Isnin, Oktober 04, 2010

Amaran Paling .............. nak dengar @ x nak

"Mantan perdana menteri Tun Mahathir yang paling lama memerintah Malaysia menerusi UMNO-BN sejak kebelakangan ini banyak memberikan pandangan dan peringatan yang berbentuk perkauman khususnya orang Melayu bahawa kuasa mereka akan musnah jika PR memerintah negara.

Amaran tersebut ditujukan khas buat orang Melayu dengan tujuan menakut-nakutkan mereka bagi terus menyokong UMNO-BN.

Amaran tersebut boleh dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh mengundang ketidakstabilan dari segi persefahaman antara kaum dan agama. Amaran tersebut sebenarnya bukan demi kepentingan orang Melayu dan Islam tetapi lebih kepada menjaga kepentingan politik UMNO untuk terus berkuasa dan memerintah Malaysia selama mana yang mereka mahu. Oleh itu demi menjaga survival kepentingan dan kekayaan para pemimpin UMNO-BN yang kaya raya serta para kroni mereka maka suasana ketakutan perlu diwujudkan supaya orang Melayu terus bersama UMNO.

UMNO mula menjadi juara dan jaguh berkenaan isu kepentingan orang Melayu dan Islam sejak PRU-12 apabila UMNO-BN dilanda tsunami politik dengan kekalahan teruk iaitu gagal mendapat majoriti 2/3 kerusi parlimen serta kehilangan 5 buah negeri. Sejak dari itulah UMNO terus mengacaubilaukan pakatan pembangkang PAS-PKR dan DAP yang kini Pakatan Rakyat(PR) dengan isu-isu sensitif iaitu isu kaum dan agama. Ia menjadi modal terakhir UMNO-BN dalam meraih sokongan simpati dari rakyat khususnya orang Melayu.

Orang Melayu telah diakianati oleh UMNO sejak sekian lama akibat berlakunya ketidaktelusan dalam menjalankan amanah untuk menjaga kepentingan Melayu dan Islam. Selama ini UMNO hanya menjaga kepentingan pemimpin atasan parti dan kerajaan sahaja serta setiap ketua-ketua UMNO bahagian. Golongan-golongan inilah yang nasib mereka berubah iaitu menjadi kaya-raya dan memperolehi projek-projek parti dan kerajaan.Nasib ahli UMNO bawahan tetap begitu dulu kini selamanya. Mungkin mereka diberi imbuhan yang tak seberapa apabila setiap kali musim pemilihan parti diadakan. Iaitu 3 atau 4 tahun sekali. Yang berganda-ganda dapat imbuhan dalam ketua-ketua UMNO bahagian yang menang.

Selama UMNO memerintah negara apakah mampu dibanggakan sangat tentang pencapaian orang Melayu? Adakah orang Melayu hanya bangga dengan 2,3 kerat Melayu sahaja yang berjaya dan kaya raya itupun kerana mungkin kroni atau sebagainya. Sedangkan beratus ribu Melayu bahawahan berada dalam kehidupan yang miskin serba kekurangan. Dalam tempoh 50 tahun UMNO gagal mengangkat orang Melayu berada dalam satu kedudukan yang membanggakan dalam sektor ekonomi,pendidikan dan sosial. Ekuiti 30% juga telah gagal sebaliknya mahu dikurangkan atau dihapuskan pula. Begitu juga dengan DEB adalah ia berjaya? Jawapannya ada pada orang Melayu sendiri.Setiap dasar yang diperkenalkan oleh beberapa PM sebelum dan selepas pada hakikatnya tidak menguntungkan orang Melayu bawahan tetapi menguntungan segelintir Melayu atasan sahaja. Mungkin itulah ketuanan Melayu yang dimaksudkan oleh UMNO.

Kita tidak perlu menyalahkan kaum bukan Melayu dan parti politik seperti DAP,MCA dan Gerakan atas kelemahan dan kekurangan orang Melayu kerana UMNO yang menjadi peneraju kerajaan dalam tempoh 53 tahun ini. Orang Melayu sebaliknya perlu menyalahkan UMNO 100% dan bukan PAS atau PKR. Yang membuat dasar kerajaan dan keputusan dalam isu-isu kepentingan Bumiputera dan Islam adalah UMNO. Namun adakah perlaksanaannya telus dan sampai pada golongan Melayu yang memerlukan. Sedangkan majoriti orang Melayu masih tiada rumah tetap dan terpaksa menyewa kerana harga rumah yang terlalu tinggi yang tidak sesuai dengan kemampuan orang Melayu. Akhirnya peluang tersebut terpaksa dibuka kepada orang bukan Melayu. Adakah pimpinan UMNO bersuara lantang dalam isu ini? Dalam sektor ekonomi orang Melayu masih berniaga mengikut expo dan musim-musim perayaan sahaja.Kerajaan masih gagal menyediakan tempat tetap dan jika ada ia telah diboloti oleh para kroni dan keluarga selain masalah kos sewa yang tinggi

Oleh itu orang Melayu khususnya generasi baru yang kebanyakkan sudah berpelajaran perlu berani berubah dalam menentukan hala tuju masa depan bangsa dan agama. Perkara tersebut telah termaktub dalam perlembagaan negara dan buka di tangan UMNO. Kerajaan manapun yang memerintah perlu menjalankan dasar pemerintahan yang selari mengikut kehendak perlembagaan. Oleh itu orang Melayu tidak perlu bimbang da terus diperbodohkan dengan isu-isu berkaitan dengan kepentingan orang Melayu. Yang DiPertuan Agong dan Raja-raja Melayu masih berperanan sepenuhnya dalam pemerintahan negara oleh sebab itu orang Melayu tidak perlu takut untuk menolak UMNO. '

Hari ini UMNO sedang menakut-nakutkan orang Melayu dan Islam bahawa akan musnah kuasa Melayu/Islamn jika PR memerintah tetapi yang sepatutnya orang Melayu perlu menakut-nakutkan UMNO supaya menjaga kepentingan agama dan bangsa dengar jujur dan amanah jika mahu terus diterima oleh rakyat khususnya orang Melayu. Namun adakah orang Melayu masih ingin memberi peluang atas kegagalan UMNO selama memerintah selama 50 tahun ini.Terpulang. Ingatlah sepotong ayat hebat iaitu Islam yang menghebatkan Melayu."

Oleh: anak_muar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan