"Ribut selama kira-kira lima saat selepas hujan lebat 15 minit yang melanda empat kampung di sini, petang kelmarin menerbangkan 12 bumbung rumah dan mencederakan seorang penduduk. Inilah kali pertama kejadian ribut melanda kampung ini.
Pantai Teluk Bidara di sini, sememangnya tersohor dengan kedamaian, dihias pasir putih dan rimbunan pokok berlatarbelakangkan perkampungan nelayan, tetapi reputasinya tercalar dengan tindakan pasangan melakukan perbuatan tidak bermoral tidak kira siang mahupun malam.
BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT
RIBUT 5 SAAT DI DUNGUN
Berita Harian 19 Okt 2010
Musnahkan bumbung 12 rumah di Kampung Pulau Serai, Kampung Nibong, Tanjung Pagar dan Bukit Chatak
DUNGUN: Ribut selama kira-kira lima saat selepas hujan lebat 15 minit yang melanda empat kampung di sini, petang kelmarin menerbangkan 12 bumbung rumah dan mencederakan seorang penduduk.
Kejadian kira-kira jam 4 petang itu memusnahkan tujuh rumah di Kampung Pulau Serai rosak, Kampung Nibong (tiga) dan masing-masing satu di Kampung Tanjung Pagar dan Bukit Chatak.
Mangsa dari Kampung Pulau Serai, Zahah Yusof, 70, berkata ketika kejadian dia berada di bilik air, manakala tujuh cucunya berada dalam rumah, sebelum dia terdengar bunyi angin kuat diikuti bunyi seakan bangunan dirempuh sesuatu.
Berikutan itu, dia terus berlari keluar rumah dan mendapati bumbung di ruang tamu, termasuk alang diterbangkan ribut dan kejadian malang sekelip mata itu turut menimpa rumah anaknya yang terletak bersebelahan.
"Inilah kali pertama kejadian ribut melanda kampung ini. Saya tidak menyangka hujan lebat kira-kira 15 minit diikuti tiupan angin yang kuat sehingga menerbangkan atap.
"Jiran sebelah rumah memberitahu angin berpusar dan berwarna gelap membawa sampah merempuh tujuh rumah yang berhampiran termasuk menumbangkan pokok kelapa yang kemudian menimpa rumah jiran bersebelahan," katanya yang mengalami kerugian anggaran RM20,000.
Ibu tunggal itu yang tinggal bersama tujuh cucu di rumah itu terpaksa menumpang di rumah saudara kerana rumah itu tidak lagi selamat didiami.
Delaila Maliki, 27, mangsa di Kampung Tanjung Pagar berkata, ketika kejadian dia sedang menyiapkan minum petang. “Saya terkejut apabila tiba-tiba terdengar bunyi kuat menyebabkan 10 bumbung di bilik utama dan dapur tercabut.
Buat sementara waktu kami sekeluarga menumpang di rumah kakak," katanya. Mangsa di Kampung Nibong, Kalsom Che Omar, 55, berkata, kejadian berlaku selepas dia menunaikan solat Zuhur. "Saya bernasib baik tidak berada dalam bilik itu ketika angin kuat merempuh rumah kami.
Jika tidak, mungkin saya mengalami kecederaan kerana sebahagian besar bumbung dalam bilik tercabut dan melayang ke rumah jiran.
"Anak saya, Ahmad Zulaisha Mustafa, 26, mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki akibat terkena serpihan atap yang terpelanting ke dalam ruangan bilik ketika kejadian itu. Ribut itu turut menyebabkan bumbung dua bilik dan ruang tamu rumah rosak dan tercabut," katanya.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Timur_Ribut5saat/Article
PANTAI BERAHI DI DUNGUN
Berita Harian 8 Okt 2010
DUNGUN: Pantai Teluk Bidara di sini, sememangnya tersohor dengan kedamaian, dihias pasir putih dan rimbunan pokok berlatarbelakangkan perkampungan nelayan, tetapi reputasinya tercalar dengan tindakan pasangan melakukan perbuatan tidak bermoral tidak kira siang mahupun malam.
Penduduk, Bakar Samad, 44, berkata sebelum ini sukar melihat anak gadis ke pantai bersama teman lelaki tetapi kini keadaan jauh berubah kerana kawasan pesisir pantai menjadi medan pasangan muda mudi bercumbu-cumbuan dan melakukan perbuatan maksiat terutama ketika waktu solat Jumaat.
“Gelagat pasangan muda-mudi yang berlagak seolah pasangan sudah berkahwin menggusarkan penduduk kampung sekali gus mencemarkan nama Pantai Teluk Lipat dan Kampung Seberang Pintasan," katanya.
Anggota RELA, Amir Rosli, 39, berkata boleh dikatakan setiap kali pasukannya membuat rondaan, ada pasangan yang dicekup kerana berkelakuan tidak senonoh.
Amir berkata apa yang lebih menyedihkan kawasan pantai yang sepatutnya lengang pada waktu solat Jumaat menjadi peluang mereka melakukan perbuatan tidak bermoral. “Sementara kawasan bukit berhampiran pantai pula menjadi markas kepada kegiatan menagih gam.
“Penagih gam yang berada di puncak bukit akan dapat melihat kedatangan pengunjung ke pantai sekali gus menjadikan lokasi puncak bukit itu sebagai tempat selamat untuk mereka melepaskan gian," katanya. Tinjauan Edisi Timur di kawasan puncak bukit berhampiran pantai pantai itu mendapati tin dan plastik gam bersepah ditinggalkan penagih.
Amir berkata, pondok pengawal wajar dibina di puncak bukit berhampiran pantai bagi memudahkan penduduk khususnya anggota RELA membuat tinjauan bagi mengelak kawasan pantai dijadikan tempat melakukan aktiviti tidak bermoral.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan