Setelah malaikat membacanya maka terasa ringan memikul Arsy dan malaikat membaca selama lamanya. Ketika ALLAH SWT menjadikan Adam as mula mula yang dikeluarkan dari mulut Adam ialah bersin lalu ALLAH SWT mengilhamkan kepada Adam membaca ALHAMDULILLAH
Setelah dibaca ALLAH SWT menjawab ”Yarhamuka Rabbuka””(kerana rahmat itulah aku jadikan engkau) dan malaikat menjawab Yarhamuk ALLAH. Sebaik mendengar kalimah itu berkata lah malaikat ini adalah kalimah mulia dan baik dan mengabungkan kalimah tersebut dengan membaca SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH.
Setelah membaca kalimah tersebut maka terasa lagi ringan memikul Arsy dan malaikat membaca selama-lamanya. Tatkala pengikut nabi Nuh as ramai yang menyembah berhala maka ALLAH SWT mewahyukan kepada nabi Nuh supaya membaca LAA ILAAHA ILLALLAH bagi mendapat keredhaan ALLAH. Setelah mendengar kalimah tersebut lalu malaikat berkata ini adalah kalimah ketiga yang besar dan baik lalu menggabungkan kalimah tersebut sehingga menjadi SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILAAHA ILLALLAH dan membacanya menjadikan Arsy semakin ringan serta malaikat membaca selama lamanya.
Semasa peristiwa nabi Ibrahim menjalankan korban anaknya nabi Ismail as dan digantikan dengan seekor kibas oleh ALLAH SWT dan nabi Ibrahim as menyebut ”ALLAHU AKBAR” kerana terlalu gembira nikmat yg di kurniakan ALLAH kepadanya. Berkata para malaikat inilah kalimah keempat yg sangat baik dan besar lalu menggabungkan kalimah tersebut sehingga menjadi ”SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILAA HA ILLALLAH WALLAHUAKBAR” menjadikan Arsy semakin ringan setelah membacanya dan terus membaca selamanya. Ketika malaikat Jibrail menceritakan kesah ini kepada RASULULLAH SAW dan baginda menjawab “LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHHIL ALIYIL AZIEM”. Setelah malaikat mendengar kalimah tersebut maka digabungkan sehingga menjadi ”SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILAA HA ILLALLAH WALLAHUAKBAR WALA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHHIL ALIYIL AZIEM”. Bertambahlah ringan arsy setelah membacanya seolah olah memikul kapas yg kecil dan ringan.
Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu
Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya ke dalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.
Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.
Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.
Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.
Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan