Selasa, Disember 29, 2009

Suami yang baik.

Suami, kadang-kadang isteri menganggap bahwa suami dia tidak seperti ketika masa pacaran dulu atau merasa sang suami terlalu sibuk bekerja hingga sang isteri merindukan hal-hal romantis bersama dengan suami tercinta. Atau ada yang merasa bahwa suami tidak perhatian, egois, dan sebagainya. Dan berikut ini beberapa ciri-ciri suami dambaan para wanita, atau yang sedang mencari suami idaman.
1. Setia Mendengar
Punya telinga tapi tak mendengar, kadang-kadang untuk mendengarkan itu susah. Tetapi seorang isteri akan lebih suka jika memiliki suami yang mau mendengar cerita atau keluhan atau obrolan dari sang isteri. Bagi suami kadang-kadang untuk mendengarkan perkataan isteri sering dianggap tidak penting tetapi yang diinginkan oleh sang isteri hanyalah perkataan dia di dengar dan difahami saja.
2. Menghargai
Semua manusia tentu ingin dihargai, termasuk juga isteri. Seorang suami yang selalu menghargai isteri baik dalam sikap maupun perkataan tentu akan selalu dirindukan oleh seorang isteri. Penghargaan yang diharapkan oleh isteri bukanlah mahal atau besar, awali dengan perbuatan-perbuatan kecil/sepele seperti memberikan pujian jika sang istri memasak atau memberi ciuman selamat pagi.
3. Tidak Suka Menyalahkan
Seorang isteri juga manusia yang tak luput dari kesalahan, ketika sang isteri berbuat kesalahan, sang suami sebaiknya menegur dengan sikap yang cerdas, tidak dengan kasar atau menyalahkan hingga keluar emosi yang berlebihan. Daripada marah-marah kepada isteri sebaiknya menanyakan/meminta penjelasan dari sang isteri kenapa berbuat itu dan memberi nasihat agar tidak terulang lagi.
4. Bisa menerima pendapat isteri
Suami sebagai kepala keluarga, sebaiknya tidak bersikap otoriter tetapi sebaliknya suami dapat mendengar dan menerima pendapat dari isteri jika pendapat itu memang merupakan keputusan yang terbaik. Suami isteri perlu memutuskan suatu keputusan secara bersama-sama tidak sepihak dan sang isteri harus memahami apa-apa yang diputuskan oleh suami.
5. Sayang diri sendiri
Kalau suami menyayangi isteri dan keluarga, tentu isteri juga ingin agar sang suami juga menyayangi diri sendiri. Seperti menjaga kesehatan, pola makan, tidur yang cukup, dan tidak merokok.
6. Pulang dengan senyuman
Tekanan di tempat kerja tidak membuat sang suami membawa perasaan itu didalam rumah, kerja yang membuat stress atau meletihkan tetapi ketika sampai di rumah semuanya dihiasai dengan senyuman, sehingga isteri tidak menjadi sedih atau salah bersikap.Jika ada masalah di tempat kerja, suami bisa berbagi cerita kepada isteri dan isteri pun bisa menjadi motivasi atau memberi sokongan kepada suami yang sedang menghadapi masalah.
7. Romantis
Isteri mana yang tidak bahagia memiliki suami yang penuh kasih sayang , perhatian dan romatis. Memang agak susah mengharapkan suami menunjukkan rasa sayang dan cinta kepada isteri setiap hari. Tetapi suami bisa melakukannya pada saat tertentu, misal hari jadi pernikahan, atau hari ulang tahun isteri. Sesekali suami mengajak isteri untuk berduaan seperti ketika waktu pacaran.
8. Membantu urusan rumah tangga dan anak
Inilah suami idaman yang dinantikan oleh para isteri, yaitu suami yang mau membantu dan melakukan kerja rumah tangga. Disela-sela kesibukan mencari nafkah, suami masih ’sempat’ meluangkan waktu untuk membantu isteri dan anak.
9. Senantiasa menambah ilmu rumah tangga
Biasanya sang isteri yang mencari informasi berkenaan dengan rumah tangga, tetapi alangkah baiknya kalau sang suami juga mencari informasi/ilmu mengenai rumah tangga.-/http://www.imamazhari.blogspot.com/

Ahad, November 29, 2009

Kehebatan Madu dengan Kulit Kayu Manis

Menurut kajian perubatan yang dijalankan di Kanada (Januari 1995), campuran madu asli dan kayu manis mampu mencegah serta merawat 14 jenis penyakit.

Berikut adalah kehebatan campuran madu asli dan kayu manis:

1. Jerawat

Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis. Kemudian, sapukan campuran itu pada muka (bahagian yang ada jerawat) lakukan sebelum tidur.Pada keesokan pagi, bersihkan wajah anda dengan air suam. Amalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut.Hasilnya, ia akan menyingkirkan jerawat anda dari akar umbi. Selain itu, kulit anda akan terasa segar, awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema.

2. Sakit perut.

Campuran madu dan kayu manis pun boleh melegakan sakit perut serta membersihkan perut.Ia akan membebaskan angin-angin di dalam perut. Di samping itu juga , ia boleh menurunkan berat badan.

3. Selesema

Sekumpulan saintis Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa madu asli mengandungi bahan semulajadi yang mampu membunuh virus penyebab selsema.

4.Keguguran rambut

Bagi anda yang mengalami keguguran rambut, boleh gunakan khasiat campuran ini. Ambil campuran 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis, kemudian sapukan pada kulit kepala.Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.

5. Sakit gigi

Kalau sakit gigi, ambil 1 sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan 5 sudu teh madu asli.Letakkan campuran tadi kat bahagian gigi yang sakit tadi. Amalkannya 3 kali sehari sehinggalah hilang rasa sakit gigi.

6. Penghadaman

Bagi melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh anda, ambillah campuran 2 sudu madu asli dan serbuk kayu manis.

7. Jangkitan pada pundi kencing

Jika anda ada masalah jangkitan kuman kat pundi kencing? Kalau ada, anda haruslah membunuh bakteria yang ada didalamnya.Caranya;Ambil 1 sudu madu asli dan 2 sudu serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan ke dalam secawan air suam. Amalkan meminum air tersebut.

8. Kolestrol

Untuk mengurangkan tahap kolestrol dalam darah sebanyak 10% dalam masa kurang daripada 2 jam??Caranya;Ambil 2 sudu teh madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan dengan 16 auns teh dan minum air tersebut.

9. Sakit jantung

Di samping dapat mengurangkan kadar kolestrol, campuran madu asli dan serbuk kayu manis ini boleh mengurangkan risiko serangan jantung.Ia turut membantu sistem pernafasan berjalan lebih lancar serta mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung.

10. Artritis

Sekiranya anda pesakit artritis, amalkan meminum campuran secawan air panas dengan 2 sudu campuran madu asli dan serbuk kayu manis setiap hari.Melalui kajian yang dibuat oleh University Copenhagen, 73 daripada 200 pesakit yang mencuba rawatan ini berjaya sembuh 100%.

11. Sistem imunisasi

Amalan pengambilan campuran ini juga mampu menguatkan sistem imunisasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria.Ini kerana, para saintis telah membuktikan bahawa madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.

12. Masalah kesuburan

Bagi golongan lelaki; ambil 2 sudu madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan.Untuk golongan wanita; ambil 1/2 sudu serbuk kayu manis dicampurkan dengan 1 sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.

13. Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran

Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan minum air campuran ini pada setiap pagi.Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.

14. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik

Untuk mengekalkan tahap kesihatan anda, amalkan meminum setiap hari campuran 3 cawan air teh panas dengan 4 sudu madu asli dan 1 sudu serbuk kayu manis.Wallaahwa'alam

Khamis, November 19, 2009

Hutang....hutang...jangan tak hutang

BERHUTANG memang seronok dan mudah untuk melakukannya tetapi jika ia tidak dilakukan dengan cara yang betul kesannya boleh membawa derita sepanjang hidup.

Tidak dinafikan ada keadaan tertentu berhutang adalah suatu keperluan, namun yang peliknya ada yang suka berhutang walaupun tidak mempunyai sebarang keperluan.

Tabiat suka berhutang ini barangkali dapat digambarkan menerusi satu laporan www.sabahdaily.com, bahawa perangkaan Bank Negara menunjukkan sebanyak 11 juta kad kredit digunakan di seluruh negara sehingga April 2009 membabitkan had RM105.5 bilion dan dengan purata empat kad seorang, baki tertunggak belum dijelaskan setakat April lalu ialah RM22 bilion.

Maka tidak hairanlah seperti yang dilaporkan bahawa jumlah pemegang kad kredit yang muflis semakin meningkat saban tahun.

Tabiat suka berhutang kerana ingin memenuhi kehendak atau keinginan atau tanpa ada sebarang keperluan adalah satu tabiat yang buruk dalam berhutang dan tabiat ini perlu dibendung.

Berlandaskan dalil-dalil daripada hadis Rasulullah, aktiviti berhutang ini walaupun dibenarkan oleh Islam namun ia adalah suatu aktiviti yang tidak digalakkan. Di antara ayat al-Quran yang paling panjang berkenaan dengan hutang adalah ayat 282 surah al-Baqarah yang menggambarkan amalan hutang ini adalah perkara yang sangat penting dan tidak boleh dipandang remeh.

Hutang jika tidak diurus dengan baik mungkin enaknya sementara tetapi yang pasti akan menjadi malapetaka di akhirat sebagaimana yang boleh kita fahami daripada ingatan-ingatan Rasulullah SAW berikut.

Nabi SAW bersabda ertinya: Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia). (riwayat Muslim).

Lebih dahsyat lagi apabila ada di kalangan yang berhutang itu awal-awal lagi memasang niat tidak mahu membayar balik hutang berkenaan.

Sabda Nabi SAW, ertinya: Barang siapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barang siapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya. (riwayat al-Bukhari).

Rasulullah juga selalu berdoa berlindung daripada tabiat buruk dalam berhutang kerana dari tabiat suka berhutang ini akan membawa kepada sifat-sifat tercela yang lain.

Sabda Baginda ertinya: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada perbuatan dosa dan mempunyai bebanan hutang. Apabila ditanya kenapa baginda banyak memohon perlindungan kepada Allah dari mempunyai bebanan hutang, Baginda bersabda: "Sesungguhnya seseorang itu jika mempunyai hutang, maka kalau ia berbicara tentu ia suka berdusta dan jika ia berjanji tentu ia tidak menepatinya". (riwayat Bukhari)

Islam memberi amaran supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada kepada tabiat berhutang ini kerana jika tidak dikawal ia boleh memberi kesan yang buruk sama ada kepada individu berkenaan mahupun kepada masyarakat.

Di antara kesan kepada individu sebagaimana yang disebut Al-Qurtubi di dalam kitabnya al-Jaami' li Ahkaam al-Qur'aan akan menyebabkan seseorang itu merasa terhina, berdusta, mungkir janji dan lebih buruk lagi disekat daripada memasuki syurga.

Kesan kepada masyarakat pula ialah wujudnya keinginan kepada kepuasan segera tanpa memikirkan masa hadapan, menghakis rasa kebertanggungjawaban dan lemahnya pengagihan kekayaan.

Dari sudut hukum, hutang pada asalnya adalah harus. Namun status ini boleh berubah mengikut senario.

Hukum berhutang boleh menjadi wajib apabila niat berhutang tersebut untuk memenuhi keperluan asas yang dharuri yang jika tidak berhutang akan menyebabkan lima perkara asas yang dilindungi dalam Islam akan musnah iaitu agama, nyawa, akal, maruah dan harta.

Walaubagaimanapun, hukum berhutang ini boleh menjadi haram jika tujuan berhutang tersebut untuk perkara yang diharamkan oleh Islam.

Keharusan untuk berhutang dalam Islam bergantung kepada niat. Islam membenarkan berhutang pada keperluan-keperluan hidup yang asasi yang tidak dapat dielakkan. Ini bermakna kalau tiada keperluan maka tidak perlu berhutang.

Bila kita berhutang pada perkara yang tidak perlu dan belum sangat mendesak, sebenarnya kita telah menzalimi diri kita sendiri. (Ustaz Amaluddin Mohd Napiah,www.galeriilmu.com.my)

Berhutang dibenarkan dalam Islam apabila ia menjadi satu keperluan dan bukan kerana keinginan atau kehendak. Untuk menentukan ia suatu keperluan atau kehendak maka memahami aulawiyat (keutamaan) dalam kehidupan adalah sangat penting.

Menurut Al Sheikh Dr. Yusof Al Qardawi memahami aulawiyat itu didasarkan kepada prinsip mengutamakan suatu perkara ke atas suatu perkara yang lain. Justeru, suatu yang kurang penting tidak wajib dipentingkan.

Kehidupan manusia dewasa ini semakin mencabar dan keperluan hidup mereka juga semakin kompleks. Memahami dan menentukan keutamaan dalam kehidupan merupakan satu subjek yang sangat penting.

Bijaksana dalam menguruskan keperluan hidup menjadi asas penting seseorang itu akan dapat menikmati kebahagiaan hakiki. Tingkatan keperluan dalam kehidupan seseorang itu berkisar kepada perkara dharuriyyat (sangat perlu), perkara hajiyyat (memudahkan) dan perkara tahsiniyyat (aksesori).

Perkara dharuriyyat adalah perkara yang sangat diperlukan dan jika tiada akan menghancurkan kehidupan. Untuk memahami tahap keperluan tersebut ialah dengan melihat jika perkara itu tidak ada maka adakah ia akan merosakkan lima perkara asas yang dijamin oleh Islam iaitu adakah akan merosakkan agama, menghilangkan nyawa, merosakkan akal, mencemarkan maruah (keturunan) atau memusnahkan harta benda.

Jika tidak sampai ke tahap sedemikian maka ia bukanlah suatu perkara yang sangat perlu.

Perkara hajiyyat adalah sekiranya perkara tersebut ada maka akan memudahkan seperti memiliki kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja. Walaupun tiada kenderaan sendiri masih boleh pergi ke tempat kerja dengan menaiki kenderaan awam tetapi jika mempunyai kenderaan sendiri maka akan lebih memudahkan.

Perkara tahsiniyyat pula lebih berbentuk perkara-perkara yang menjadi nilai tambah yang jika tidak ada tidak akan menghancurkan kehidupan atau menyusahkan. Seperti memiliki tempat tinggal ada satu keperluan dharuri tetapi kediaman yang dihiasi dengan landskap adalah bersifat tahsiniyat yang hanya menambah kecantikan kediaman itu sahaja.

Dengan membuat analisis terhadap tingkatan keperluan dalam hidup akan membantu seseorang itu membuat perancangan kewangan yang betul seterusnya dapat menentukan apakah keutamaan dalam hidupnya.

Beliau akan dapat menentukan apa yang perlu didahulukan, apa yang boleh ditangguhkan, apa yang lebih penting dan sebagainya.

Tip-tip oleh Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) berikut mungkin dapat membantu lebih memahami apakah prinsip yang perlu dipatuhi apabila hendak membuat pinjaman atau berhutang. (www.akpk.org.my)

Anda hanya perlu meminjam untuk sesuatu yang anda benar-benar perlu tetapi tidak mempunyai duit tunai untuk membayarnya.

Sebagai contoh, untuk membeli rumah, untuk membiayai pendidikan lanjutan anak-anak dan untuk membeli sebuah kereta (akan bincangkan hal ini kemudian).

Meminjam sejumlah duit di dalam kemampuan anda untuk membayar balik. Ini mungkin logik tetapi malangnya, ia bukan amalan biasa.

Ramai yang terlebih memberi komitmen dalam hutang kerana menyangka ekonomi akan terus berkembang dan situasi yang baik akan terus kekal.

Namun, bila tiba masanya, mereka ini akan menghadapi kesukaran membuat bayaran balik dan perampasan kereta dan harta mula dikuatkuasakan.

Elakkan meminjam untuk membiayai aset yang susut nilai. Ini mungkin akan menyinggung perasaan sesetengah orang tetapi ia adalah prinsip yang baik untuk diikuti. Cuba dapatkan barang-barang ini secara tunai dari simpanan anda daripada meminjam. Jika tidak, jangan beli.

Dewasa ini instrumen berhutang terbuka luas dan banyak ditawarkan dalam pasaran sama ada oleh institusi kewangan yang sah seperti bank mahupun oleh institusi yang tidak sah seperti 'ah long'.

Secara umumnya masyarakat hari ini banyak berhutang menerusi kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman kereta dan perumahan. Perlu disedari seluruh jenis pinjaman sama ada menerusi kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman kereta dan perumahan yang dilakukan secara konvensional adalah diharamkan oleh Islam sebagaimana yang disepakati oleh seluruh ulama.

Oleh itu, jika seseorang perlu berhutang maka hendaklah dia memastikan kaedah berhutang tersebut mengikut cara yang dibenarkan oleh Islam iaitu sama ada secara qard hasan (pinjaman tanpa faedah) atau menerusi fasiliti pembiayaan kewangan secara Islam yang berlandaskan jual beli yang sah yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan Islam.

Hutang adalah satu kewajipan yang perlu dilangsaikan. Walaupun tidak dituntut, membayar hutang adalah wajib dan jangan menangguh-nangguhkan pembayaran balik hutang

Jagalah 7 sunnah Rasulallah s.w.t.

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT.

Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.


Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia-/imamazhari.blogspot

Rabu, Ogos 12, 2009

H1N1 2

"Suatu hari nabi (Saw) ketika dalam perjalanan pulang dari satu perjalanan yang jauh baginda singgah di satu lembah yang gelap gelita nabi (SAW) terserempak dengan satu lembaga hitam yang besar, dahsyat dan menggerunkan Nabi (Saw) bertanya kepada lembaga itu "Siapa kamu ?" lembaga itu menjawab "Aku adalah Al-Wabak" kemana kamu nak pergi ? tanya Nabi (SAW) lagi " Aku nak pergi ke Madinah dan masuk kerumah setiap penduduk di Madinah"jawab Nabi(SAW) "pergilah kamu aku izinkan untuk menguji ummatku tetapi kamu tidak akan dapat masuk kedalam rumah yang terdapat didalamnya mereka yang dilindungi oleh Allah dengan berkatnya.

Ternyata apabila pulang ke Madinah semua penghuni rumah penduduk Madinah terkena wabak kecuali rumah yang diduduki oleh Saidatina Fatimah,Saidina Ali,Hassan,Hussain dan baginda Nabi (SAW) sendiri.

Pada 1930an Tanah Melayu dilanda wabak penyakit taun yang dahsyat sehinggakan seorang bapa yang baru menghantar jenazah anaknya ke tanah perkuburan apabila pulang ke rumah terpaksa menghantar jenazah isterinya pula dan akhirnya jenazahnya sendiri pula terpaksa dihantar orang ke perkuburan .

Di Pulau Langkawi mufti kerajaan Negeri Perlis/Kedah ketika itu telah mengambil inisiatif menggunakan Mimbar Khutbah Jumaat menyebakkan salinan doa mencegah wabak dari rumah kerumah.

Dengan izin Allah wabak yang menular menjadi reda dan pulih seperti sediakala dan doa ini boleh didapati dari sebuah laman web

http://www.pusratu.com

Diharapkan para pembaca dapat berkongsi maklumat ini dan menyebarkankanya untuk diamalkan dikala negara sedang menghadapi ujian dalam bentuk Wabak H1N1 ini"

Selasa, Ogos 11, 2009

H1N1 6 KORBAN LAGI

Jumlah kematian akibat selesema A (H1N1) meningkat kepada 38 orang apabila enam lagi kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan naik mendadak kepada 2,253 kes apabila 270 kes baru - rekod tertinggi dalam satu hari - dilaporkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Semalam enam kematian, sementara kelmarin lapan kematian dilaporkan - termasuk kes-kes yang baru disahkan dan belum dilaporkan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema itu jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus A (H1N1).

Unjuran ini dengan mengambil kira andaian kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus daripada 5.5 juta orang yang dijangkiti, kata pengarah penyakit berjangkit WHO Dr Tee Ah Sian hujung bulan lalu.

Isnin, Ogos 03, 2009

KELEBIHAN SYAABAN

Susunan Idris Musa
idris@hmmetro.com.my

SAIDATINA Aishah r.a ada berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka, juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus."

SAIDATINA Aishah r.a ada berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka, juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus."

Bulan yang dinyatakan dalam hadis terbabit adalah antara yang disebut-sebut banyak kelebihan, sehingga hadis berkenaan menyatakan mereka yang berpuasa tidak akan lapar dan haus pada hari kiamat kelak.

Dalam memberikan penjelasan berkaitan tiga bulan yang berturut-turut itu, ada pihak membuat perumpamaan tahun dengan pohon, iaitu Rejab umpama waktu keluarnya daun, Syaaban diumpamakan keluarnya bunga dan Ramadan umpama buahnya.

Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadan itu bulan umatku." (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Ketiga tiga bulan disebut Nabi s.a.w itu adalah bulan rahmat, kasih sayang dan kesejahteraan. Bulan yang penuh keberkatan dan keampunan.

Sesetengah ulama menyatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa manakala bulan Syaaban untuk memperbaiki diri daripada segala macam cela dan Ramadan adalah waktu menyucikan hati dan jiwa.

Syaaban bermaksud berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana pada bulan itu masyarakat Arab dulu bertempiaran ke serata tempat untuk mencari air, sehingga ada yang mencarinya sampai ke gua.

Ia juga diertikan demikian kerana menjadi 'bulan pemisah' iaitu memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan.

Nabi s.a.w menjelaskan Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yang banyak, dengan nilai berganda bagi mereka melaksanakan kebaikan dan ibadat dengan ikhlas dan bersungguh.

Baginda bertanya kepada sahabat, maksudnya: "Tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini dinamakan Syaaban?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui."

Baginda menjawab: "Kerana pada bulan ini bercabang banyak kebaikan."

Dengan keutamaan yang ada pada Syaaban ini, Baginda memanfaatkan kesempatan untuk meningkatkan prestasi ibadat dan amal kebaikan sehingga seolah-olah Baginda tidak pernah melakukan sedemikian pada bulan lain.

Nabi s.a.w sendiri sering berpuasa pada bulan ini.

Daripada Saidatina Aishah, beliau berkata maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka yang Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka yang Rasulullah akan berbuka seterusnya.

"Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak di bulan Syaaban." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menerangkan kepada umat Islam sekalian, Syaaban memang bulan sangat digalakkan beramal ibadat selain bulan lain, sesuai dengan statusnya sebagai gerbang Ramadan.

Rasulullah s.a.w pernah mengumpamakan bulan Syaaban dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi lain.

Sabda Baginda bermaksud: "Keutamaan Syaaban ke atas bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi lain sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."

Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban ialah memperbanyakkan ibadat sunat termasuk puasa, doa, zikir, selawat dan bertaubat daripada kesalahan yang dilakukan.

Walaupun amalan ini sukar, ganjaran yang menanti adalah berganda. Ibadat sunat pada Syaaban juga sebagai persediaan untuk lebih cergas beribadat siang dan malam pada Ramadan.

Syaaban juga adalah bulan di mana setiap doa orang beriman akan dimakbulkan Allah, sebagaimana dinyatakan Abdullah Umar dalam riwayatnya mengenai hadis Nabi iaitu Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha."

Rasulullah s.a.w bersabda: "Itulah bulan Syaaban di mana manusia lalai mengenainya iaitu antara bulan Rejab dan Ramadan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad)

Dalam sejarah umat Islam, bulan Syaaban juga menyaksikan beberapa peristiwa penting seperti perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram di Makkah.

Pada bulan ini juga berlaku peperangan Bani Mustaliq iaitu pada Isnin hari kedua Syaaban tahun ke-5 Hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertakwa kepada Allah dan taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit."

Sabtu, Julai 25, 2009

CONTOH KERTAS KERJA PROGRAM SMART SOLAT

KERTAS KERJA PROGRAM SMART SOLAT
UNTUK MURID-MURID TAHUN 6 2009

1. PENDAHULUAN

Dalam melahirkan murid-murid tahun 6 yang cemerlang di dunia dan di akhirat serta insan yang bertaqwa kepada Allah mestilah didedahkan kepada mereka tentang ciri-ciri anak soleh dan diterapkan pelbagai ilmu duniawi dan ukhrawi agar terserlah keperibadian yang terpuji mereka di kalanagan komuniti dan menjadi personaliti yang berwibawa dan matang. Di samping itu, sahsiah dan rohani mereka juga perlu dilengkapkan dengan iman, ilmu, taqwa dan amal ibadah serta berperibadi mulia. Oleh kerana demikian pihak penganjur mengadakan program Smart Solat agar dapat melahirkan insan yang cemerlang dan anak yang soleh dan solehah.

2. MOTO PROGRAM

Menjana rohani menjalin ukhuwwah sejati.

3. MATLAMAT

Program ini bermatlamat untuk melahirkan insan yang bertanggungjawab, berdisiplin, berilmu, beramal dan bertaqwa serta matang dalam menangani cabaran global dunia.

4. OBJEKTIF

Di antara objektif program ialah
4.1 Menyedarkan para peserta tentang kepentingan Solat dan Ibadah serta memupuk disiplin yang mantap.
4.2 Menanamkan sikap cinta pada ilmu serta menyayangi sesama insan.
4.3 Memantapkan rohani dan jasmani para peserta melalui aktiviti-aktiviti yang berkaitan ibadah.
4.4 Menyemai keimanan, keyakinan diri dan berfikiran positif apabila menghadapi kekangan dan dugaan dalam kehidupan.
4.5 Melatih para peserta agar bertanggungjawab, bersabar, dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah.

5. KUMPULAN SASARAN

Murid-murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kebun Pinang.

6. TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : 29 hingga 30 MEI 2009.
Hari : Jumaat dan Sabtu.
Tempat: SK Kebun Pinang.

7. METHODOLOGI
7.1 Mengenal potensi diri
7.2 Teori dan Praktikal Wudhu
7.3 Teori dan Praktikal Solat
7.4 Aktiviti dalam kumpulan
7.5 Qiamullail
7.6 Motivasi
7.7 Kuliah dan ceramah
7.8 Muhasabah diri

8. TENTATIF PROGRAM

HARI JUMAAT 29 MEI 2009
3.30 ptg = Pendaftaran peserta
Taklimat program
Pembahagian kumpulan
Ice breaking
4.30 ptg = Persiapan diri
Solat Asar
5.00 ptg = Minum petang
5.30 ptg = LDK 1 (Pengenalan Solat)
6.30 ptg = Persiapan diri
Makan malam
7.15 mlm = Zikir Munajat
Solat Maghrib
Bacaan Yassin
Solat Isyak
9.30 mlm = Ceramah Motivasi
Terpilih atau tersilih
11.00 mlm = Minum malam
11.30 mlm = lambaian Syahdu

HARI SABTU 30 MEI 2009
4.00 pagi = Persiapan diri
Qiamullail
6.00 pagi = Solat Subuh
Kuliah Subuh
7.30 pagi = Perhimpunan pagi
Senaman pagi
8.00 pagi = Sarapan pagi
8.30 pagi = LDK 2 (Teori & Praktikal Wudhu)
10,00 pagi = Minum pagi
10.30 pagi = LDK 2 (Teori & Praktikal Solat)
12.30 tghari = Persiapan diri
Makan tengahari
1.30 ptg = Solat Zohor
2.00 ptg = Ujian Prestasi
4.30 ptg = Solat Asar
5.00 ptg = Majlis Penutup dan penyampaian sijil

9. BELANJAWAN PROGRAM

Makan dan Minum peserta 100 orang murid X RM10.00 RM 1000.00
Kos Premier Training & Consultancy RM 850.00
BelanjaRuncit RM 150.00
Fail dan Photostat Bahan-bahan RM 200.00
JUMLAH RM 2200.00

10. AHLI JAWATANKUASA

PENGERUSI
Puan Hajjah Azizah binti Haji Hamid
TIMBALAN PENGERUSI
Tuan Syed mohamad khairizam bin Syed Shith Alhabshee
NAIB PENGERUSI 1
Encik Md Daud bin Md Nor
NAIB PENGERUSI 2
Puan Balilah binti Ahmad
SETIAUSAHA
Puan Hajjah Napishah binti Ibni Hajar
PENOLONG SETIAUSAHA 1
Puan Hayati bt Hamdi
PENOLONG SETIAUSAHA 2
Encik Mat Azam bin Abu Bakar
BANDAHARI
Yg. Bhg. Datin Sapiah binti Ali
AHLI JAWATANKUASA
Encik Abd Latiff bin Basri PJK
Encik Mohamad bin Abd Rahman
Encik Ishak bin Hashim
Puan Nasriyah binti Abd Rahman
Puan Fatimah binti Hassan
Puan Badrulasiyah binti Abu Kassim
Puan Murni bin Udzir
Puan Suriana bt Sayuti
Puan Nor Asmah binti Ahmad

11. PENUTUP

“Hendaklah engkau bertemankan orang-orang yang benar supaya engkau dapat menghayati kehidupan dalam lingkungan mereka”. Umar Al-Khattab

NOTA UNTUK SUAMI

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya
4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.
8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.
11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu. 14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya ‘Saya kasihan awak tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.
16. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
17. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
18. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
19. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
20. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
21. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
22. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
23. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
24. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
25. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya’. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
26. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan ‘Aku cinta padamu’.
27. Katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari.
28. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
29. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
30. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.
31. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
32. Basuhkan kereta yang dipakainya.
33. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima’ jika itu yang dia suka.
34. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
35. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya.
36. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima’.
37. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
38. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
39. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
40. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
41. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
42. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
43. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.
44. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.
45. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
46. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.
47. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
48. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.
49. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
50. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
51. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
52. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
53. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti ‘Awak nampaknya gembira hari ini’ atau ‘Awak nampak letih’ dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
54. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.
55. Solat bersama dan berdoa bersama.
56. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
57. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.
58. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.
59. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
60. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.
61. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.
62. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.
63. Bila dia memasak, pujilah masakannya.
64. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan ‘Betul kata awak’. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.
65. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
66. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.
67. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.
68. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
69. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
70. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
71. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
72. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.
73. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
74. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.
75. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.
76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan."

Jumaat, Julai 24, 2009

BARU BELAJAR

Sebenarnya saya suka menulis dan berfikir. Kadang-kadang rasa macam nak pecah kepala jika tidak dilahirkannya. Melalui blog ini saya akan menulis apa-apa saja yang terlintas di hati saya untuk bacaan saya di samping untuk mengasah bakat menulis. Untuk pengetahuan pembaca, apa-apa yang saya tulis adalah pandangan saya pada waktu itu saja dan ianya tidak menggambarkan perasaan saya yang sebenar.

=============================================


Senangnya dalam hati dah ada blog sendiri. Selalunya aku suka baca blog orang ja tapi hari ini walaupun sibuk juga dengan aktiviti Kem Bestari Solat Fasa 4 khas untuk murid-murid tahun 5 di sekolah aku, jadi aku cuba-cuba curi masa untuk menulis sesuatu yang terlintas di hatiku. Terima kasih banyak-banyak kepada sahabatku yang sukar aku lupainya Mat Som yang banyak memberi semangat dan harapan yang tidak putus-putus supaya aku menulis sesuatu.


Semasa aku di maktab perguruan dulu, aku seorang pengarang untuk majalah maktab. Tetapi sejak dah kerja dan ada tanggungjawab yang besar, aku mulai malas untuk menulis. Walau bagaimanapun, jika ada mesyuarat PIBG atau Hari Anugerah Cemerlang, aku diminta oleh GB untuk menulis teks ucapannya. begitu juga dengan YDP, sama ada untuk mesyuarat atau hari anugerah akulah yang tulis teks ucapannya. Kadang-kadang aku rasa macam aku yang berucap dan bukannya mereka. Tapi, aku tanya juga apa-apa isi penting yang mereka hendak cakapkan. Sekurang-kurangnya isi-isi itu berguna juga untuk aku. Tidaklah teruk sangat untuk perah otak untuk menulis untuk majlis tersebut. Kadang-kadang jika aku tak dan, aku ambil dari internet ja, contoh-contoh ucapan dan aku ubah sesuai ja.


Semalam aku pergi ke satu majlis ramah mesra bual bicara dengan seorang yang ada kedudukan juga dalam politik tanah air. Dari ucapannya, aku dapati beliau tidak banyak membaca dan tidak pandai ambil peluang. Tetamu yang datang agak ramai juga. Lebih daripada 100 orang. (Dah kira bagus kerana bukan senang nak jemput orang kampung untuk hadir ke majlis politik) Kadang-kadang terfikir juga adakah ini sajakah taraf pendidikan bakal ketua kami. Aku balik ke rumah dah jam 12 tengah malam. Kadang-kadang rasa macam rugi masa ja tapi untuk bantu kawan-kawan dan meramaikan majlis kawan, aku korbankan juga masa aku. Walaupun isteri aku baru sampai balik dari Melaka. (Beliau pergi mesyuarat di sana.) Apa-apa pun aku senang dan gembira kerana dapat gembirakan hati kawan aku. Dua isi yang aku bagi kat beliau untuk berucap dalam majlis itu, beliau ucapkan. Gaya ucapan beliau aku rasa beliau layak jadi YB jika dibandingkan dengan ketua (tetamu) pada malam itu.


Semalam 24.07.2009 bersamaan hari Jumaat aku pergi ke majlis yang dihadiri oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. Aku dapati tidak ramai yang hadir ke majlis itu. Mungkin hari Jumaat kut. (Hari Jumaat cuti umum di Kedah). Rasa terkilan yang amat sangat. 2 minggu untuk persiapan itu tapi YAB Menteri pelajaran berucap tidak sampai 1 jam pun. Beliau macam tergesa-gesa untuk ke tempat lain yang lebih penting kut.