Sabtu, Oktober 16, 2010

Gila Punya Negara..Mansuhkan Hukuman Bunuh Bagi Kesalahan Membunuh

Parlimen Guyana mansuhkan hukuman mati

GEORGETOWN (Guyana): Parlimen Guyana semalam memutuskan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori terhadap mereka yang didapati bersalah kerana membunuh, kecuali bagi kes membabitkan pasukan keselamatan dan kehakiman.

Serentak itu, peguam yang mewakili kira-kira 40 banduan hukuman mati merayu kerajaan turut melepaskan mereka selepas Parlimen mengundi bagi memansuhkan semua hukuman mati di negara Afrika itu.

"Kami meminta kerajaan sejajar dengan kelulusan undian di Parlimen agar turut mengetepikan hukuman mati yang diputuskan terhadap pesalah sebelum ini," kata seorang Ahli Parlimen pembangkang.

Semua 65 Ahli Parlimen bagaimanapun mengundi mengekalkan hukuman mati mandatori terhadap mereka yang didapati bersalah membunuh penguatkuasa undang-undang, pegawai penjara serta anggota kehakiman dan perundangan. - AFP

Lepas ni tengoklah statistik kes jenayah bunuh kat negara ini. Tentu akan berlipat ganda. Ye lah bunuh orang, hanya kena penjara je. .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan