PUTRAJAYA: Selepas dua tahun tidak mendapat bonus, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) menaruh harapan tinggi supaya kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada lebih 1.24 juta penjawat awam sebagai satu suntikan dan semangat baru untuk bekerja lebih kuat, sekaligus meningkatkan kecemerlangan mereka.
Presidennya, Omar Osman berkata, kongres sudah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak empat bulan lalu bagi memaklumkan permohonan itu, selain memaklumkan kepada beliau pada majlis berbuka puasa di kediamannya bulan lalu. Namun, katanya setakat ini pihak kongres belum mendapat sebarang maklum balas lagi.
“Permohonan ini berdasarkan pandangan kongres yang berangggapan jika kerajaan mampu memberi bantuan khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam dalam Gred 1 hingga 54 sebelum Aidilfitri lalu, kami yakin kerajaan mampu menimbangkan pemberian bonus kepada semua penjawat awam termasuk Jusa C.
“Harapan kami tinggi, sekarang mana-mana saya pergi ramai yang bertanyakan soal itu. Tambahan pula tinjauan kami mendapati kerajaan tidak mempunyai masalah (untuk memberi bonus), malah ekonomi kita semakin pulih dan kami harap tahun ini penjawat awam dapat menikmati sedikit bonus. Kami mohon dua bulan tapi kita serah kepada kerajaan.
“Jadi, kami harap tarikh 14 Oktober (perbentangan Bajet 2011) akan menjadi satu tarikh dinanti-nantikan penjawat awam,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan, di Presint 10 di sini.
Omar berkata, sekiranya tidak mampu, kerajaan akan memberi maklum balas secara terus selepas mendapat surat permohonan dari kongres dengan memaklumkan keadaan yang dihadapi kerajaan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kerajaan tidak akan mampu untuk menerima cadangan Ceupacs ini. Percayalah
BalasPadam