Kakitangan awam jangan seronok dan jangan terkejut dengan tajuk di atas. Itulah permintaan terkini Cuepacs.
Bernama
 melaporkan Cuepacs hari ini menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji 
antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54 yang sepatutnya 
dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu. Ia ditangguhkan kerana pasukan 
petugas khas selesai menjalankan semakan.
Kenaikan
 itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu 
Skim Saraan Malaysia-SSM sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi 
SBPA, kata Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.
Di antara tuntutan Cuepacs ialah;
- Gred 1 hingga 16 kenaikan-RM700
 - Gred 17 hingga Gred 26 kenaikan-RM1,000
 - Gred 27 hingga Gred 40 kenaikan -RM1,500
 - Gred 41 hingga Gred 48 kenaikan -RM1,800
 - Gred 52 hingga Gred 54 kenaikan -RM2,500
 
Contoh
 pengiraan :Mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah 
RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800. Wow!!
- Pekerja Gaji maksimum atau berada pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.
 
Contoh
 pengiraan :Mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun 
lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar 
tunggakan sebanyak RM500.
- Mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.
 
Amacam!! Kalau menjadi kenyataan kakitangan awam tentu seronok sakan, kakitangan swasta tentu ‘jeles!!’
Tentang
 kenaikan gaji yang dituntut Cuepacs dirasakan tidak munasabah dan 
terlampau tinggi serta amat sukar untuk diterima pihak kerajaan. Banyak 
implikasi inflasi akan timbul!! Kenaikan mendadak harga rumah contohnya.
Namun
 begitu sekiranya mengambil kira SBPA sebelum ini, kenaikan gaji pegawai
 peringkat tertinggi yang mendapat kenaikan 100 peratus. Mereka yang 
bergaji RM30 000 menjadi RM60 000, munasabah pula permintaan Cuepacs 
itu.
Terima kasih Omar Osman dan Cuepacs kerana begitu tekun dengan tuntutan ini untuk kepentingan pekerja.
Seorang
 kawan ada berkata, “Omar Osman tu kakitangan sokongan, itulah sebab dia
 pulun untuk kakitangan sokongan!!” [Pssst -bukan untuk 
merendah-rendahkan beliau, penting untuk orang seperti beliau menjadi 
Presiden Cuepacs, mantop!!]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan