Isnin, Oktober 04, 2010

Dua Perkara Yang Berbeza?

DUA SAHABAT DI HUKUM GANTUNG EDAR HEROIN, MORFIN – berita hairan

Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas dua sahabat kerana mengedar dadah jenis heroin seberat 50.3 gram dan morfin seberat 7.4 gram, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Nurmala Salim membuat keputusan itu selepas mendapati P Pathmanathan, 28, dan Bernard Louga Edward, 29, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Pathmanathan, seorang pengimpal dan Louga, seorang penternak kambing, didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan rehat Juru pada 11.30 malam, 26 Februari 2007.

Mereka dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.

PEMANDU LORI BEBAS TUDUHAN MILIKI DADAH BERNILAI RM270 JUTA - sinar

Penantian pemandu lori, Lee Yong Toe, berakhir dengan kegembiraan apabila Mahkamah Tinggi Kuantan semalam melepas dan membebaskannya tuduhan memiliki dadah bernilai RM270 juta.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Akhtar Tahir memutuskan itu selepas mendengar hujah pendakwaraya dan peguambela.

Yong Toe, 48 tahun, dari Taman Iskandar, Johor Baru, didakwa mengedar 753,359 gram methamphetamine bersama seorang lagi lelaki yang masih bebas di Jalan Cenderawasih di Rompin, Mei 2008.

Akhtar, dalam hujah akhirnya berkata, pendakwaraya gagal membuktikan kesalahan tertuduh, selain beberapa hujah tidak relevan dan gagal membantu pendakwaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan