Selamat Datang Bulan Rejab.
Rejab Bulan Allah ....Bulan Kemuliaan.
"Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat satu sungai yang bernama Rejab, airnya terlebih putih daripada susu dan terlebih manis daripada madu ; barang sesiapa yang berpuasa sehari daripada bulan Rejab, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai itu." Hadis Rasulullah SAW
Sabda Nabi s.a.w.:
Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.
Terdapat beberapa kelebihan puasa di bulan Rejab seperti disebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani yg bermaksud
i. sesiapa yang berpuasa sehari pada bulan Rejab,maka ia seperti berpuasa setahun
ii. berpuasa lebih daripadanya (tujuh hari), ditutup pintu2 Jahannam (neraka)
iii. berpuasa 8 hari,dibukakan 8 pintu syurga
iv. berpuasa 10 hari,tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya
v. berpuasa 15 hari,menyeru orang yang menyeru dari langit
"sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal,dan barangsiapa menambah (hari puasa) Allah menambah (kelebihannya)."
Sabtu, Jun 04, 2011
BESAR GEMUK TETAPI PENDEK ATAU RENDAH / BODOH
Tahniah kepada guru-guru yang rajin mengajar. Terima kasih cikgu. Apa maksud frasa di atas
PAK PANDIR KENCING
PAK PANDIR KENCING
Satu hari Pak Pandir terbangun malam. Dia rasa nak terkencing. Dia pun masuk bilik air. Pak Pandir sungguh terkejut bila bukak je pintu, lampu tu terbuka sendiri. Lepas kencing dia pun terus keluar dan tutup pintu, Sekali lagi dia terkejut bila lampu tu tertutup sendiri.
Cepat-cepat dia kejutkan Mak Andeh yang tengah lena tidur. Dia pun menceritakan hal yang terjadi padanya semasa kencing tadi."Abang heran lampu tu terbukak dan padam sendiri bila abang bukak dan tutup pintu".
Mak Andeh yang dalam keadaan sedar tak sedar tu pun berkata."Abang buat perangai lama dah... KENAPA abang kencing dalam peti ais lagi HAH...... Pak Pandir ??????????????

KERETA BARUKU
Beli kereta baru kena guna minyak 97.... minyak 95 dah tak boleh. Raya sakanlah aku ......
Khamis, Jun 02, 2011
IKHLAS
“Perintah Allah itu mesti diikuti walaupun suka atau terpaksa. Tidak kira samada ikhlas atau tidak… WAJIB diikuti. Ini yang ingin disampaikan di dalam artikel ini. Tapi orang kita asyik guna alasan… “kalau buat baik tapi tak ikhlas.. baik tak payah.” Mana ajaran yang dibelajar tak tau lah.”
Apa yang kita faham dengan sebuah keikhlasan?
Seringkali pemahaman kita tentang ikhlas adalah melakukan sesuatu itu dalam keadaan hati yang rela dan benar-benar ingin melakukan. Kita juga memahami ikhlas itu melakukan kerja kerana Allah SWT namun pemahaman yang pertama tadi yang selalunya menjadi rujukan kita ketika melakukan sesuatu kebaikan.
Selama ini kita memahami, untuk melakukan kebaikan perlu dilakukan dengan senang hati, dan rela. Jika tidak.. tidak guna melakukan sesuatu kerja itu walaupun kerja yang baik. Inilah pemahaman kita dengan sebuah keikhlasan. Persoalannya berapa banyak kali hati kita benar-benar rela di dalam melakukan kebaikan walaupun kita cuba melakukan kerana Allah SWT?
Berapa banyak kali hati kita benar-benar mendirikan solat dengan benar-benar rela atau senang hati melakukan? Selalunya kerana solat itu sebuah kewajipan. Berapa banyak kali hati kita benar-benar senang hati bersedekah walaupun dalam keadaan kita juga memerlukan?
Berapa banyak kali hati kita senang hati membantu orang lain dalam keadaan kita sibuk?
Selain dari itu, ikhlas juga difahami bahawa kerja yang dilakukan mestilah percuma. Seandainya kita menuntut bayaran atau ganjaran ke atas sesuatu kebaikan, maka kita dikatakan tidak ikhlas. Seandainya begitu, maka semua orang tidak ikhlas kerana kerja kita dibayar upah gaji setiap bulan. Ikhlas tidak bermakna percuma dan percuma belum tentu ikhlas.
Betulkan Kefahaman Kita Tentang Ikhlas.
Benar makna ikhlas adalah melakukan sesuatu itu kerana Allah SWT. Namun tidak ada dinyatakan bahawa ketika kita melakukan kerja, kita harus menunggu hati kita benar-benar senang hati melakukan. Selalunya disebut… “kalau tak ikhlas, tak guna lakukan” seolah-olah rasa senang hati atau rela melakukan itu perlu ada dahulu barulah kita melakukan.
Saya jelaskan dengan mudah agar kita memahami ikhlas yang sebenar.
Dari segi realiti kehidupan, ikhlas ini adalah berapa kuatnya diri kita mampu melepaskan diri dari keterikatan yang menghalang untuk kita melakukan kebaikan.
Biarlah hati kita tidak senang… jasad kita terasa berat untuk melakukan, otak memikirkan pelbagai alasan.. namun kita tetap terus melakukan. Kita mampu melakukan dalam apa jua keadaan hati kerana kita faham apa yang kita lakukan kerana Allah SWT.
Inilah keikhlasan di mana melakukan sesuatu kerana Allah SWT walau dalam keadaan apa jua pun. BUKAN MENUNGGU HATI SENANG ATAU SELESA MELAKUKAN KEBAIKAN, BARULAH KITA MELAKUKAN dengan menyatakan…. “aku ikhlas”.
“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (At Taubah:41)
Firman Allah jelas menyatakan bahawa berangkat untuk berjihad dalam keadaan ringan atau pun berat. Bukan sahaja dalam keadaan ringan semata-mata, malah dalam keadaan berat pun perlu juga berjihad kerana yang utama kita berjihad kerana Allah SWT.
Orang kata… kalau kita melakukan kerana Allah SWT pasti kita ikhlas. Ya benar.
Namun hakikat ramai antara kita sekarang ini sekadar tahu. Kerana tidak menyedari akan Allah SWT maka walaupun tahu melakuan kerja kerana Allah namun di hati itu masih terasa beratnya.
Kita bercerita dalam realiti kebanyakan kita hari ini.
Ubah Kefahaman Kita Selama Ini Tentang Ikhlas. Ikhlas di dalam melakukan kebaikan adalah melakukan kerana Allah. Namun realiti kita walaupun melakukan kebaikan kerana Allah namun hati masih berat.
Melakukan kebaikan dengan ikhlas bukanlah melakukan kebaikan dengan senang hati semata-mata. Tingginya keikhlasan kita diukur sejauh mana kita berjaya melepaskan diri dari halangan dari melakukan kebaikan.
Seandainya kita banyak duit dan kita senang bersedekah, ikhlas kita tidaklah setinggi berbanding mereka yang kekurangan duit tapi tetap bersedekah. Mereka yang kekurangan duit lebih hebat halangannya dan golongan itu yang berjaya melepaskan diri dari keterikatan harta benda pasti lebih ikhlas.
Namun bagi yang banyak duit, tingginya ikhlas adalah bergantung sejauh mana nilai yang sanggup yang disedekahkan. Seandainya tinggi ikhlasnya, lagi banyak duit, lagi banyak yang disedekahkan. Kerana ujian kita adalah berapa kuatnya kita melepaskan diri dari keterikatan harta benda.
Namun kita seringkali dihalang dengan kata-kata… “banyak duit tapi tak ikhlas lebih baik dari sikit duit tapi ikhlas”. Seandainya ikhlas.. tidak mungkin nilainya sedikit berbanding dengan duit yang kita ada.
Ketika kita ingin membantu sahabat kita, bukanlah menunggu benar-benar kita senang hati ingin membantu. Namun bantulah ketika sahabat kita memerlukan bantuan.
Solat.. lakukan walaupun rasa berat. Kerana itu khusyuk di dalam solat adalah dinyatakan oleh Allah adalah sebuah keadaan bahawa kita yakin sedang bertemu Allah dan kembali kepadaNya. Kita perlu sabar walaupun rasa berat namun seandainya kita yakin sedang bertemu Allah, kita pasti akan berasa ringan.
Tidak ada di katakan dirilah solat ketika hati senang. Solat wajib didirikan dalam keadaan hati samada senang atau tidak senang. Yang utama kerana Allah.
Maka kebaikan itu tidak perlu menunggu hati senang melakukan atau tidak atau dengan kefahaman kita selama ini, menunggu ikhlas dahulu baru lakukan. Salah faham makna ikhlas… kita mengatakan “kalau tak ikhlas.. tak guna buat baik”.
Lakukan sahaja kebaikan tanpa mempedulikan samada rasa senang hati atau berat kerana rasa senang hati, kebahagiaan, lapang hati dan seumpanya PASTI akan diberikan Allah selepas kita berjaya melepaskan diri dari halangan untuk melakukan kebaikan.
Fahamilah bahawa melakukan sesuatu kerja dengan ikhlas BUKANLAH menunggu hati dalam keadaan senang melakukan barulah kita rasa kita ikhlas. Jika ini kefahaman kita, ternyata kita salah memahami erti keikhlasan.
Maka lakukan kebaikan, inshaAllah pasti akan diikhlaskan Allah hati kita ini. Seandainya ingin menunggu kita ini ikhlas dahulu… entah berapa banyaklah agaknya kebaikan yang berjaya kita lakukan.
Melakukan kebaikan dalam keadaan tidak ikhlas adalah lebih baik berbanding langsung tidak melakukan kebaikan dengan alasan…”kalau tak ikhlas.. baik tak payah buat kebaikan”. NAMUN teramat RUGI seandainya melakukan kebaikan tetapi tidak ikhlas… tidak kerana Allah SWT.

Rabu, Jun 01, 2011
MARAH
"(Termasuk kalangan orang yang bertaqwa ialah ) orang yang menafkahkan harta mereka semasa senang dan susah, orang yang sabar menahan marah dan orang yang memaafkan kesalahan manusia. Dan Allah menyukai orang yang berbuat baik. [ Ali Imran : 134 ]
Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang itu lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.
Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuang rasa 'ketuanan' kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita.
Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan
pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada
perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana
marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan
yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan
meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah.
Kenapa kita perlu marah.
Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lembut dan berkasih sayang.
PENAWAR KEPADA YANG RESAH
Dari Ibnu Abbas ra berkata: Semasa ALLAH SWT menjadikan Arsy dan menyuruh malaikat memikulnya dan lalu malaikat cuba memikulnya terasa sangat lah berat.Kemudian ALLAH SWT menyuruh malaikat membaca SUBHANALLAH.
Setelah malaikat membacanya maka terasa ringan memikul Arsy dan malaikat membaca selama lamanya. Ketika ALLAH SWT menjadikan Adam as mula mula yang dikeluarkan dari mulut Adam ialah bersin lalu ALLAH SWT mengilhamkan kepada Adam membaca ALHAMDULILLAH
Setelah dibaca ALLAH SWT menjawab ”Yarhamuka Rabbuka””(kerana rahmat itulah aku jadikan engkau) dan malaikat menjawab Yarhamuk ALLAH. Sebaik mendengar kalimah itu berkata lah malaikat ini adalah kalimah mulia dan baik dan mengabungkan kalimah tersebut dengan membaca SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH.
Setelah membaca kalimah tersebut maka terasa lagi ringan memikul Arsy dan malaikat membaca selama-lamanya. Tatkala pengikut nabi Nuh as ramai yang menyembah berhala maka ALLAH SWT mewahyukan kepada nabi Nuh supaya membaca LAA ILAAHA ILLALLAH bagi mendapat keredhaan ALLAH. Setelah mendengar kalimah tersebut lalu malaikat berkata ini adalah kalimah ketiga yang besar dan baik lalu menggabungkan kalimah tersebut sehingga menjadi SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILAAHA ILLALLAH dan membacanya menjadikan Arsy semakin ringan serta malaikat membaca selama lamanya.
Semasa peristiwa nabi Ibrahim menjalankan korban anaknya nabi Ismail as dan digantikan dengan seekor kibas oleh ALLAH SWT dan nabi Ibrahim as menyebut ”ALLAHU AKBAR” kerana terlalu gembira nikmat yg di kurniakan ALLAH kepadanya. Berkata para malaikat inilah kalimah keempat yg sangat baik dan besar lalu menggabungkan kalimah tersebut sehingga menjadi ”SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILAA HA ILLALLAH WALLAHUAKBAR” menjadikan Arsy semakin ringan setelah membacanya dan terus membaca selamanya. Ketika malaikat Jibrail menceritakan kesah ini kepada RASULULLAH SAW dan baginda menjawab “LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHHIL ALIYIL AZIEM”. Setelah malaikat mendengar kalimah tersebut maka digabungkan sehingga menjadi ”SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILAA HA ILLALLAH WALLAHUAKBAR WALA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHHIL ALIYIL AZIEM”. Bertambahlah ringan arsy setelah membacanya seolah olah memikul kapas yg kecil dan ringan.
Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya ke dalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.
Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.
Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.
Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.
Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.

Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu

MAIN KUTU
MAIN kutu yang popular di kalangan masyarakat rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.
===========================================
KUALA LUMPUR - Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.
Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.
Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.
"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.
"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Isnin, Mei 30, 2011
SEMUA HARGA NAIK
PENGUSAHA DIMINTA TAK NAIKKAN HARGA BARANG -berita hairan
KUALA LUMPUR: Walaupun peningkatan tarif elektrik tidak dapat dielakkan, ahli ekonomi berpendapat pengusaha industri sewajarnya berhati-hati dengan tidak menaikkan harga produk dan perkhidmatan masing-masing secara mendadak bagi mengelak paras inflasi negara meningkat secara ketara.
Ini kerana peningkatan mendadak harga barangan dan perkhidmatan akan menjejaskan rakyat, seterusnya memberi kesan negatif kepada inflasi yang turut menjejaskan rakyat.
Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata jika peningkatan harga tidak dilaksanakan secara beransur-ansur dan teratur, ia boleh menjejaskan sosioekonomi rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.
“Meskipun kenaikan tarif tidak akan menjejaskan kira-kira 75 peratus pengguna yang menggunakan tenaga kurang daripada 300 kilowatt sebulan, namun boleh membebankan pengusaha industri untuk menanggung peningkatan kos.
“Kebiasaannya, apabila pengusaha industri tidak lagi mampu menanggung peningkatan kos, mereka akan memindahkannya kepada pengguna. Kesan rantaian ini boleh menjadi faktor kepada kenaikan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang menjadi penanda aras inflasi di Malaysia.
“Kenaikan inflasi menyebabkan pendapatan yang boleh dibelanjakan oleh pengguna berkurangan. Kestabilan perbelanjaan pengguna penting kerana ia ialah salah satu penyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.
Pak Tuan: Aku tidak percaya harga barang tidak naik.
NASIB GURU SANDARAN
APA KESUDAHAN NASIB GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH?
Utusan Malaysia 31 Mei 2011
SAYA merupakan bekas Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang telah mencurahkan khidmat bakti sama seperti guru terlatih. Kami tidak terkecuali dalam melaksanakan tugas sama ada daripada segi kurikulum dan kokurikulum. Malah kami juga dicerap atau dipantau oleh pihak pentadbir mahu pun pegawai pelajaran peringkat negeri. GSTT juga tidak dibezakan oleh pihak pentadbir. Maksudnya apabila saya menerima tawaran sebagai GSTT, bermakna tanggungjawab dan amanah yang dipikul adalah besar dan tiada bezanya seperti guru tetap.
Pendek kata, segala program yang diatur oleh pihak sekolah, GSTT juga bertanggungjawab dalam melaksanakan program berkenaan. Pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 8 Mac lalu, seolah-olah memberi nafas kepada GSTT sehinggakan keesokan harinya terpampang di dada akhbar dan di kaca televisyen mengenai berita gembira untuk para GSTT. Namun sehingga kini masih belum diketahui status sebenar kenyataan beliau.
Rata-rata masyarakat setempat umumnya mengandaikan bahawa kami bekas GSTT seolah-olah akan mendapat tawaran mengajar kembali setelah mendengar pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pelajaran. Hakikatnya, hingga kini status pengumuman berkenaan masih lagi menjadi tanda tanya kepada bekas GSTT.
Oleh yang demikian, saya mengharapkan agar persoalan tersebut dapat dirungkaikan.
Saya juga amat mengharapkan agar Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran memberi peluang kepada bekas GSTT untuk menyambung kembali perkhidmatan kerana rata-rata GSTT telah berkhidmat lebih dari setahun dan telah mempunyai pengalaman. Beri kami peluang untuk mencurahkan khidmat bakti kepada anak bangsa.
SUHANA
Sungai Petani, Kedah

Langgan:
Catatan (Atom)