Sabtu, Oktober 02, 2010

MELAYU PALING BANYAK DIDERA FIZIKAL, EMOSI : KAJIAN - berita harian

Satu kajian mendapati bangsa Melayu paling ramai mengalami penderaan fizikal dan emosi, terutama warga tua yang kebanyakannya tinggal bersama anak.

Kajian dijalankan Institut Gerontologi Universiti Putra Malaysia (UPM) itu juga mendapati daripada 480 orang warga tua yang ditemui, 125 atau 26 peratus daripada mereka mengaku pernah mengalami penderaan fizikal dan emosi.

Pengarahnya, Prof Madya Dr Tengku Aizan Hamid, berkata penderaan dari segi emosi terhadap warga tua paling membimbangkan dan boleh membawa kepada beberapa faktor lain seperti hilang kewarasan dan hidup melarat.
“Kebanyakan warga tua mengalami penderaan fizikal dan emosi adalah wanita atau ibu. Walaupun bukan semua wanita yang terbabit adalah golongan ibu, tetapi peratusan mereka lebih tinggi berbanding yang lain.

“Dari segi taraf hidup pula, golongan berpendapatan rendah paling banyak mengalami penderaan fizikal dan emosi. Mungkin kerana faktor kehidupan kita yang membuatkan mereka menjadi mangsa penderaan.

PENGAWAL DAKWA DENGAR "SUARA" MINTA TOLONG SETIAP MALAM.

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Ladang Gadong di Kuala Langat, Selangor yang menyimpan kisah tragis melibatkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain, kini mula menerima gangguan suara misteri.

Beberapa anggota polis yang bertugas mengawal lokasi pembunuhan kejam itu mendakwa mendengar 'suara-suara' meminta tolong hampir setiap malam.

Ekoran itu, polis dikatakan terpaksa menambah bilangan anggota yang berkawal daripada dua kepada lima hingga enam orang mengikut syif setiap hari.

"Pada mulanya, hanya dua anggota bertugas namun bilangannya terpaksa ditambah kerana ada yang mengalami gangguan-gangguan ketika bertugas.


"Mereka diganggu 'suara-suara' itu yang sayup-sayup kedengaran meminta tolong," kata sumber sambil memberitahu salah seorang suspek kes itu juga mengakui 'didatangi' lembaga.

Menurutnya, 'suara-suara' itu biasanya muncul dari dalam ladang kelapa sawit terbabit di waktu tengah malam semasa anggota-anggota sedang berehat di pondok kecil yang dibina mereka tidak jauh dari tali air.

Katanya, anggota-anggota terbabit juga tidak dapat memastikan dari arah mana 'suara-suara' itu kerana keadaan ladang yang amat gelap selain ia hanya sayup-sayup kedengaran.

Katanya lagi, bagi langkah berjaga-jaga anggota tidak melakukan rondaan seorang diri sebaliknya dijalankan secara berkawan pada setiap jam.

Sementara itu, menurutnya, sebatang tali air di ladang tersebut dipercayai telah dijadikan oleh suspek-suspek sebagai tempat pembuangan tulang-tulang mangsa di dalam kes berkenaan.

Katanya, bagi mengumpul bahan-bahan bukti itu, sebuah jengkaut digunakan untuk membuat dua tambak di bahagian kiri dan kanan tali air tersebut.

"Sebuah jentera Bomba dan Penyelamat pula ditugaskan untuk menyedut air di dalam tali air itu. Setelah kering, barulah forensik menjalankan kerja-kerja mengumpul bukti seperti tulang.

"Ia bagaimanapun terpaksa mengambil masa kerana tulang-tulang yang bercampur dengan selut itu terpaksa dibersih satu persatu," ujarnya.

Kata sumber itu lagi, cabaran lain dihadapi anggota bertugas adalah kawasan tersebut mempunyai bilangan lalat yang luar biasa dipercayai ekoran kematian ternakan seperti kambing serta haiwan peliharaan, iaitu anjing.

"Kalau duduk sebentar sahaja, lalat akan memenuhi muka. Haiwan-haiwan itu mati kerana kini tidak lagi diberi makan sejak tuannya ditahan polis," ujarnya.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamarudin Shamsudin, 44; pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, di sini untuk urusan pembelian tanah.

Berikutan kehilangan keempat-empat individu itu, polis menahan lapan suspek untuk membantu siasatan kes berkenaan pada 9 dan 10 September lalu

Jumaat, Oktober 01, 2010

Kerajaan Keluar Pekeliling Bagi Kenyataan Sentuh Sensitiviti Kaum, Agama

KUALA LUMPUR: Surat Pekeliling Am sudah dikeluarkan kepada semua Ketua Jabatan kerajaan mengingatkan pegawai awam berhati-hati dan menghindari daripada mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini.

Beliau berkata, pekeliling itu mengkehendaki Ketua Jabatan mengambil tindakan segera lagi tegas berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap pegawai yang didapati berbuat demikian.

Mohd Sidek dalam satu kenyataan berkata, kerajaan memandang serius dan tidak akan bertolak ansur terhadap perbuatan segelintir pegawai awam yang didakwa mengeluarkan kenyataan sedemikian kebelakangan ini.

Beliau tidak memberikan contoh tetapi berkata bilangan pegawai yang terbabit amat kecil berbanding 1.2 juta orang pegawai awam di negara ini.

"Kerajaan akan berusaha membendung perbuatan tersebut yang boleh meruntuhkan kerukunan antara pelbagai kaum yang dinikmati selama ini," katanya.

Mohd Sidek berkata, tindakan itu termasuk mengenakan tindakan tatatertib terhadap mereka sekiranya benar-benar didapati bersalah.

"Dengan 1.2 juta orang pegawai awam, walaupun terdapat peraturan-peraturan dan garis panduan yang jelas bagi mengawal selia tingkah laku pegawai awam, adalah sesuatu yang mustahil untuk menjamin 100 peratus pematuhan," kata beliau.

Katanya, dalam mana-mana organisasi, pastinya akan ada segelintir yang tersasar daripada visi dan misi organisasi.

"Malah Majlis Peguam Malaysia baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata pihaknya tidak dapat mengawal tingkah laku 13,000 orang ahlinya," katanya.

Ketua Setiausaha Negara itu berkata, insiden yang membabitkan segelintir pegawai awam itu tidak seharusnya dilihat sebagai menggambarkan pendirian kerajaan.

"Malah pihak pentadbiran kerajaan tidak pernah dan tidak akan membiarkan berlaku apa-apa tindakan dan kelakuan yang bertentangan dengan keharmonian kaum yang dipupuk selama ini terutamanya daripada pegawai awam yang juga golongan pelaksana dasar Kerajaan," katanya.

Beliau berkata, tindakan secara pentadbiran menggantung mana-mana pegawai awam yang didakwa mengeluarkan kenyataan sedemikian dari tugasnya hendaklah juga diambil dengan serta-merta sementara menunggu siasatan lanjut.

Langkah ini adalah untuk meredakan ketegangan yang mungkin timbul berikutan kenyataan yang berunsur hasutan yang didakwa dikeluarkan itu.

Mohd Sidek berkata, apabila tersebar luas kenyataan-kenyataan berbaur perkauman yang didakwa dibuat oleh pegawai awam dalam kapasiti mereka sebagai pegawai kerajaan, banyak pihak memberi reaksi mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan segera ke atas pegawai awam berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, orang ramai harus faham sebarang tindakan tatatertib ke atas pegawai awam perlu dibuat mengikut lunas undang-undang dan peraturan-peraturan tatatertib yang diwartakan.

Kerajaan tidak boleh tergesa-gesa mengenakan tindakan semata-mata berdasarkan sesuatu dakwaan tanpa siasatan yang rapi serta mengikut undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa. - BERNAMA

ISMAIL JAMIN SIASAT POLIS CURI SYABU-berita hairan

Ketua Polis Negara, Ismail Omar memberi jaminan akan menyiasat secara menyeluruh kes 10 anggota polis, termasuk seorang berpangkat inspektor yang mencuri kira-kira 40 kilogram syabu daripada lebih 700 kilogram yang dirampas dalam serbuan di Kilometer 3, Jalan Cenderawasih, Rompin, Mei tahun lalu.

Katanya, beliau telah mengarahkan agar siasatan dalaman dapat dijalankan secara terperinci dan tindakan diambil ke atas mereka.

Siasatan sedang dijalankan, kita tidak mahu perkara seperti ini berulang lagi, katanya mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan membebaskan tertuduh yang juga pemandu lori yang ditangkap membawa dadah itu, Lee Yong Toe, 48, kelmarin.

Rampasan syabu seberat 753,539 gram bernilai lebih RM270 juta itu dipercayai terbesar dalam sejarah negara mendapat perhatian apabila Pesuruhjaya Kehakiman Akhtar Tahir dalam penghakimannya membebaskan Lee, kelmarin, mempersoalkan tindakan polis dan pendakwa raya.

40kg banyak tu???

tokpepijat
Masihkah kita ingat rampasan dadah terbesar di Malaysia Jun tahun lepas? Ketika itu PDRM di bawah Musa Hasan. Media perdana saban hari menyiarkan gambar-gambar dan laporan tentang kejayaan polis dalam kes tersebut..

Ketika itu Musa Hasan sedang membawa kempen PDRM " Saya anti rasuah" kepada anggota PDRM. Tidak cukup dengan itu, Musa menyampaikan penghargaan kepada anggota polis yang terlibat dengan kes itu bahkan dinaikkan pangkat kerana tolak rasuah yang cuba diberikan oleh tertuduh.

Apakah yang terfikir di fikiran anda ketika itu? Tentunya orang yang tertuduh bakal digantung mandatori. Memangpun, dadah seberat 753kg yang dimuat dalam kontena. Bukan 10 gram yang dimuat dalam poket seluar jeans!
Kita juga memuji PDRM pimpinan Musa kerana merampas dadah itu, juga pengorbanan anggotanya yang sanggup menolak rasuah. Imej rasuah anggota PDRM pulih seketika.

Tiba-tiba hari ini, kes ini dibuang. Tertuduh dibebaskan dari tali gantung.
Sebabya, bahan bukti dihapuskan. Bukan tikus makan. Bukan hanyut dilanda tsunami. Bukan hangus dalam kebakaran. Bukan dan bukan.

Sebabya, anggota polis yang mencurinya. Bukan 4 gram tetapi 40 kilogram. Sekali lagi 40 kilogram! Sekilo dadah berapa weeh?

Apa sudah jadi pada PDRM? Bagaimana rakyat mahu meletakkan kepercayaan dan keselamatan pada PDRM? Ini semua berlaku zaman Musa Hasan.

Barangkali kes ini adalah "pengakhiran penuh dramatik" jasa Musa Hasan terhadap PDRM dan negara! Memalukan..

Kadangkala kita terfikir, mengapa kes dadah tidak selesai-selesai walaupun pelbagai akta digubal. Semuanya membawa hukuman yang berat. Tetapi masih dan bertambah ramai anak muda menagihnya. Pusat Serenti saban tahun bertambah pembinaan dan penghuninya.

Apabila kita melihat kesudahan kes ini, barulah kita tahu mengapa masalah dadah tiada penyelesaian bahkan lebih teruk lagi!

Hari ini, kes Sosilawati pula menjadi perhatian umum. Apabila melihat kepada bagaimana pembunuhan terjadi, sudah tentu dalam fikiran kita pembunuh mesti di tali gantung. Terutama 2 suspek utama.

Apakah peristiwa yang berlaku di Mahkamah Kuantan semalam bakal berulang lagi dalam kes Sosilawati. Bahan bukti bakal hilang? Begitu juga adakah kesudahan kes Sosilawati juga sama seperti berakhirnya kes Altahtunya?

Kepada IGP Ismail Omar, pulihkan segera integriti dan ketelusan PDRM. Kini tugas IGP Ismail. SELAMAT BEKERJA!

Khamis, September 30, 2010

RASIONAL TERHADAP KENAIKAN TARIF AIR DI KEDAH

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Darulaman (SADA) Dato’ Adzmi Haji Din mengumumkan kenaikan tarif air di Kedah mulai 1 Oktober 2010. Secara puratanya kenaikan tarif air hanyalah RM0.10 bagi setiap meter padu air.

Kali terakhir tarif air di Kedah di semak ialah pada 1 Mac 1993. Mulai tarikh itu sehingga 30 September 20010, harga satu meter padu air ialah RM0.40. Ia adalah harga air yang kedua terendah di Malaysia selepas Pulau Pinang. Harga semeter padu air di Pulau Pinang hanya RM0.30, manakala perlis yang berada di tempat ke tiga terendah ialah RM0.48. Kedua-kedua negeri itu mendapat sumber air percuma dari sungai serta kawasan tadahannya yang berada di Kedah.

Sepanjang 17 tahun tarif air tidak pernah naik di Kedah, harga petrol naik berpuluh-puluh kali. Kenaikan harga petrol menyebabkan semua perkhidmatan yang berkaitan dengannya juga naik. Antaranya ialah tarif elektrik yang naik entah berapa kali sepanjang tempoh 17 tahun itu.

Maka jika kerajaan negeri, melalui SADA mengumumkan kenaikan tarif air mulai 1 Oktober 2010 maka ia adalah tindakan yang sangat munasabah.

Dalam isu kenaikan tarif air ini, kita boleh memberikan alasan munasabah yang melampaui batas keraguan.

Pertama: Semakan dan pelarasan tarif air ini adalah arahan dari Kerajaan Pusat setelah melihat kegagalan pengurusan air di hampir kesemua negeri di Malaysia akibat dari hasil air yang dikutip tidak seimbang dengan belanja pengurusan yang tinggi.

Semakan dan pelarasan yang diumumkan Kedah ini telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan mengikut Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Kadar Perkhidmatan Bekalan Air - Negeri Kedah) 2010.

Kenaikan akan juga berlaku di negeri-negeri lain, termasuk negeri yang ditadbir Kerajaan Pusat.

Kedua: Kenaikan ini tidak dapat dielak memandangkan kos pengeluaran dan pengurusan bekalan air meningkat. Contohnya, kos berdasarkan kuantiti bahan kimia yang dibeli untuk mengolah dan merawat air juga meningkat sepanjang 17 tahun iaitu dari RM1,977,334.81 pada tahun 1993 kepada RM4,792,296.03 pada tahun 2009. Bahan kimia ini termasuklah Polyaluminium Chloride, Sodium Silicoflouride, Chlorine dan Hydrated Lime yang diguna untuk membersih air dalam tangki-tangki.

Antara yang naik juga ialah tarif elektrik. Lebih 50 peratus kos pengeluaran air ialah kos elektrik. Ia menjadikan kos yang terpaksa dibayar kepada TNB juga bertambah iaitu sebanyak RM1,977,334.81 pada tahun 1993 meningkat menjadi RM4,792,296.03 pada tahun 2009.

Satu lagi faktor khusus yang mengakibatkan peningkatan kos ialah perjanjian pengurusan bekalan air dengan pihak swasta yang dibuat di dulu merugikan pihak kerajaan. Jabatan Bekalan Air Kedah (sekarang SADA) terpksa membayar kepada syarikat Utara Indah Sdn. Bhd. Lebih RM327 juta bagi tempoh 1993 hingga 2009 dan Taliworks (Langkawi) Sdn. Bhd sebanyak RM206 juta sepanjang tempoh yang sama.

Pada tahun 2009 sahaja kerajaan terpaksa membayar kepada syarikat swasta itu RM39 juta sedangkan kutipan hasil air di Langkawi hanya sebanyak RM14 juta, bermakna kerajaan terpaksa ‘top up’ sebanyak RM25.

Begitu juga perjanjian dengan syarikat Utara Indah Sdn Bhd yang diberi tugas merawat air di loji Pelubang, Jitra. Bayaran dibuat berdasarkan kapasiti air yang dirawat bukannya kapasiti air yang sampai kepada pengguna. Hakikatnya kapasiti air yang sampai kepada pengguna hanya kira-kira 55 peratus. Bermakna kerajaan hanya ‘menderma’ kepada syarikat tersebut untuk kerja merawat baki 45 peratus air yang tidak sampai kepada pengguna.

Semua kos yang membebankan ini adalah tanggungjawab kita bersama. Oleh itu jangan membazir air. Gunakannya secara berhemah. Jimat air anda jimat belanja.

BESARNYA MAKNA DOA YANG KITA LUPAKAN...semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

Rabu, September 29, 2010

BUKAN UNTUK DI JUAL

Salam kepada sahabat...

Saya mendapat seorang anak kecil pada malam raya, anak kecil ini adalah anak kepada kawan adik saya. Ibu kepada baby ini berumur 39 tahun dan baby ini berumur 2 bulan lebih. Kalau dilihat pada fizikal anak ini, amatlah comel.

Walaupun sudah berumur 2 bulan lebih tetapi ibu kepada baby ini belum lagi membuatkan sijil lahirnya. Dari lahir baby ini di jaga oleh kakak tirinya yang berumur 17 tahun. Ibunya langsung tak bertanggung-jawab.

Bila ditanya di mana ayahnya jawapannya tak tahu... rupa-rupanya ibu si baby nih pun tak tahu yang mana satu ayah kepada anaknya. Baru-baru ini ibu kepada si kecil nih ada meminta agar anaknya dikembalikan kepadanya tetapi hasratnya dihalang oleh anaknya yang sulung atas alasan berikut:-

1) Ibunya pernah berhasrat untuk menjual bayi ini kepada orang lain.

2) Ibunya tidak berkemampuan, anak sulungnya terpaksa berkerja secara partime bagi menampung perbelanjaan ibunya seperti sewa rumah, membeli susu adik, diapers adik dan macam-macam lagi.

3) Ibunya seorang penagih dadah, so... sanggup buat apa saya bagi mendapat bekalan dadah tersebut.

4) Ibunya sendiri tak cukup makan, inikan nak bagi adiknya yang berumur 2 bulan nih makan.

Sekarang baby kecik nih di jaga oleh keluarga saya sememtara menunggu kakaknya habis sekolah. Sayu kalau tengok muka si kecik ini, sekarang ini ayah saya dan kakak si baby nih yang mahu menguruskan sijil kelahiran baby nih.

Jadi jika melihat kepada keadaan si ibunya, haruskah saya kembalikan anak ini kepada ibunya? Saya risau dan takut jika ada perkara yang tidak di ingini berlaku terhadap si kecil ini. Keluarga saya pun sudah menganggap baby nih seperti anak sendiri...

Apakah pendapat serta pandangan sahabat sekalian...???

Dunia Jambatan Hidup Abadi Di Akhirat

Setiap makhluk yang bernyawa pasti menemui kematian. Demikianlah sunnatullah yang ditetapkan oleh Allah SWT yang menghiasi pentas kehidupan dunia ini. Namun, ada hikmat tersembunyi di sebalik proses kehidupan dan kematian.

Allah SWT menegaskan, setiap makhluk yang menghuni bumi ini akan binasa apabila tiba masanya. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Semua yang ada di bumi akan binasa. Zat Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan akan tetap kekal.” (Ar-Rahman : 26-27)

Apa yang jelas daripada wujudnya kematian dan kehidupan yang bersilih ganti dalam perjalanan hidup ini ialah dunia yang didiami ini sebenarnya bersifat sementara, begitu juga kehidupan manusia di dunia ini.

Oleh itu, Islam menjelaskan kepada umatnya mengenai penciptaan dan kejadian manusia berdasarkan soalan; dari manakah kita datang? Untuk apa kita datang? Ke mana pula kita akan pergi? Jawapan itu ialah daripada Allah SWT kita datang, untuk Allah SWT kita hidup dan kepada Allah SWT jualah kita akan kembali. Dari sini, persepsi Muslim amat jelas matlamat sebenar kehidupan dan kematian.

Dengan kata lain, kehidupan di dunia ini menurut kaca mata seorang yang beriman kepada Allah SWT adalah jambatan menuju ke alam akhirat atau seumpama kebun akhirat, di mana seseorang akan menuai hasilnya pada hari akhirat. Kehidupan di akhirat adalah kekal dan tidak wujud lagi istilah kematian dalam kamus kehidupan akhirat.

Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila ahli syurga masuk ke syurga dan ahli neraka masuk ke neraka, didatangkanlah maut itu dan diletakkan di antara syurga dan neraka, kemudian disembelih. Selepas itu terdengarlah seruan: Wahai penduduk syurga! Tidak akan terjadi lagi kematian. Wahai penghuni neraka! Tidak akan ada lagi kematian. Dengan demikian, semakin bergembira dan bersukacitalah ahli syurga dan sebaliknya semakin menderita dan sengsaralah ahli neraka.” (Riwayat Bukhari)

Ada umat Islam yang gerun apabila disebut perkataan mati. Ada pula yang tidak berasa apa-apa, malah biasa saja, biarpun berdepan dengan kematian rakannya. Sebahagian lain pula tidak beriman kepada hari akhirat menganggap apa yang berlaku tidak lain dimuntahkan oleh rahim dan kemudian ditelan oleh bumi, sebagaimana kepercayaan golongan Dahriyyin yang dirakamkan Allah SWT dalam firmanNya bermaksud: “Dan mereka berkata; Tiadalah hidup lain, selain hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan peredaran masa. Padahal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai hal itu. Mereka hanya menurut sangkaan semata-mata.” (Al-Jaatsiyah : 24)

Bagi orang beriman dan meyakini hari akhirat, mereka percaya kematian yang bakal ditempuhi nanti bukan noktah. Sebaliknya, perjalanan hidup mereka masih jauh. Mereka berada di alam barzakh dahulu sebelum berpindah ke alam akhirat yang kekal. Orang beriman sebenarnya tidak sabar-sabar menghuni syurga yang penuh kenikmatan sebagaimana termaktub dalam firman Allah SWT bermaksud: “Dan mereka mengucapkan; segala puji-pujian bagi Allah SWT yang memenuhi janji-Nya kepada kami dan menjadikan kami mewarisi bumi syurga ini dengan sebebas-bebasnya, kami boleh mengambil tempat dari syurga ini di mana saja kami sukai. Pemberian sedemikian ialah yang sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal." (Az-zumar : 74)

Selanjutnya, ingatan orang Mukmin tetap segar dan berkumandang dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya jika dinilai dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanya ibarat hiburan dan permainan. Sesungguhnya negeri akhirat ialah kehidupan yang sebenar-benarnya kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).” (Al-Ankabut : 64)

Lanjutan daripada itu, antara pesanan Rasulullah SAW kepada umatnya dalam menelusuri titian hidup ini ialah mengingati mati. Amalan itu bukan bertujuan meninggalkan terus urusan keduniaan, lebih-lebih lagi Islam menyeru umatnya supaya membangunkan akhirat seimbang dengan pembangunan keduniaan sehingga kebajikan dan kebaikan itu meliputi kesemuanya.

Membangun keduniaan dengan bermodalkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah SWT sebenarnya dituntut Islam. Baginda bersabda yang bermaksud: “Seandainya terjadi hari kiamat dan di tangan salah seorang kamu ada biji benih kurma, maka hendaklah dia menanamkannya.” (Riwayat Ahmad).

Sehubungan itu, Baginda SAW memuji sesiapa yang sentiasa mengingati mati dalam diari hidupnya sehingga dianggap Rasulullah SAW sebagai orang paling bijaksana di kalangan orang Mukmin. Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Orang yang paling bijaksana di kalangan kamu ialah orang yang sentiasa menghisab dan menghitung dirinya serta beramal sebagai persedian untuk mengadap Allah SWT selepas mati. Sedangkan orang yang kurang waras ialah orang yang sentiasa menuruti hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah SWT .” (Riwayat Tirmizi).

HARAPAN IBU BAPA

SATU HARI NANTI APABILA KAMU MELIHAT KAMI MENJADI TUA, LEMAH, BERKEDUT, PELUPA, HODOH, BURUK, TIDAK CERGAS,NANYUK DAN TIDAK BERMAYA BERSABARLAH WAHAI ANAKKU DAN CUBA MEMAHAMI DIRI KAMI JIKA KAMI MAKAN, BERSELERAK, MENGOTORKAN MEJA, MEMECAHKAN PINGGAN KERANA TIDAK MAMPU MEMEGANG PINGGAN LAGI, KAMI TIDAK MAMPU UNTUK MENYUAPKAN NASI KE MULUT KAMI, JANGANLAH MEMAKI HAMUN KAMI SEPERTI ANJING KURAP DAN INGATLAH KETIKA KAMU MASIH KECIL KAMI MENYUAPKAN MAKANAN KE MULUT KAMU DENGAN HARAPAN KAMU MENJADI ANAK YANG SIHAT DAN DAPAT MENERUSKAN KEHIDUPAN, BERBEZA DENGAN KAMU YANG MENYUAPKAN NASI KE MULUT KAMI YANG MENGHARAPKAN KAMI MATI SEGERA.

JIKA KAMI TIDAK MAMPU UNTUK MEMAKAI BAJU DAN MENYIKAT RAMBUT KAMI LAGI NANTI KERANA TERLALU LEMAH DAN SAKIT, JANGANLAH MENGHERDIK KAMI SEPERTI KANAK-KANAK KECIL DAN INGATLAH KETIKA KAMI MEMAKAIKAN KAMU BAJU DAN MENYISIR RAMBUT KAMU SEWAKTU KAMU MASIH KECIL DENGAN PENUH KASIH SAYANG.

JIKA KAMI BERCAKAP DENGAN KAMU, KAMI MENGULANGINYA LAGI CERITA DAN BENDA YANG SAMA, JANGANLAH TIDAK MEMPEDULIKAN KAMI TUMPUKAN PERHATIAN KEPADA KAMI KERANA KETIKA KAMU KECIL KAMI MEMBACA BUKU CERITA YANG SAMA SEHINGGA KAMU TERTIDUR TANPA RASA JEMU DAN BOSAN. JIKA KAMI TIDAK MAHU MANDI DAN JANGANLAH MEMALUKAN KAMI DAN MEMARAHI KAMI. INGATLAH KETIKA KAMU KECIL KAMI MENYURUH KAMI MANDI DAN KAMU MEMBERIKAN PELBAGAI ALASAN. KAMI TETAP BERSABAR DENGAN KARENAHMU WAHAI ANAK-ANAKKU.

JIKA ADA BENDA-BENDA BARU YANG KAMI TIDAK TAHU, AJARLAH KAMI DENGAN LEMAH LEMBUT. INGATLAH KAMI TELAH BANYAK MENGAJAR PERKARA-PERKARA BARU KETIKA KAMU KECIL. MAKAN DENGAN BETUL, MEMAKAI BAJU DENGAN BETUL, BERSOLAT, MEMBACA AL-QURAN, MENUTUP AURAT, BERSABAR, JANGAN BAKHIL DAN JANGAN TAKUT BILA MEMPERJUANGKAN ISLAM.

JIKA KAMI TIDAK MAHU MAKAN, JANGANLAH TERLALU MEMAKSA KAMI. KAMI AKAN MAKAN BILA SAMPAI MASANYA. HULURKAN TANGAN SEWAKTU KAMI TIDAK MAMPU BERJALAN SEPERTI KAMU BARU MULA BELAJAR BERJALAN.

JIKA KAMI SELALU “ MEREPOTKAN ” KAMU ATAU MELECEHKAN KEHIDUPAN KAMU SEBAB KAMI SUDAH TIDAK PRODUKTIF LAGI JANGANLAH MENGHANTAR KAMI KE RUMAH ORANG TUA-TUA KERANA DI SITU MERUPAKAN TRANSIT KAMI YANG TERAKHIR SEBELUM KAMI BERPINDAH KE ALAM KUBUR, INGATLAH KETIKA KAMU KECIL KAMU SELALU " MEREPOTKAN” KAMI DAN KAMI SENTIASA BERJAGA MALAM UNTUK MEMASTIKAN KAMU SENTIASA SELESA DAN DAPAT TIDUR DENGAN NYENYAK.

JANGAN KAMU MARAH AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU BENCI AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU SESALI AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU MALU AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU MEMANDANG HINA AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU MEMANDANG JIJIK AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU PERLEKEHKAN KAMI. JANGAN KAMU CACI MAKI KAMI. JANGAN KAMU CERCA KAMI……………KERANA BILA KAMU SUDAH MENJADI SEPERTI KAMI, KAMU AKAN FAHAM AKAN KEADAAN KAMI.

HANYA YANG MENJADI HARAPAN KAMI WAHAI ANAKKU ………………………SEDEKAHKAN AL-FATIHAH SEKIRANYA KAMI TELAH BERPINDAH KE ALAM BARZAKH, DOAKAN KESEJAHTERAAN KAMI SETIAP KALI SELESAI MENUNAIKAN SOLAT SEPERTI YANG DIAJARKAN OLEH ALLAH S.W.T “ YA ALLAH AMPUNKAN DOSAKU DAN DOSA KEDUA IBU BAPAKU DAN RAHMATILAH KEDUA-DUANYA YA ALLAH KERANA KEDUA-DUANYA TELAH MENDIDIKKU SEMASA KECIL SEHINGGA AKU MENGENALIMU YA ALLAH ” DAN AKHIRNYA ANAKKU…….. JANGANLAH KAMU MELAKUKAN KEMAKSIATAN KEPADA ALLAH KERANA IANYA AKAN MENYEBABKAN KAMI AKAN DISIKSA OLEH MALAIKAT-MALAIKAT ALLAH LANTARAN DARI KEALPAAN DAN KELALAIAN KAMI MENDIDIK KAMU DAHULU.

“ YA ALLAH MANFAATKAN KAMI DI ATAS APA YANG ENGKAU AJAR KEPADA KAMI, AJARKANLAH KEPADA KAMI YA ALLAH DENGAN PERKARA-PERKARA YANG BERMANFAAT BAGI KAMI.

PANDANGLAH KAMI YA ALLAH DENGAN PANDANGAN RAHMAT DAN KASIH SAYANGMU DAN JANGANLAH ENGKAU PANDANG KAMI YA ALLAH DENGAN PANDANGAN KEMURKAANMU.

KAMI MERENDAHKAN DIRI KAMI YANG HINA DINA INI YA ALLAH, YANG JAHIL INI YA ALLAH, YANG LEMAH INI YA ALLAH, YANG BANYAK MELAKUKAN DOSA INI YA ALLAH.

AMPUNKAN DOSA KAMI YA ALLAH, SIAPAKAH YANG DAPAT MENGAMPUNKAN DOSA KAMI YANG BANYAK KALAU BUKAN ENGKAU YA ALLAH. AMPUNKAN DOSA KEDUA IBUBAPA KAMI YA ALLAH. AMPUNKAN DOSA AYAH KAMI YA ALLAH, AYAH YANG TELAH MEMBANTING TULANG EMPAT KERATNYA MEMBESARKAN KAMI SEHINGGA MENJADI MANUSIA YANG BERGUNA. AMPUNKAN DOSA IBU KAMI YA ALLAH,KERANA DARIPADA PERUTNYA YANG MULIA LAHIRLAH KAMI SEHINGGA KAMI MENJADI HAMBA YANG SUJUD KEPADAMU YA ALLAH.

AMPUNKAN DOSA ADIK-BERADIK KAMI YA ALLAH, KALAU MEREKA MASIH TIDAK MENYEMPURNAKAN KETAATAN MEREKA KEPADAMU YA ALLAH. AMPUNKAN DOSA SAUDARA-MARA KAMI YA ALLAH KERANA MASIH RAMAI DI KALANGAN SAUDARA-MARA KAMI YANG MASIH JAUH DARIPADA AGAMAMU YA ALLAH. AMPUNKANLAH DOSA TOK-TOK GURU KAMI, USTAZ-USTAZ KAMI, GURU-GURU KAMI YANG TIDAK PERNAH JEMU-JEMU MENDIDIK KAMI, MENTARBIYAH KAMI, MENEGUR KAMI DAN MEMPERBETULKAN KAMI.

YA ALLAH JADIKANLAH ANAK ZURIAT KAMI ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH. JADIKANLAH ANAK-ANAK KAMI, ANAK-ANAK YANG BOLEH MENGUSUNG KERANDA KAMI KE KUBUR KALAU KAMI MATI KELAK. JADIKAN ANAK-ANAK KAMI YA ALLAH, ANAK-ANAK YANG TAHU MEMBACA AL-FATIHAH SEBAGAI SURAH PENTING BILA BERLAKU KEMATIAN. JADIKAN ANAK-ANAK KAMI YA ALLAH, ANAK-ANAK YANG BOLEH MEMBACA SURAH YAASIN KETIKA KAMI SEDANG SAKRATUL MAUT. JADIKAN ANAK-ANAK KAMI YA ALLAH ANAK-ANAK YANG MAMPU MEMANDIKAN MAYAT KAMI DENGAN KELEMBUTAN DAN KASIH SAYANG. JADIKAN ANAK-ANAK KAMI YA ALLAH, ANAK-ANAK YANG TIDAK KEKOK UNTUK MENDIRIKAN SOLAT JENAZAH DENGAN EMPAT KALI TAKBIR JIKA KAMI MATI YA ALLAH. JADIKAN ANAK-ANAK KAMI YA ALLAH,ANAK-ANAK YANG TIDAK BAKHIL UNTUK MENDOAKAN KSEJAHTERAAN KAMI YA ALLAH JIKA KAMI BERPINDAH KE ALAM BARZAKH.

YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM,YA TUHAN KAMI.

JANGAN ENGKAU UJI KAMI, KALAU ENGKAU UJI KAMI, ENGKAU AKAN BUKA KELEMAHAN KAMI, ENGKAU AKAN KOYAKKAN TABIR-TABIR KELEMAHAN KAMI DAN ENGKAU AKAN AZAB KAMI.

WAHAI ALLAH YANG MEMBALIK-BALIKKAN HATI, TETAPKANLAH HATI KAMI DI ATAS AGAMAMU, TETAPKAN HATI KAMI DI ATAS KETAATAN KEPADAMU DAN TETAPKANLAH HATI KAMI DI ATAS KETAATAN RASULMU.

BUAT KALI TERAKHIRNYA YA ALAH, SEKALI LAGI KAMI SEBAGAI HAMBA YANG HINA-DINA INI,YANG JAHIL MURAQAB INI, YANG TIDAK BERDAYA INI, YANG LEMAH INI………PANDANGLAH KAMI YA ALLAH DENGAN PANDANGAN RAHMATMU, DAN JANGANLAH ENGKAU PANDANG KAMI YA ALLAH DENGAN PANDANGAN KEMURKAANMU.KAMI MENGHARAPKAN KEAMPUNAN DAN KERIDHAANMU YA ALLAH. “

NUKILAN DAN DOA PENULIS DARI DIDIKAN ILLAHI YANG MENGASIHI, AJARAN NABI YANG MENYINARI, KESUNGGUHAN IBU BAPA YANG BERDEDIKASI, PENGAMATAN HATI SENDIRI, PENGALAMAN HIDUP YANG MENYAYATI HATI, AIR MATA KEINSAFAN YANG MEMBASAHI PIPI, PERKONGSIAN HARAPAN YANG TIDAK BERTEPI, KEPERITAN KEHIDUPAN YANG PERNAH DILALUI. BUAT TATAPAN KOTAK JIWA YANG SEPI DAN MELEMBUTKAN NAFSU YANG MASIH KELIRU DAN TERCARI-CARI MATLAMAT SEBENAR KEHIDUPAN INSANI.

IKHLAS,
KAMALULHYSHAM@FARHAN
DHUHA,KHAMIS (30 OGOS 2010/20 RAMADHAN 1431)

12 Barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:”Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris”Surah an-Naba’:18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….”
Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.”Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…” Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..

MUHYIDDIN SERANG NAJIB UNTUK CEPAT NAIK?

KUALA LUMPUR 28 SEPT: Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sekali lagi menimbulkan keraguan mengenai tahap sokongannya kepada Datuk Seri Najib Razak apabila berkata Malaysia tentunya berupaya menarik lebih banyak pelabur jika tidak ada pendakwaan terhadap Anwar Ibrahim.

"Memang betullah jika tidak ada kes seperti itu, Malaysia akan jadi lebih menarik. Maka, biarlah mahkamah menentukannya... lebih cepat kes itu diselesaikan, lebih baik bagi kita, Bernama memetik Muhyiddin sebagai berkata.

"Jika ditanya secara peribadi, jika saya mahu melihat kes ini terjadi dalam mahkamah Malaysia, saya tidak mahu ianya berlaku di mahkamah Malaysia. Saya ingin agar Malaysia bebas daripada semua ini,” tambah Muhyiddin.

Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun berkata kes Anwar tidak ada kena-mengena dengan kerajaan.

Muhyiddin mengulas kenyataan pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson, bahawa perbicaraan melibatkan Anwar telah menjejaskan reputasi Malaysia dan meminta Najib untuk campurtangan bagi memastikan keadilan untuk mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

Kenyataan Muhyiddin itu dilihat sebagai cubaan lemah untuk mempertahankan kritikan antarabangsa dan di dalam negara terhadap Najib dalam menangani isu pendakwaan Anwar atas tuduhan liwat.

Ramai pihak menganggap tuduhan itu mempunyai motif politik, lebih-lebih lagi selepas pengadu Saiful Bukhari Azlan mengaku berjumpa Najib dua hari sebelum membuat laporan polis.

Najib pada mulanya enggan mengaku berjumpa dengan Saiful tetapi kemudian mengubah nada selepas perjumpaan itu didedahkan dalam blog-blog dan portal berita.

Pendakwaan terhadap Anwar diteruskan walaupun pemeriksaan pakar mendapati tidak ada tusukan pada dubur Saiful untuk menyokong dakwaan kononnya beliau mangsa liwat.

Peguam Anwar juga gagal mendapatkan keterangan yang diberi oleh Saiful kepada polis atau sampel bahan bukti lain untuk menyediakan pembelaan anak guam mereka.

Mahkamah Tinggi turut menolak permohonan untuk menggugurkan kes itu walaupun menerima bahawa Saiful mengadakan hubungan sulit dengan salah seorang pendakwaraya kes itu.

Semua ini menguatkan persepsi bahawa Anwar sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik yang meperalatkan polis dan badan kehakiman.

Muhyiddin sebelum ini dilihat sebagai memperlekehkan konsep 1Malaysia yang dicanang oleh Najib apabila berkata beliau menganggap dirinya berjiwa Melayu lebih daripada anak Malaysia.

Selasa, September 28, 2010

Remaja Dirogol Ramai-Ramai Oleh Abang Tiri & Kawan-kawannya

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan menjadi mangsa rogol abang tiri rakan baiknya sebaik dibawa ke rumah lelaki itu kononnya untuk makan malam.

Di rumah itu, mangsa turut dirogol tiga lelaki lain yang juga rakan suspek secara bergilir-gilir. Tidak cukup dengan itu, perbuatan kejam berkenaan turut dirakam seorang daripada suspek menggunakan telefon bimbit dipercayai untuk koleksi peribadi.

Kejadian bermula kira-kira jam 4 petang kelmarin, apabila mangsa pergi ke rumah rakan sekelasnya di Segambut, di sini, untuk keluar makan bersama.
Menurut sumber, sebaik tiba di rumah rakannya itu, mangsa dibawa ke sebuah rumah di Kepong, di sini, yang kononnya didiami abang tiri kepada teman baiknya itu berusia awal 20-an.

"Rakan sekelas mangsa kemudian meninggalkan rumah berkenaan selepas menyerahkan mangsa kepada abang tirinya.

"Mangsa yang terpinga-pinga kemudian ditenangkan suspek sebelum lelaki terbabit memperkenalkan remaja malang itu kepada tiga lagi rakannya berusia lingkungan 20-an," katanya.

Sumber berkata, mangsa yang bimbang keselamatannya merayu berulang kali supaya dihantar pulang namun tindakannya itu menyebabkan mangsa dimarahi.

"Mangsa kemudian diheret ke dalam sebuah bilik sebelum pakaiannya dilucutkan suspek," katanya.

Tersentak dengan itu, mangsa menjerit dan meronta minta dilepaskan sebelum dia dipukul dan diugut seorang daripada suspek. Sumber berkata, mangsa dirogol bergilir-gilir.

"Selepas selesai merogol mangsa, seorang daripada suspek kemudian menghantar semula mangsa ke rumah rakan baiknya di Segambut.

"Mangsa pulang ke rumahnya di Batu Caves, sebelum tampil membuat laporan di balai polis berhampiran," katanya.

Difahamkan, polis menahan dua daripada suspek selepas menerima laporan mengenai kejadian berkenaan manakala dua lagi rakannya sedang dikesan.

Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Menurutnya, kes berkenaan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Dosa Kering

Muhyiddin Anggap Anwar Lakukan Dosa Kering Burukkan Imej Negara

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim memburukkan imej Malaysia di Indonesia merupakan satu dosa kering. Timbalan Perdana Menteri berkata Anwar bukan seorang pemimpin sejati kerana dia tidak bertanggungjawab terhadap apa yang dikatanya, malah sanggup berkata apa sahaja serta merosakkan imej negara hanya untuk meraih keuntungan politik.

"Apa yang disebut oleh Anwar Ibrahim ialah satu bukti beliau bersedia untuk berbohong dan berbuat sesuatu yang boleh rosakkan imej negara hanya untuk kepentingan dan tujuan politik dia sahaja," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Anwar di Jakarta yang menuduh media Malaysia yang menggalakkan persepsi negatif terhadap Indonesia. Timbalan Perdana Menteri sebelum itu menyampaikan ucap utama pada forum International Herald Tribune di sini.

Muhyiddin berkata media di Malaysia merupakan institusi yang bertanggungjawab dan tidak mengeksploitasi isu-isu. Beliau berkata Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan yang baik di semua peringkat dan perasaan anti Malaysia yang timbul kebelakangan ini adalah dicetuskan oleh satu kumpulan kecil.

Mengenai kenyataan pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson, bahawa perbicaraan liwat melibatkan Anwar telah menjejaskan reputasi Malaysia, Muhyiddin berkata Malaysia akan menjadi lebih menarik kepada pelabur jika negara ini tidak dicemari kes seperti itu. "Memang betullah jika tidak ada kes seperti itu, Malaysia akan jadi lebih menarik. Maka, biarlah mahkamah menentukannya...lebih cepat kes itu diselesaikan, lebih baik bagi kita.

"Jika ditanya secara peribadi, jika saya mahu melihat kes ini terjadi dalam mahkamah Malaysia, saya tidak mahu ianya berlaku di mahkamah Malaysia. Saya ingin agar Malaysia bebas daripada semua ini tetapi ini bukannya disebabkan oleh kerajaan," katanya.

Muhyiddin berkata beliau berharap Branson akan sentiasa melihat Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan dan bagaimana beliau dapat membantu Malaysia menarik lebih banyak pelaburan. Katanya beliau yakin pendapat Branson itu bukan bertujuan untuk mencampuri urusan dalam Malaysia sebaliknya bertujuan membantu inisiatif Malaysia. - BERNAMA

Tuan Syed...
Macam-macam, ada dosa kering dan bila ada dosa kering, tentunya ada dosa basah kut. Dosa kering itu apa ya?
Dosa (kesalahan) yang sengaja dilaku­kan walaupun diketahui hukumannya dari segi agama. Dosa yang sengaja dilakukan (walaupun telah diketahui bahawa itu ialah dosa).

Paderi Melayu Hina Agama Islam

Sah memang paderi ini orang Melayu dan dia mengaku bahawa sudah 10 000 orang Melayu di Johor sudah dimurtadkan. Saya petik:

Ini satu lagi maklumat yang sungguh mengejutkan kita sebenarnya. Sebelum ini Mufti Perak pernah mendedahkan bahawa beliau tahu berkenaan beribu-ribu remaja Melayu yang ingin meninggalkan agama Islam. Malah, kita juga banyak mendengar cerita berkenaan orang Melayu yang murtad dan kemudian menjadi "mubaligh" dibayar ganjaran lumayan sekiranya dapat menarik lebih ramai orang Melayu sertai agama tersebut. Malah, kita juga banyak mendengar cerita berkenaan remaja masuk gereja yang terdiri dari kalangan pelajar IPT dan juga pekerja kilang terutamanya di bandar-bandar besar di seluruh negara.

Tambah memilukan, kita juga mendengar ada gadis Melayu yang tertudung litup dan berjubah rupanya sudah murtad sedangkan tidak diketahui oleh ibubapa mereka. Kita juga ada mendengar, pendedahan beberapa orang paderi Kristian yang telah kembali kepada Islam bahawa mereka telah disiksa begitu teruk sekali akibat pengkhianatan tersebut. Semua cerita-cerita ini kita dengar menerusi cakap-cakap mulut dan email semata-mata. Maka kita tidak sangka rupanya memang benar cerita berkenaan orang Melayu yang murtad kemudian menjadi "mubaligh" itu. Buktinya ialah Paderi Benjamin Stephen yang mencetuskan kontroversi apabila menghina Islam dalam gereja di Sarawak itu.

Fadhilat Puasa Enam Syahwal

Salam berbahagia dan salam Aidil Fitri buat semua muslimin dan muslimat. Dah lama tidak update blog sebab sibuk beraya rumah adik beradik belah saya dan isteri, maklumlah banyak adik beradik. Di masa yang terluang ini saya siapkan satu airtikel yang ringkas dan padat untuk anda semua yang mencari fadhilat puasa enam Syahwal. Di antara fadhilat puasa enam Syahwal ialah :

1.Puasa enam hari di bulan Syahwal setelah Ramadhan, merupakan pelengkap dan penyempurnaan pahala dari puasa setahun penuh.

2.Puasa Syahwal dan Sya’ban bagaikan solat Sunat Rawatib, berfungsi sebagai penyempurna dari kekurangan Solat Fardhu atau puasa fardhu, kerana pada hari Kiamat nanti perbuatan-perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan-perbuatan sunat. Sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa fardhu yang dilakukan kaum muslimin memiliki kekurangan dan ketidak sempurnaan, maka amalan puasa sunat dapat menutupi dan menyempurnakannya.

3.Membiasakan puasa setelah Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan, karena apabila Allah swt menerima amal seorang hamba, pasti Dia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik setelahnya.

4.Puasa Ramadhan dapat menghapuskan dosa-dosa masa lalu. Orang yang berpuasa Ramadhan akan diganjarkan pahala pada hari Raya puasa yang merupakan hari kemenagan atau pembagian hadiah, puasa enam syahwal merupakan rasa syukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah dan sungguh tak ada nikmat yang lebih agung dari pengampunan dosa-dosa.

5.Puasa enam hari dalam bulan Syahwal adalah amal-amal yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya pada bulan Ramadhan tidak terputus dengan berlalunya bulan mulia ini, selama ia masih hidup.

Bahaya Mengumpat Dan Mendengarnya

Islam adalah agama yang sentiasa menganjurkan kehidupan tenang, aman, damai dan bersatu padu dalam masyarakat Muslimin, khasnya dan keseluruhan manusia amnya. Islam tidak pernah membeza-bezakan darjat di antara manusia. Islam memandang manusia adalah sama taraf baik mereka yang dilahirkan dalam keluarga bangsawan, hartawan, mahu pun fakir miskin.

Sesungguhnya demi mencapai maksud kehidupan yang aman damai dalam masyarakat, Islam menggariskan panduan kemasyarakatan lengkap yang wajib dipatuhi oleh semua umat Muslimin.

Antara perkara yang diharamkan oleh Islam ialah ‘ghibah’. Ghibah bermaksud mengata (mengumpat) individu atau kumpulan tertentu tanpa pengetahuan mereka. Apa yang diperkatakan itu selalunya perkara buruk yang tidak disenangi simangsa. Firman Allah bermaksud : “Wahai orang beriman jauhilah daripada banyak prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujuraat : 12)

Begitulah beratnya dosa seseorang yang melakukan ghibah baik secara sengaja atau tidak. Mereka yang mengumpat atau memperkatakan sesuatu perkara tidak benar atau tidak disukai oleh saudara mereka digambarkan sebagai orang yang memakan daging mayat saudara mereka. Satu perbuatan yang jijik dan mengejikan, yang tidak mungkin dilakukan oleh seseorang yang waras. Sewaktu menghuraikan ayat di atas, Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda : “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah? Sahabat menjawab, Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Rasulullah saw lalu menyambung sabdanya, kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Saya pun bertanya, walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya? Rasulullah saw menjawab, jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya.” (Al-Nawawi: Riyadhus Sholihin)

Ghibah tidak bermaksud sekadar umpatan dengan menggunakan kata. Ghibah boleh juga digambarkan dengan gerak badan seperti menggerakkan jari telunjuk ke kepala, melirik mata, mencebik bibir mulut, mengangkat alis mata dan sebagainya.

Apa saja perbuatan yang boleh menzahirkan maksud merendah-rendahkan atau mengejek seseorang yang berada di depan si pelaku atau tidak, adalah tergolong sebagai perbuatan ghibah. Saidatina Aisyah meriwayatkan : “Saya pernah berkata sesuatu kepada Rasulullah saw. Cukuplah dengan Safiah tu, dia tu...(sambil mengisyaratkan sesuatu dengan tangannya). Rasulullah saw berkata, wahai Aisyah sesungguhnya kamu telah berkata sesuatu yang jika dilarutkan ke dalam air laut maka akan tercampurlah semua air dengannya.”

Maksud Baginda saw, sepatah kata umpatan (dengan isyarat) daripada Aisyah itu jika diibaratkan seketul pewarna, apabila ia dicampurkan ke dalam air laut maka ia akan merubah warna keseluruhan air laut itu. Begitulah dahysatnya perbuatan mengumpat, ia akan segera merebak dari sekecil-kecil perkara akan menjadi sebesar-besar perkara.

Mengikut ahli hadis, perkataan yang dimaksudkan oleh Aisyah tidak lebih sekadar menggelar Safiah (isteri Nabi yang berbangsa Yahudi) sebagai pendek atau rendah. Sekecil perkataan itu pun Islam tetap menegahnya, apa lagi jika sesuatu yang lebih besar.

Khalid ar-Rabi’e seorang ulama menceritakan, pada suatu ketika dia masuk ke sebuah masjid dan terdengar sekumpulan orang sedang mengumpat seorang lelaki (yang tidak berada di masjid berkenaan pada ketika itu). Khalid menegah mereka dan mereka akur lalu membuka cerita mengenai perkara lain. Namun percakapan mereka beralih kembali kepada hal lelaki itu tidak berapa lama kemudian. Beberapa perkara mengenai lelaki berkenaan terdengar juga ke telinga Khalid walaupun dia tidak mengia atau menyokongnya.

Pada malam itu, Khalid bermimpi didatangi oleh seorang lelaki yang terlalu tinggi dan berkulit hitam membawa sepinggan daging khinzir. Lelaki itu menunjukkan daging khinzir yang dibawanya ke mulut Khalid. Khalid menolak dengan alasan daging khinzir diharamkan ke atas orang Islam dan dia tidak akan memakan daging khinzir sama sekali. Namun lelaki itu dengan kasar memaksanya memakan daging itu hinggakan sebahagian daripada daging yang ditunjukkan oleh lelaki itu terkena bibir Khalid. Dia memarahi Khalid, katanya, sesungguhnya sebelum ini kamu memakan daging yang lebih buruk dan lebih kotor daripada daging khinzir. Apabila terjaga Khalid menyedari kesilapannya kerana terbabit dengan kumpulan pengumpat di masjid itu walaupun sekadar mendengar. Akibat mimpi itu, Khalid tidak dapat makan 40 hari kerana terbayang daging khinzir yang terkena bibirnya. (Al-Afifi: Min Wasaya al-Rasul)

Cerita Khalid tadi amat bertepatan dengan pengharaman ghibah tidak terkhusus kepada pengumpat, malah termasuk pendengar. Oleh itu seseorang Muslim yang baik hendaklah meneliti setiap perkataan saudaranya dan jangan terlalu mudah serta cepat mempercayai serta menyokong kata-katanya tanpa terlebih dulu memeriksa kesahihan fakta.

Apa lagi jika diketahui dia pernah berbohong, berolok-olok dan sebagainya pada masa lalu. Allah berfirman bermaksud : “Wahai orang beriman, jika datang kepadamu seseorang fasiq (pernah melakukan dosa) membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya (yang sebenar) yang menyebabkan kamu menyesal di atas perbuatan kamu itu.” (Al-Hujuraat : 6)

Seboleh-bolehnya tegahlah dan berilah teguran kepada mereka secara berhikmah jika kita mengetahui hal sebenar.

Seseorang Muslim yang tidak mendiamkan diri ketika berhadapan dengan kepalsuan akan mendapat ganjaran besar daripada Allah. Sabda Nabi saw yang bermaksud : “Sesiapa yang menolak (menasihati atau memperbetulkan) umpatan saudaranya, akan dihalang mukanya daripada api neraka pada hari kiamat.”

Abu al-Dardaa pula meriwayatkan bahawa Baginda saw pernah bersabda : “Sesiapa yang menolak umpatan saudaranya Allah akan menghalang mukanya daripada api neraka.” (Sunan Abi Daud).

Jika dikaitkan dengan keadaan semasa, kita melihat masyarakat terlalu mudah menjatuhkan atau merendah-rendahkan pihak lain dengan tuduhan tidak benar demi mencapai sesuatu maksud dalam tempoh singkat.

Mungkin bertujuan politik, perniagaan dan sebagainya. Seandainya keadaan ini dibiarkan merebak, masyarakat Muslim akan terus hidup terumbang-ambing lantaran tidak ada satu pun kebenaran yang boleh menjadi pegangan.

Tampuk kepemimpinan umat Islam juga akan berada di tangan orang yang berjaya memperolehi sokongan melalui tipu helah. Pada ketika itu tunggulah balasan kehancuran daripada Allah.

Mungkin ada yang mempersoalkan, jika memperkatakan seseorang walaupun mengenai perkara benar dianggap ghibah, tertutuplah peluang untuk memperolehi keadilan kerana umat Islam tidak dibenarkan membongkar perbuatan jahat yang dilakukan oleh seseorang?

Hakikatnya Islam adalah agama dinamik, hukumnya bukanlah undang-undang statik dan tidak akan berubah walau dalam apa keadaan sekalipun. Jelas dalam hal ini, Allah menegaskan melalui firman-Nya yang bermaksud :“Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang dicakapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Al-Nisa : 148)

Ini bererti pembongkaran perbuatan jahat di mahkamah atau ketika menghadapi proses pengadilan tidak dikira sebagai perbuatan ghibah. Bahkan ia adalah satu kewajipan ke atas umat Islam. Umat Islam mestilah berani membongkar perbuatan menyalahi nilai murni kehidupan supaya dapat dihapuskan serentak menjamin keamanan sejagat.

Dosa ghibah walaupun tidak sehebat dosa fitnah, sebagaimana diketahui Islam meletakkan dosa fitnah sebagai lebih besar daripada membunuh. (Al-Baqarah : 191)

Namun ghibah juga boleh membawa kepada fitnah. Secara logik cerita yang kurang enak didengar yang berasaskan sangkaan atau gambaran peribadi si A (pemula) akan berkembang menjadi lebih besar dengan pembawaan dan tokok tambah si B, si C dan seterusnya. Perkara asalnya kecil boleh merebak menjadi isu besar. Bukankah pada saat itu ia bertukar menjadi fitnah?

Oleh itu sama-samalah kita elakkan perbuatan ghibah seperti mengumpat, mencaci maki, mengejek dan sebagainya. Sesungguhnya semua umat Islam bersaudara, bererti sesiapa saja yang menjadi sasaran umpatan, kejian atau ejekan kita adalah saudara kita. Tidak wajar bagi seseorang yang waras bertindak demikian ke atas saudaranya sendiri.

Boroi Kerana Puas Seks?

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumahï. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.

Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga.Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali,periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak
bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat! Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut.Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain boroi

Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda
mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang “slim” dan masih tampan.Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19%kes penceraian.

Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya.Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula jemu atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini.

Jadi awas dengan penampilan anda. Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas,isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin bulat atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup. Selalunya suami akan terus
mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi.

Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga,buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan. Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks.Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz10s5MsxI2

Isnin, September 27, 2010

Episod Yang belum Berakhir

Pandangan Dr Mahathir Mohamad yang disiarkan muka depan Utusan Malaysia, 24 September lalu, bukan perkara baru. Bekas Perdana Menteri itu sudah menyuarakannya berulang kali dengan daleh dan retorik yang sama, tetapi masih tetap dijadikan tajuk utama akhbar yang dikuasai Umno sepenuhnya. Mungkin bagi editor kanan akhbar berkenaan, luahan hati Mahathir seumpama itu masih berkesan untuk memperbodohkan" pengundi Melayu.

Beliau mendakwa, jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, maka Melayu akan hilang kuasa dan suara. Sebelum ini, Mahathir berkata kuasa politik Melayu makin lemah disebabkan mereka berpecah kepada tiga parti, iaitu PAS, KeADILan dan Umno.

Kematangan berpolitik orang Melayu mahu diperkecilkannya. Dan memang begitulah tabiat Mahathir. Logik dan rasional tidak dipedulikan kalau ia dilihat bercanggah dengan kehendaknya. Seolah-olah perubahan dalam pemerintahan - yang lazim berlaku dalam mana-mana negara demokratik di dunia - hanya akan mengakibatkan keadaan huru-hara dan suasana tidakstabil.

Taktik kuno ini mudah dibaca. Kamarudin Jaffar dalam bukunya, "Krisis Ketuanan Melayu" mendedahkan teori 4F, yang menggabungkan kaedah dan kandungan kempen BN selama ini, antaranya Fear (Takut) dan Future (Masa Depan).

Orang Melayu yang gagal dibangunkan seutuhnya selama Umno berkuasa lebih 53 tahun lalu, termasuk selama 23 tahun di bawah regim Mahathir, dilihat sentiasa gusar dan risau dengan masa depan mereka.

Kemiskinan dan keterbelakangan orang Melayu rupa-rupanya menjadi aset berharga untuk Umno mempertahankan survival kuasa. Sedangkan terbukti Umno gagal menjalankan amanah meningkatkan kualiti hidup masyarakat Melayu.

Slogan hak istimewa Melayu dijadikan batu loncatan oleh segelintir kecil kapitalis Melayu dan suku-sakat mereka untuk membolot kekayaan, kontrak dan kemudahan kerajaan.

Yang peliknya, pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu itu - sepatutnya menjadi liabiliti - terus dijadikan modal untuk menyerang saingan politiknya. Motif politik Mahathir jelas. Ia sedar Pakatan berada di ambang kuasa menuju Putrajaya. Yang akan hilang kuasa adalah Umno-BN, bukannya orang Melayu. Masyarakat Tionghua pula semakin muak dan jelak dengan BN.

Pelbagai eksperimen yang diperkenalkan Najib Razak, seperti konsep 1Malaysia, gagal diterjemahkan dengan baik. Undi Cina - yang menyelamatkan Mahathir dalam pilihan raya 1999 - sukar direbut kembali. Beberapa keputusan pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum Mac 2008, khususnya di Sibu, menunjukkan keyakinan orang Cina terhadap Pakatan tidak berganjak.

NGO yang bernaung di bawah dagu Mahathir, Perkasa, tambah membebankan BN. Orang Melayu sendiri tidak tergoda dengan permainan politik Ibrahim Ali dan konco-konconya. Yang pasti Mahathir tidak berubah. Dia masih memandang rendah keupayaan orang Melayu menangani perubahan zaman. Memang, sekali dengar hujah Mahathir nampak logik tetapi jika diperhalusi, hampas! Minda beliau terkurung dan terjajah dengan keyakinan palsunya sendiri.

Tengoklah serangannya ke atas PAS, badan dakwah dan gerakan Islam lainnya. Sejak awal menjadi Perdana Menteri sehinggalah ucapan terakhirnya sebagai Presiden Umno pada 2003, argumen sama diulang tayang. Tanggapannya bahawa "orang dakwah" menolak dunia dan perkembangan sains teknologi dikitar semula walaupun realiti jauh berbeza. Pendokong Islam sejak lama menolak konsep sekularisme dan pemetakan dalam ilmu. Begitu juga dengan dakwaannya bahawa PAS memperalatkan agama demi kuasa.

Saya mengikuti dari dekat serangan terbukanya kepada Abdullah Ahmad Badawi, pengganti yang dipilihnya sendiri. Bermula di Taman Melewati, seterusnya di Kota Bharu,Petaling Jaya dan Alor Setar, saya menekuni ucapannya secara berdepan.

Seronok mendengar kritikan Mahathir terutama apabila beliau mengaitkan Abdullah dengan menantunya, Khairy Jamaluddin dan beberapa penasihat media di NST. Bagaimanapun, selepas mendengar dua tiga kali kecamannya itu, saya terasa ia hanya sarat dengan emosi dan serangan melulu. Rujukan Mahathir terhadap pengalaman singkat Pakatan menerajui Perak jauh tersasar. Tuduhannya bahawa Nizar Jamaluddin boneka Cina juga bukan perkara baru. Itulah yang ditohmahkan BTN dan pemimpin Umno akar umbi.

Mahathir gagal memahami persefahaman Pakatan, yang jauh berbeza dengan pengalaman politik Perikatan, kemudiannya BN. Meskipun PAS mewakili jumlah kerusi Dun yang paling sedikit, berbanding KeADILan dan DAP, ia tidak menghalang tokoh terbaik untuk menjadi Menteri Besar.

Memang mudah bagi Mahathir dan Umno untuk meniup api perkauman, sebagai jalan pintas untuk kembali berkuasa di Perak, juga Pulau Pinang dan Selangor. Tetapi ia satu tindakan paling tidak bertanggungjawab dicetuskan oleh seorang yang dianggap negarawan.

Keputusan pilihan raya 2008 hanya pencetus awal. Rakyat kini menilai dan akan menghakiminya dengan bijaksana. Jumlah pengundi Melayu yang menyokong Pakatan(sebenarnya Pakatan belum pun dibentuk semasa pilihan raya ke-12 itu berlangsung) mungkin tidak sebesar pengundi Cina dan India. Namun dinamisme politik Melayu usah diremehkan.

Selepas menyaksikan keupayaan Pakatan mentadbir empat negeri dengan telus dan adil, saya yakin majoriti pengundi Melayu bersedia untuk menolak Umno sepenuhnya.

Penyakit yang dideritai Umno, terutama korupsi, nepotisme dan salahguna kuasa, sukar dirawat lagi. Rakyat sudah boleh membuat perbandingan, tanpa dikaburi propaganda jelik media Umno.

Di kala itu, penguasaan kerusi Dun dan juga Parlimen di kalangan Pakatan mungkin dapat mewakili peratusan kaum di negara ini, satu situasi yang dilihat lebih menjamin kestabilan politik.

Dari segi statistik pun, Mahathir sudah keliru. Jumlah ahli Parlimen Melayu selepas pilihan raya 2008 lebih ramai berbanding tempoh 2004-2008. Ketuanan Melayu yang dilaungkan selama ini sekadar mitos tanpa makna. Malaysia terlalu kaya dan lebih daripada memadai untuk semua warganya berkongsi kehidupan dengan sejahtera dan damai, sekiranya elemen rasuah, pembaziran, dan sentimen perkauman dapat dielakkan.

Segera saya teringat tulisan Almarhum Tunku Abdul Rahman, dalam bukunya "Sebelum dan Selepas 13 Mei", apabila PM pertama itu mengulas penyebaran surat terbuka Mahathir kepadanya: "Saya telah ditanya, kalau Dr Mahathir menang dalam pilihan raya (1969), mungkinkah dia juga mengkritik saya, seperti yang terkandung dalam suratnya ....

"Tetapi saya yakin bahawa kiranya Dr Mahathir menumpukan masa yang lebih kepada kerja-kerja parti dan tidak menghabiskan masanya di dalam perniagan membuat rumah di Kedah bersama-sama dengan syarikat Federal Construction Company - sebuah syarikat yang dipunyai orang-orang Cina - dalam perniagaan yang lain, maka kemungkinannya untuk menang dalam pilihan raya itu lebih besar.

"Menurut maklumat yang diterima, beliaulah yang telah mengambil peranan penting untuk menolong mendapatkan kelulusan kerajaan supaya tidak kurang daripada 238 lot tanah Simpanan Melayu dikeluarkan dari simpanan itu bagi projek perumahan yang tersebut."

II.

Zunar memang seorang karyawan yang kreatif dan hebat. Idea kartunnya cukup luar biasa. Genius. Jarang orang perasan bahawa Zunar mungkin kartunis pertama menjadi ketua pengarang akhbar. Dan Suara Keadilan yang pernah diterajuinya dapat melonjakkan jualan ke tahap yang begitu membanggakan. Beliau juga pernah mengelolakan beberapa halaman dalam Harakah, khusus melaporkan perkembangan reformasi.

Semasa saya mengendalikan majalah Detik dan siri akhbar tidak berkala, Zunar banyak membantu. Beliau bersungguh, tekun dan cermat dalam kerjanya. Paling istimewa beliau agak kerap dapat menyeludup surat-surat Anwar Ibrahim dari penjara. Detik turut dibekalkan kenyataan eksklusif Anwar.

Lakarannya memang terasa pedih berbisa. Zunar tidak pandai berselindung. Kritikan sosialnya tajam dan keras. Langsung mengena pada sasaran. Justeru, bagi yang terkena tentu tidak selesa dan marah. Bagaimanapun, bagi saya, itulah yang diperlukan untuk menegur kepincangan penguasa zalim, yang begitu sukar memahami bahasa diplomasi. Dalam ketawa terasa menusuk di kalbu!

Selepas meninggalkan Suara Keadilan, Zunar membuka syarikat penerbitan sendiri, Sepakat Efektif Sdn Bhd. Majalah Gedung Politik dua kali sebulan diterbitkannya. Berslogankan "majalah jenaka alternatif", terbitan sulung memaparkan gelagat Perdana Menteri, Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara. Ia menyentuh pelbagai isu semasa, antaranya kes kematian Teoh Beng Hock, kenaikan kadar tol lebuh raya, dasar PPSMI dan akta drakonian ISA.

Jelas, Najib dan isteri, Rosmah Mansor melimpahkan ilham buatnya. Tanpa menunggu lama, Zunar diasak kontroversi baru. Keluaran sulung majalah satira politik itu dirampas sebelum diedarkan, atas alasan tiada permit. Pejabatnya di Brickfields dan kilang percetakan di Serdang, diserbu penguatkuasa KDN.

Zunar mencari ruang untuk terus berkarya. Jika majalah diharamkan, kompilasi dalam bentuk buku tidak disekat undang-undang. Namun, di Malaysia segalanya serba mungkin.

Buku-buku kartunnya pula menjadi buruan. KDN mengambil jalan mudah: Haramkan! Alasannya, "mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam".

Wow ... hebat sekali pengaruh Zunar. Anak muda ini ternyata tidak mudah mengalah. "Sebagai kartunis, tanggungjawab sosial adalah keutamaan saya. Melalui karya kartun, saya akan terus membongkar kezaliman, rasuah dan salah laku kerajaan BN. Saya akan terus berkartun sehingga ke titisan dakwat terakhir," katanya.

Ujar Zunar, meskipun buku dan majalahnya diharamkan, namun kerajaan tidak boleh mengharamkan mindanya.

Pada 26 Julai lalu, Zunar memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan KDN mengharamkan buku kartun politiknya. Ini juga satu rekod. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) mesti dicabar dan Zunar sudah memulakannya.

Permohonan bagi mendapatkan semakan kehakiman berhubung pengharaman KDN ke atas dua buku kartun Zunar itu akan didengar pada 8 Oktober ini.

Tindakan pengharaman buku 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun didakwa tidak sah dan bertentangan dengan hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh perlembagaan persekutuan. Pengharaman buku tersebut juga didakwa melanggar undang-undang sejagat dan tidak dilakukan dengan adil kerana Zunar ataupun penerbitnya, Malaysiakini tidak diberi alasan terhadap tindakan tersebut.

Tiga hari sebelum pelancaran buku barunya, "Cartoon-O-Phobia", Zunar menjemput saya bersama. Keuzuran menghalang. Petang Jumaat, 24 September, saya dikejutkan SMS, Zunar ditahan polis di bawah Akta Hasutan.

Malamnya, Nizar Jamaluddin melancarkan tanpa buku dan pengarangnya. Isteri Zunar membacakan mesej bermakna suaminya: "Tangkapan ini tidak akan mengubah pendirian saya untuk membongkar penyelewengan dan korupsi kerajaan. Malah tindakan ini mengesahkan tajuk buku bahawa kerajaan takut dengan kartun.

"Mereka boleh kurung badan saya, tapi mereka tak boleh kurung otak saya. Saya bersedia tukar dari 'comic strip' kepada 'prison strip'."

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko penyakit kanser paru-paru di kalangan perokok

Pengambilan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko penyakit kanser paru-paru di kalangan perokok, menurut satu kajian yang disiarkan semalam.

"Walaupun berhenti merokok merupakan satu tindakan paling berkesan untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru, pengambilan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko tersebut.

"Ia bergantung kepada jumlah pengambilan, terutamanya di kalangan perokok," kata H. Bas Bueno-de-Mesquita dari Institut Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Kebangsaan yang berpangkalan di Belanda.

Kajian yang disiarkan di jurnal Persatuan Amerika untuk Penyelidikan Kanser, 'Cancer Epidemiology, Biomarkers & Prevention' itu, dibuat berdasarkan satu penyelidikan melibatkan lebih 450,000 individu di Eropah termasuk 1,600 yang dikesan menghidap kanser paru-paru.

Menurut penyelidik, kepelbagaian buah-buahan dan sayur-sayuan dilihat lebih penting berbanding kuantiti pengambilannya.

Dalam kajian tersebut, penyelidik mengkaji 14 jenis buah dan 26 jenis sayur yang biasa dimakan termasuk yang segar, di dalam tin atau dikeringkan.

"Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi sebatian bio-aktif berbeza, jadi kita boleh mengandaikan bahawa adalah penting untuk kita mengambilnya bukan sahaja dalam kuantiti yang disyorkan, tetapi juga mengambil pelbagai jenis makanan yang kaya dengan sumber bio-aktif ini," kata Bueno-de-Mesquita.

Kajian tersebut menyatakan, risiko pembentukan sel kanser 'squamous carcinoma' juga sebahagian besarnya terbantut apabila seseorang individu memakan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran.

Ketika penyelidikan-penyelidikan terdahulu mengaitkan kuantiti pengambilan buah dan sayur terhadap perkembangan kanser, ahli lembaga penyunting 'Cancer Epidemiology, Biomarkers & Prevention', Stephen Hecht berkata, kajian terbaru itu merupakan yang pertama menilai kepelbagaian pengambilan buah dan sayur berbanding kuantiti yang pernah dibincangkan sebelum ini.

"Keputusannya sangat menarik dan menunjukkan satu kesan perlindungan kepada perokok. Terdapat berbilion perokok di luar sana yang kebanyakannya ketagih terhadap nikotin selain tidak boleh berhenti merokok walaupun mereka mencuba sedaya upaya," katanya. - AFP

Keaiban Yang Ditutup Allah

Kita sebagai manusia merupakan makhluk yang bersifat lemah dan hamba yang penuh dengan kebergantungan kepada Allah SWT. Sepanjang kita hidup saban hari, kita tidak mungkin terlepas daripada melakukan dosa. Dosa yang kita lakukan itu boleh jadi secara terang-terangan atau secara sembunyi-sembunyi. Dosa yang terang-terangan akan mengundang rasa malu kita terhadap orang lain, melainkan jika hati kita sudah menjadi sekeras batu. Oleh itu, kita lebih banyak melakukan dosa yang tersembunyi. Dosa yang tidak siapa tahu melainkan kita dan Allah.

Daripada An Nawas bin Sam'an RA, Nabi SAW bersabda: "Kebajikan itu keluhuran akhlak sedangkan dosa adalah apa-apa yang dirimu merasa ragu-ragu dan kamu tidak suka jika orang lain mengetahuinya." (HR Muslim)

Kalau dibukakan segala dosa yang kita lakukan, tentu tidak akan ada sesiapa yang akan menghormati kita. Kalau Allah membuka segala dosa yang kita lakukan sembunyi-sembunyi baik dalam pandangan, pendengaran, perbuatan, ataupun lintasan hati, nescaya tidak akan ada pun manusia yang mahu memuji kita. Pujian yang manusia berikan adalah atas zahir yang terlihat mata. Namun, kita tentu lebih mengenali diri sendiri dan lebih tahu bagaimana status kita.

Apakah kita berasa sangat suci sehingga tidak pernah melakukan dosa di belakang manusia atau diri kita ini penuh dengan dosa rahsia? Misalnya di saat kita seorang diri melayari internet dan tidak ada mata lain yang melihat, apakah kita sudah melepasi batas penglihatan yang diizinkan Allah? Bagaimana dengan prasangka buruk dalam hati kita yang telah dilemparkan kepada sekian banyak manusia lain tanpa pengetahuan mereka? Bagaimana pula dengan perbuatan-perbuatan kita tatkala berseorangan? Astaghfirullahalaziim, banyak sangat dosa kita!

Firman Allah:"...Dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi..." (Surah Al-An'am:151)

Allah Maha Penyayang dan Dia tahu betapa lemahnya kita. Lalu Dia menutup keaiban-keaiban kita sehingga kita mampu berjalan di tengah-tengah manusia tanpa rasa malu, sekalipun kita telah melakukan segunung dosa di belakang mereka. Namun, adalah sesuatu yang sangat takabur jika dengan Allah pun kita tidak berasa malu. Bukankah Allah mengetahui apa yang tidak diketahui oleh manusia lain tentang diri kita? Maka, setiap kali kita ingin melakukan dosa di belakang manusia, ingatlah bahawa ada Allah yang lebih patut kita rasa malu kepadaNya berbanding manusia.

Mengapa? Kerana di akhirat kelak bukan manusia yang akan menghitung amalan kita. Allah yang paling tahu tentang diri kita dan Dia jugalah yang akan menghitung amalan kita. Hanya dengan rahmatNya kita akan dimasukkan ke dalam syurga. Kalau kita merasakan lindungan Allah ke atas keaiban kita itu adalah satu zon selesa, maka kita silap. Boleh jadi keaiban yang Allah tutup sementara atas muka bumi ini akan dibukakan kepada seluruh umat manusia di akhirat kelak jika kita tak benar-benar bertaubat kepadaNya.

Kadang-kadang kita suka mencanangkan dosa orang lain, sekalipun dosa tersebut tidak diceritakannya kepada orang lain, hanya kepada kita. Ingatlah akan sebuah hadith:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:"...Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah Ta'ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya..."(HR Muslim)

Hadis ini menyeru kita untuk memelihara keaiban orang lain. Sebagai timbal balik, Allah akan menutup keaiban kita di dunia dan di akhirat. Subhanallah! Masihkah kita berhajat untuk mencanangkan dosa orang lain sehingga Allah juga akan membuka keaiban kita nanti? Malulah kepada Allah, takutlah kepada ancaman Allah. Jika kita hanya malu kepada manusia, kita tidak akan malu berbuat dosa di belakang mereka. Namun jika kita malu kepada Allah, kita akan sentiasa memelihara diri daripada dosa, dalam terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.

Waspadalah akan firman Allah: "Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui." (Surah An-Nuur: 19)

Apabila Allah telah menutup keaiban kita, janganlah pula kita yang membukanya. Setelah selesai dosa sembunyi-sembunyi kita, janganlah diceritakan kepada orang lain. Renungilah sebuah hadis di bawah:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah."
(Muttafaqun ‘alaih HR Bukhari dan Muslim).

Sungguh, Allah sentiasa menginginkan kebaikan bagi kita. Allah sentiasa membuka peluang dan ruang bagi kita untuk kembali bertaubat atas dosa yang kita lakukan di sebalik tabir. Namun, kita yang sebenarnya tidak mengambil peluang dan tidak menghargai tutupan-tutupan aib tersebut oleh Allah SWT. Setelah apa yang Allah lindungi daripada sekian banyak keaiban kita, apakah tidak wajar untuk kita bersyukur dan bertaubat? Renung-renungkan dan muhasabahlah diri kita, insyaAllah.

Interaksi Terbaik Dengan Al-Quran

Satu peristiwa yang amat penting kepada umat Islam ialah penurunan al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Pada setiap Ramadan, Rasulullah s.a.w. bertadarus, belajar dan memahami al-Quran daripada Jibrail. Ia bukan sekadar membaca tetapi yang lebih penting ialah memahami dan memerhati serta melaksanakan tuntutan al-Quran. Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Tidak ada satu kaum yang berhimpun pada satu rumah Allah daripada rumah-rumah Allah yang membaca al-Quran dan belajar memahaminya dikalangan mereka melainkan Allah menurunkan rahmat dan ketenangan, dilindungi oleh para malaikat dan diingati oleh Allah disisi-Nya".

Firman Allah, maksudnya: "Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran untuk memberi panduan kepada manusia dan keterangan yang nyata.(Al-Baqarah: Ayat 185)

Al-Quran merupakan cahaya yang menerangi akal, jiwa dan hati manusia serta panduan kepada sistem kehidupan manusia. Ia menjawab persoalan yang sentiasa terpahat dalam pemikiran manusia mengenai dirinya sendiri sejak sekian lama iaitu dari mana ia datang, apakah tujuan hidup dan ke mana ia akan pergi. Kenapa kehidupan ini adanya hidup dan mati. Al-Quran menjawab kesemua persoalan tersebut.

Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya daripada Allah dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah memimpin orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan."( Al-Ma'idah: Ayat 15-16)

Kedatangan manusia di atas muka bumi ini membawa amanah dan kehidupannya bukan untuk sehari atau setahun sepertimana pendapat segolongan yang mengatakan bahawa yang memisahkan hidup dan mati adalah masa sahaja. Al-Quran menegaskan bahawa manusia ini dijadikan untuk mendiami akhirat untuk selama-lamanya dan kematian itu bukan sebagai penghabisan hidup malahan manusia akan berpindah dari satu negeri yang bersifat sementara ke dunia yang kekal abadi.

Firman Allah, maksudnya: "Kami jadikan kematian dan kehidupan untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya." Melalui al-Quran manusia mengetahui tujuan dan matlamat hidupnya serta tugasnya sebagai hamba Allah yang memakmurkan bumi ini."
(Al-Mulk: Ayat 2)

Keistimewaan al-Quran sebagai 1dastur Ilahi ialah ia merupakan kitab yang lengkap, sempurna dan tidak mengandungi sebarang kecacatan. Al-Quran menerangkan serta meletakkan asas-asas umum yang diperlukan oleh manusia.

Firman Allah, maksudnya: "Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri kepada Allah."(An-Nahl: Ayat 89)

Keduanya ialah al-Quran merupakan kitab yang mudah dan senang diingat. Allah memudahkan kepada umat Islam menghafal al-Quran serta memeliharanya daripada penyelewengan. Tidak ada satu kitab yang dihafal oleh jutaan orang melainkan al-Quran. Kitab injil juga tidak dihafal oleh tokoh-tokoh agama mereka. Sedangkan al-Quran dihafal oleh kanak-kanak Muslim walaupun bahasa Arab bukan bahasa ibunda mereka.

Firman Allah, maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami memudahkan al-Quran untuk diingati, maka adakah orang mahu mengambil pelajaran."(Al-Qamar: Ayat 17)

Keistimewaan ketiga ialah al-Quran merupakan kitab yang adil sepertimana keadilan Allah kepada hamba-hambanya tanpa mengira pangkat, keturunan, warna kulit, lelaki ataupun wanita.

Keistimewaan keempat ialah al-Quran ini kekal dan sesuai untuk semua zaman dan tempat. Al-Quran bukan merupakan panduan untuk satu bangsa atau untuk satu zaman tetapi ia merupakan pembawa rahmat seluruh alam. Al-Qaradawi menyebutkan bahawa al-Quran merupakan sebab kejayaan dan keberkatan orang-orang Islam awal pada zaman Rasulullah. Kehadiran al-Quran telah mengubah jiwa, perwatakan dan diri bangsa Arab sehingga mereka dapat membina tamadun ilmu dan iman.

Dalam konteks kini, bagaimana sikap dan interaksi umat Islam dengan al-Quran sedangkan kita mengetahui bahawa apabila kita berpegang dan memahami al-Quran, kita merupakan umat yang terbaik dan termaju. Sebenarnya, umat lain menyedari keadaan kaum Muslimin terhadap al-Quran. Oleh itu, kita dapati beberapa siaran radio antarabangsa memperuntukkan waktu untuk menyiarkan program harian untuk bacaan al-Quran. Mereka berbuat demikian kerana mereka yakin umat Islam hari ini hanya mampu mendengar tetapi tidak memahaminya. Mereka yakin umat Islam tidak akan berubah sikap walaupun mendengar ayat-ayat al-Quran pada setiap hari dan seribu kali sekalipun. Ini disebabkan umat Islam tidak menghiraukan lagi al-Quran yang telah memberi penghormatan yang tertinggi kepada manusia. Rasulullah pernah mengadu kepada Allah mengenai sikap umatnya yang menjadikan al-Quran suatu yang tidak diacuhkan.

Firman Allah, maksudnya: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan al-Quran ini suatu yang tidak diacuhkan."(Al-Furqan: Ayat 30)

Buta terhadap al-Quran akan menyebabkan umat Islam menghadapi penyakit umat terdahulu iaitu mereka tidak membaca kitab-kitab Taurat dan Injil kecuali untuk angan-angan belaka.

Firman Allah, maksudnya: "Dan di antara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui al-Kitab (taurat), kecuali angan-angan belaka."(Al-Baqarah: Ayat 78)

Buta al-Quran bukan sekadar tidak tahu membaca sepertimana dalam pengertian umum tetapi maksud buta al-Quran yang kita alami kini ialah kehilangan ilmu pengetahuan yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Kita tidak memanfaatkan segala dimensi-dimensi ilmu yang ada pada al-Quran seperti ilmu kemasyarakatan, ilmu jiwa dan ilmu akhlak. Oleh itu, kaum Muslimin perlu menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan ilmu pengetahuan yang tepat tentang pandangannya terhadap insan, kehidupan dan kewujudan manusia serta pandangannya tentang fitrah kemanusiaan dan sosial.

Pengabaian perkara ini yang mengakibatkan gersangnya pemikiran dan perspektif al-Quran dalam realiti kehidupan kita. Lantas al-Quran yang menjadi sumber kekuatan umat bertukar menjadi beku dan diawet dalam lipatan sejarah. Hal ini disebabkan world view yang terbina dalam pemikiran kita semenjak kecil bahawa al-Quran tidak perlu ditampilkan kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu seperti menghadapi saat-saat kematian, menziarahi kubur atau dibaca untuk menghiburkan orang-orang yang sakit tenat, selaku bacaan yang menjadi permainan mulut. Akibatnya umat Islam tidak mampu lagi berurusan dengan al-Quran secara terbaik.

Sebenarnya objektif al-Quran adalah untuk membentuk manusia. Oleh yang demikian, tuntutan al-Quran ialah menyuruh manusia berfikir, memahami, membuat penelitian dan percubaan serta mengetahui motif-motif dan sebab musabab sesuatu. Skopnya perlu diperluaskan hingga untuk mengetahui masa hadapan.

Firman Allah, maksudnya: "Dan sesungguhnya kamu mengetahui kebenaran berita al-Quran setelah beberapa waktu."(Sad: Ayat 38)

Tuntutan al-Quran yang paling penting kini ialah melihat kesyumulan dan kesepaduan perspektif al-Quran terhadap hubungan dengan Allah, sesama manusia dan alam. Sementara itu, tafsir bertema merupakan aliran tafsiran baru yang dapat menonjolkan matlamat Islam. Muhammad al-Ghazali berpendapat tafsir bertema ialah menggarap sesuatu surah dengan seutuhnya, melakar gambaran menyeluruh dan menghubungkaitkan kesepaduan serta kaitan bahawa awalnya ialah pengantar dan penghujungnya ialah kebenaran kepada pengantar. Ia mengumpul dan menyusun kesemua ayat-ayat yang berkaitan dengan sesuatu tema untuk melihat bagaimana al-Quran menangani konsep secara padu dan utuh. Tafsir bertema dapat mengemukakan alternatif dan menonjolkan matlamat dan maqasid al-Quran. Ia juga mampu mengemukakan manhaj dakwah dan islah menurut perspektif al-Quran yang sebenar. Di samping itu, metode tafsir yang paling ideal untuk membimbing manusia mengenal pelbagai petunjuk yang terkandung dalam al-Quran.

Sepatutnya umat Islam bukan sahaja mengelokkan bacaan semata-mata tetapi juga hendaklah tadabbur seperti yang dilakukan oleh para sahabat. Mereka membaca, meneliti, memahami dan melaksanakan suruhan al-Quran dan kemudian baru berpindah ke ayat lain. Apabila para sahabat mendengar al-Quran terkesan penghayatannya dalam jiwa mereka. Pernah Saidina Umar bin Abdul Aziz mengulangi ayat 22-24 surah al-Saffat sepanjang malam sehingga waktu subuh sambil menangis kerana terkenang jikalau dia termasuk antara orang yang dihumban ke dalam api neraka akibat melakukan kezaliman di atas dunia ini.

Syeikh Muhammad al-Ghazali mengulas mengenai sikap umat Islam terhadap al-Quran dengan katanya "Sikap dan pendirian kaum Muslimin terhadap al-Quran yang telah memberi penghormatan kepada mereka sungguh menyedihkan. Semenjak beberapa kurun, dakwah al-Quran telah dibekukan, risalah Islam laksana sungai yang telah kering airnya atau piala yang disumbat mulutnya." Oleh yang demikian, proses interaksi dengan al-Quran yang terbaik ialah memahami dan menyelami makna serta maksud. Perkara ini amat penting supaya menghasilkan 7izzah yang selama ini telah hilang di tangan umat Islam.

Rashid Rida pernah menyebutkan bahawa kebangkitan umat bertitik tolak daripada prinsip al-Quran yang akan mengerah dan mengarah seluruh kekuatan akal dan jasad untuk kesempurnaan jiwanya dan kesejahteraan bangsanya. Revolusi itu akan membebaskan akal insani dan kemanusiaan daripada perhambaan yang dicipta oleh orang-orang yang menganggap dirinya memiliki sifat 8rububiyyah. Revolusi kemanusiaan semacam itu hanya mungkin terjadi melalui prinsip al-Quran. Al-Quran merupakan lambang dan suntikan kepada revolusi dalaman untuk membina umat yang mulia.

Al-Quran diturunkan untuk diamalkan, bukan diturunkan untuk menghias dinding-dinding rumah, bukan diturunkan untuk dibaca kepada orang-orang mati tetapi diturunkan untuk menjadi panduan bagi orang yang hidup. Al-Quran diturunkan untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya Ilahi. Manusia berkata, "Kami hendak mengambil berkat dari al-Quran." Apakah itu berkat? Sedangkan kita tidak pernah mengikuti perintah al-Quran. Berkat itu terletak pada orang-orang yang mengikuti kitab hidayah ini.

Firman Allah, maksudnya: "Ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan barakah supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran."
(Sad: Ayat 29)

Malangnya, kita tidak beramal dengan al-Quran sepenuhnya. Umat surah al-Syura tetapi tidak beramal dengannya, umat surah al-Hadid (besi) tetapi tidak menguasai teknologi bidang tersebut, umat surah al-Alaq yang dimulakan dengan Iqra' tetapi tidak membaca malahan masih ramai lagi yang jahil tentang agama Islam. Di manakah kedudukan umat Islam sekarang dengan al-Quran? Oleh itu, perlulah kita bermuhasabah interaksi kita dengan al-Quran dengan menghayati falsafah penurunannya, konsep dan metode penafsiran terkini sebagai panduan dalam kehidupan manusia.

Glosari
Dastur: Layar kecil sbg tambahan kpd layar besar.
Syumul: Bersifat menyeluruh dan sempurna.
Maqasid: Kemaslahatan manusia di dunia dan di akhirat.
Manhaj: Kaedah, cara.
Islah: i) Usaha utk mengembalikan sesuatu keadaan kepada suatu keadaan yang betul, tepat dan sesuai; ii) Penyelesaian perbalahan dengan jalan baik atau dengan jalan damai.
Tadabbur: Memerhati, memikir dan menghayati.
Izzah: Kemuliaan atau kehormatan (diri).
Rububiyyah: Pegangan yang pasti dan kukuh bahawa Allah sahaja pencipta, pemberi rezeki, menghidupkan, mematikan, mentadbir sekalian urusan makhluktanpa ada sekutu bagi Allah dalam urusan-urusan tersebut.

Musibah Ujian Penghapus Dosa

Kehidupan manusia memang tidak dapat lari daripada menerima ujian. Setiap ujian yang Allah timpakan kepada manusia mempunyai pelbagai hikmahnya. Allah menguji hamba-Nya dengan penyakit, bencana, kekurangan harta, kematian, kekayaan dan sebagainya untuk melihat sejauh mana tahap keimanan seseorang.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila Allah menyayangi seseorang hamba-Nya, Allah menguji dengan kesusahan sama ada pada diri, keluarga, anak mahupun pada harta supaya dibersihkan daripada dosanya. Sekiranya dosa masih ada Allah akan membuatkan matinya menjadi susah supaya apabila bertemu Allah dalam keadaan tidak berdosa.

Begitulah juga sebagai hamba apabila berhadapan dengan ujian dan musibah ia pasti mempunyai pengajaran untuk kebaikan manusia itu sendiri. Musibah yang didatangkan itu bertujuan keampunan daripada dosa. Allah begitu sayang kepada hamba-Nya melebihi dari kasih sayang yang diberikan oleh seorang ibu kepada anak.

Walaupun hamba-Nya banyak melakukan kemungkaran dan dosa tetapi Allah tetap memberi peluang untuk bertaubat. Maka nilai kesabaran dan reda ketika menerima ujian akan dinilai Allah sebagai penghapusan dosa.

Pada masa sama ada keterangan dan ayat yang menyatakan dosa menjadi penyebab datangnya bala. Kalau dilihat sejarah lampau, mengapakah Allah menimpakan azab kepada kaum Nabi Nuh? Pada ketika itu mereka ditimpa ujian banjir besar selama lebih enam bulan.

Begitu juga dengan kaum Nabi Luth di mana Allah terbalikkan lapisan bawah bumi naik ke atas, manakala yang atas dibenamkan ke perut bumi. Malah kesannya sehingga kini masih dapat dilihat di Laut Mati, Jordan.

Lihat pula kaum Aad dan Thamud mati terkapar terputus jantung mereka kerana terkejut bunyi gempita suara tempikan malaikat. Pernahkah kita membaca sejarah Qarun yang tenggelam bersama kekayaannya hinggakan membentuk satu tasik yang amat besar dengan airnya laksana lautan? Pantai yang bertentangan tidak kelihatan kerana luasnya.

Begitu juga Firaun yang gah ingin merebut segala gelaran hinggakan mahu menjadi Tuhan. Akhirnya, dia bukan saja tenggelam keseorangan di dalam laut malah segala kekuasaan, tentera dan gelarannya juga turut sekali lemas.

Di sana ada seribu satu cerita kehancuran yang boleh dipelajari. Semua peristiwa ini berpunca kerana dosa. Sayangnya Allah kepada hambanya ialah segala ditimpa kepada hambanya yang lemah ini, tetap ada kebaikan walaupun sekali imbas nampaknya amat memilukan. Mereka yang mendapat petunjuk menyedari hikmah di sebalik ujian. Ujian ada dua jenis.

Pertama namanya bala dan yang kedua ibtila. Ibtila adalah kepayahan dan bencana yang menimpa dalam bentuk 'ujian' manakala bala ialah bencana dan kesusahan ditimpa dalam bentuk 'hukuman'.

Ibtila yang melanda selepas menderita kepayahan dan keperitan adalah hukuman kepada mereka yang ingkar. Maka kita perlu sentiasa mengingati setiap tragedi seperti kejadian gempa bumi itu sebagai muhasabah diri. Sama-sama kita bertaubat atas dosa silam yang pernah dilakukan.

Keinsafan yang dikongsi di sini ialah kita tidak mempunyai kuasa, kita adalah insan lemah dan masih banyak lagi perkara yang 'ghaib' yang gagal dikesan oleh radar dan kecanggihan. Bukan saja tidak sempat bersedia untuk mengelak musibah malah ramalan kita juga tidak tentu tepat dan berkesan.

Petanda awal muncul tidak sempat dibaca. Allah yang Maha Kuasa. Sebagai hamba amat malang jika kita hendak beradu kuasa dengan Allah. Allah amat penyayang.
Namun, Allah sangat marah kepada yang ingkar dan tidak ikut petunjuk selepas diberi peringatan. Allah ada peraturan yang mesti diikuti. Kalau orang langgar peraturan jalan raya ada akibatnya, langgar peraturan kerja ada kesannya apatah lagi melanggar peraturan Allah.

Hanya kepada Allah tempat kita kembali merayu kerana Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hamba-Nya. Disamping berdoa kita juga perlu berusaha keras menyelesaikan masalah yang dihadapi. M/H

Takut yang positif

Allah swt. memberikan manusia sifat positif dan negatif. Contohnya berani dan takut. Tapi tidak semua keberanian itu positif dan tidak semua ketakutan itu negatif. Semuanya tergantung pada diri masing-masing. Mampukah kita mengubah ketakutan menjadi keberanian yang positif atau hanya diam dalam ketakutan dan menjadi seorang pengecut.

Takut dan berani merupakan dua “permusuhan’’ dalam diri manusia yang kontra. Keduanya melibatkan potensi positif dan potensi negatif diri seseorang. Ada ketakutan kerana tidak mampu membawa diri, pemalu, pengecut dan risau . Semuanya akan kalah jika dalam diri masih memiliki potensi positif untuk melawan ketakutan dengan keberanian. Keberanian adalah ketakutan yang terukur, sedangkan ketakutan adalah keberanian yang tidak terukur.

Adalah tidak mustahil jika kita semua pernah mengalami rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif. Ada kalanya rasa takut itu mendatangkan nilai positif. Namun selalu juga rasa takut itu bersifat negatif. Ada orang yang ingin belajar menunggang basikal contohnya, tapi dia selalu merasa takut, takut terjatuh, takut terluka, dan lain sebagainya.

Banyak orang yang ingin bernikah, tetapi takut untuk menikah, diantaranya: takut tidak padan, takut tidak serasi, takut ditinggal oleh pasangannnya, takut tidak punya anak dan dan sebagainya. Ketakutan dalam hal ini, dapat dibahagikan kepada dua kategori, iaitu:

i. Ketakutan yang terukur sehingga dapat berijabkabul dengan sifat saling menerima dan memahami pasangannya,
ii. Ketakutan yang tidak terukur yang selalunya mengakibatkan ramai orang tidak menikah sampai tua.

Satu lagi takut yang negatif ialah rasa takut kepada hantu syaitan yang silap gaya boleh membawa kepada syirik. Nauzubillah.

Firman Allah dalam surat al-Maidah ayat 35, yang ertinya: ”Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan (sukses)”.

Allah lah satu-satunya yang berhak memberikan kejayaan. Dengan potensi positif dan negatif yang dianugerahi Allah, manusia mahu tidak mahu menjadi pemain dalam panggung kehidupan dengan segala permasalahannya.

Hikmah yang kita ambil dari ayat di atas adalah suatu yang wajib seorang mukmin itu memiliki rasa takut kepada Allah swt.Maha Pencipta. Allah SWT wajib ditakuti bukan kerana menakutkan, melainkan kerana kewajipan kita berkhidmat sebagai hamba kepada Penciptanya.

Maha Pencipta akan mengawasi dan menilai gerak-geri hamba-Nya. Namun, disisi lain kita sebagai hamba-Nya mengharapkan penilaian terbaik sehingga menghasilkan balasan terbaik juga, iaitu kejayaan di dunia dan akhirat. Oleh kerana itu, kita pun takut melakukan hal-hal yang berbau maksiat karena akan menjauhkan kita dari kasih sayang dan pertolongan Allah swt.

Telah diuraikan di atas, bahawa tidak semua keberanian merupakan tindakan positif dan tidak semua ketakutan itu membuahkan suatu yang negatif. Berani membela kebenaran dan takut kepada kemunkaran adalah sikap yang positif. Akan tetapi berani melakukan maksiat dan takut membela kebenaran adalah negatif.

Orang yang enggan beribadah kerana takut diperolok sebagai orang alim adalah tindakan yang sangat negatif. Ia tidak takut kepada Allah swt., akan tetapi ia lebih takut pada cemuhan makhluk-Nya. Orang seperti ini akan Allah jadikan dia selalu diliputi rasa takut dalam segala hal, seperti:
i. takut menghadapi cubaan-cubaan Allah,
ii. takut mengambil keputusan dan
iii. perasaan takut lainnya yang selalu menghantui dirinya.

Diriwayatkan dalam sebuah hadis: “Apabila seorang hamba takut kepada Allah, niscaya Allah menjadikan segala sesuatu takut kepadanya. Namun, apabila seorang hamba tidak takut kepada Allah, niscaya Allah menjadikannya takut kepada segala sesuatu”. (HR Baihaqi)

Jadi, kesimpulannya, kita dianjurkan mengembangkan keberanian yang positif yang berhujung ketakutan (ketaatan) kepada Allah swt. Ibnu Qudamah al-Maqdisi menerangkan bahwa takut kepada Allah mendorong kita untuk mencari dan mengamalkan ilmu pengetahuan yang menjadikan kita lebih banyak beramal. Ilmu dan amal merupakan salah satu jalan mendekatkan diri kepada Allah swt.