Kereta ini dicipta oleh anak tempatan Kuala Pontian
KUALA LUMPUR, 6 Okt ~ Proton Holdings Bhd berharap kerajaan menimbang melaksanakan dasar kenderaan tamat hayat (ELV) dalam Bajet 2011 bagi menampung industri automotif negara. Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata dasar ELV itu memberi impak segera terhadap keseluruhan ekosistem seperti yang dilaksanakan menerusi pakej rangsangan setahun yang lepas.
"Kami faham ia merupakan satu proses yang mahal, dan kami bersedia berbincang dengan kerajaan untuk mencari kaedah bagaimana peserta industri dan kerajaan boleh memainkan peranan," katanya kepada pemberita pada rumah terbuka Aidilfitri Proton, pada hari Rabu.
Syed Zainal berkata kenderaan lama perlu ditamatkan hayatnya apabila jumlah industri automotif mencapai peringkat ketepuan. Beliau berkata sudah sampai masanya untuk kerajaan menyediakan pakej dan insentif bagi memastikan kereta-kereta lama yang tidak selamat dan tidak mesra alam, tidak berada atas jalan.
"Ini boleh dilihat di negara lain seperti Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Indonesia,"katanya.
"ELV membabitkan kereta dan trak ringan yang dianggapkan sampah dan perlu dilupuskan.
Syed Zainal berkata kerajaan juga perlu menyediakan insentif untuk penggunaan teknologi hijau serta geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk mempromosi inovasi, sejajar dengan Model Baru Ekonomi.
Langkah itu kata beliau, akan menggalakkan aktiviti R&D dalam negara dengan harapan teknologi itu boleh dikomersilkan.
"Itu setidak-tidaknya sebagai pemangkin oleh kerajaan dalam memudahkan peserta automotif seperti Proton, serta pengguna, untuk mula peka terhadap kenderaan berteknologi hijau," katanya.
Pak Tuan : (ELV) ialah Tekanan yang terjadi dalam pancarongga ekzos dan sistem ekzos. Tekanan ini terjadi apabila sebarang bahagian ekzos terhalang dan aliran gas ekzos tidak dapat keluar dengan sempurna. Contoh halangan adalah penukar bermangkin tidak berfungsi atau tamat jangka hayat, paip yang kemek, timbunan serbuk karbon dari pembakaran yang tidak sempurna dan sebagainya. Kesan tekanan balikan yang lebih tinggi akan mengurangkan kecekapan isi padu. ( Rasanya kereta yang ada di Malaysia tidak sampai tahap itu lagi. Kalau agak lama tukar jalah bahagian ekzos yang terhalang aliran gas ekzos itu. Kenapa perlu beli kereta baru. Harga kereta di Malaysia adalah yang paling mahal di dunia. Dan .... tidak ada ciri-ciri keselamatan juga. Apabila sesuatu malapetaka atau kemalangan yg menimpa, kecelakaan ~~ sejak akhir-akhir ini asyik terbakar ja apabila berlaku kemalangan. Jangan bandingkan dengan Singapura. )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan