Serangan Pakatan Rakyat ke atas 
 Johor tampaknya sudah memberi kesan menakutkan pihak UBN negeri  
berkenaan. Tidak sia-sia kalau Anwar Ibrahim, Salahuddin Ayub dan Chua  
Jui Meng malam siang menggempur Johor demi meruntuhkan kubu Umno di  
negeri itu.
Ketakutan UBN kini mulai terasa apabila parti itu seakan sudah kehilangan arah dan mencari-cari siapakah untuk dinobat menjadi MB sekiranya Umno masih mengekalkan kekuasan di Johor selepas PRU 13 nanti. Desas desus itu menunujukkan bahawa Abdul Ghani Othman sudah tidak diperlukan lagi di Johor.

 Keupayaan
  bekas pensyarah Universiti Malaysia itu sudah pun diperah untuk  
menguatkan Umno Johor selepas mengambil alih daripada Udin anak Yassin  
yang terpaksa di bawa ke Pusat kerana beberapa masalah yang berlaku di  
Johor. Salah satu sebab Udin anak Yassin dipindah dulu ialah kerana  
beliau dikatakan memperkenalkan dasar membolehkan rakyat Singapura  
memililki hartanah di Johor. Udin anak Yassin di Johor Baharu terkenal  
dengan jolokkan pedagang buluh kasap yang menjual tanahair dan pasir ke 
 Temasik?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan