Jumaat, Julai 24, 2009

BARU BELAJAR

Sebenarnya saya suka menulis dan berfikir. Kadang-kadang rasa macam nak pecah kepala jika tidak dilahirkannya. Melalui blog ini saya akan menulis apa-apa saja yang terlintas di hati saya untuk bacaan saya di samping untuk mengasah bakat menulis. Untuk pengetahuan pembaca, apa-apa yang saya tulis adalah pandangan saya pada waktu itu saja dan ianya tidak menggambarkan perasaan saya yang sebenar.

=============================================


Senangnya dalam hati dah ada blog sendiri. Selalunya aku suka baca blog orang ja tapi hari ini walaupun sibuk juga dengan aktiviti Kem Bestari Solat Fasa 4 khas untuk murid-murid tahun 5 di sekolah aku, jadi aku cuba-cuba curi masa untuk menulis sesuatu yang terlintas di hatiku. Terima kasih banyak-banyak kepada sahabatku yang sukar aku lupainya Mat Som yang banyak memberi semangat dan harapan yang tidak putus-putus supaya aku menulis sesuatu.


Semasa aku di maktab perguruan dulu, aku seorang pengarang untuk majalah maktab. Tetapi sejak dah kerja dan ada tanggungjawab yang besar, aku mulai malas untuk menulis. Walau bagaimanapun, jika ada mesyuarat PIBG atau Hari Anugerah Cemerlang, aku diminta oleh GB untuk menulis teks ucapannya. begitu juga dengan YDP, sama ada untuk mesyuarat atau hari anugerah akulah yang tulis teks ucapannya. Kadang-kadang aku rasa macam aku yang berucap dan bukannya mereka. Tapi, aku tanya juga apa-apa isi penting yang mereka hendak cakapkan. Sekurang-kurangnya isi-isi itu berguna juga untuk aku. Tidaklah teruk sangat untuk perah otak untuk menulis untuk majlis tersebut. Kadang-kadang jika aku tak dan, aku ambil dari internet ja, contoh-contoh ucapan dan aku ubah sesuai ja.


Semalam aku pergi ke satu majlis ramah mesra bual bicara dengan seorang yang ada kedudukan juga dalam politik tanah air. Dari ucapannya, aku dapati beliau tidak banyak membaca dan tidak pandai ambil peluang. Tetamu yang datang agak ramai juga. Lebih daripada 100 orang. (Dah kira bagus kerana bukan senang nak jemput orang kampung untuk hadir ke majlis politik) Kadang-kadang terfikir juga adakah ini sajakah taraf pendidikan bakal ketua kami. Aku balik ke rumah dah jam 12 tengah malam. Kadang-kadang rasa macam rugi masa ja tapi untuk bantu kawan-kawan dan meramaikan majlis kawan, aku korbankan juga masa aku. Walaupun isteri aku baru sampai balik dari Melaka. (Beliau pergi mesyuarat di sana.) Apa-apa pun aku senang dan gembira kerana dapat gembirakan hati kawan aku. Dua isi yang aku bagi kat beliau untuk berucap dalam majlis itu, beliau ucapkan. Gaya ucapan beliau aku rasa beliau layak jadi YB jika dibandingkan dengan ketua (tetamu) pada malam itu.


Semalam 24.07.2009 bersamaan hari Jumaat aku pergi ke majlis yang dihadiri oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. Aku dapati tidak ramai yang hadir ke majlis itu. Mungkin hari Jumaat kut. (Hari Jumaat cuti umum di Kedah). Rasa terkilan yang amat sangat. 2 minggu untuk persiapan itu tapi YAB Menteri pelajaran berucap tidak sampai 1 jam pun. Beliau macam tergesa-gesa untuk ke tempat lain yang lebih penting kut.

1 ulasan:

  1. salam, jika senang, berkunjung la ke blog saya.

    sekadar fikrah anak muda.

    mohon tunjuk ajar saudara yg byk pengalaman terutama bidang politik.

    terima kasih.

    BalasPadam