Jumaat, Oktober 15, 2010

Aku Rindu

Aku merindui zaman kanak-kanakku.. Dimana ketika dulu..kami tidak mengenal apa itu FB,Twitter,My Space..Aku merindui zaman kanak-kanakku..Dimana ketika itu..kami hanya tahu bermain ceria tanpa perlu risau apa-apa..

Aku merindui zaman kanak-kanakku..
Dimana ketika itu..permainan polis sentri dan galah panjang saban hari akmi mainkan..
Aku merindui zaman kanak-kanakku..
Dimana ketika itu..ibubapaku tidak perlu risau akan adanya penculik di kampungku. Kami bebas bermain hingga lewat senja dan kemudian pulang basah lencun..

Kini ku lihat kanak-kanak tidak bebas bermain di laman, mereka hanya terperuk di rumah. Samada berFB,Twitter atau sekadar bermain online games..

Aku merindui zaman kanak-kanakku..
Dimana ketika itu setelah senja melabuh diri..Ibuku akan memaksa kami solat berjemaah
dan kemudian mengaji juzuk-juzuk perlu diingati dan dihafal..

Kini ku lihat anak-anak kini lebih suka menonton doraemon,shinketshu di waktu maghrib..

Aku merindui zaman kanak-kanakku..
Dimana ketika itu tiada langsung ibubapaku bercerita tentang orang membuang bayi merata-rata..

Kini anakku yang kecik seusia 11 tahun tertanya-tanya..mengapa mereka buang baby sekecil itu..tidak kesiankah mereka?

Aku merindui zaman kanak-kanakku..
Aku merindui Malaysia yang dulu..tiada pertelingkahan politik yang haru biru seperti kini..

Aku merindui zaman kanak-kanakku..
Ketika mana kami amat menghormati guru-guru..biar garang bagaimanapun..

kami tetap menjadi manusia seperti hari ini..

Oh..Malaysiaku..

AKU MERINDUI MALAYSIA LAMA................ AMAN, DAMAI DAN SEJAHTERA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan