Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk digunakan sebagai satu tabung untuk kebajikan guru-guru melalui penubuhan Yayasan Guru Tun Hussein Onn.
Langkah itu akan dijalankan melalui pengambilalihan Kumpulan Wang Simpanan Guru sedia ada, katanya.
Tambahnya, satu rang undang-undang akan dibawa "seberapa segera" ke Parlimen untuk membolehkan usaha itu dijalankan. Katanya perdana menteri Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menambahkan dana sebanyak RM10 juta untuk membiayai aktiviti yayasan berkenaan.
Muhyiddin (kanan) yang juga timbalan presiden Umno mengumumkan demikian dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung parti itu hari ini.
Dalam ucapannya itu, beliau turut mengumumkan supaya matapelajaran Sejarah dijadikan subjek wajib lulus di peringkat SPM mulai 2013.
Katanya, tempoh itu diberikan untuk memberi ruang bagi menyediakan pelajar dan guru-guru bagi menghadapi keadaan baru itu.
Tambahnya, mata pelajaran itu sebelum ini hanya diwajibkan untuk diambil tetapi tidak diwajibkan untuk lulus.
"Kena bagi masa sedikit kalau tidak terkejut," kata Muhyiddin lagi dalam ucapannya di PWTC hari ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan