Selasa, Ogos 11, 2009

H1N1 6 KORBAN LAGI

Jumlah kematian akibat selesema A (H1N1) meningkat kepada 38 orang apabila enam lagi kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan naik mendadak kepada 2,253 kes apabila 270 kes baru - rekod tertinggi dalam satu hari - dilaporkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Semalam enam kematian, sementara kelmarin lapan kematian dilaporkan - termasuk kes-kes yang baru disahkan dan belum dilaporkan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema itu jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus A (H1N1).

Unjuran ini dengan mengambil kira andaian kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus daripada 5.5 juta orang yang dijangkiti, kata pengarah penyakit berjangkit WHO Dr Tee Ah Sian hujung bulan lalu.

2 ulasan:

  1. Bila hang nak letak eksesori dalam blog hang yang mula hangat ni? Taip aje CARA-CARA MEMBUAT HIASAN BLOGSPOT atau CARA-CARA MEMBUAT EKSESORI BLOGSPOT dalam search engine GOOGLE. Susah sangat lihat TIP BUAT BLOGSPOT dalam label blog aku. Tkasih. Tahian dah jadi blogger yang aktif masukkan artikel.

    BalasPadam
  2. Tahniah...mahaf salah TAIP PULAK DAH....keyboard aku ni dah uzur

    BalasPadam