Khamis, Mei 19, 2011

Terima kasih Cikgu...............




Yang kenyang pengetua dan penolong kanan. Guru biasa (melopong 'ahhhh') buka mulut luas-luas.

Kalau 309,999 guru ini tak serik-serik lagi, tak tau la. Kena mandi air tuak kot.

Bak kata Pak Samad Sasterawan Negara, "jangan dibagi undi pada pemimpin bertelinga satu, bermulut dua, lidah bercabang tiga
 
Pak Tuan:
Terima kasih cikgu kerana mengajar dan mendidik anak-anak saya menjadi anak bangsa yang berilmu, berakhlak, beriman dan berkerjaya. SELAMAT HARI GURU.

KAH KAH KAH

Ahad, Januari 30, 2011

Labis dilanda banjir besar, buruk banding 2006

Sebuah lori cuba merentas jalan yang dibanjiri berhampiran kota Labis, diikuti oleh sebuah bot Bomba. — Gambar oleh Choo Choy May


Labis dilanda banjir besar, buruk banding 2006

LABIS, 30 Jan — Banjir besar melanda pekan Labis ketika berlangsungnya pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang akibat hujan lebat yang turun tanpa berhenti sejak awal pagi ini.
 
Hujan lebat yang sekali sekala renyai turun secara berterusan sejak enam hari lepas menyebabkan Labis dan beberapa kawasan lain di Johor turut dilanda banjir termasuk Segamat, Ayer Hitam dan Yong Peng.

Banjir besar yang melanda pekan Labis kali ini disifatkan oleh beberapa penduduknya sebagai antara yang terburuk sejak beberapa tahun ini dan lebih buruk daripada kejadian serupa pada 2006.

Hampir seluruh pekan Labis Lama yang terletak berhampiran sungai ditenggelami air sedalam kira-kira satu meter. Jurucakap polis di sini Supt Abdul Aziz Ahmad berkata semua jalan utama Labis-Segamat ditenggelami air dan ditutup kepada lalu lintas. — Bernama

Selasa, Januari 18, 2011

Orang ikhlas selalunya ditindas

Assalamualaikum w.b.t

Mungkin ramai yang pernah baca artikel ini. Memang sangat menarik. Benda yang baik kita kongsi bersama. Semoga ianya menjadi pedoman untuk kita. Jom baca di bawah.

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

"Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini," kata seorang kakak berterus terang.

"Mengapa?" balas saya.

"Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas. Fokus saya kepada kerja sahaja."

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakan sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, "Kakak punya berapa orang anak?"

Sengaja saya bertanya soal-soal "di luar kotak" agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.

"Oh ramai encik..."

"Bagaimana dengan anak-anak kakak?"

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

"Kakak, boleh saya bertanya?"

"Tanyalah encik..." ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

"Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang "menjadi" dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?"

Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, "Antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?"

Dengan cepat kakak itu menjawab, "Hati ibu encik... Tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!"

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.

"Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran..." kata saya perlahan. Hampir berbisik.

"Maksud encik?"

"Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi."

"Tidak pernah saya terfikir begitu encik..."

"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya telah misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah."

"Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?"

"Maksud kakak?"

"Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?"

"Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!"

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.

"Metafora atau analoginya begini. Katakanlah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita..."

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

"Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudia atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tuba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?"

Kakak itu tersenyum dan berkata, "Tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya."

"Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?"

"Pasti ada! Insya-Allah."

"Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita. Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi."

"Subhanallah!"

"Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."

"Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?" tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

"Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!"

"Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat."

"Itu balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha Kaya. Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi."

"Maksud encik?"

"Orang yang iklas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting, hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan."

"Jadilah orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!"

Giliran saya pula tersenyum.

"Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja, pangkat yang mereka dapat akan meyebabkan mereka melarat. Gaji naik, ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back. Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!" terang saya panjang lebar.

"Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tidak beberapa bulan lagi ni?"

"Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our "CEO", kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah dengan keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya mereka tidak dapat penghargaan..."


"Maksud encik?"

"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya."

"Kenapa?"

"Kita akan sakit jiwa!"

"Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah Yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur," balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al-Quran.

"Tetapi Allah tidak berhenti memberi..", kata kakak itu perlahan.

"Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi. Justeru, siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?"

"Ah, kita terlalu ego..."

Dan itulah itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa "diperingatkan" semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan. Orang Ikhlas Tertindas?
Tamat cerita.

Untuk isteri kesayanganku, bersabarlah. Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Abah memahami sangat situasi sayang. Untuk menjadi orang yang ikhlas dan jujur, kita perlu banyak bersabar dan jadilah seorang hamba yang pemaaf..... InsyaAllah. Abah miss sayang.  Semoga kita ikhlas dalam setiap pekerjaan kita tanpa mengharap sebarang ganjaran.

Jumaat, Januari 07, 2011

Berbakti Kepada Dua Ibubapa lebih Baik Dari Ibadat 2 juta Tahun





Anas bin Malik R.A telah berkata bahawa beliau telah bertanya Rasulullah SAW lapan soalan, sebagaimana berikut iaitu:

1. "Ya Rasulullah SAW yang manakah lebih engkau suka yakni bersedekah sepotong roti atau sembahyang sunat 100 rakaat?"

Sabda Rasulullah SAW:"Sepotong roti yang engkau sedekah adalah lebih saya suka dari sembahyang sunat  100 rakaat."

2.  "Ya Rasulullah SAW yang manakah engkau lebih suka antara menyampaikan hajat seorang muslim dengan sembahyang sunat 1,000 rakaat?"
     
 Sabda Rasulullah SAW :"Menunaikan hajat seorang muslim lebih saya sukai dari sembanhyang sunat 1,000 rakaat."

 3.  "Ya Rasulullah SAW yang manakah engkau lebih sukai dari meninggalkan sesuap makanan haram atau sembahyang sunat 1,000 rakaat?"
       
 Sabda Rasulullah SAW :" Meninggalkan sesuap makanan haram adalah lebih saya sukai dari sembahyang sunat 2,000 rakaat."

4.  "Ya Rasulullah SAW yang manakah engkau lebih sukai meninggalkan ghibah atau sembahyang sunat 1,000 rakaat?"

 Sabda Rasulullah SAW :"Meninggalkan ghibah (mengumpat) lebih saya sukai dari sembahyang 10,000 rakaat."

5.   "Ya Rasulullah SAW yang manakah engkau lebih suka, yakni menunaikan keperluan seorang wanita janda atau sembahyang sunat 10,000 rakaat?"
         
Sabda Rasulullah SAW :"Menunaikan keperluan wanita janda lebih aku sukai dari sembahyang sunat 30,000 rakaat."

6.  "Ya Rasulullah SAW,  yang manakah lebih engkau sukai daripada duduk dengan anak isteri di rumah atau di masjid?"
         
 Sabda Rasulullah SAW :"Duduk sesaat bersama anak dan isteri lebih aku sukai dari i'tikaf dalam masjidku ini."

7.  "Ya Rasulullah SAW,  yang manakah lebih engkau sukai, yakni membelanjakan wang untuk keluarga atau nafkahkan untuk jihad fisabilillah?"
         
Sabda Rasulullah SAW : "Satu dirham untuk belanja keluarga lebih aku sukai dari 1,000 dirham dibelanjakan untuk jihad fi sabilillah."

8.  "Ya Rasulullah SAW,  yang manakah lebih engkau sukai dari berbakti kepada orang tua atau ibadat 1,000 tahun?"

 Sabda Rasulullah SAW:" Ya Anas, telah tiba hak dan musnah semua yang bathil (palsu), sesungguhnya yang palsu itu pasti musnah, oleh itu berbakti kepada ibu bapa itu lebih aku suka daripada ibadat 2 juta   tahun."

Wahai saudara-saudaraku dan anak-anakku, lapan soalan yang dikemukakan oleh Anas r.a kepada Rasulullagh SAW bukan semata-mata untuk pengetahuan Anas R.A sahaja, sebaliknya ia ditujukan kepada semua semua umat Rasulullah SAW

Ahad, Disember 19, 2010

Kelebihan Berselawat


Ucapkanlah Selawat yang dengan sempurna

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali,nescaya Allah berselawat sepuluh kali (iaitu Allah memberi rahmat ke atasnya sepuluh rahmat)”.

Sesetengah sahabat bertanya kpd Rasulullah saw: “Adakah yang demikian itu dengan kehadiran hati?” Baginda saw menjawab dengan sabdanya : “Tidak. Tetapi orang yang berselawat dengan hati yang lalai pun diberikan rahmat oleh Allah seumpama bukit besarnya dan para Malaikat memohon doa agar diampunkannya. Apabila disebutkan selawat itu dengan kehadiran hati, maka tidak diketahui betapa besar kadar kurniaan rahmat ke atasnya melainkan Allah swt sahaja yang mengetahuinya” .

Ketahuilah bahawa segala zikir tidak diberi pahala dan tidak diterima melainkan dengan disertai dengan kehadiran hati kecuali membaca Al-Quran dan berselawat ke atas Nabi saw yang mana kedua-duanya diterima dan diberi pahala tanpa kehadiran hati.

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang berselawat ke atasku seribu(1000) kali, nescaya ia tidak mati sehinggalah dibawakan berita gembira mengenai Syurga untuknya”.

Sabda Nabi saw : “Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali nescaya Allah Ta’ala berselawat ke atasnya 10 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 10 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 100 kali.Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 1000 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 1000 kali, nescaya ia tidak disentuh api Neraka”.

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa lalaikan dirinya dari berselawat ke atasku, maka sesungguhnya ia tersalah jalan ke Syurga”.

Sabda Nabi saw : “Sesungguhnya manusia yang paling utama bersama-samaku pada hari Kiamat (iaitu yang paling hampir kepadaku dan yang lebih berhak dengan syafaatku pada hari Kiamat) ialah yang paling banyak berselawat ke atasku di dunia di kalangan mereka”.

Sabda Nabi saw : “Selawat kamu ke atasku akan menghapuskan dan menghilangkan dosa-dosa kamu seperti air menghapuskan api”.

Sabda Nabi saw : “Tiada satu doa seseorang itu melainkan antaranya dan langit terdapat hijab sebagai pendinding sehinggalah ia berselawat ke atasku.Apabila ia telah berselawat, maka terkoyaklah hijab itu dan doa itu pun diangkatkan ke langit iaitu diperkenankan” .

Sabda Nabi saw : “Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali dalam satu hari, maka Allah tunaikan 100 hajatnya. 70 hajat untuk akhiratnya dan 30 hajat untuk dunianya”.

Nabi Muhammad saw bersabda : “Jibril telah datang kepadaku dengan berkata : “Wahai Rasulullah, tiada siapa yang berselawat ke atasmu melainkan 70 ribu Malaikat berselawat ke atasnya”.

Sabda Baginda saw : “Malaikat yang berjalan di muka bumi menyampaikan salam daripada umatku”.

Hasan berkata : “Aku dengar Abu Hurairah berkata : “Tiada seorang pun yang berselawat ke atas Nabi saw satu kali melainkan Allah menyuruh Malaikat menyampaikan selawat itu kepada Nabi saw lebih cepat daripada sekelip mata. Para Malaikat berkata : “Wahai Muhammad! Anak si folan itu…anak si folan itu…memberi salam ke atasmu.” Nabi saw dengan gembiranya menjawab : “Sampaikan padanya daripadaku sepuluh kali dan katakan kepadanya jika engkau termasuk salah seorg daripada yang sepuluh ini, nescaya akan masuk Syurga menyertaiku seperti jari telunjuk dan jari tengah ini dan engkau wajib menerima syafaatku.”

Kemudian Malaikat naik kepada Tuhan dan berkata : “Si Anu anak si Anu berselawat ke atas NabiMu Muhammad saw satu kali.” Lalu Tuhan Jalla Jalaaluhu berfirman : “Sampaikan kepadanya daripadaKu sepuluh kali dan katakan kepadanya,sekiranya engkau mempunyai satu daripada sepuluh ini,nescaya engkau tidak disentuh api neraka selamanya.” Kemudian Allah Ta’ala berfirman : “Perbesarkanlah engkau selawat hambaKu ke atas NabiKu itu dan jadikanlah ia termasuk di dalam golongan ‘Illiyiin.” Kemudian Allah menjadikan daripada setiap huruf selawat itu Malaikat yg mempunyai 360 kepala, pd setiap kepala ada 360 muka, pd setiap muka ada 360 lidah,kemudian berkatalah setiap lidah dan memuji Allah Ta’ala dengan 360 pujian. Pahala yang demikian itu dituliskan semuanya untuk orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad saw hingga ke hari Kiamat.

Sabda Nabi saw : “Tiada seorang hamba yang mengucap selawat ke atasku melainkan selawat itu dengan segera keluar dan lalu di darat dan di laut,di masyriq dan maghrib serta berkata : “Aku selawat si Anu anak si Anu yang berselawat ke atas Muhammad Al-Mukhtar sebaik-baik makhluk Allah.” Maka segala-galanya pun berselawat ke atasnya dan dari selawat itu dijadikan seekor burung yang mempunyai 70 ribu sayap,pada setiap satu sayap terdapat 70 ribu helai bulu,pd setiap bulu ada 70 ribu muka, pd setiap muka 70 ribu mulut,pd setiap mulut 70 ribu lidah,pada setiap lidah itu mengucapkan tasbih kepada Allah ‘azzawajalla dengan 70 ribu bahasa dan dituliskan baginya iaitu bagi orang yang berselawat pahala semuanya itu.

Sufyan As Sauri menceritakan :

Bila bertawaf mengelilingi kaabah, saya melihat seorang laki-laki, ia membaca selawat kepada Rasulullah saw. Saya mendekatinya lalu bertanya: "Mengapa anda meninggalkan bacaan tasbih,tahmid dan tahlil justeru hanya membaca selawat sahaja? Adakah sesautu berlaku kepada diri anda? Siapakah anda ini? Tanya orang itu. Saya Sufyan As Sauri" Jawab saya. Baiklah akan aku ceritakan." Aku meninggalkan ayahku untuk mengerjakan haji.

Ketika dalam perjalanan, ayahku sakit dan sakitnya itu membawa kematian. Aku bersedih dengan kematiannya. Wajah ayahku yang tampan itu telah bertukar menjadi hitam legam, aku menutup wajahnya dengan kain. Aku berasa sedih sekali, dan malu jika orang mengetahuinya, sedang ayahku adalah seorang ahli ibadah. Aku terus bertafakur dan tertidur. Dalam tidurku aku bermimpi seakan-akan melihat sinar yang semakin mendekati tempatku itu, dan ternyata sinar itu bersumber dari seorang yang sangat gagah lagi tampan. Pakaiannya bersih,wajahnya bersinar terang, baunya harum sekali. Aku tidak pernah melihat orang ini sebelumnya, dan aku belum mengenalinya.

Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu langkahnya sehinggalah dia berada disisiku. "Ada apa kesusahanmu?" tanyanya. "Ayahku telah meninggal dunia," aku menangis. Dan belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata. "Jangan menangis semua manusia mesti mati." "Tapi wajahnya" kataku "Wajahnya hitam legam. Tolonglah aku" aku merayu-rayu terus mengharapkan bantuan sesuatu. Tanpa berbicara apapun lagi, dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku itu, lalu mengusap telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali, aku hampir tidak percaya apa yang telah berlaku. Wajah ayahku kembali semula putih bersih, dan lebih bercahaya dari asalnya. Apa penawarnya? Sampai perkara yang cukup ajaib ini dapat berlaku.
Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu. Kemudian iapun hendak kembali semula dari arah yang ia dating tadi.

Melihat ia akan pergi, dan aku belum lagi tahu siapa orang ini, maka aku segera memegang bajunya seraya bertanya, siapakah tuan yang telah menolong ayahku ini? Dia tersenyum dan kelihatan nur dan cahaya bersinar dari senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama. "Aku ini Muhammad" jawabnya. "Muhammad siapa"? aku meminta penerangan lagi.
"Muhhamad, Rasulullah. Akulah pembawa Al Quran" jelasnya. Aku terduduk dan terpinga-pinga untuk menikmati wajahnya yang mulia. Inilah dia Rasulullah, aku berkata dalam hatiku, lisanku kelu, tidak berkata apa-apapun.
"Ayahmu ini terlalu banyak membuat sia-sia didalam hidupnya, namun begitu dia selalu membaca selawat dan salam kepadaku. Ketika ia mengalami hal buruk ini, ia memohan kepada ku untuk membantunya, maka aku datang ini untuk membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca selawat dan salam kepadaku" jelasnya.
Pada saat itulah aku terkejut dari mimpiku itu, dan aku terus teringat apa yang telah berlaku di dalam mimpi itu. Aku terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti yang berlaku di dalam mimpi tadi, bahawa wajah ayahku telah kembali putih bersih dan bercahaya lebih dari mulanya.
 
Pak Tuan
Marilah kita berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan jangan kita tinggalkan berselawat walaupun sehari dalam hidup kita.

Credit: Seribu Warna Pelangi dan Panglima 7

Sabtu, Disember 11, 2010

Minyak naik, perangkap siapa yang kena


Oleh Majdan Dagang
Kenaikan harga minyak RON95 daripada RM1.85 ke RM1.90 seliter baru-baru ini tidak mendatangkan protes besar-besaran daripada pembangkang dan NGO seperti sebelumnya.

Jika sebelum ini rakyat turun ke jalan-jalan membantah kenaikan harga tersebut, namun kenaikan harga minyak yang diserangkaikan dengan kenaikan diesel, gas asli cecair (LPG) dan gula pada kali ini seolah-olah tidak menjejaskan rakyat.


Secara terperinci harga petrol RON95 dinaikkan sebanyak 0.05 sen kepada RM1.90 seliter, diesel dari RM1.75 kepada RM1.80 seliter, harga gas asli cecair (LPG) dinaikkan RM0.05 sen kepada RM1.90 manakala harga gula dinaikkan sebanyak RM0.20 menjadikan RM2.10 sekilo.

Nah! Benarkah rakyat menerima pernyataan daripada sang penguasa bahawa kenaikan tersebut masih rendah berbanding negara jiran dan kenaikan tersebut tidak menjejaskan rakyat?

Tidak semudah itu rakyat yang cerdik menerima alasan yang sama setiap kali berlaku kenaikan harga keperluan asas.

Rakyat juga sepatutnya tidak lupa akan janji yang pernah dinyatakan oleh kerajaan sebelum ini bahawa harga RON95 tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini? Datuk Ismail Sabri, Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan perkara tersebut pada awal November lalu.

Namun, kira-kira sebulan selepas jaminan tersebut, harga RON95 dinaikkan lagi 5 sen. Dalam hal ini cakap siapakah lagi yang boleh dipercayai? Adakah janji tersebut hanya bertujuan meredakan kemarahan rakyat? Walhal, kerajaan memang berhajat menaikkannya.

Jika dalam hal yang sedemikian pun kerajaan boleh memberi harapan palsu kepada rakyat, apatah lagi dalam hal lain. Bagaimana dengan janji untuk menghapuskan rasuah, menangani masalah sosial, mengurangkan kadar kemiskinan dan bermacam lagi.

Nilai 5 sen mungkin kecil bagi seorang menteri, tetapi bagi golongan berpendapatan rendah yang menjadi majoriti rakyat Malaysia, nilai itu amat besar apatah lagi kenaikan minyak dan gula ini akan mengakibatkan rantaian kesan kepada barangan lain juga.

Cuma, dalam kenaikan kali ini. Isu kenaikan minyak dan gula ini tidak memberikan tindak balas besar-besaran daripada rakyat.

Ada dua kemungkinan mengapa isu kenaikan ini sekadar menjadi suam-suam kuku. Yang pertama, terlalu banyak isu besar yang sedang berlaku sekarang ini, seperti isu air yang melanda Selangor dan isu ketuanan Melayu.

Dari satu sudut, kerajaan telah menjadikan isu-isu lain sebagai besar dan diperdebatkan oleh rakyat umum agar mereka teralih perhatian daripada maslahat yang sebenar. Dalam hal ini kerajaan melalui media-media utama yang dikuasainya berjaya mengalih perhatian rakyat.

Tetapi jangan lupa, media-media alternatif terutama media dalam talian telah berjaya menyeimbangkan permainan media-media utama. Isu kenaikan harga minyak ini tidak terlepas daripada perhatian mereka.

Kemungkinan kedua, rakyat sudah menyimpan tekad di dalam hati masing-masing bahawa tiada cara lain untuk menghentikan segala kenaikan yang tidak munasabah ini melainkan melalui undi pilihan raya.

Kemungkinan kedua ini lebih membimbangkan kerajaan kerana tindakan untuk mengatasinya sukar dilakukan. Secara umum kerajaan melihat alasan yang diberikan seolah-olah diterima rakyat dan tiada tanda-tanda bantahan. Maka kerajaan boleh tidur lena! Tetapi ibarat api dalam sekam, kemarahan rakyat bakal diluahkan apabila sampai masanya.

Dalam hal ini masing-masing memasang perangkap – kerajaan dan rakyat. Kerajaan beranggapan isu-isu besar lain telah berjaya menenggelamkan isu kenaikan harga, sementara rakyat memasangkap perangkap bahawa mereka tidak marah harga naik, tetapi menyimpan kemarahan itu dalam PRU-13 nanti!
 

Pendapatan Negara Bersumberkan Judi dari 2000 hingga September 2010


Saya petik:
Pelapor: Puan Siti Zailah Binti Mohd. Yusuff (Rantau Panjang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pendapatan negara sejak tahun 2000 hingga tahun 2010 dari sumber pendapatan dari hasil lesen judi yang dikeluarkan dan jumlah perbelanjaan terperinci yang telah digunakan dari hasil pendapatan lesen judi tersebut.

JAWAPAN BERTULIS:

1.Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hasil yang disumbangkan oleh sektor perjudian kepada negara dari tahun 2000 hingga 30 September 2010 adalah seperti berikut: (senarai di atas)

2. Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, kesemua hasil perjudian tersebut dimasukkan sebagai hasil ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Hasil dalam Kumpulan Wang Disatukan ini digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan membangun negara tanpa disasar kepada sesetengah golongan sahaja.

Prosiding disiplin ke atas Lingam Isnin ini

Meskipun kerajaan telah memutuskan supaya tiada tindakan diambil ke atas peguam Datuk VK Lingam berhubung isu video kontroversi yang mengaitkan peguam kanan itu dengan pelantikan hakim-hakim, namun beliau berkemungkinan diheret ke Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara.

lingam tape hearing 300108 vk lingam 01Bermula Isnin ini, sebuah jawatankuasa disipilin bebas yang ditubuhkan oleh Majlis Peguam akan bersidang dan menyiasat aduan yang dibuat ke atas Lingam (bertali leher merah).

Pengadu dalam kes ini adalah Majlis Peguam sendiri.

Adalag difahamkan inkuiri itu tidak akan dibuka kepada orang ramai tetapi sebaliknya hanya mengumpulkan fakta-fakta terhdap Lingam dan berlarutan beberapa hari.

Berikutan rumusan lembaga itu, laporan akan dihantar kepada Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara yang mempunyai 17 anggota. Mereka kemudiannya akan memutuskan sama ada tindakan wajar dikenakan ke atas Lingam.

vk lingam ahmad fairuz chief justice video sequenceLingam juga difahamkan akan diberi peluang mempertahankan dirinya pada jawatankuasa disiplin dan juga lembaga berkenaan.

Lembaga itu secara rasmi ditubuhkan pada 1992 mengikut Akta Profesion Undang-undang 1976. Ia kini dipengerusikan oleh bekas peguam dan bekas pemangku ketua menteri Pulau Pinang, Khalid Ahmad Sulaiman.

Selain pengerusi lembaga berkenaan yang dilantik oleh Ketua Hakim (Malaya), anggota lain termasuk presiden Majlis Peguam dan 15 peguam.

Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan, apabila dihubungi mengesahkan bahawa jawatankuasa disiplin akan memulakan prosiding ke atas Lingam bermula Isnin ini.

Panel lima anggota suruhanjaya diraja sebelum ini mendapati klip video yang menunjukkan Lingam sedang bercakap dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim, adalah tulen.

Surahanjaya itu juga memperakukan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap enam individu iaitu Lingam, Ahmad Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Mohd Eusoff kerana salah laku.

Suruhanjaya itu juga mendapati ada bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Undang-undang 1976

Jumaat, Disember 10, 2010

PM: Usah gadai masa depan negara pada Pakatan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pihak Pakatan Rakyat tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan BN untuk memimpin negara ini.

azlanJusteru, beliau berkata, rakyat Malaysia tidak perlu menggadai masa depan negara kepada pembangkang yang dilihat hanya bijak menabur janji-janji manis.

"Mereka tidak mempunyai ideologi yang didukung bersama, hanya tahu menabur janji dan mempunyai pegangan masing-masing yang terlalu longgar dalam kesepakatan politik," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Deepavali Parlimen Pekan, di Pahang, hari ini.

Najib berkata, kepimpinan BN yang sebelum ini dikenali sebagai Perikatan, telah berjaya membawa negara mencapai kemerdekaan dan mengisi perjuangan kemederkaan selama lebih 50 tahun dan akan terus memacu negara ini menjadi sebuah negara maju.

"Janganlah mengambil risiko (menyokong Pakatan Rakyat) yang akan sebabkan kita menyesal di hari muka," katanya.

Najib berkata, sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin yang hanya tahu menabur janji akhirnya akan mendatangkan musibah kepada rakyat.

NONEKatanya, kepimpinan BN selama ini telah berusaha gigih menunaikan segala janji yang diungkapkan dan diterjemahkan demi kepentingan rakyat dan negara.

Beliau turut berikrar akan melaksanakan pentadbirannya dengan seadil-adilnya untuk kepentingan semua kaum di negara ini.

"Saya akan pegang kepada semangat 1Malaysia, dahulukan kepentingan rakyat, Insya-Allah rakyat akan mendapat manfaat besar di bawah kepimpinan Barisan Nasional," katanya.

- Bernama

Foto Menarik Dan Unik Dari Beberapa Bahagian Dunia




Menarik. Ia hanya terdapat di negara yang disebutkan dan tidak mungkin atau sekurang-kurangnya terlalu tipis untuk ditemui di tenpat lain.

Lihatlah beberapa peristiwa yang terjadi di beberapa negara ini sungguh unik dan bisa membuat kita kaget melihatnya..Peristiwa-peristiwa tersebut hanya terjadi di Australia, China, Hawai, Indonesia, India, Texas, Thailand, Jepun, dll... yang sulit untuk ditemukan di negara-negara lain.


Hanya di Australia


Hanya di China


Hanya di Hawai


Hanya di Indonesia


Hanya di Texas


Hanya di Thailand


Hanya di India




Hanya di Jepang

Khamis, Disember 09, 2010

Ahmad Dhani simpan gambar bogel rakan





FPI buat laporan Polis terhadap bintang rock

JAKARTA: Front Pembela Islam (FPI) semalam membuat laporan polis terhadap bintang rock, Ahmad Dhani (gambar) atas dakwaan menyimpan gambar bogel penyanyi dan pelakon, Dewi Persik (Depe) dalam akaun Twitternya.

"Kami membuat laporan terhadap Ahmad Dhani kerana menyimpan gambar porno Dewi Persik.

"Berserta dengan itu, kami juga membuat laporan terhadap Dewi," kata Ketua FPI cawangan Jakarta, Habib Salim, ketika ditemui di Balai Polis Metro Jaya.

Habib tiba bersama lima wakil FPI dengan membawa gambar berkenaan.

Gambar itu antaranya menunjukkan Dewi berbogel dalam satu filem yang pernah dibintanginya serta gambar Julia Perez yang sudah tersebar di media sebelum ini.

"Gamabr ini adalah bukti. Kami membuat laporan terhadap Depe dulu.

"Mengenai Jupe (Julia Perez), kami masih mencari bukti lengkap," kata Habib. - Agensi

-HMetro

Ganas!! Lelaki Ini Didakwa Lakukan Seks Ganas Sehingga Mencederakan Isterinya

Lelaki ini mengaku tak bersalah cederakan mangsa selepas pertuduhan dibaca


Salah satu hikmah perkahwinan dalam Islam ialah dapat memenuhi kehendak seksual yang menjadi fitrah manusia dengan jalan yang baik dan halal. Kalaulah si suami melakukan hubungan tersebut sehingga berlaku kecederaan dan menganiayai si isteri, maka di manakah letaknya kasih sayang seorang suami? Cuba anda bayangkan, mengapakah si isteri memilih jalan ke mahkamah untuk menyelesaikan kes ini? Anda mungkin tahu jawapannya. Jadikan pengajaran!!!

Saya petik:


[BH] MELAKA: Seorang peniaga dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dakwaan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan isterinya di kediaman mereka di Melaka Tengah, dekat sini, dua tahun lalu.

Tertuduh, Tengku Shaiful Nizam Tengku Abd Jalal, 30, (gambar) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Muhammad Hazri Hanafi. Beliau yang tidak diwakili peguam mengangguk kepala sebagai tanda memahami pertuduhan ketika jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan, Tengku Saiful Nizam didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun kerana melakukan kesalahan itu ke atas isterinya yang berumur 29 tahun, di Taman Melaka Baru Fasa 3, Melaka Tengah, di sini sehingga menyebabkan kecederaan ke atas wanita itu pada kira-kira jam 5 pagi, pada 2 Jun 2008.

Tertuduh dan isterinya kini masih dalam proses perceraian.

Pegawai pendakwa, Inspektor Muhather Mohd Kudus dalam pendakwaannya menawarkan jaminan sebanyak RM7,000 terhadap tertuduh tetapi selepas mendengar rayuan, Muhammad Hazri membenarkan jaminan dikurangkan kepada RM6,000. Beliau kemudian menetapkan 20 Januari 2011 untuk sebutan semula kes dan mengarahkan tertuduh melantik peguam bela.

Baru disahkan bercerai tetapi isteri mendapat anak baru dengan "lelaki" lain?

AZUAN menunjukkan gambar bekas isterinya, Hasli Azuwa di Alor Setar semalam.

Majlis agama Islam atau Mahkamah Syariah sepatutnya mengambil serius kes ini kerana ia melibatkan hukum. Sekiranya perkahwinan kedua si isteri tersebut tidak sah, apakah hukum bagi anak tersebut?

Saya petik:
[KS] ALOR SETAR – Seorang kakitangan kerajaan di sini, Azuan Abu Bakar, 32, terkejut apabila mendapati isterinya yang baru disahkan bercerai dengannya oleh mahkamah semalam rupa-rupanya sudah berkahwin lain dan mendapat anak baru.

Dia yang berasal dari Taman Desa Ilmu dekat Pokok Sena memberitahu, perceraiannya dengan Hasli Azuwa Johari, 21, melalui cara tebus talak sebanyak RM35,000 baru diputuskan oleh Mahkamah Syariah Alor Setar semalam.

Azuan berkata, dia bernikah dengan Hasli Azuwa pada 19 Ogos 2007 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Amri Helmi yang kini berusia dua tahun enam bulan.

“Tapi pada 11 Februari 2009, isteri saya telah bertindak keluar dari rumah selepas berlaku perselisihan faham dengan saya,” katanya di sini semalam.

Menurut Azuan, dia sebelum ini tidak pernah melafazkan cerai kepada Hasli Azuwa malah isterinya itu keluar dari rumah pun ketika dia tiada di rumah kerana bekerja.

“Sejak itu, dia tidak pulang ke rumah dan saya ada membuat laporan polis mengenai kehilangannya tetapi semalam saya terkejut apabila mendapat tahu dia telah melahirkan seorang bayi lelaki pada 20 Mac lalu,” ujarnya.

Anak Kurang Ajar

بسم الله الرحمن الرحيم

WANITA 70 TAHUN TINGGAL BOGEL DI ALOR GAJAH

ALOR GAJAH: Seorang ibu berusia 70 tahun ditemui tinggal bersendirian dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah usang di Kampung Melekek Dalam, dekat sini, semalam, dipercayai ditinggalkan anaknya bagi tempoh agak lama.

Warga tua malang ini didapati berbaring di atas sebuah katil daif tanpa dibaluti sebarang pakaian, manakala najisnya dilihat bertaburan di situ, selain keadaan persekitaran berbau busuk dan hancing serta sangat meloyakan. Seorang penduduk, Rahmat Sulong, 60, berkata wanita tua berkenaan yang dikenali sebagai Inap Aji, dibiarkan tinggal seorang diri dan hidup seperti itu oleh anaknya sejak kematian suami beliau beberapa tahun lalu. "Beginilah keadaannya sepanjang masa dan beliau akan makan, minum dan buang air di tempat sama iaitu di katilnya. Sebab itu tempat ini berbau busuk dan hancing kerana wanita tua ini sudah tidak boleh bergerak lagi kerana terlalu uzur," katanya.

Rahmat berkata, sebagai jiran dan penduduk kampung itu, beliau prihatin dengan nasib wanita tua berkenaan dan berharap satu tindakan segera diambil bagi membantunya supaya tidak terus menderita terbiar di situ dihurung lalat dan bau busuk.

Katanya, wanita itu mempunyai seorang anak perempuan yang sudah berkeluarga dan melawatnya selang beberapa hari dengan membawa makanan.

"Kami sebenarnya sudah bertemu wanita ini dan berbincang berhubung nasib ibunya tetapi tidak mendapat maklum balas positif, malah kami juga pernah mengajukan masalah ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapat bantuan dan ia tetap tidak berhasil.

"Mengikut JKM, wanita tua ini mempunyai pencen sebagai tukang sapu, manakala anak tunggalnya itu bekerja. Disebabkan itu, wanita berkenaan dikatakan tidak dapat dibantu walaupun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sudah berusaha ke arah itu.

"Jadi, sampai bila wanita tua ini terus hidup dalam berkeadaan seperti ini? JKM sepatutnya menghulur bantuan termasuk membawanya ke pusat jagaan sesuai supaya kehidupannya lebih terurus," katanya.

Sementara itu, tinjauan lanjut mendapati bahagian dalam rumah kayu itu dibiarkan tidak berkunci, selain keadaan dalam rumah berselerak, manakala lampu bilik menyala sepanjang masa oleh anak warga tua berkenaan..

Rabu, Disember 08, 2010

Isteri Kedua Pengerusi Syabas Fail Cerai

KUALA LUMPUR: Isteri kedua kepada Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Permohonan Justynn Cassandra, 25, difailkan pada bulan lalu dan permohonan tersebut disebut di hadapan Hakim Syarie Ab Malik Awang pada Rabu.

Pada prosiding itu, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Rozali memohon mahkamah memberikan masa selama tiga bulan untuk membolehkan kedua-dua pihak menyelesaikan perkara itu secara baik.

“Saya dimaklumkan oleh anak guam bahawa mereka masih belum membuat sebarang perbincangan mengenai permohonan ini,” tambah Fakhrul Azman.

Bagaimanapun, permohonan itu dibantah oleh peguam syarie Amli Embong yang mewakili Justynn.

“Tempoh tiga bulan adalah terlalu lama kerana mereka sudah tidak bersefahaman. Saya mohon diberikan dua minggu untuk mereka berbincang,” katanya.

Ab Malik kemudian membenarkan kes tersebut ditangguhkan sehingga 4 Januari depan untuk Rozali membuat keputusan terhadap permohohan plaintif.

Rozali dan Justynn mendirikan rumah tangga pada 2006 di Perlis dan dikurniakan dua orang anak berusia empat dan setahun.

Selasa, Disember 07, 2010

HARGA MINYAK PALING RENDAH DI DUNIA. RAKYAT PERLU BERSYUKUR

Cuba bandingkan harga minyak di negara di atas ini. Tidakkah harga minyak di negara kita lebih rendah dari lain2 negara di dalam dunia ini? Oleh itu kita perlulah bersyukur....

Nasib Malang Khir Toyo sehingga dua generasi?

INILAH rumah bekas Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir
yang terletak di hujung jalan mati di Seksyen 7, Shah Alam.

Malang sehingga dua generasi? Itulah kata pakar Feng Shui. Orang Islam tidak boleh mempercayainya kerana BOLEH membawa kepada syirik.
Saya petik:

[KS] SHAH ALAM – Apakah ada kaitan sesebuah rumah dengan nasib seseorang?

Dalam kes kedudukan rumah banglo milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang lokasinya terletak di hujung jalan mati, sekurang-kurangnya ada pakar Feng Shui percaya ia boleh menyebabkan nasib malang sehingga dua generasi.

Menurut seorang pakar Feng Shui, Joe Choo, terdapat masalah aliran medan tenaga magnetik di kawasan jalan mati menyebabkan pemilik sesebuah rumah mengalami pemikiran bercelaru dan gagal membuat keputusan yang baik.

“Kedudukan rumah di hujung jalan mati menyebabkan tiada aliran tenaga. Ia ibarat sebuah kenderaan yang hanya boleh membuat pusingan U.

“Ia membawa makna orang yang tinggal di rumah tersebut berada dalam keadaan tidak tentu arah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Rabu, Disember 01, 2010

10 Tempat Terlarang Meletakkan Handfon



Telefon Bimbit atau handphone sudah merupakan satu keperluan. Hampir setiap orang di dalam negara ini memilikinya. Dari seorang kanak-kanak tadika di kota kepada seorang warga tua di desa. Untuk menjaga handfon sentiasa di dalam keadaan baik serta tidak mendatangkan mudharat kepada diri sendiri dan orang lain, harap diperhatikan 10 tempat terlarang untuk meletakkan telefon bimbit :

1. JANGAN TARUH DALAM KOCEK SELUAR
Bagi lelaki yang senang meletakkan telefon bimbit di kocek seluar sebaiknya berfikir semula. HP menghasilkan paparan medan elektrostatik dan elektromagnetik yg mengakibatkan infertility (kemandulan).

2. JANGAN LETAKKAN BERSAMA BARANG ELEKTRONIK
Jangan gunakan HP ketika signal lemah dekat dengan barang elektronik berprestasi tinggi (seperti TV, OVEN, HEATER ,dll), kerana dapat merosak sirkuit HP.

3. JANGAN DISIMPAN DEKAT KUNCI KERETA
Dalam keadaan tertentu HP yg digunakan dlm kendaraan akan memberikan kesan merosak terhadap peralatan elektronik kendaraan. HP yg diletakkan terlalu dekat dengan kunci kereta ternyata boleh menghapus kod elektronik yang ada di kunci tersebut.

4. JANGAN LETAKKAN DEKAT KOMPUTER
Komputer dan HP sama-sama memancarkan gelombang elektromagnetik. Jika berada dalam jarak yg dekat, maka keduanya akan saling merosak.

5. JANGAN LETAKKAN DI TEMPAT BERSUHU TINGGI
Tempat bersuhu tinggi,kelembapan tinggi, dan berdebu merupakan kumpulan musuh HP. Jika tertinggal di dalam kereta di cuaca yang panas terik, hp memang rosak, setidak-tidaknya baterinya.

6. HINDARI MELETAKKAN KAD SIM DEKAT MAGNET
Kerana radiasi yg ditimbulkan HP dapat merosak floppy disk, kad memori dan kad kredit seseorang.

7. JAUHKAN DARI BENDA LOGAM
Jauhkan HP dari benda logam kecil kerana magnet dalam speaker HP akan menarik benda-benda tersebut dan HP mengalami kerosakan.

8. JAUHKAN DARI ALAT PACU JANTUNG
Peralatan perubatan seperti alat pacu jantung dapat terganggu dikeranakan gelombang elektromagnetik.

9. JANGAN DEKAT GAS YANG MUDAH TERBAKAR
Gas berbahaya karena memiliki tekanan tinggi dan mudah terbakar. Oleh karena itu HP tidak akan berfungsi dengan baik.

10. HINDARI DAERAH BASAH
Rasanya kita semua sadar betapa bahayanya air bagi hp. Air juga musuh kamera digital .. Apalagi saat musim hujan, boleh mengundang banyak risiko. Bagi penunggang motorsikal, segera selamatkan hp anda dengan menyimpan di tempat yang kedap air saat hujan tiba.

Semoga bermanfaat ...

20 Amalan Mulia Pembuka Pintu Rezeki

Amalan-amalan yang ingin dibaca ini, boleh menjadi penyebab Allah melimpahkan rezeki kepada kita,dengan keluasan rezeki dengan kesan mendadak hasil amalan-amalan mulia ini, iaitu kesannya berupa rasa “cukup” dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah dibentangkan sejak Nabi Adam diturunkan, Allah membuka jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki, dalam pelbagai bentuk dan cabang, yang sentiasa menjadi punca kebaikan amalan di dunia, dan kesan amalan mulia ini mempunyai siri rantaian yang kekal ke alam akhirat.

Rezeki yang dikurniakan Allah ini bukan hanya berbentuk wang ringgit dan makanan semata-mata. TETAPI dalam keadaan pelbagai rupa bentuk pertolongan dan bantuan orang kepada kita disaat kita sangat-sangat memerlukan bantuan. Contoh seperti kereta rosak di tengah jalan atau ditengah malam. Memerlukan tunjuk ajar dari seseorang, penunjuk jalan dikala kita sesat, di kala kita ketakutan, di kala kecemasan, mengharapkan sokongan dari orang lain, melepasi 'traffic jammed' di saat kita kena cepat sampai pada waktunya dan macam-macam lagi yang kita tak terfikirkannya..

AL - FATIHAH

Sebelum memulakan 20 amalan mulia, anda disarankan membaca Surah Al-Fatihah seperti di bawah setiap hari selepas solat: Dan selepas selesai membacanya, Anda niatkan pahalanya untuk dihadiahkan seperti di bawah:
    1. Aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada (Nabi Muhammad SAW,
    2. Aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada kedua ibu & bapaku dan seluruh salasilah keturunan ibu 
        dan bapa aku yang telahpun meninggal dunia,
    3. Aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada diri aku, dan kesemua adik-beradikku,
    4. aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada guru-guruku yang pernah mengajari aku sejak aku kecil
        hinggalah aku dewasa sekarang ini,

Amalan 1.
Menyempatkan diri beribadah - Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya,
seperti firman-Nya dalam Hadis Qudsi:
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku, maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan,
dan Aku tidak menutup kefakiranmu."
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

Amalan 2.
Memperbanyak istighfar - Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah,
yang menjadi sebab Allah merasa sayang dan kasihan pada hamba-Nya, lalu Allah berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba yang meminta itu.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar, maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya,
menyelesaikan segala masalahnya, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

Amalan 3.
Tinggalkan perbuatan dosa - Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah, malah menutup pintu rezeki.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya."
(Riwayat at-Tirmizi)

Antara perbuatan dosa yang hari-hari kita buat:
1. Pandang aurat manusia – umpat berlebihan (juga melalui internet pakai keyboard)
2. Buruk sangka – pandang rendah keupayaan manusia lain – rasa diri bagus, megah
3. Buang sampah keluar dari kereta – dan perkara2 yang anda tafsirkan sebagai buruk

Amalan 4.
Sentiasa ingat Allah - Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman (iaitu Islam).
Firman-Nya:
"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."
(Al Quran, Surah Ar-Ra'd, Ayat 28)

Antara amalan ingat Allah yang boleh kita buat:
1. Sambil kerja sambil berzikir dalam hati (tak perlu gerakkan mulut pun)
2. Banyakkan bersyukur setiap 1 jam (dengan cara anda yang tersendiri)
3. Mulakan setiap 1 perkara dengan Bismillah (kalau anda mampu)
dan apa sahaja perbuatan “baik” asalkan minda anda sentiasa mempunyai “connection” dengan Allah tanpa “disconnect” dengan Allah.

Amalan 5.
Berbakti dan mendoakan ibu bapa - Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Nabi Muhammad s.a.w. berpesan,
Agar sesiapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Nabi Muhammad s.a.w. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya, maka kebahagiaanlah buatnya, dan Allah akan memanjangkan umurnya."
(Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya, nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya. "
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

Amalan 6.
Berbuat baik dan menolong orang yang lemah - Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah,
menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki, melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu."
(Riwayat Bukhari)

Amalan 7.
Tunaikan hajat orang lain - Menunaikan hajat orang, menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri,
seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..."
(Riwayat Muslim)

Amalan 8.
Banyak berselawat - Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai,
kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, selawat itu dapat menghilangkan kesukaran serta meluaskan rezeki, selawat itu dapat menyebabkan terlaksananya semua hajat.
Wallahu a'lam.

Amalan 9.
Buat kebajikan banyak-banyak - Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki & makhluk lain mengutuknya. "

Amalan 10.
Berpagi-pagi - Menurut Nabi Muhammad s.a.w.,
berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah)
adalah amalan yang berkat.

Amalan 11.
Menjalin silaturrahim - Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya, maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. "
(Riwayat Bukhari)

Amalan 12.
Melazimi kekal berwuduk - Seorang Arab desa menemui Nabi Muhammad s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki."
(Diriwayatkan daripada Sayyidina Khalid al-Walid)

Amalan 13.
Bersedekah - Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain,
nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya."
(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

Amalan 14.
Melazimi solat malam (Solat Tahajud) - Rekod menunjukkan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

Amalan 15.
Membiasakan Solat Dhuha - Waktu Solat Dhuha iaitu 28 minit selepas waktu syuruk (waktu syuruk)  = waktu terbit matahari, waktu maksimum Dhuha ketika kulit anda dapat merasai bahang matahari
Solat Dhuha lazimnya dibuat waktu ketika manusia sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), Amalan ini mempunyai rahsia tersendiri yang Maha Luar Biasa.
Firman Allah dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan 4 rakaat pada waktu permulaan siang
(solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya."
(Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

Amalan 16.
Bersyukur kepada Allah - Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras."
(Al-Quran, Surah Ibrahim, Ayat 7)
Allah berfirman lagi:
"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur."
(Al-Quran, Surah Ali Imran, Ayat 145)

Amalan 17.
Amalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu - Zikir dari ayat-ayat Al-Quran atau Asma'ul Husna (99 Nama Allah) selain dapat menenangkan hati manusia, malah dapat menjernihkan perasaan dan melunakkan hati, amalan berzikir mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan untuk memahami agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya,
2 ayat terakhir Surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara berterusan 7 kali selepas solat fardhu,
dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah ,
al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika dibacakan selalu; misalnya dibaca
"Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang,
diiringi doa:
"Ya Allah ,
bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,
bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu,
ya Fattah ya 'Alim."
Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca Surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan & kemiskinan selagi dia hidup di dunia ini.
Wallahu a'lam.

Amalan 18.
Berdoa - Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam Al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
Nota:
1. Tanggungjawap manusia kekalkan berdoa kepada Allah (jangan putuskan amalan ni)
2. Peranan Allah memakbulkan apa sahaja permintaan manusia
3. Gabungkan formula doa ini mintak di waktu mustajab (pukul 2~3 tengah malam)
Inilah buktinya… Allah berfirman lagi:
“…dan tuhanmu berfirman, berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Ku-perkenankan bagimu…”
(Al-Quran, Surah Ghafir, Ayat 60 )

Amalan 19.
Berikhtiar sehabisnya - Siapa yang berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah.
Dalam 1 hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi nikmat agama Islam hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja.
(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang Islam yang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Al-Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak dapat jodoh yang baik dia sendiri kena jadi baik dulu, hendak rezeki berkat dijauhinya dari sumber yang haram, dan sebagainya.

Amalan 20.
Bertawakal - Dengan tawakal, seseorang itu akan dikurniakan rasa kaya oleh Allah .
Firman-Nya:
"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ."
(Al Quran, Surah At-Thalaq, Ayat 3)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari ia telah kenyang."
(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua 20 amalan mulia yang disebut ini, adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) ,dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya."
(Al-Quran, Surah At-Talaq, Ayat 2~3)

Sebagai orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya

Selasa, November 30, 2010

Jamie Oliver, Chef Terkaya di Britain

Bagi sesiapa yang rajin menonton Saluran TLC, AFC di Astro mungkin biasa melihat tukang masak selebriti ini mengacarakan rancangan masakannya. Gayanya bersahaja, masakannya ringkas, dan dia gemar bereksperimen ketika menyediakan resipinya. Namun, siapa menyangka aksi bersahaja itu sebenarnya membuahkan hasil yang begitu lumayan kepada tukang masak ini. Begitu juga resipi yang ringkas dan berekperimen itu dibukukan dan dijual begitu laris di pasaran.

Menurut The Sun, buku Jamie Oliver menduduki tangga kedua selepas buku Harry Potter dalam kedudukan buku terlaris di pasaran Britain. Hasil jualan bagi buku masakannya mencecah £100 juta. Menurut anggaran media, tukang masak selebriti ini memiliki harta melebihi RM500 juta! WOW!

Senarai chef terkaya itu diikuti oleh Gordon Ramsay, Marco Pierre White, Rick Stein, Delia Smith, Nigella Lawson, James Martin, dan Heston Bluementhal.