Sabtu, Jun 04, 2011

SELAMAT DATANG BULAN REJAB

Selamat Datang Bulan Rejab.



Rejab Bulan Allah ....Bulan Kemuliaan.

"Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat satu sungai yang bernama Rejab, airnya terlebih putih daripada susu dan terlebih manis daripada madu ; barang sesiapa yang berpuasa sehari daripada bulan Rejab, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai itu." Hadis Rasulullah SAW

Sabda Nabi s.a.w.:

Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.

Terdapat beberapa kelebihan puasa di bulan Rejab seperti disebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani yg bermaksud

i.     sesiapa yang berpuasa sehari pada bulan Rejab,maka ia seperti berpuasa setahun

ii.    berpuasa lebih daripadanya (tujuh hari), ditutup pintu2 Jahannam (neraka)

iii.   berpuasa 8 hari,dibukakan 8 pintu syurga

iv.  berpuasa 10 hari,tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya

v.   berpuasa 15 hari,menyeru orang yang menyeru dari langit

"sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal,dan barangsiapa menambah (hari puasa) Allah menambah (kelebihannya)."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan