis berhampiran membuat laporan berhubung kejadian terbabit,” katanya.

Susulan laporan diterima itu, polis menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan mengikut Seksyen 354 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan atas jenayah cabul dan samun

Skandal Peterporn: Ariel Akan Didakwa Sebar Video Seks Sendiri


[BH] JAKARTA: Penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril ‘Ariel’ Irham kelmarin dibebaskan daripada dakwaan melakukan perbuatan melanggar tata susila tempatan berkaitan video lucahnya bersama dua artis lain, sebaliknya didakwa dengan tuduhan baru sebagai orang yang bertanggungjawab menyebarkan rakaman video terbabit.

Ketua Pusat Penerangan Jabatan Peguam Negara, Babul Khoir Harahap, yang dipetik laman web Metrotvnews, berkata dakwaan terbaru ke atas Ariel adalah menyebarkan rakaman video lucah dan bukan sebagai pelaku dalam video seks yang tersebar di internet.

Ariel yang ditahan di sebuah penjara di Bandung, akan didakwa di bawah Undang-Undang Maklumat dan Transaksi Elektronik 2008 dan Undang-Undang Kelucahan 2008. Beliau berdepan hukuman penjara 12 tahun jika sabit kesalahan.

Babul berkata, tuduhan pindaan yang dikenakan ke atas Ariel berpunca daripada kegagalan pihak polis mengenal pasti lokasi dan masa video itu dirakamkan.

“Tempat video itu dirakamkan dan waktunya tidak jelas. Ada yang menyatakan bahawa ia dibuat pada 2005, 2006 dan 2010.

“Dua artis yang didakwa terbabit dengan rakaman itu, Luna Maya dan Cut Tari berkata, mereka tidak ingat tempat ia dirakam. Cut Tari mengaku tahu tetapi lupa lokasinya. Apa yang pasti tempatnya di Indonesia,” katanya.

Babul berkata, siasatan polis selama empat bulan mengesahkan Ariel bertanggungjawab atas penyebaran video lucah itu.

“Dalam siasatan itu, kami mendapati Ariel dibantu bekas pengarah muziknya Redjoy, menyebarkan video lucah terbabit dari rumah penerbit muziknya, Capung. Keterangan mengenai perkara ini ditemui di rumah Capung di Jalan Antapani, Bandung,” katanya.

Babul berkata, pegawai pendakwa di Bandung mengesahkan menerima fail kes Ariel daripada polis dan merancang mengemukakan kes itu di Mahkamah Daerah dalam tempoh beberapa minggu lagi. – Agensi