Rabu, Oktober 06, 2010

Remaja Lari Dari Rumah Sudah Jadi Trend?

LARI.....LARIII ..........LARI.... 
SEKIRANYA remaja sampai ke tahap mengibaratkan rumah mereka seperti ‘neraka’ dan bukan lagi tempat paling selesa untuk didiami, tidak hairanlah tangan cepat mencapai dua-tiga helai baju lalu dimasukkan ke dalam beg lantas kaki pantas melangkah keluar dari rumah tanpa memikirkan musibah yang bakal mereka terima.

Menghadapi kemelut dengan ahli keluarga dan pada masa yang sama fikiran ‘diusik’ dek pengaruh luar atau rakan yang membayangkan nikmat kebebasan serta keriangan dunia luar menjadi penyebab kebanyakan remaja tidak teragak-agak meninggalkan keluarga.

Kenapa remaja melarikan diri?

Remaja melarikan diri dari rumah kerana pelbagai sebab. Antaranya ialah:
         • Keganasan rumah tangga. Contoh:
                  o Penderaan fizikal, emosi atau seksual
                  o Percanggahan pendapat dengan ibu bapa, contoh pilihan pasangan, kurang kebebasan
                  o Perselisihan dengan ibu bapa
                  o Diabaikan oleh ibu bapa
         • Tekanan rakan sebaya. Contoh:
                  o Tidak mampu memenuhi desakan rakan sebaya
                  o Dipinggirkan
                  o Dibuli
         • Masalah di sekolah. Contoh:
                  o Harapan yang terlalu tinggi daripada guru
                  o Prestasi pembelajaran yang rendah
                  o Dikenakan hukuman yang berat

Remaja lari dari rumah dikatakan berkait rapat dengan pengaruh rakan sebaya. Nasihat yang diberikan oleh rakan sebaya tidak matang dan rasional apabila remaja meluahkan masalah mereka. Keadaan ini berlaku kerana rakan sebaya itu sendiri belum cukup matang dan berpengalaman dalam menangani arus kehidupan yang penuh cabaran ini. Sesungguhnya, rakan sebaya yang memberikan nasihat yang tidak baik akan membawa remaja itu mengambil tindakan untuk melarikan diri.

Remaja lari dari rumah juga dianggap akibat unsur barat yang dipaparkan menerusi media massa terutama media elektronik. Remaja yang suka meniru akan melakukan perkara yang mereka tonton di televisyen tanpa sebarang keraguan lagi. Remaja tidak mampu membezakan lakonan dan realiti kehidupan yang jauh berbeza. Oleh itu, media massa menjadi faktor yang berupaya menimbulkan keinginan remaja untuk lari dari rumah mereka.

Kemelut ini turut dikaitkan dengan sahsiah remaja itu sendiri. Ramai remaja yang tidak mempunyai sikap yang tabah dan positif apabila menghadapi sesuatu kemelut yang melanda diri mereka. Remaja begitu mudah terasa atau berasa sensitif apabila ditegur oleh ibu bapa sehingga sanggup melarikan diri. Jelaslah, keadaan ini membuktikan bahawa masalah ini turut ditentukan oleh sikap remaja zaman ini yang harus lebih kukuh dan tabah.


Pak Tuan : Gejala remaja lari dari rumah ini memang harus ditangani dengan segera demi masa depan remaja kita yang semakin malap ditelan arus kemodenan dunia. Semua pihak terutama masyarakat harus memainan peranan tersendiri dalam menangani kemelut ini. Mungkin kita semua harus menyalahkan diri masing-masing sebelum kita menyalahkan remaja dalam hal ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan