Isnin, September 27, 2010
buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko penyakit kanser paru-paru di kalangan perokok
"Walaupun berhenti merokok merupakan satu tindakan paling berkesan untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru, pengambilan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko tersebut.
"Ia bergantung kepada jumlah pengambilan, terutamanya di kalangan perokok," kata H. Bas Bueno-de-Mesquita dari Institut Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Kebangsaan yang berpangkalan di Belanda.
Kajian yang disiarkan di jurnal Persatuan Amerika untuk Penyelidikan Kanser, 'Cancer Epidemiology, Biomarkers & Prevention' itu, dibuat berdasarkan satu penyelidikan melibatkan lebih 450,000 individu di Eropah termasuk 1,600 yang dikesan menghidap kanser paru-paru.
Menurut penyelidik, kepelbagaian buah-buahan dan sayur-sayuan dilihat lebih penting berbanding kuantiti pengambilannya.
Dalam kajian tersebut, penyelidik mengkaji 14 jenis buah dan 26 jenis sayur yang biasa dimakan termasuk yang segar, di dalam tin atau dikeringkan.
"Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi sebatian bio-aktif berbeza, jadi kita boleh mengandaikan bahawa adalah penting untuk kita mengambilnya bukan sahaja dalam kuantiti yang disyorkan, tetapi juga mengambil pelbagai jenis makanan yang kaya dengan sumber bio-aktif ini," kata Bueno-de-Mesquita.
Kajian tersebut menyatakan, risiko pembentukan sel kanser 'squamous carcinoma' juga sebahagian besarnya terbantut apabila seseorang individu memakan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran.
Ketika penyelidikan-penyelidikan terdahulu mengaitkan kuantiti pengambilan buah dan sayur terhadap perkembangan kanser, ahli lembaga penyunting 'Cancer Epidemiology, Biomarkers & Prevention', Stephen Hecht berkata, kajian terbaru itu merupakan yang pertama menilai kepelbagaian pengambilan buah dan sayur berbanding kuantiti yang pernah dibincangkan sebelum ini.
"Keputusannya sangat menarik dan menunjukkan satu kesan perlindungan kepada perokok. Terdapat berbilion perokok di luar sana yang kebanyakannya ketagih terhadap nikotin selain tidak boleh berhenti merokok walaupun mereka mencuba sedaya upaya," katanya. - AFP
Keaiban Yang Ditutup Allah
Daripada An Nawas bin Sam'an RA, Nabi SAW bersabda: "Kebajikan itu keluhuran akhlak sedangkan dosa adalah apa-apa yang dirimu merasa ragu-ragu dan kamu tidak suka jika orang lain mengetahuinya." (HR Muslim)
Kalau dibukakan segala dosa yang kita lakukan, tentu tidak akan ada sesiapa yang akan menghormati kita. Kalau Allah membuka segala dosa yang kita lakukan sembunyi-sembunyi baik dalam pandangan, pendengaran, perbuatan, ataupun lintasan hati, nescaya tidak akan ada pun manusia yang mahu memuji kita. Pujian yang manusia berikan adalah atas zahir yang terlihat mata. Namun, kita tentu lebih mengenali diri sendiri dan lebih tahu bagaimana status kita.
Apakah kita berasa sangat suci sehingga tidak pernah melakukan dosa di belakang manusia atau diri kita ini penuh dengan dosa rahsia? Misalnya di saat kita seorang diri melayari internet dan tidak ada mata lain yang melihat, apakah kita sudah melepasi batas penglihatan yang diizinkan Allah? Bagaimana dengan prasangka buruk dalam hati kita yang telah dilemparkan kepada sekian banyak manusia lain tanpa pengetahuan mereka? Bagaimana pula dengan perbuatan-perbuatan kita tatkala berseorangan? Astaghfirullahalaziim, banyak sangat dosa kita!
Firman Allah:"...Dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi..." (Surah Al-An'am:151)
Allah Maha Penyayang dan Dia tahu betapa lemahnya kita. Lalu Dia menutup keaiban-keaiban kita sehingga kita mampu berjalan di tengah-tengah manusia tanpa rasa malu, sekalipun kita telah melakukan segunung dosa di belakang mereka. Namun, adalah sesuatu yang sangat takabur jika dengan Allah pun kita tidak berasa malu. Bukankah Allah mengetahui apa yang tidak diketahui oleh manusia lain tentang diri kita? Maka, setiap kali kita ingin melakukan dosa di belakang manusia, ingatlah bahawa ada Allah yang lebih patut kita rasa malu kepadaNya berbanding manusia.
Mengapa? Kerana di akhirat kelak bukan manusia yang akan menghitung amalan kita. Allah yang paling tahu tentang diri kita dan Dia jugalah yang akan menghitung amalan kita. Hanya dengan rahmatNya kita akan dimasukkan ke dalam syurga. Kalau kita merasakan lindungan Allah ke atas keaiban kita itu adalah satu zon selesa, maka kita silap. Boleh jadi keaiban yang Allah tutup sementara atas muka bumi ini akan dibukakan kepada seluruh umat manusia di akhirat kelak jika kita tak benar-benar bertaubat kepadaNya.
Kadang-kadang kita suka mencanangkan dosa orang lain, sekalipun dosa tersebut tidak diceritakannya kepada orang lain, hanya kepada kita. Ingatlah akan sebuah hadith:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:"...Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah Ta'ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya..."(HR Muslim)
Hadis ini menyeru kita untuk memelihara keaiban orang lain. Sebagai timbal balik, Allah akan menutup keaiban kita di dunia dan di akhirat. Subhanallah! Masihkah kita berhajat untuk mencanangkan dosa orang lain sehingga Allah juga akan membuka keaiban kita nanti? Malulah kepada Allah, takutlah kepada ancaman Allah. Jika kita hanya malu kepada manusia, kita tidak akan malu berbuat dosa di belakang mereka. Namun jika kita malu kepada Allah, kita akan sentiasa memelihara diri daripada dosa, dalam terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.
Waspadalah akan firman Allah: "Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui." (Surah An-Nuur: 19)
Apabila Allah telah menutup keaiban kita, janganlah pula kita yang membukanya. Setelah selesai dosa sembunyi-sembunyi kita, janganlah diceritakan kepada orang lain. Renungilah sebuah hadis di bawah:
Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah."
(Muttafaqun ‘alaih HR Bukhari dan Muslim).
Sungguh, Allah sentiasa menginginkan kebaikan bagi kita. Allah sentiasa membuka peluang dan ruang bagi kita untuk kembali bertaubat atas dosa yang kita lakukan di sebalik tabir. Namun, kita yang sebenarnya tidak mengambil peluang dan tidak menghargai tutupan-tutupan aib tersebut oleh Allah SWT. Setelah apa yang Allah lindungi daripada sekian banyak keaiban kita, apakah tidak wajar untuk kita bersyukur dan bertaubat? Renung-renungkan dan muhasabahlah diri kita, insyaAllah.
Interaksi Terbaik Dengan Al-Quran
Firman Allah, maksudnya: "Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran untuk memberi panduan kepada manusia dan keterangan yang nyata.(Al-Baqarah: Ayat 185)
Al-Quran merupakan cahaya yang menerangi akal, jiwa dan hati manusia serta panduan kepada sistem kehidupan manusia. Ia menjawab persoalan yang sentiasa terpahat dalam pemikiran manusia mengenai dirinya sendiri sejak sekian lama iaitu dari mana ia datang, apakah tujuan hidup dan ke mana ia akan pergi. Kenapa kehidupan ini adanya hidup dan mati. Al-Quran menjawab kesemua persoalan tersebut.
Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya daripada Allah dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah memimpin orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan."( Al-Ma'idah: Ayat 15-16)
Kedatangan manusia di atas muka bumi ini membawa amanah dan kehidupannya bukan untuk sehari atau setahun sepertimana pendapat segolongan yang mengatakan bahawa yang memisahkan hidup dan mati adalah masa sahaja. Al-Quran menegaskan bahawa manusia ini dijadikan untuk mendiami akhirat untuk selama-lamanya dan kematian itu bukan sebagai penghabisan hidup malahan manusia akan berpindah dari satu negeri yang bersifat sementara ke dunia yang kekal abadi.
Firman Allah, maksudnya: "Kami jadikan kematian dan kehidupan untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya." Melalui al-Quran manusia mengetahui tujuan dan matlamat hidupnya serta tugasnya sebagai hamba Allah yang memakmurkan bumi ini."
(Al-Mulk: Ayat 2)
Keistimewaan al-Quran sebagai 1dastur Ilahi ialah ia merupakan kitab yang lengkap, sempurna dan tidak mengandungi sebarang kecacatan. Al-Quran menerangkan serta meletakkan asas-asas umum yang diperlukan oleh manusia.
Firman Allah, maksudnya: "Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri kepada Allah."(An-Nahl: Ayat 89)
Keduanya ialah al-Quran merupakan kitab yang mudah dan senang diingat. Allah memudahkan kepada umat Islam menghafal al-Quran serta memeliharanya daripada penyelewengan. Tidak ada satu kitab yang dihafal oleh jutaan orang melainkan al-Quran. Kitab injil juga tidak dihafal oleh tokoh-tokoh agama mereka. Sedangkan al-Quran dihafal oleh kanak-kanak Muslim walaupun bahasa Arab bukan bahasa ibunda mereka.
Firman Allah, maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami memudahkan al-Quran untuk diingati, maka adakah orang mahu mengambil pelajaran."(Al-Qamar: Ayat 17)
Keistimewaan ketiga ialah al-Quran merupakan kitab yang adil sepertimana keadilan Allah kepada hamba-hambanya tanpa mengira pangkat, keturunan, warna kulit, lelaki ataupun wanita.
Keistimewaan keempat ialah al-Quran ini kekal dan sesuai untuk semua zaman dan tempat. Al-Quran bukan merupakan panduan untuk satu bangsa atau untuk satu zaman tetapi ia merupakan pembawa rahmat seluruh alam. Al-Qaradawi menyebutkan bahawa al-Quran merupakan sebab kejayaan dan keberkatan orang-orang Islam awal pada zaman Rasulullah. Kehadiran al-Quran telah mengubah jiwa, perwatakan dan diri bangsa Arab sehingga mereka dapat membina tamadun ilmu dan iman.
Dalam konteks kini, bagaimana sikap dan interaksi umat Islam dengan al-Quran sedangkan kita mengetahui bahawa apabila kita berpegang dan memahami al-Quran, kita merupakan umat yang terbaik dan termaju. Sebenarnya, umat lain menyedari keadaan kaum Muslimin terhadap al-Quran. Oleh itu, kita dapati beberapa siaran radio antarabangsa memperuntukkan waktu untuk menyiarkan program harian untuk bacaan al-Quran. Mereka berbuat demikian kerana mereka yakin umat Islam hari ini hanya mampu mendengar tetapi tidak memahaminya. Mereka yakin umat Islam tidak akan berubah sikap walaupun mendengar ayat-ayat al-Quran pada setiap hari dan seribu kali sekalipun. Ini disebabkan umat Islam tidak menghiraukan lagi al-Quran yang telah memberi penghormatan yang tertinggi kepada manusia. Rasulullah pernah mengadu kepada Allah mengenai sikap umatnya yang menjadikan al-Quran suatu yang tidak diacuhkan.
Firman Allah, maksudnya: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan al-Quran ini suatu yang tidak diacuhkan."(Al-Furqan: Ayat 30)
Buta terhadap al-Quran akan menyebabkan umat Islam menghadapi penyakit umat terdahulu iaitu mereka tidak membaca kitab-kitab Taurat dan Injil kecuali untuk angan-angan belaka.
Firman Allah, maksudnya: "Dan di antara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui al-Kitab (taurat), kecuali angan-angan belaka."(Al-Baqarah: Ayat 78)
Buta al-Quran bukan sekadar tidak tahu membaca sepertimana dalam pengertian umum tetapi maksud buta al-Quran yang kita alami kini ialah kehilangan ilmu pengetahuan yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Kita tidak memanfaatkan segala dimensi-dimensi ilmu yang ada pada al-Quran seperti ilmu kemasyarakatan, ilmu jiwa dan ilmu akhlak. Oleh itu, kaum Muslimin perlu menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan ilmu pengetahuan yang tepat tentang pandangannya terhadap insan, kehidupan dan kewujudan manusia serta pandangannya tentang fitrah kemanusiaan dan sosial.
Pengabaian perkara ini yang mengakibatkan gersangnya pemikiran dan perspektif al-Quran dalam realiti kehidupan kita. Lantas al-Quran yang menjadi sumber kekuatan umat bertukar menjadi beku dan diawet dalam lipatan sejarah. Hal ini disebabkan world view yang terbina dalam pemikiran kita semenjak kecil bahawa al-Quran tidak perlu ditampilkan kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu seperti menghadapi saat-saat kematian, menziarahi kubur atau dibaca untuk menghiburkan orang-orang yang sakit tenat, selaku bacaan yang menjadi permainan mulut. Akibatnya umat Islam tidak mampu lagi berurusan dengan al-Quran secara terbaik.
Sebenarnya objektif al-Quran adalah untuk membentuk manusia. Oleh yang demikian, tuntutan al-Quran ialah menyuruh manusia berfikir, memahami, membuat penelitian dan percubaan serta mengetahui motif-motif dan sebab musabab sesuatu. Skopnya perlu diperluaskan hingga untuk mengetahui masa hadapan.
Firman Allah, maksudnya: "Dan sesungguhnya kamu mengetahui kebenaran berita al-Quran setelah beberapa waktu."(Sad: Ayat 38)
Tuntutan al-Quran yang paling penting kini ialah melihat kesyumulan dan kesepaduan perspektif al-Quran terhadap hubungan dengan Allah, sesama manusia dan alam. Sementara itu, tafsir bertema merupakan aliran tafsiran baru yang dapat menonjolkan matlamat Islam. Muhammad al-Ghazali berpendapat tafsir bertema ialah menggarap sesuatu surah dengan seutuhnya, melakar gambaran menyeluruh dan menghubungkaitkan kesepaduan serta kaitan bahawa awalnya ialah pengantar dan penghujungnya ialah kebenaran kepada pengantar. Ia mengumpul dan menyusun kesemua ayat-ayat yang berkaitan dengan sesuatu tema untuk melihat bagaimana al-Quran menangani konsep secara padu dan utuh. Tafsir bertema dapat mengemukakan alternatif dan menonjolkan matlamat dan maqasid al-Quran. Ia juga mampu mengemukakan manhaj dakwah dan islah menurut perspektif al-Quran yang sebenar. Di samping itu, metode tafsir yang paling ideal untuk membimbing manusia mengenal pelbagai petunjuk yang terkandung dalam al-Quran.
Sepatutnya umat Islam bukan sahaja mengelokkan bacaan semata-mata tetapi juga hendaklah tadabbur seperti yang dilakukan oleh para sahabat. Mereka membaca, meneliti, memahami dan melaksanakan suruhan al-Quran dan kemudian baru berpindah ke ayat lain. Apabila para sahabat mendengar al-Quran terkesan penghayatannya dalam jiwa mereka. Pernah Saidina Umar bin Abdul Aziz mengulangi ayat 22-24 surah al-Saffat sepanjang malam sehingga waktu subuh sambil menangis kerana terkenang jikalau dia termasuk antara orang yang dihumban ke dalam api neraka akibat melakukan kezaliman di atas dunia ini.
Syeikh Muhammad al-Ghazali mengulas mengenai sikap umat Islam terhadap al-Quran dengan katanya "Sikap dan pendirian kaum Muslimin terhadap al-Quran yang telah memberi penghormatan kepada mereka sungguh menyedihkan. Semenjak beberapa kurun, dakwah al-Quran telah dibekukan, risalah Islam laksana sungai yang telah kering airnya atau piala yang disumbat mulutnya." Oleh yang demikian, proses interaksi dengan al-Quran yang terbaik ialah memahami dan menyelami makna serta maksud. Perkara ini amat penting supaya menghasilkan 7izzah yang selama ini telah hilang di tangan umat Islam.
Rashid Rida pernah menyebutkan bahawa kebangkitan umat bertitik tolak daripada prinsip al-Quran yang akan mengerah dan mengarah seluruh kekuatan akal dan jasad untuk kesempurnaan jiwanya dan kesejahteraan bangsanya. Revolusi itu akan membebaskan akal insani dan kemanusiaan daripada perhambaan yang dicipta oleh orang-orang yang menganggap dirinya memiliki sifat 8rububiyyah. Revolusi kemanusiaan semacam itu hanya mungkin terjadi melalui prinsip al-Quran. Al-Quran merupakan lambang dan suntikan kepada revolusi dalaman untuk membina umat yang mulia.
Al-Quran diturunkan untuk diamalkan, bukan diturunkan untuk menghias dinding-dinding rumah, bukan diturunkan untuk dibaca kepada orang-orang mati tetapi diturunkan untuk menjadi panduan bagi orang yang hidup. Al-Quran diturunkan untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya Ilahi. Manusia berkata, "Kami hendak mengambil berkat dari al-Quran." Apakah itu berkat? Sedangkan kita tidak pernah mengikuti perintah al-Quran. Berkat itu terletak pada orang-orang yang mengikuti kitab hidayah ini.
Firman Allah, maksudnya: "Ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan barakah supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran."
(Sad: Ayat 29)
Malangnya, kita tidak beramal dengan al-Quran sepenuhnya. Umat surah al-Syura tetapi tidak beramal dengannya, umat surah al-Hadid (besi) tetapi tidak menguasai teknologi bidang tersebut, umat surah al-Alaq yang dimulakan dengan Iqra' tetapi tidak membaca malahan masih ramai lagi yang jahil tentang agama Islam. Di manakah kedudukan umat Islam sekarang dengan al-Quran? Oleh itu, perlulah kita bermuhasabah interaksi kita dengan al-Quran dengan menghayati falsafah penurunannya, konsep dan metode penafsiran terkini sebagai panduan dalam kehidupan manusia.
Glosari
Dastur: Layar kecil sbg tambahan kpd layar besar.
Syumul: Bersifat menyeluruh dan sempurna.
Maqasid: Kemaslahatan manusia di dunia dan di akhirat.
Manhaj: Kaedah, cara.
Islah: i) Usaha utk mengembalikan sesuatu keadaan kepada suatu keadaan yang betul, tepat dan sesuai; ii) Penyelesaian perbalahan dengan jalan baik atau dengan jalan damai.
Tadabbur: Memerhati, memikir dan menghayati.
Izzah: Kemuliaan atau kehormatan (diri).
Rububiyyah: Pegangan yang pasti dan kukuh bahawa Allah sahaja pencipta, pemberi rezeki, menghidupkan, mematikan, mentadbir sekalian urusan makhluktanpa ada sekutu bagi Allah dalam urusan-urusan tersebut.
Musibah Ujian Penghapus Dosa
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila Allah menyayangi seseorang hamba-Nya, Allah menguji dengan kesusahan sama ada pada diri, keluarga, anak mahupun pada harta supaya dibersihkan daripada dosanya. Sekiranya dosa masih ada Allah akan membuatkan matinya menjadi susah supaya apabila bertemu Allah dalam keadaan tidak berdosa.
Begitulah juga sebagai hamba apabila berhadapan dengan ujian dan musibah ia pasti mempunyai pengajaran untuk kebaikan manusia itu sendiri. Musibah yang didatangkan itu bertujuan keampunan daripada dosa. Allah begitu sayang kepada hamba-Nya melebihi dari kasih sayang yang diberikan oleh seorang ibu kepada anak.
Walaupun hamba-Nya banyak melakukan kemungkaran dan dosa tetapi Allah tetap memberi peluang untuk bertaubat. Maka nilai kesabaran dan reda ketika menerima ujian akan dinilai Allah sebagai penghapusan dosa.
Pada masa sama ada keterangan dan ayat yang menyatakan dosa menjadi penyebab datangnya bala. Kalau dilihat sejarah lampau, mengapakah Allah menimpakan azab kepada kaum Nabi Nuh? Pada ketika itu mereka ditimpa ujian banjir besar selama lebih enam bulan.
Begitu juga dengan kaum Nabi Luth di mana Allah terbalikkan lapisan bawah bumi naik ke atas, manakala yang atas dibenamkan ke perut bumi. Malah kesannya sehingga kini masih dapat dilihat di Laut Mati, Jordan.
Lihat pula kaum Aad dan Thamud mati terkapar terputus jantung mereka kerana terkejut bunyi gempita suara tempikan malaikat. Pernahkah kita membaca sejarah Qarun yang tenggelam bersama kekayaannya hinggakan membentuk satu tasik yang amat besar dengan airnya laksana lautan? Pantai yang bertentangan tidak kelihatan kerana luasnya.
Begitu juga Firaun yang gah ingin merebut segala gelaran hinggakan mahu menjadi Tuhan. Akhirnya, dia bukan saja tenggelam keseorangan di dalam laut malah segala kekuasaan, tentera dan gelarannya juga turut sekali lemas.
Di sana ada seribu satu cerita kehancuran yang boleh dipelajari. Semua peristiwa ini berpunca kerana dosa. Sayangnya Allah kepada hambanya ialah segala ditimpa kepada hambanya yang lemah ini, tetap ada kebaikan walaupun sekali imbas nampaknya amat memilukan. Mereka yang mendapat petunjuk menyedari hikmah di sebalik ujian. Ujian ada dua jenis.
Pertama namanya bala dan yang kedua ibtila. Ibtila adalah kepayahan dan bencana yang menimpa dalam bentuk 'ujian' manakala bala ialah bencana dan kesusahan ditimpa dalam bentuk 'hukuman'.
Ibtila yang melanda selepas menderita kepayahan dan keperitan adalah hukuman kepada mereka yang ingkar. Maka kita perlu sentiasa mengingati setiap tragedi seperti kejadian gempa bumi itu sebagai muhasabah diri. Sama-sama kita bertaubat atas dosa silam yang pernah dilakukan.
Keinsafan yang dikongsi di sini ialah kita tidak mempunyai kuasa, kita adalah insan lemah dan masih banyak lagi perkara yang 'ghaib' yang gagal dikesan oleh radar dan kecanggihan. Bukan saja tidak sempat bersedia untuk mengelak musibah malah ramalan kita juga tidak tentu tepat dan berkesan.
Petanda awal muncul tidak sempat dibaca. Allah yang Maha Kuasa. Sebagai hamba amat malang jika kita hendak beradu kuasa dengan Allah. Allah amat penyayang.
Namun, Allah sangat marah kepada yang ingkar dan tidak ikut petunjuk selepas diberi peringatan. Allah ada peraturan yang mesti diikuti. Kalau orang langgar peraturan jalan raya ada akibatnya, langgar peraturan kerja ada kesannya apatah lagi melanggar peraturan Allah.
Hanya kepada Allah tempat kita kembali merayu kerana Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hamba-Nya. Disamping berdoa kita juga perlu berusaha keras menyelesaikan masalah yang dihadapi. M/H
Takut yang positif
Takut dan berani merupakan dua “permusuhan’’ dalam diri manusia yang kontra. Keduanya melibatkan potensi positif dan potensi negatif diri seseorang. Ada ketakutan kerana tidak mampu membawa diri, pemalu, pengecut dan risau . Semuanya akan kalah jika dalam diri masih memiliki potensi positif untuk melawan ketakutan dengan keberanian. Keberanian adalah ketakutan yang terukur, sedangkan ketakutan adalah keberanian yang tidak terukur.
Adalah tidak mustahil jika kita semua pernah mengalami rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif. Ada kalanya rasa takut itu mendatangkan nilai positif. Namun selalu juga rasa takut itu bersifat negatif. Ada orang yang ingin belajar menunggang basikal contohnya, tapi dia selalu merasa takut, takut terjatuh, takut terluka, dan lain sebagainya.
Banyak orang yang ingin bernikah, tetapi takut untuk menikah, diantaranya: takut tidak padan, takut tidak serasi, takut ditinggal oleh pasangannnya, takut tidak punya anak dan dan sebagainya. Ketakutan dalam hal ini, dapat dibahagikan kepada dua kategori, iaitu:
i. Ketakutan yang terukur sehingga dapat berijabkabul dengan sifat saling menerima dan memahami pasangannya,
ii. Ketakutan yang tidak terukur yang selalunya mengakibatkan ramai orang tidak menikah sampai tua.
Satu lagi takut yang negatif ialah rasa takut kepada hantu syaitan yang silap gaya boleh membawa kepada syirik. Nauzubillah.
Firman Allah dalam surat al-Maidah ayat 35, yang ertinya: ”Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan (sukses)”.
Allah lah satu-satunya yang berhak memberikan kejayaan. Dengan potensi positif dan negatif yang dianugerahi Allah, manusia mahu tidak mahu menjadi pemain dalam panggung kehidupan dengan segala permasalahannya.
Hikmah yang kita ambil dari ayat di atas adalah suatu yang wajib seorang mukmin itu memiliki rasa takut kepada Allah swt.Maha Pencipta. Allah SWT wajib ditakuti bukan kerana menakutkan, melainkan kerana kewajipan kita berkhidmat sebagai hamba kepada Penciptanya.
Maha Pencipta akan mengawasi dan menilai gerak-geri hamba-Nya. Namun, disisi lain kita sebagai hamba-Nya mengharapkan penilaian terbaik sehingga menghasilkan balasan terbaik juga, iaitu kejayaan di dunia dan akhirat. Oleh kerana itu, kita pun takut melakukan hal-hal yang berbau maksiat karena akan menjauhkan kita dari kasih sayang dan pertolongan Allah swt.
Telah diuraikan di atas, bahawa tidak semua keberanian merupakan tindakan positif dan tidak semua ketakutan itu membuahkan suatu yang negatif. Berani membela kebenaran dan takut kepada kemunkaran adalah sikap yang positif. Akan tetapi berani melakukan maksiat dan takut membela kebenaran adalah negatif.
Orang yang enggan beribadah kerana takut diperolok sebagai orang alim adalah tindakan yang sangat negatif. Ia tidak takut kepada Allah swt., akan tetapi ia lebih takut pada cemuhan makhluk-Nya. Orang seperti ini akan Allah jadikan dia selalu diliputi rasa takut dalam segala hal, seperti:
i. takut menghadapi cubaan-cubaan Allah,
ii. takut mengambil keputusan dan
iii. perasaan takut lainnya yang selalu menghantui dirinya.
Diriwayatkan dalam sebuah hadis: “Apabila seorang hamba takut kepada Allah, niscaya Allah menjadikan segala sesuatu takut kepadanya. Namun, apabila seorang hamba tidak takut kepada Allah, niscaya Allah menjadikannya takut kepada segala sesuatu”. (HR Baihaqi)
Jadi, kesimpulannya, kita dianjurkan mengembangkan keberanian yang positif yang berhujung ketakutan (ketaatan) kepada Allah swt. Ibnu Qudamah al-Maqdisi menerangkan bahwa takut kepada Allah mendorong kita untuk mencari dan mengamalkan ilmu pengetahuan yang menjadikan kita lebih banyak beramal. Ilmu dan amal merupakan salah satu jalan mendekatkan diri kepada Allah swt.
Rabu, September 08, 2010
SELAMAT HARI RAYA

23 Perkara Jangan Dilakukan
Khamis, Ogos 26, 2010
Paderi Melayu di Malaysia sekarang.
PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG - RAZMAN ZAKRI
بسم الله الرحمن الرحيم
BENAR ATAU TIDAK SAYA TIDAK PASTI, TETAPI ARTIKEL INILAH YANG MASUK KE DALAM MAILBOX SAYA....MUDAH2AN MENJADI PERINGATAN BUAT KITA SEMUA...PLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO OTHER MUSLIMS.. SEKARANG KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN 1900 ORANG PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG.MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR. BERHATI- HATI DENGAN AIR MINERAL JENAMA:-
1.AL -BARAMKAH
2.AL-MANSORI
3.AL-BISTARIA
P/S : SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA ATAU DIJUAL MURAH SEMUA AIR-AIR INI TELAH DICAMPUR DENGAN 'HOLY WATER' TOLONG SEBARKAN MESSAGE INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM/SAHABAT/SAHABIAH & DLL.SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM, AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN BERPESAN-PESAN PADA KEBENARAN .. SEMOGA DIBERKATI ALLAH SWT.
Rabu, Ogos 25, 2010
KENAPA HATI TIDAK TENANG
Perkara yang sering ditanyakan ialah:-"Ustaz, hati saya rungsinglah, tak tahu sebab apa ?" Kadang-kala mereka meluahkan,"saya ni semua ada, tapi tak tahu lah kenapa hati saya tak tenang, Ustaz ada nasihat tak?"Ini ayat-ayat yang sering saya jumpa. InsyaAllah, kita akan membahaskan kenapa hati tidak tenang. Semoga Allah memberikan saya dan pembaca sekelian ketenangan hati, satu perkara yang tidak dapat dibeli dari kedai sekalipun kita mempunyai jutaan wang.
Ada 10 sebab kenapa hati tidak tenang.
1. Hati tidak tenang kerana seseorang itu merasa rendah diri pada unsur keduniaan terhadap manusia lain. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Perkara ini boleh berlaku apabila seseorang suka membesarkan keaiban dirinya kemudian membandingkan kebahagiannya dengan orang lain. Hari ini, Allah telah berikan berbagai nikmat padanya. Tetapi dia merungsingkan jerawat yang timbul di mukanya. Dia malu pada jerawat di mukanya. Sedangkan jika dia mengeluh ia tidak merubah apa-apa. Dia malu seolah-olah jerawat itu menghilangkan hidungnya, matanya., dagunya. Dia besarkan keaiban yang ada pada dirinya. Akhirnya hilang ketenangan pada diri. Kemudian dia bandingkan pula dengan muka-muka artis yang ada pada majalah. Ah.. tertekan dengan jerawat. Hari ini, seseorang malu dengan umurnya telah lanjut, mukanya yang telah berkedut, rambutnya yang telah beruban, kakinya tak cantik, kukunya pecah. Untuk apa kita malu dan besarkan perkara itu. Kita usaha perbaiki tapi jangan rungsing dengan perkara itu. Ia hanya akan membuatkan kita hilang ketenangan. Hari ini dia kena berhenti kerja, dia malu jika orang lain tahu. Sebab apa? Sebab sebelum ini agak sombong dengan kedudukan yang ada. Untuk apa malu, terima sahaja hakikat dan usaha semaksima mungkin. Berhenti kerja tidak menyebabkan kita mati. Masih banyak lagi usaha yang boleh dibuat. Hari ini kereta kena tarik, rumah nak kena lelong. Kenapa malu? Itukan harta kita. Kita nak beli atau kita dah tak mampu nak bayar itukan hal kita. Jangan rasa rendah diri. Allah beri kita rumah itu awal untuk rasa selesa sekejap. Hari ini dia tarik untuk kita lebih hargai nikmat itu. Nanti kalau beri lagi Alhamdulillah, kita akan lebih bersyukur. Jangan sebab rumah nak kena lelong hilang ketenangan diri. Hari ini kita mungkin berpisah dengan isteri, dengan suami, untuk apa malu? Itukan telah berlalu. Bina semula dan jangan rasa rendah diri terhadapa apa yang berlaku.
Kenapa kita selalu rasa rendah diri pada unsur keduniaan terhadap manusia? Kerana kita membandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain.Jangan sekali-kali kita bandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain. Orang lain ada rumah besar, kita bandingkan rumah kita yang kecil. Walaupun dia ada rumah yang besar, dia juga ada masalahnya sendiri. Mungkin rumah sahaja besar, tetapi isterinya sering merungsingkannya, mungkin anaknya yang selalu tak balik, mungkin masalah kesihatannya yang teruk.Semua orang ada masalah, kesamaannya ialah masalah itu menghimpit hati, bezanya ialah bentuknya. Jadi jangan kita rasa rendah diri pada keduniaan terhadap orang lain. Orang lain juga punyai masalahnya sendiri yang kita tidak tahu. Satu ketika, seorang sahabat telah dileteri oleh isterinya. Dia sangat sedih dan ingin mengadukan perkara ini kepada Saidina Umar r.a. Dia rasakan Umar selaku pemimpin negara sudah tentu dapat menyelesaikan masaalahnya. Kenapa sahabat ini sedih, kerana dia cuba membayangkan dan membandingkan keadaannya dengan Saidina Umar. Ketika sampai di rumah Saidina Umar, dia mendengar dari luar rumah, Saidina Umar sedang dileteri oleh isterinya. Cepat-cepat dia berpaling dan meninggalkan rumah Saidina Umar. Ketika itu Saidina Umar nampak dan menegurnya dan Umar menasihatinya mengenai rumah tangga. Cuba lihat, ketika kita membanding kebahagaian kita dengan orang lain, maka kita akan membesarkan keaiban diri kita, kita akan menjadi malu, kita akan tertekan, kita rasakan orang lain cukup bahagia. Sedangkan orang lain juga punyai masalahnya sendiri yang mungkin lebih menekan hidupnya.
Kalau bukan sama seperti kita, pasti dalam ruangan yang lain. Oleh itu, hati tidak tenang apabila kita membesarkan aib diri kita dan bandingkan dengan orang lain.Kita perlu perbaiki keadaan diri kita tetapi jangan sampai ia membuatkan hati kita hilang tenang.Ketenangan inilah kebahagiaan. Saya, anda dan semua orang mahukan ketenangan ini, tetapi tidak semua orang berjaya mendapatkannya.Kerana apa? Kerana sebab yang pertama, selalu mengukur kebahagiaan diri dengan orang lain.Jadi, terimalah hakikat diri kita sebaiknya, baiki keadaan, terima kekurangan diri, jangan berpura-pura pada orang lain, jangan bandingkan kebahagaian dengan orang lain dan nanti anda akan keluar dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan.
Tarik nafas panjang-panjang hari ini, doa agar Allah beri kita kekuatan untuk menerima hakikat diri dan beri jalan keluar pada permasalaan kita. Mudah-mudahan Allah yang empunya ketenangan, akan menitiskan ketenangan ke dalam hati-hati kita.
InsyaAllah, kita akan sambung seterusnya nanti."Motivasi Iman, Ubat Hati Penawar Jiwa"ref:http://www.ustazamin.com/search/label/Motivasi
ADAB-ADAB BERBUKA PUASA MENURUT SUNNAH
قَالَ الَّذِي حَدَّثَنِي لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْعَرْجِ يَصُبُّ الْمَاءَ عَلَى رَأْسِهِ مِنَ الْعَطَشِ أَوْ مِنَ الْحَرِّ"Telah berkata sahabah yang menceritakan kepadaku: "Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-'Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas". Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan: "Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kapalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabah bahawa mereka melihat Rasulullah s.a.w. di al-'Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas".(Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, cetakan Dar al-Fikr, Beirut).
Apa yang penting di dalam bulan Ramadhan ini adab-adab yang kita kaitkan dengan ibadah puasa mestilah mempunyai asas yang boleh dipegang iaitu al-Quran atau al-Sunnah. Antara adab-adab berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadith:
1. Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta'jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadith-hadith yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa'd; Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ"Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadith ini menerangkan punca kebaikan di dalam agama ialah mengikut sunnah Nabi s.a.w. baginda menyegerakan berbuka puasa. Ini menolak dakwaan ajaran-ajaran karut yang kononnya melewatkan berbuka menambah pahala.
Kata al-Tibi (meninggal 743H): "Barangkali sebab Allah menyukai mereka yang bersegera membuka puasa ialah kerana apabila seseorang berbuka puasa sebelum solat membolehkannya menunaikan solat dengan dihadirkan hati. Juga ianya menyanggahi ahli bid'ah yang berpendapat wajib melewatkannya. (al-Tibi, Syarh Miskhat al-Masabih, 4/183, cetakan Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, Berut).
2. Berbuka Puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ianya lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu'jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ianya kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ianya mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadith daripada Anas katanya:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتُمَيْرَاتٌ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍBahawa Rasulullah s.a.w. berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air. (Riwayat al-Imam Ahamd dan al-Tirmizi, katanya hadith ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadith ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).Inilah tertib yang dilakukan oleh baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada tamar dan jika tiada air. Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H): Hadith ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada maka dengan tamar, dan sekiranya tiada maka dengan air. Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ianya menyanggahi sunnah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air. (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, cetakan Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, Beirut).Di samping itu, dakwaan jika tiada tamar maka dengan buah-buahan yang lain juga tiada sebarang dalil daripada sunnah Nabi s.a.w.
3. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air; sekiranya makanan belum dihidangkan.Hadith yang kita nyatakan di atas menunjukkan baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadith-hadith baginda Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا قُدِّمَ الْعَشَاءُ فَابْدَءُوا بِهِ قَبْلَ أَنْ تُصَلُّوا صَلَاةَ الْمَغْرِبِ وَلَا تَعْجَلُوا عَنْ عَشَائِكُم"Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ianya sebelum kamu menunaikan solat maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).Dalam hadith yang lain daripada 'Abd Allah bin 'Umar, baginda s.a.w. bersabda:
إِذَا وُضِعَ عَشَاءُ أَحَدِكُمْ وَأُقِيمَتِ الصَّلَاةُ فَابْدَءُوا بِالْعَشَاءِ وَلَا يَعْجَلْ حَتَّى يَفْرُغَ مِنْهُ"Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).Riwayat di atas juga menambah:
وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يُوضَعُ لَهُ الطَّعَامُ وَتُقَامُ الصَّلَاةُ فَلَا يَأْتِيهَا حَتَّى يَفْرُغَ وَإِنَّهُ لَيَسْمَعُ قِرَاءَةَ الْإِمَامِ"Bahawa Ibn 'Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan sedang beliau mendengar bacaan imam". Ini kerana meninggalkan makanan dalam keadaan keinginan yang kuat untuk menjamahnya atau dalam perasaan lapar boleh menghilangkan khusyuk di dalam solat disebabkan ingatan terhadap makanan tersebut. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Kata al-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadith-hadith tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ianya boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut).
Sebenarnya bukan pada makan malam atau solat maghrib sahaja kita disunatkan mendahulukan makanan yang dihidang sebelum solat, bahkan sunnah ini meliputi semua solat dan waktu makan kerana dibimbangi menghilangkan khusyuk. Ini sekiranya makanan telah terhidang di depan mata. Al-Munawi (meninggal 1031H) pula menyebut: "Hadith tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat maghrib. Namun ianya juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk. (al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir). Malangnya ada di kalangan yang kurang faham lalu mereka menyatakan bahawa kalau azan sudah berkumandang hidangan dan makanan hendaklah ditinggalkan demi mengutamakan solat jamaah. Inilah kedangkalan meneliti hadith-hadith Nabi s.a.w., lalu mengandaikan agama dengan emosi sendiri. Adapun sekiranya makanan belum terhidang atau perasaan keinginan terhadap makanan tiada, maka tidaklah dimakruhkan untuk terus solat. Ini bukanlah bererti kita disuruh mementingkan makanan melebihi solat, sebaliknya tujuan arahan Nabi s.a.w. ini ialah untuk memastikan kesempurnaan solat. Al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (meninggal 852H) memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H): "Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabah) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jamaah. (Ibn Hajar al-'Asqalani, Fath al-Bari, 2/385, cetakan: dar al-Fikr, Beirut).
4. Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepat dengan firman Allah S.W.T.(maksudnya) "Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebih. Sesungguhnya Dia tidak sukakan orang yang berlebih-lebihan. (Surah al-'Araf:31).Di dalam hadith baginda s.a.w. menyebut:
مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ"Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertga untuk pernafasan. (Riwayat al-Tirmizi, katanya: hadith ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadith ini hasan).Hadith ini telah salah difahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi s.a.w menyuruh umatnya jika makan, hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. Sebenarnya jika kita teliti hadith ini bukan demikian, pembahagian tersebut ialah had maksima. Kalau boleh kurang daripada itu. Sebab itu baginda menyebut jika tidak dapat, maka tidak melebihi pembahagian tadi. Namun yang lebih utama digalakkan sekadar yang dapat memberi tenaga.
5. Berdo'a ketika berbuka. Ini berdasarkan hadith Nabi s.a.w.:
إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ"Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, do'a yang tidak ditolak ketika dia berbuka.(Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin 'Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur'ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).Maka kita boleh berdo'a dengan apa sahaja do'a yang kita hajati. Do'a orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan dari kotoran dosa dan syahwat. Justeru itu al-Munawi menyebut: Hadith di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggunjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota" (Faidh al-Qadir, 2/500).Di sana ada do'a yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَفْطَرَ قَالَ ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ"Adalah RasululLah s.a.w apabila berbuka, baginda bersabda: "Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insyaAllah". (Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya hendaklah merebut peluang do'a yang makbul ketika dia berbuka.
6. Berdo'a kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka, kata Anas r.a.:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَاءَ إِلَى سَعْدِ بْنِ عُبَادَةَ فَجَاءَ بِخُبْزٍ وَزَيْتٍ فَأَكَلَ ثُمَّ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُونَ وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ الْأَبْرَارُ وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلَائِكَةُ"Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Sa'ad bin 'Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: "Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat".(Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menyatakan ianya sahih 5/158).Maka berdo'alah kepada mereka yang menjamu kita berbuka puasa. Ini adab yang sangat baik. Demikian saya senaraikan antara adab-adab yang terkandung di dalam sunnah Nabi s.a.w. ketika berpuasa. Semoga pengamalan adab-adab ini menambahkan lagi pahala puasa kita.
SUMBER : SAHABAT INTERAKTIF MALAYSIA
Ahad, Ogos 22, 2010
Hutang dibayar hutang
Ogos 20, 2010 - APCairo: Seorang hakim Saudi telah meminta pandangan dari hospital-hospital di seluruh negara samada mereka berupaya merosakkan saraf tunjang seorang lelaki sebagai hukuman selepas dia didapati bersalah menyerang seorang lelaki lain menggunakan parang dan menyebabkannya menjadi lumpuh, kata abang kepada mangsa Khamis lepas.
Abdul Aziz Al Mutairi, 22, menjadi lumpuh dan hilang sebelah kaki selepas terlibat dalam satu pergaduhan dua tahun yang lalu. Beliau telah meminta seorang hakim di wilayah barat Tabuk untuk mengenakan hukuman yang sama (qisas - keterangan di sini) ke atas penyerangnya di bawah undang-undang Islam, kata Khaled Mutairi kepada The Associated Press melalui panggilan telefon.
Dia berkata bahawa salah sebuah hospital, yang terletak di Tabuk, menyatakan bahawa merosakkan saraf tunjang memang boleh dilakukan, tetapi pembedahan itu perlu dilakukan di hospital lain yang mempunyai fasiliti yang lebih lengkap. Akhbar-akhbar Saudi melaporkan tentang hospital kedua di Riyadh pula menolak untuk melakukankannya. Pejabat pentadbiran kedua-dua hospital berkenaan dan mahkamah di Tabuk ditutup kerana cuti dan tidak dapat dihubungi. Satu salinan laporan perubatan Hospital King Khaled di Tabuk telah diperolehi oleh AP yang menyatakan kecederaan sama yang dialami Al Mutairi boleh kenakan kepada penyerangnya dengan menggunakan peransang saraf bagi membuatnya mengalami kecederaan yang sama dan di bahagian anggota yang sama. Laporan tersebut bertarikh enam bulan lepas.
Akhbar Saudi Okaz telah mengenalpasti hakim tersebut sebagai Saud Bin Sulaiman Al Youssef. Khaled Al Mutairi, 27, berkata penyerang tersebut (tidak dapat dikenalpasti) telah dijatuhi hukuman 14 bulan penjara, tetapi dibebaskan selepas tujuh bulan kerana mendapat pengampunan. Katanya lagi penyerang tersebut kini telah mendapat pekerjaan sebagai guru sekolah."Kami menuntut hak kami di bawah undang-undang," katanya lagi. "Mata dibalas mata."Okaz juga melaporkan bahawa sebuah hospital terkenal di Riyadh - King Faisal Specialist Hospital – menyatakan tidak dapat melakukan pembedahan tersebut melalui surat yang berbunyi “tidak mungkin mengenakan kecederaan seperti itu,” jelas membuat penolakan atas dasar etika perubatan.
Undang-undang di Saudi Arabia membenarkan defendan meminta hukuman yang sama dikenakan bagi kecederaan yang mereka tanggung. Khaled Al Mutairi berkata keluarganya tidak berminat dengan gantirugi, dan bersedia menghantar penyerang tersebuat ke luar negara bagi melakukan pembedahan jika tidak dapat dilakukan dalam negara.
Sumber : beritaislamglobal.blogspot.com
Ramadan bulan berjuang.
Assalamualaikum,
Ramadan diistilahkan oleh ulamak sebagai bulan madrasah atau disebut sebagai madrasah Ramadan.Inilah hakikat bulan yang dimuliakan ALLAH dengan firman khusus mengenainya.Barakah yang diberikan ALLAH di bulan Ramadan tidak ada di bulan bulan lain dan sejarah melakarkan beberapa kejayaan penting dalam perjuangan menegakkan kalimah ALLAH dicapai di bulan mulia ini.
Menegakkan kalimah ALLAH bermakna menegakkan akidah yang benar, syariat yang diperintahkan dan syiar yang diutamakan. Kejayaan pertama dalam Badar al Qubra dicapai di bulan Ramadan ketika Baginda dan Sahabat sedang berpuasa, Kejayaan memartabatkan Islam di bumi Mekah juga dicapai di bulan Ramadan.
Ini membuktikan puasa yang diwajibkan di bulan Ramadan bukan penghalang kepada kejayaan tetapi menjadi pemangkin kepada kejayaan tersebut. Demikianlah juga di zaman kita hari ini, perjuangan untuk memartabatkan Islam tidak akan lengkap kalau Ramadan diabaikan, Ramadan dijadikan semata mata untuk melengkapi rukun Islam tetapi Ramadan adalah penting dalam tarbiyah kita untuk memantapkan perjuangan yang masih belum selesai.
Ramadan perlu dimasukkan dalam silibus pentarbiyahan demi memantapkan jatidiri sebagai mukmin yang tidak akan berputus asa dengan asakan dan halangan yang dibuat oleh musuh yang tidak inginkan Islam di tegakkan, Ramadan perlu dijadikan bulan motivasi bagi setiap pejuang Islam dan Ramadan mesti diyakini sebagai bulan yang mempunyai sumber pembangunan insaniah atau modal insan yang tidak mudah goyah dengan dugaan dan rasuah duniawi.
Ramadan adalah madrasah yang penting bagi setiap pejuang. Budaya yang memperlihatkan masjid masjid dipenuhi diawal awal Ramadan tetapi kemudiannya semakin sepi menjelang akhir Ramadan harus dihindari oleh semua jemaah serta budaya yang menghuru harakan saf saf ketika bertarawih, ketika tarawih selesai di rakaat ke lapan semestinya tidak diikuti oleh para jemaah sekelian. Sebaliknya budaya sebegini yang kelihatan sebati dengan masyarakat Islam setempat seharusnya diubah.Para ahli jemaah mempunyai tugas penting untuk mengubah budaya ini.
Ingatlah orang orang yang mengimarahkan masjid mempunyai potensi yang besar untuk diubah presepsi mereka. Ramadan adalah bulan perjuangan dan saranan di atas adalah sebahagian dari perjuangan itu.Semuga perjuangan ini akan mendapat pertolongan ALLAH.
Kerana mulut .......
Pengetua di Sg Petani pula buat kenyataan perkauman
Beberapa hari selepas seorang pengetua di buah sekolah menengah di negeri Johor dituduh mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, kejadian yang sama turut berlaku di sebuah sekolah di Sungai Petani.
Pengetua berkenaan didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman dalam majlis perhimpunan rasmi di sebuah sekolah luar bandar di Sungai Petani, Rabu lalu. Kata-kata itu diluahkan di depan lebih 500 murid tingkatan satu hingga lima serta kira-kira 45 guru pelbagai kaum semasa membuat teguran terhadap pelajar bukan Islam agar menghormati pelajar Islam yang berpuasa di bulan Ramadan.
Antara frasa yang mencetuskan kontroversi itu ialah "pindah ke negeri lain" dan "balik ke China."Menurut sumber, pengetua yang berasal dari negeri Johor itu dikatakan telah mengingatkan pelajar bukan Islam di sekolah berkenaan yang mempunyai tiga kaum minoriti iaitu Cina, India dan Siam supaya menghormati rakan-rakan beragama Islam yang sedang berpuasa agar tidak makan di depan mereka.
Sumber itu berkata, pengetua berusia awal 50-an itu menegur perbuatan yang tidak wajar dilakukan oleh pelajar bukan Islam iaitu makan di depan pelajar Islam dan jika mereka tidak mahu menghormatinya,
mereka boleh "pindah ke negeri lain" atau
"balik ke China."
"Para pelajar dan guru yang berada di dewan terbuka sekolah itu dapat mendengar dengan jelas kata-kata berbaur rasis itu. "
Selaku pentadbir organisasi, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menjarakkan hubungan etnik sekolah itu yang agak unik," kata sumber itu.
Menurutnya, komposisi kaum di sekolah itu yang rata-rata dari kalangan pelajar berlatarbelakangkan taraf sosioekonomi yang rendah agak menarik kerana memiliki empat kaum iaitu Melayu/Islam, Cina/Buddha, India/Hindu dan Siam/Buddha.
"Sejak sekolah itu wujud di kawasan yang di kelilingi estet getah, kelapa sawit, kebun sayur dan kampung pada 1980-an, belum ada peristiwa buruk melibatkan etnik terbabit berlaku di situ," katanya sambil menambah pelajar di situ amat akrab antara satu kaum dengan yang lain.
Malahan, beberapa pengetua yang bersilih ganti di situ juga tidak pernah menimbulkan kontroversi. "Hubungan murid, ibu bapa dan guru amat baik. Malah, beberapa siri pertemuan bersama,waris seperti mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta hari Konferensi Waris mendapat respon yang baik daripada ibu bapa dan waris," katanya.
Pengetua lelaki itu dikatakan pernah berkhidmat di daerah pendidikan Kulim/Bandar Bharu sebelum memulakan perkhidmatan di sekolah luar bandar yang terletak di pekan kecil Bukit Selambau, kira-kira 26 km dari Sungai Petani itu mulai awal 2009.
Mercun meletup.
Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua lagi cedera parah apabila sebuah rumah yang dipercayai dijadikan stor simpanan bunga api dan mercun meletup dalam satu kejadian di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga di Kuala Terengganu tengahari tadi. Mangsa yang maut Khairul Arif Ayob, 6 tahun, pelajar Taman didikan Kanak-kanak (Tadika) Kampung Losong Atap Zin di sini, dikatakan tercampak setinggi 15 meter ke atas pokok yang berhampiran dengan rumah itu akibat letupan kuat tersebut kira-kira pukul 12.30 tengahari.
Seorang saksi Nor Shafli Azhar, 36, berkata mayat Khairul Arif yang mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, tersangkut di atas pokok berdekatan telah diturunkan oleh orang ramai sebelum membawanya ke hospital.
"Kaki seorang lelaki hampir hancur, selain mengalami kecederaan di bahagian badan manakala seorang lagi mangsa juga mengalami kecederaan parah di bahagian kaki," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Bagaimanapun idendititi kedua-dua lelaki berkenaan yang berumur 22 dan 23 tahun masih belum dikenalpasti. Nor Shafli berkata, ketika kejadian beliau sedang berehat di rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian apabila tiba-tiba terdengar bunyi letupan yang kuat sehingga menggegarkan rumahnya. Beliau kemudian menjengah ke luar rumahnya dan melihat asap tebal dari arah rumah tinggal terbabit dan bergegas ke tempat kejadian untuk melihat secara dekat kejadian yang berlaku.
"Apabila sampai saya mendapati rumah berkenaan rosak teruk dengan sebahagian dinding rumah tercabut dan berandanya runtuh. Dua orang lelaki turut terbaring di luar rumah dalam keadaan cedera parah," katanya yang merupakan seorang peniaga. Beliau berkata salah seorang lelaki terbabit berada dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala seorang lagi lelaki yang berada di bawah serpihan kayu daripada rumah yang meletup itu sempat memberitahunya ada seorang budak yang turut terlibat dalam kejadian itu dan mengarah beliau mencarinya.
"Setelah mencari saya tidak sangka pula akan menjumpai mayat kanak-kanak itu tersangkut di atas pokok dengan kepalanya cedera parah," katanya.
Beliau berkata, dua mangsa yang cedera parah itu kemudian telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan. Seorang jiran yang tinggal berhampiran 50 meter daripada rumah berkenaan, Hasnah Abdul Jalil, 50, pula berkata kejadian itu mengakibatkan atap rumahnya tercabut dan cermin tingkap dapur rumahnya rosak teruk.
"Mujurlah saya tidak ada di rumah ketika kejadian kerana kebiasaannya saya sedang memasak waktu itu. Ketika itu saya keluar untuk mengambil anak saudara di tadika di kawasan berhampiran," katanya.
Beliau turut mendakwa sering ternampak kereta keluar masuk di kawasan rumah tinggal itu dengan mengangkut barangan, namun tidak mengetahui jenis barangan itu. Sementara itu, ibu saudara kanak-kanak malang itu Rozita Abdul Rahman, 35, ketika ditemui di rumah ibunya berkata, ketika kejadian ibu bapa kanak-kanak berkenaan keluar ada urusan di mahkamah. Manakala, anak saudaranya yang peramah dan cepat mesra itu, sudah beberapa hari tidak ke sekolah (tadika) kerana demam.
"Hari ini entah macam mana dia boleh ikut kawan ayahnya ke tempat kejadian," katanya. Menurutnya, ibu Khairul Arif telah menyediakan dua pasang baju raya untuk di pakai oleh kanak-kanak itu pada hari raya nanti.
"Saya juga rasa hairan kerana hari ini Khairul Arif membawa bersama selipar rayanya ke hulu ke hilir untuk ditunjukkan kepada orang yang dijumpainya. Dia juga tidak semena-mena pernah berkata nak pergi jauh," katanya yang terkejut dengan kejadian itu.
Ketua Polis negeri Datuk Mohd Shukri Dahlan yang turut melawat tempat kejadian, mengarahkan satu siasatan terperinci dilakukan untuk mengetahui punca sebenar kejadian selain jenis bahan letupan dan individu yang terlibat.
"Kita akan meminta bantuan Unit Forensik dan Unit Bom dari Kuala Lumpur untuk membantu menyiasat dalam kes ini," katanya.Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak bermain dengan mercun menjelang musim perayaan ini untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.- Bernama
Sabtu, Ogos 21, 2010
Hotel yang ada sijil halal JAKIM
1. Ancasa Hotel, Kuala Lumpur
2. Brisdale Hotel, Kuala Lumpur
3. Cititel Hotel, Pulau Pinang
4. Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya
5. Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya
6. Dynasty Hotel, Kuala Lumpur
7. Evergreen Laurel Hotel , Pulau Pinang
8. Citrus Hotel, Kuala Lumpur
9. Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur
10. Grand Dorsett Labuan Hotel
11. Hotel Armada, Petaling Jaya
12. Hotel Hilton, Petaling Jaya
13.Hotel Seri Malaysia , Alor Setar
14. Hotel Seri Malaysia , Genting Highlands
15. Hotel Seri Malaysia , Kuantan
16. Hotel Seri Malaysia , Marang
17. Hotel Seri Malaysia , Pulau Pinang
18. Hotel Seri Malaysia , Sungai Petani
19. Hotel Seri Malaysia , Taiping
20. Hotel Seri Malaysia , Bagan Lalang
21. Pan Pacific KLIA, Sepang
22. KLI Hotel, Kuala Lumpur
23. Hotel Putra, Kuala Lumpur
24. Legend Hotel, Kuala Lumpur
25. Midah Hotel, Kuala Lumpur
26. Corus Hotel, Kuala Lumpur
27. Nilai Hotel, Nilai Negeri Sembilan
28. PG Hotel Sdn Bhd
29. Puteri Park Hotel, Kuala Lumpur
30. PNB Darby Park Executive Suites Hotel, Kuala Lumpur
31. Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur
32. Residence Hotel at Universiti Tenaga Nasional, Kuala Lumpur
33. Grand Bluewave Hotel, Shah Alam
34. Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur
35. Hotel Maluri, Kuala Lumpur
36. The Paramount Hotel, Sibu Sarawak
37. The Plaza Hotel, Kuala Lumpur
38. The Summit Hotel. Subang Jaya
39. Mutiara Johor Bahru
40. Hotel Istana, Kuala Lumpur .
Selasa, Mei 11, 2010
Jangan Marah-marah
Sehubungan dengan itu, beberapa pendekatan boleh diamalkan bagi mengurus marah supaya tidak melarat lalu mengakibatkan kecederaan, kematian dan kemungkinan perceraian suami isteri. Setiap individu hendaklah menyedari betapa besar keutamaan dan kelebihan seseorang menahan amarah ketika dia berkuasa untuk melampiaskannya, termasuk dikurniakan kenikmatan masuk syurga.
Perlu juga diketahui apabila perasaan marah telah dihamburkan kepada seseorang ia tidak akan berhenti setakat itu. Orang yang dimarahi pasti akan melawan dengan sumpah seranah dan kata-kata keji sambil memburuk-burukkan satu sama lain. Terdapat pula yang tidak berbuat apa-apa mungkin menyedari dirinya lemah dan tidak berkuasa, tetapi menyimpan dendam kesumat dan berusaha untuk membalas perbuatan itu dengan apa cara sekalipun pada waktu lain.
Gara-gara marah ikatan persaudaraan akan terlerai dan kesatuan ummah atas nama ukhwah Islamiah juga lenyap. Malah kadang kala boleh mengundang dosa syirik apabila khidmat bomoh yang menggunakan Iblis dan jin sebagai perantara digunakan untuk membalas dendam.
Seseorang yang bersifat panas baran juga patut merenungkan alangkah buruk wajahnya semasa marah, dengan keadaan muka merah padam, mata terbeliak dan berair, telinga seolah-olah berasap dan seluruh badan menggigil. Dalam masa yang sama bayangkan pula gambaran orang yang penyabar dengan wajah yang manis dan berseri-seri dihiasi pula senyuman menawan sehingga membuatkan rakan dan lawan suka untuk berdamping dengannya.
Untuk itu kepada yang suka marah-marah, buatlah pilihan sama ada seronok menjadi pemarah atau sebaliknya jika masih memiliki pertimbangan akal yang sihat. Jadi fikirkan dengan rasional sama ada perlu marah atau sekadar memberi nasihat dan menyelesaikan masalah yang berlaku dengan berhemah.
Misalnya perbuatan sesetengah ibu bapa memarahi anak dengan sepak terajang sambil mengeluarkan kata-kata kesat seperti bodoh, bebal dan lain-lain tidak patut menjadi amalan, kerana ia merupakan suatu bentuk pendidikan yang salah dan bakal mencorakkan keperibadian anak-anak di hari kemudian.
Sehubungan dengan itu, sunnah Rasulullah SAW patut dijadikan panduan dan ikutan bagi mengurus marah. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya marah daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan diciptkan daripada api, sedangkan api perlu dipadamkan dengan air. Maka apabila seseorang kamu marah hendaklah dia mengambil wuduk.."
Begitu juga dianjurkan duduk jika seseorang marah dalam keadaan berdiri, atau berbaring ke tanah sambil mengingat asal dan tempat kembalinya nanti. Jika sedang bergerak disarankan berhenti dan jika sedang mengeluarkan kata-kata kesat hendaklah diusahakan diam daripada berkata-kata. Ingatlah marah tidak mencerminkan apa-apa selain daripada keburukan dan hilangnya maruah serta kehormatan diri.
Pernyataan ini juga bukan bermakna seseorang tidak perlu marah sekalipun kehormatan, harta benda dan maruah negaranya tercalar, seperti yang dialami oleh saudara Islam di Palestin. Sebaik-baiknya, kalaupun perlu marah janganlah sampai terlibat membunuh dan mencederakan orang lain.
Mengelakkan diri daripada terlibat melakukan perkara yang buruk adalah lebih baik daripada marah yang tidak berkesudahan. Malah perbuatan saling memaafkan adalah amalan mulia yang patut dipraktikkan dengan mengambil kira tiada manusia yang sempurna.
Isnin, Mei 10, 2010
Hari-hari adalah Hari Ibu.
Dalam Islam isu-isu kekeluargaan, hak-hak sepatutnya tidak berbangkit. Tidak memerlukan HAM (Hak Asasi Manusia-PBB) untuk ditegak dan dipraktikkan. Islam yang dibawa oleh Rasulullah Saw mengatasi tarikh dan kewujudan PBB itu sendiri. Apa yang dibawa oleh Baginda bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri apatah ianya diturunkan oleh Pencipta manusia dan Pemilik dunia dan cakrawala ini.Sepatutnya tidak perlu satu hari khusus untuk Ibu dan satu hari khusus untuk Bapa. Di Barat mungkin ya. Tetapi tidak untuk umat Islam apatah lagi dia seorang mukmin. Setiap hari bagi si mukmin adalah hari ibu dan hari bapa. Sebab selagi mana ia tidak syirik kepada Allah selagi itulah dia mengikatkan ikatan syahadahnya itu untuk berbuat baik terhadap ibu-bapanya sendiri.
أَلَّا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
Ada 4 tempat didalam al-Quran yang menggabungkan ayat tauhid dan taat ibu-bapa ini. Dan pastinya seorang mukmin tidak berlaku akhlak buruk yang melupakan ibu-bapa ini kecuali dia adalah muslim saduran. Kalau Barat sendiri Hari Ibu mesti datang dari asal-usul dan punca kepercayaan mereka sendiri. Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac. Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati Dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari tersebut.
Peringatan Mother’s Day di sebagian negara Eropah mendapat pengaruh dari kebiasaan memuja Dewi Rhea, istri Dewa Kronus, dan ibu para dewa dalam sejarah Yunani kuno. Maka, di negara-negara tersebut, peringatan Mother’s Day jatuh pada bulan Mac. Di Amerika Syarikat dan lebih dari 75 negara lain, seperti Australia, Kanada, Jerman, Itali, Jepun, Belanda, Singapura, Taiwan, Hongkong termasuk Malaysia peringatan Mother’s Day jatuh pada hari Minggu kedua bulan Mei kerana pada tarikh itu pada tahun 1870 aktivis sosial Julia Ward Howe mencanangkan pentingnya perempuan bersatu melawan perang saudara. Dan kini, masing-masing cuba menjadikan hari ibu sebagai hari memperingati tokoh-tokoh negara mereka. Malah di China, sesetengah rakyat China sedang mula memupuk Hari ibu sebagai memperingati Meng Mu, ibu kepada Mencius.
Dalam Islam bebanan Ibu-bapa amat berat sehingga ibu-bapa mereka ini sebagai tanggung-jawab taklif terhadap mukmin ke atas setiap batang tengkok si anak itu sendiri sehingga dosa penderhakaan itu hampir mencapai tahap syirik kepada Allah sebagaimana firman Allah Swt dalam surah al-Isra’ : 23
وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
Mengikut pandangan ulama, sudah cukup dikira derhaka jika dalam sehari ia tidak mendoakan kesejahteraan buat ibu-bapanya. Selayaknya seorang mukmin sentiasa mendoakan mereka setiap kali selepas sembahyang dengan doa yang ma'thur yang diajar oleh Rasulullah Saw. Itulah sebai-baik 'wish' dan ucapan buat ibu maupun bapa. Dengan apa yang diajar dan diucapkan oleh lidah yang mulia, iaitu Rasulullah Saw. Setiap hari 5 kali sehari semalam. Bukannya setahun sekali. Setiap kali bertemu dikucupnya tangan mereka maupun selepas tiap kali ada peluang. Bukannya tunggu hari raya sekali setahun. Sentiasalah berbuat baik kepada mereka dengan adab dan akhlak Islam. Tidak cukup sekadar sekeping kad dan setangkai bunga.
Rasulullah Saw bersabda:
قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْعَمَلِ أَفْضَلُ قَالَ الصَّلَاةُ عَلَى مِيقَاتِهَا قُلْتُ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ قُلْتُ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Berkata Abdullah bin Mas’ud r.a: Aku bertanyakan rasulullah Saw. “ Ya Rasulullah. Apakah amalan yang afdhal? Sabda Baginda: “Sembahyang ketika waktunya”. Kemudian apa lagi. Jawab Baginda: “Berbuat baik kepada ibu-bapa”. Aku bertanya lagi, kemudia apa? Jawab Baginda: Jihad sabilillah. Riwayat Bukhari.
Tuntutan dalam memenuhi keperluan si ibu dilebihkan oleh Islam berbanding si ayah. Faktor kelemahan fizikal, usia dan betapa perlunya ia menerima kasih-sayang dan bantuan, apatah lagi di usia emas mereka.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي قَالَ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أَبُوكَ
Daripada Abu Hurayrah r.a berkata: Telah datang seorang lelaki dan bertanya. Ya Rasulullah siapakah orang yang lebih berhak untuk aku santuninya dengan terbaik? Rasulullah bersabda : ibu kamu, kemudian siapa? Sabda Baginda : ibu kamu, kemudian siapa? Bersabda Rasulullah : ibu kamu, kemudian siapa? Ayah kamu. Riwayat BukhariIanya dikuatkan dengan firman Allah dalam surah Luqman ayat: 14
وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah juga tempat kembali (untuk menerima balasan).
عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ جَاهِمَةَ السُّلَمِيِّ قَالَ : أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي كُنْتُ أَرَدْتُ الْجِهَادَ مَعَكَ أَبْتَغِي بِذَلِكَ وَجْهَ اللَّهِ وَالدَّارَ الْآخِرَةَ قَالَ وَيْحَكَ أَحَيَّةٌ أُمُّكَ قُلْتُ نَعَمْ قَالَ ارْجِعْ فَبَرَّهَا
Daripada Muawiyyah bin Jahimah al-Sulami berkata: Aku mendatangi Rasulullah Saw dan berkata: Ya Rasulullah. Aku ingin keluar berjihad bersama kamu untuk mencari keredhaan Allah dan Hari Akhirat. Sabda Baginda: Adakah ibu kamu masih hidup?. Jawabku: Ya. Sabda Baginda: Pulanglah dan jagalah ibumu sebai-baiknya.
Kita juga tahu akibat daripada tingkah laku sebaliknya. Bagaimana fitnah yang dihadapi oleh Juraij akibat tidak menyahut panggilan ibunya ketika beliau melakukan solat-solat sunatnya. Apa yang ditimpakan terhadap Alaqamah yang tidak mampu mengucap dua kalimah syahadah ketika hampir matinya akibat ia mendahulukan isteri daripada ibunya. Kecualilah jika ibunya mendorong dan menyuruh kepada kekufuran atau kemaksiatan. Apabila bertembung taat makhluk dengan Allah ketahuilah bahawa ketaatan kepada Allah dan Rasul itu adalah mutlak.
وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلَى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, Maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, Kemudian Hanya kepada-Kulah kembalimu, Maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. Surah Luqman: 15
Berdasarkan di atas, jika mereka seorang yang benar-benar beriman, nescaya tidak berlakunya kelompangan akhlak terhadap ibu-bapanya. Tidaklah ia menjadi masyarakat kurang ajar terhadap mereka yang melahirkannya kecualilah ibu-bapa mereka itu juga buruk akhlak dengan tuhannya atau buruk akhlak dengan datuk dan nenek mereka. Nescaya ke mana ditumpahkan kuah kalau tidak ke nasi. Di harapkan tidak lagi terjadi kecelaruan umat Islam yang teraba-raba seperti sibuta kehilangan tongkat. Ikut tercapai dek tangan meskipun kayu berduri dan berbisa. Ingatlah kita ada al-Quran serta Hadis sebagai rujukan. Cukuplah Islam sebagai ubat dan penawar kepada ummah. Selagi tak kembali kepada panduan suci itu, selagi itulah umat Islam tidak lepas daripada penyakit serta virus yang diciptakan itu.
Habis bagaimana dengan sambutan ‘Hari Ibu’ yang disambut kini. Setengah ulama seperti Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin ada yang membid’ahkan sambutan tersebut kerana setiap hari raya yang bertentangan dengan hari raya yang disyariatkan adalah bid'ah dan tidak dikenal pada masa salafushalih. Apatah lagi pencetusnya bukan kaum muslimin, sehingga di dalamnya ada bid'ah menyerupai musuh-musuh Allah. Hari raya-hari raya yang disyariatkan sangat dikenal oleh pemeluk Islam, yaitu Idul Fitri dan Idul Adha, serta Idul Usbu' (hari Jum'at). Dalam Islam tidak ada hari raya lain selain tiga hari raya tersebut, maka setiap hari raya yang diadakan di luar tiga hari raya itu ditolak, bid'ah dan batil menurut syariat Allah, karena Nabi Saw bersabda:
مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
Memandangkan masyarakat hari ini yang terjebak jauh dalam pengamalan-pengamalan Yahudi dan Nasara, yang bukan sekadar sejengkal bahkan sudah berada dalam lubang biawak mereka. Di harapkan umat Islam mengambil pelbagai pendekatan untuk memberi penjelasan serta mengislamisaikan pengamalan hari ini agar selari dengan tuntutan Islam. Gunakan majlis serta atur-cara yang ada untuk berdakwah serta menyampaikan konsep dan pandangan Islam agar mereka dapat membezakan antara susur galur Islam dan lainnya.
Kita perlu menjelaskan kembali status ibu dalam al-Quran. Peranan mereka dalam melahirkan generasi spesisi manusia ini. Hatta melahirkan para nabi, sahabat dan ulama. Bermula dengan Ibu manusia iaitu Hawa maupun Ibu Nabi Musa a.s, Maryam sebagai ibu Nabi Isa, Isteri Imran, Hajar dan Sarah, maupun Aminah, ibu Rasulullah dan isteri-isteri Rasulullah Saw. Para sohabiah yang berjuang bersama baginda. Bukan sekadar kisah tetapi tautan aqidah, syariah serta akhlak dan siri-siri perjuangan mereka dalam menegakkan Islam. Silih-gantikan dengan coretan dan kisah ibu-ibu dan wanita derhaka sebagai iktibar dan pengajaran seperti isteri nabi Noh, Isteri nabi Lut maupun isteri Abu lahab. Hidup mereka yang sentiasa merintangi syariah dan perjuangan Islam bahkan yang berada di barisan hadapan sebagai penentang kebenaran dan penegak kejahatan.
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ
Rabu, Mac 03, 2010
Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993 satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Diet Rasulullah
Dalam Islam, Allah telah memilih Rasulullah SAW untuk menjadi model peranan kepada seluruh alam sejagat. Baginda juga turut membawa perkara yang boleh disifatkan sebagai penyempurna akhlak manusia (makarimal akhlak). Di antara perbuatan Rasulullah yang perlu diikuti dan hayati bersama adalah dari aspek etika diet Rasulullah ataupun tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW.Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah: