Rabu, Ogos 10, 2011

GELANG PATAH - Berawankan derita berlantaikan harapan (Menumpang dikebun durian Cina),


Gelang Patah - Berawankan derita berlantaikan harapan itulah igauan keluarga ini apabila hanya mampu menumpang teduh di bawah pondok usang hasil ehsan dari seorang pemilik kebun durian yang berketurunan Cina di Gelang Patah. Dalam suasana umat Islam di Malaysia menyambut ramadhan dan persiapan menyambut aidilfitri namun bagi keluarga di Gelang Patah ini seakan-akan tiada berharapan.

"Bukan aidilfitri yang kami idamkan" mungkin itulah kata-kata yang lahir dari ibu kepada 6 orang cahaya mata ini yang 2 orang anaknya terpaksa diserahkan kepada keluarga beliau bagi meringankan beban penyaraan.

Anak lelaki beliau yang berumur 7 tahun dikatakan telah lama terpaksa berhenti sekolah ekoran beliau tidak mampu untuk menyara wang persekolahan. Nasib keluarga ini mendapat simpati awal apabila berita tentang mereka dimuatkan di laman sosial Facebook oleh saudara Syed Othman Abdullah yang kebetulan telah pergi menziarahi keluarga ini petang tadi. Sebarang maklumat lanjut untuk bantuan kepada keluarga ini boleh menghubungi Saudara Syed Othman Abdullah melalui email pusataduanrakyat@yahoo.com.

Sedikit dari sumbangan kita berkemungkinan besar bagi keluarga ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan